Pendidik yang berpengalaman mendengar pada kandungan dan idea disebalik perkataan dan model pembetulan kepada fakta supaya berjalan dengan lancar sehingga kanak-kanak merasakan pertuturannya berguna walaupun terdapat kekurangan. Orang dewasa atau pendidik mesti mengetahui cara untuk menyedarkan, peka komen dan memastikan kanak-kanak akan terus mendapatkan orang dewasa atau pendidik sebagai orang yang bersedia melayani dan menerimanya.
Saturday, December 31, 2011
Memberi Maklumbalas Semasa Berbual Dengan Kanak-Kanak
Pendidik yang berpengalaman mendengar pada kandungan dan idea disebalik perkataan dan model pembetulan kepada fakta supaya berjalan dengan lancar sehingga kanak-kanak merasakan pertuturannya berguna walaupun terdapat kekurangan. Orang dewasa atau pendidik mesti mengetahui cara untuk menyedarkan, peka komen dan memastikan kanak-kanak akan terus mendapatkan orang dewasa atau pendidik sebagai orang yang bersedia melayani dan menerimanya.
Friday, December 30, 2011
Memahami Konsep Semasa Berkomunikasi Dengan Kanak-Kanak
Orang dewasa yang memberi penekanan kepada sebab akibat untuk sesuatu peristiwa dan bertanya soalan dan memikirkan dengan pendekatan yang bersistematik menjadi model penerokaan. Berfikir secara terbuka semasa berkongsi aktiviti adalah kaedah yang berguna. Mungkin orang dewasa akan bertanya," Saya sedang berfikir,apa akan berlaku jika bongkah ini diletakkan di tempat itu?" Dalam perbualan, kanak-kanak selalunya akan berurusan dengan realiti apa yang akan berlaku disekeliling mereka. Pertuturan orang dewasa hendaklah berlandaskan kepada konsep.
Thursday, December 29, 2011
Menggalakkan Pertuturan Kanak-Kanak
- suasana bilik yang mesra dan relek/santai, dan kanak-kanak mempunyai pilihan.
- bertutur adalah sukarela bukan paksaan.
- jika dalam kelas, kumpulan pertuturan kecil.
- kumpulan hendaklah mendengar dengan penuh perhatian.
- sebarang percubaan untuk bercakap adalah digalakkan.
- kesungguhan dan percubaan bercakap hendaklah diberi penghargaan.
Wednesday, December 28, 2011
Pertuturan Yang Memberi Makna
- pertuturan insturmental untuk memuaskan dan keperluan. Contoh "Saya hendak selepas ini."
- pertuturan pengawalan membantu kanak-kanak mengawal yang lain. Contoh "Jangan jatuhkan gelas nanti pecah dan hancur menjadi kaca kecil."
- pertuturan interaksi membina dan mengekalkan hubungan dengan yang lain. Contoh "H," huruf saya. Saya Hilwa. (Kanak-kanak menunjukkan huruf H di carta abjad pada kawannya).
- pertuturan fungsi peribadi untuk menyatakan dan menegaskan secara peribadi. Contoh "Tolak kayu ini ke dalam dan biarkan dia tenggelam." ( Penerangan kanak-kanak semasa bermain air).
- pertuturan mengkaji membantu kanak-kanak belajar dan menjelaskan. Contoh "Kamu sebagai bayi yang sedang wuah..wuah.. wuah..."
- pertuturan imaginasi mencipta imej dan alat berpura-pura/olok-olok. Contoh "Tengok, saya terbang."
- pertuturan pernyataan yang memaklumkan. Contoh "Saya tidak suka pisang."
Tuesday, December 27, 2011
Melayani Perbualan Seharian
- mengambilberat kanak-kanak sebagai insan
- tidak mengganggu semasa kanak-kanak berbual dan bertindakbalas dengan orang dewasa
- bersedia untuk berkongsi pada detik waktu kanak-kanak memerlukan, kadangkala mengiktiraf pencapaian kanak-kanak dengan menggunakan bahasa non-verbal
- memberi pertimbangan terhadap komen kanak-kanak sebagai sumbangan yang baik
- menghormati pendapat individu
- mengenalpasti potensi setiap kanak-kanak
- memberi penghargaan khas kepada kanak-kanak yang berpontensi sebagai pemimpin dan penemuan yang dilakukan oleh kanak-kanak.
Monday, December 26, 2011
Unsur Puisi
asonansi : pengulangan perkataan bunyi vokal yang sama diikuti dengan bunyi konsonan yang berbeza.
bahasa figuratif : bahasa yang diperkaya dengan imej perkataan dan bentuk percakapan.
simili : perbandingan dua benda yang berbeza biasanya menggunakan perkataan 'seperti'.
metafora: bentuk percakapan untuk membanding menggunakan analogi tetapi tidak dinyatakan.
personafikasi : bentuk percakapan metafora untuk membandingkan haiwan, idea dan benda mempunyai kualiti manusia.
Sunday, December 25, 2011
Jenis Puisi Kanak-Kanak
Di barat puisi kanak-kanak dapat dinyatakan seperti berikut:
- lirik melodi: puisi yang menyatakan secara diskriptif dan selalunya ada unsur nyanyian.
- puisi naratif: menyampaikan cerita atau menyatakan peristiwa atau perkara yang berlaku.
- limerik: puisi yang mempunyai lima baris setiap set dalam corak rima yang khusus dan biasanya berunsur jenaka.
- puisi rangkap bebas: tidak mempunyai rima.
- puisi yang bukan-bukan: selalunya mengelikan hati dan jenaka.
Saturday, December 24, 2011
Puisi Dan Kebolehan Membaca Awal
Friday, December 23, 2011
Puisi Sebagai Media Pembelajaran Kanak-Kanak
Puisi mempunyai bentuk dan aturannya. Puisi adalah bentuk metrikal komposisi imaginasi perkataan yang dipilih dan diluahkan untuk mencipta kekuatan yang selalunya perluahan yang indah didengar dan irama yang menyeronokkan kepada kanak-kanak.Kanak-kanak mengemari di taska dan tadika mengemari untuk menghafal puisi yang mempunyai rangkap (verse) yang pendek. Contohnya; Satu dua tiga lekok, Jantan betina kena ketuk.
Thursday, December 22, 2011
Puisi Kanak-Kanak
Wednesday, December 21, 2011
Menggalakkan Kanak-Kanak Membaca Buku (...sambungan)
- mengajak kanak-kanak yang boleh membaca sendiri untuk membaca halaman selepas anda membaca (gambar) dua atau tiga halaman.
- berterusan menggalakkan kanak-kanak yang boleh membaca dan juga yang tidak boleh membaca untuk mengambil bahagian.
- bertanya kepada kanak-kanak yang terhenti sewaktu membaca, pandu mereka kepada isyarat visual pada halaman buku.
- bina tindak balas. Selalunya kanak-kanak menjawab soalan menggunakan ayat mudah atau sebahagian ayat sahaja.
- banyakan tindakan susualan belajar membaca gambar atau ilustrasi. Teruskan membaca ilustrasi sehingga kanak-kanak selesa dengan rutin membaca.
Monday, December 19, 2011
Menggalakkan Kanak-Kanak Membaca Buku
- terangkan kepada kanak-kanak boleh membaca walaupun jika mereka tidak pasti apa yang dinyatakan menerusi cetakan.
- pilih cerita yang tahapnya yang biasa dan ia boleh dibacakan semula.
- mula dengan membaca gambar, menjelaskan dalam bahasa yang mudah apa yang dilihat. Gunakan pengetahuan anda terhadap jalan cerita dan isyarat visual dalam ilustrasi untuk menerangkan secara perlahan apa yang berlaku. Baca satu halaman pada masa yang sama, berhenti untuk memberi kanak-kanak menyerapkan komen anda.
- Jadilah lebih telus dalam pemikiran anda. Terangkan proses pemikiran anda dan kajian anda pada setiap halaman.
Bersambung...
Sunday, December 18, 2011
Membacakan Buku Kepada Kanak-Kanak: 7 Perbincangan Soalan Terbuka
Aktiviti bercerita hendaklah ditamatkan dengan menyeronokkan dan bersemangat di mana kanak-kanak mempunyai keinginan mendengar cerita lagi pada masa akan datang. Cerita kadangkala berakhir memperlihatkan keseronokan dan menjadi ingatan maka perbincangan untuk menjelaskan cerita adalah tidak bersesuaian. Memadai hentian sebentar dengan senyap menarik nafas adalah lebih sesuai.
Saturday, December 17, 2011
Membacakan Buku Kepada Kanak-Kanak: 6 Melayani Pertanyaan Semasa Bercerita
Kadang-kandang terdapat kanak-kanak yang memasukkan jari ke dalam mulut atau berlaku tertidur semasa waktu membacakan cerita. Beri perhatian semasa membacakan cerita dan anda akan merasakan sama ada anda masih diberi perhatian oleh kanak-kanak atau sebaliknya. Kadangkala anda boleh menarik semula perhatian kanak-kanak untuk menumpukan kepada cerita yang dibacakan dengan menyoal terus seperti,"Sarah, bolehkah kamu nampak ekor tikus?" atau dengan menambahkan gerakan gambar atau pelbagaikan nada suara.
Thursday, December 15, 2011
Membacakan Buku Kepada Kanak-Kanak: 5 Mula Membaca
Wednesday, December 14, 2011
Membacakan Buku Kepada Kanak-Kanak: 4 Cara Memegang Buku
Tuesday, December 13, 2011
Membacakan Buku Kepada Kanak-Kanak: 3 Bina Kenyataan Pengenalan Yang Memberansangkan
Monday, December 12, 2011
Membacakan Buku Kepada Kanak-Kanak: 2 Kedudukan Orang Dewasa dan Kanak-Kanak
Kanak-kanak taska/tadika yang membaca dalam kumpulan kecil akan mendapat manfaat yang lebih berbanding dalam kumpulan yang besar. Dicadangkan membuat dua kumpulan sekiranya terlalu ramai kanak-kanak.
Friday, December 9, 2011
Membacakan Buku Kepada Kanak-Kanak: 1 Membuat Persediaan
Thursday, December 8, 2011
Membacakan Buku Kepada Kanak-Kanak
- Fikirkan usia, minat dan minat khusus kumpulan kanak-kanak dan pertimbangkan ciri pemilihan buku.
- Susun atur kanak-kanak dan guru yang menyelesakan pemikiran.
- Kenyataan pengenalan yang memberansangkan.
- Pegang buku sama ada di sebelah kiri atau kanan.
- Mula membaca.
- Menjawab dan berbincang soalan dengan memuaskan.
- Mungkin boleh menyoal dengan soalan terbuka di akhir sesi bercerita.
(...akan dibingcangkan secara terperinci).
Wednesday, December 7, 2011
Buku Abjad Dan Perkataan
Kelebihan buku ini kepada kanak-kanak dapat memahami makna dan abad, huruf dan perkataan. Kanak-kanak dapat melihat nama yang dilukis. Buku jenis ini sesuai untuk kanak-kanak taska yang baru diperkenalkan dengan abjad dan perkataan.
Tuesday, December 6, 2011
Buku Bergambar Tanpa Teks
Monday, December 5, 2011
Buku Cerita Yang Digemari Kanak-Kanak
Kanak-kanak suka kepada buku cerita membolehkan mereka berimaginasi dan fantasi, mengenalpasti watak kemanusiaan, ingin memenuhi impian dan harapan, pengembaraan, ingin tahu, aksi, kesedaran diri, pelbagai visual dan menghayati perkataan.
Sunday, December 4, 2011
Sejauhmana Kita Mendengar Pertanyaan Kanak-Kanak?
Dua faktor yang mungkin mengurangkan keupayaan orang dewasa untuk mendengar dan sebagai model tingkahlaku mendengar:
- Mereka mungkin tidak mempunyai pengalaman mendengar dari guru semasa zaman persekolahannya (termasuk pensyarah di kolej) yang mendengar dengan perhatian dan menghargai pertanyaan kanak-kanak.
- Guru mungkin sibuk menyampaikan maklumat sehingga mereka tertinggal soalan yang berharga dan komen kanak-kanak kecil. Jenis gaya interaksi mengajar kanak-kanak duduk secara pasif dan menjauhkan untuk menyoal.
Saturday, December 3, 2011
Aktiviti Mendengar Kreatif
Mendengar kreatif telah digunakan untuk strategi melahirkan potensi kreatif. Adakah di antara kita yang tidak mempunyai pengalaman lalu apabila mendengar atau mempunyai gambaran mental semasa menghayati lagu atau muzik?
Thursday, December 1, 2011
Aktiviti Mendengar Membeza
Contoh:
Buaya bawa biawak
Tupai tutup topi
Lengan tangan kanan
Wednesday, November 30, 2011
Aktiviti Mendengar Kritikal
Aktiviti yang dicadangkan sesuai dan boleh melibatkan kanak-kanak berfikir secara kritikal;
- masalah untuk dibincangkan dan penyelesaian diberi dan dinilai.
- kemungkinan mendatangkan hasil atau meneka secara spontan.
- kebenaran atau membuat suatu dipercayai dengan menunjukkan menggunakan kriteria.
- minat dan bukan kegemaran seseorang boleh dibincangkan.
- memilih secara kumpulan dan diberi pandangan hasil yang diperolehi.
- kesilapan yang ditemui.
- menjangka perasaan orang lain.
- penemuan ketidaktetapan.
Tuesday, November 29, 2011
Aktiviti Mendengar Menghargai
- pergerakan muzik
- membincangkan muzik, rentak dan bunyi
- bercakap tentang bunyi yang digemari
- bercakap tentang kegembiraan, kesedihan, atau rasa kecindan tentang bunyi yang dihasilkan.
- hentak, tepuk atau bergerak ikut muzik atau nada pertuturan
Kanak-kanak sememangnya suka menyanyi. Secara tidak langsung membina perbendaharaan perkataan, memupuk kepekaan deria nada dalaman, membina kesedaran tentang nada suara dan intonasi, memahami konsep bahasa seperti lantang, lembut, cepat dan perlahan. Menyanyi dapat membina kemahiran ayat dan mengingat. Apabila kanak-kanak belajar sebarang lagu, mula-mula mereka akan belajar perkataan, kemudian rentak dan element yang lain. Lagu tradisional mengandungi banyak permainan suara dan pengulangan melodi dan corak nada. Muzik adalah membina bahasa.
Monday, November 28, 2011
Aktiviti Mendengar Bertujuan
- Beritahu kanak-kanak apa yang anda akan katakan.
- Beritahu kanak-kanak.
- Beritahu kanak-kanak apa yang telah anda telah katakan.
- "Saya akan beri kamu pensil, dan beritahu kamu di mana kamu boleh ambil."
- "Ambil pensil di bilik guru, Cikgu Sarah, dan balik semula ke kelas kita."
- "Ambil pensil serah kepada Cikgu Sarah dan balik semula."
Sunday, November 27, 2011
Jenis Mendengar
Mendengar menghargai: Kanak-kanak merasa seronok dan terhibur mendengar muzik, sajak dan cerita. Elok memulakan mendengar cara ini kerana ia pasif tetapi personal kepada setiap kanak-kanak.
Mendengar bertujuan: Kanak-kanak mengikut arahan dan memberi tindakbalas.
Mendengar membezakan: Kanak-kanak menajdi semakin peka terhadap perubahan nada dan kelantangan. Bunyi menjadi perbezaan di persekitaraan. Seterusnya kanak-kanak dapat membezakan bunyi pertuturan.
Mendengar kreatif: Imaginasi kanak-kanak dan emosinya diransang oleh pengalaman mendengar. Perluahan pemikiran secara spontan dan bebas menerusi perkataan atau aksi , atau kedua-duanya sekali.
Mendengar kritikal: Kanak-kanak memahami, menilai, membuat keputusan dan mencerna pandangan. Bagi menggalakkan mendengar kritikal, guru atau ibu bapa mungkin boleh bertanya soalan seperti berikut; " Apa yang akan terjadi bila kita bercakap serentak?" ayau " apa yang akan terjadi bila setiap orang mahu bermain dalam pondo-pondok kecil pada masa yang sama?" Kanak-kanak akan berfikir menerusi tindakbalas, membuat keputusan yang logik untuk menyelesaikan masalah dan memberi pandangan.
Monday, November 21, 2011
Menjaga Perasaan Kanak-Kanak Yang Mencelah
Situasi:
Orang dewasa sedang bercerita tentang seekor monyet memanjat pokok pisang.
Kanak-kanak: "Kucing saya memanjat pokok."
Orang dewasa: "Ali, saya pernah nampak kucing memanjat pokok."
Orang dewasa memberi penghargaan jangka pendek.
Orang dewasa: "Kucing Ali memanjat pokok dan monyet memanjat pokok pisang memakan pisang."
Orang dewasa memberi penghargaan tetapi merujuk pendengar lain kepada
tajuk cerita asal.
Orang dewasa: "Ali awak boleh memberitahu saya tentang kucing anda memanjat pokok sebaik sahaja cerita ini selesai."
Orang dewasa mengasingkan perbincangan kemudian.
Sunday, November 20, 2011
Menangani Mencelah Percakapan
Saturday, November 19, 2011
Melentur Buluh Biar Semasa Rebung
Ibu bapa hanya memberi dorongan dan galakkan bukan memaksa dan menentukan kerjaya masa depan. Pendedahan awal tentang kerjaya adalah penting untuk memupuk minat dan memahami keupayaan diri. Kegagalan hendaklah diangap proses pembelajaran bukan sebagai halangan.
Thursday, November 17, 2011
Menyambung dan Penutupan
Contoh teknik menyambung:
Kanak-kanak: " Air tumpah"
Orang dewasa: "Ya, tangan Sarah terlanggar cawan lalu tumpah."
Ramai juga pendidik kanak-kanak menggunakan teknik interaksi konventional yang dikenali sebagai teknik penutupan untuk aktiviti kemahiran berbahasa. Teknik penutupan bermaksud kanak-kanak meneka secara lisan dan melengkapkan atau mengisi ayat yang diberi oleh guru. Guru bercakap dan berhenti sejenak dan kanak-kanak melengkapkannya.
Contoh teknik penutupan:
Orang dewasa: "Tikus bersembunyi di belakang...."
Kanak-kanak meneka: " pintu." "almari".
Tuesday, November 15, 2011
Pengembangan Bahasa
Monday, November 14, 2011
Percakapan Penerangan
Contoh:
"Bongkah kayu hendaklah disimpan di rak. Kita boleh tahu tempat untuk mencarinya apabila kita perlukan dan tiada ada sesiapa pun yang terjatuh sebag terlanggarnya."
Sunday, November 13, 2011
Orang Dewasa Sebagai Model Pertuturan Kanak-Kanak
Contoh A:
Kanak-kanak: "Adik menangis."
Orang dewasa: " Ya, adik menangis."
Contoh B:
Kanak-kanak: "Adik menangis."
Orang dewasa: "Awak dengar adik menangis?"
Kanak-kanak: "Ya, ya."
Orang dewasa: "Mungkin dia lapar dan minta susu."
Kanak-kanak: "Nak botol."
Orang dewasa: "Cuba tengok, saya letakkan botol di mulutnya."
Kanak-kanak: "Adik lapar."
Orang dewasa: "Ya, dia menghisap susu. Susu masuk ke dalam mulutnya. Tengok, susu hampir
habis."
Thursday, November 10, 2011
Perkembangan Kognitif: Bahasa Dan Pemikiran Kanak-Kanak
Semasa otak kanak-kanak berkembang, ia menstruktur pengalaman. Pengalaman mengubah pemikiran dan jika ada perubahan akan diubahsuai mengikut cara pengalaman baru yang memberi kesan kepada otak. Kanak-kanak yang kehidupannya berpandangan pasif (menerusi media eletronik) yang sepatutnya sebagai pendengar aktif (meneroka dan pertuturan) akan mempunyai kekurangan dua kebolehan iaitu analisis deria pendengaran (auditoriy) dan logikal serta urutan kemahiran menyatakan sebab musabab (reasoning).
Wednesday, November 9, 2011
Aktiviti Kemahiran Tanggapan Motor
Membezakan visual:
panjang, pendek
Bahan dan peralatan:
reben, tali, kayu
Membezakan pendengaran:
senyap, bising
Bahan dan peralatan:
tin kosong, tin berisi pasir
Membezakan Permukaan
kasar, halus
Bahan dan peralatan:
kertas pasir, kapas
Membezakan rasa:
manis, masin
Bahan dan peralatan:
gula, garam
Membezakan bau:
Mengenalpasti objek dengan menghidu
Membezakan gerak fizikal:
berlari, berjalan
Bahan dan peralatan:
padang dan alat mainan
Tuesday, November 8, 2011
Kemahiran Tanggapan Motor
Monday, November 7, 2011
Kemahiran Literasi Visual
Kaedah ini membantu kanak-kanak menjelaskan idea menerusi seni grafik, menggunakan pelbagai media dan sistem simbol membolehkan kanak-kanak belajar tentang simbol. contohnya pendekatan Reggio Emilia menggunakan lakaran dan lukisan sebagai konsep literasi visual.
Friday, November 4, 2011
Lakaran Dan Lukisan Kanak-Kanak
Bunyi Perkataan
Thursday, November 3, 2011
Kanak-Kanak Taska Berminat Perkataan Yang Berkesan
Tuesday, November 1, 2011
Pertuturan Dan TingkahLaku Kanak-Kanak
Kanak-kanak taska pula menir pertuturan watak negatif media. Berlagak agresif dilengkapi dengan peniruan pertuturan dan aksi watak di tv, juga boleh menjadi sebahagian jenis permainan. Kanak-kanak ini juga secara sengaja meniru gaya kanak-kanak tatih bercakap untuk mengajuk. Ada pula kanak-kanak yang mendiamkan diri untuk mendapat perhatian orang dewasa.
Monday, October 31, 2011
Perkataan Yang Rasional
Sunday, October 30, 2011
Unsur Jenaka Kanak-Kanak Taska
Kanak-kanak taska mungkin ada yang mengajuk atau meniru dengan mengulangi cara pengasuh atau guru bercakap, menukar suara dan menyanyi beramai-ramai dengan mengubah maksudnya. Guru yang berminat memupuk keupayaan kanak-kanak untuk memahami dan menghargai jenaka dicadangkan cuba merancang aktiviti dan sediakan peralatan yang mencabar keupayaan kanak-kanak untuk menjadikan jenaka.
Saturday, October 29, 2011
Konflik Dan Penyelesaian Kanak-Kanak Taska
Friday, October 28, 2011
Kanak-kanak Taska Menunjukkan Keupayaan
Wednesday, October 26, 2011
Pengaruh Televisyen Dalam Pertuturan Kanak-Kanak
Kanak-kanak tadika yang lebih berusia bercakap mengikut "perwatakan" semasa mengabungkan permainan dramatika. Jika senario bermain pondodk-pondok memegang watak ibu bercakap dengan anak atau watak bayi mereka cuba mengikut pertuturan watak tersebut. Peniruan watak penyanyi atau watak kartun adalah perkara biasa. Mengambil peranan adalah kemahiran penting mematangkan komunikasi seperti dalam main dramatika, main dan improvisasi. Selaini itu memberi kesan memperkembangkan kemahiran berkomunikasi.
Tuesday, October 25, 2011
Bermain Secara Berkumpulan Meningkatkan Kemahiran Bahasa
- secara lisan mencadangkan arah baru dan ruang fantasi
- terikat dalam rundingan secara lisan
- berkompromi
- berdebat/berbincang
- menjadi ketua kumpulan dengan menggunakan perkataan yang betul.
Monday, October 24, 2011
Pertuturan Sosial Kanak-Kanak Taska
- mendapatkan perhatian dengan menggunakan hubungan mata, menyentuh atau menggunakan perkataan atau frasa yang mendapat perhatian seperti "Tahu tak?"
- terhenti sejenak dan mendengar
- memperbetulkan sendiri
- menggekalkan tumpuan tanpa berhenti sejenak supaya orang lain tidak masuk campur
- mengambil giliran dalam perbualan dengan membina kesbaran dan cuba untuk mendengar sementara dalam pemikirannya 'apa yang dia hendak cakap.'
Sunday, October 23, 2011
Buku Untuk Kanak-Kanak Taska
- ayat panjang dengan perkataan yang lebih pada setiap ayat
- lebih khusus
- banyak kata kerja
- meningkatkan pembetulan dalam bentuk kata kerja "akan datang"
- penggunaan lebih kepada kata kerja sokongan
- lebih kemahiran kepada kata kerja pasif termasuk " akan buat" dan "telah"
- perubahan dalam ayat negatif dari "Tidak mahu" kepada "Saya tidak mahu."
- perubahan dalam bentuk soalan dari "Kereta pergi?" kepada "Ke mana kereta itu pergi?"
- berubah dari segi kategori mental
Saturday, October 22, 2011
Buku Untuk Kanak-Kanak Awal Taska
- tema, objek, haiwan atau orang yang biasa berada dalam lingkungan kehidupannya.
- kejelasan kandungan dan jalan cerita.
- jelas, ilustrasi mudah atau gambar foto dengan latar belakang yang tidak menganggu tumpuan.
- tema yang menumpukan kepada tugas harian dan keperluan asas manusia.
Friday, October 21, 2011
Kejelasan Dalam Pertuturan Kanak-Kanak
Thursday, October 20, 2011
Pengulangan Dalam Pertuturan Kanak-Kanak
Wednesday, October 19, 2011
Memahami Kanak-Kanak Bercakap Sendirian
- bercakap sendiri adalah cara memberi arahan pada diri untuk menentukan tindakan
- kanak-kanak memerlukan aktiviti deria motor sebagai pengukuhan disebabkan skema kognitif belum terbina sepenuhnya
- lebih berkesan untuk kanak-kanak bercakap tentang ideanya menerusi perkataan daripada berdiam diri atau senyap
Tuesday, October 18, 2011
Memahami Pemikiran Kanak-Kanak Taska
Monday, October 17, 2011
Sabar Ketika Mendengar Kanak-Kanak Bercakap
Sunday, October 16, 2011
Pertimbangkan Kebenarannya Apabila Kanak-Kanak Menceritakan Sesuatu Perkara
Saturday, October 15, 2011
Jangan Bosan Melayani Pertanyaan Kanak-Kanak
Pada peringkat usia 2 tahun hingga 3 tahun kanak-kanak sudah menguasai lebh kurang 500 perkataan. Ibu bapa dan orang dewasa dinasihatkan jangan bosan kerana kanak-kanak di peringat ini sepanjang masa suka menyoal,"Kenapa?" Layanilah persoalan yang ingin diketahui dengan memberi penerangan mudah untuk memuaskan perasaan ingin tahu kanak-kanak ini.
Friday, October 14, 2011
Ciri Buku Kanak-Kanak Tatih
- terdapat pengulangan dan boleh dijangka/diramal
- berirama
- ilustrasi mudah, perkara kebiasaan, mudah dikenalpasti objek berwarna, haiwan, mainan dan sebagainya
- dipenuhi dengan rasa, sentuhan dan peluang untuk menghidu
- kukuh dan mudah diselak halamannya
- set perkataan sedikit pada setiap halaman
- cerita yang pendek, ringkas serta mudah jalan ceritanya tentang perkara yang biasa, kehidupan harian dan pengalaman persekitaran
- ilustrasi terancang yang dipadankan pada teks di setiap halaman
Thursday, October 13, 2011
Peranan Keluarga Membina Perkembangan Komunikasi Kanak-Kanak
Nasihat terbaik untuk keluarga, tidak perlu risaukan tentang pengajaran sebaliknya beri ruang dan sokongan emosi persekitaran di rumah. Persekitaran yang terbaik adalah salah satu perkara yang dapat memberi peluang dan merapatkan hubungan berbanding dengan persekitaran dan alatan yang mahal. Kajian terkini menunjukkan keluarga mula sentiasa bercakap tentang apa yang diminati oleh kanak-kanak dari segi luaran dan dalaman. Keluarga juga perlu mengetahui kanak-kanak yang bercakap lambat atau cepat menunjukkan tidak ada perbezaan keupayaan bercakap apabila kanak-kanak telah berusia 3 tahun,
Wednesday, October 12, 2011
Memilih Buku Kanak-Kanak Tatih
Orang dewasa atau ibu bapa mendapati kanak-kanak seronok mengulangi buku yang sama semasa membaca bersama. Ada ibu bapa yang gemar berkongsi membaca buku bergambar. Ibu bapa akan mencari petunjuk (cues) dalam buku seperti objek yang biasa dikenali, peristiwa yang dialami, bunyi, warna dan sebagainya untuk memberi keseronokan kanak-kanak. Contohnya,"Ini macam kucing kita, Si Hitam!" Pendidik awal kanak-kanak menyedari ilustrasi berwarna dapat menarik perhatian kanak-kanak untuk aktiviti menamakan dan menunjukkan pada rupa bentuk dalam buku. Pendidik awal kanak-kanak berusaha untuk menggunakan ilustrasi yang sesuai untuk disesuaikan dengan pengalaman lalu kanak-kanak.
Tuesday, October 11, 2011
Menggalakkan Membaca Kanak-Kanak Tatih
Kanak-kanak tatih menunjukkan minat pada yang mudah, buku berwarna, bergambar dan merasakan keseronokan apabila orang dewasa bersama dan memberi perhatian. Menunjuk dan menamakan boleh menjadikan pemainan yang menyeronokkan. Buku tebal halamannya yang mudah di selak membantu kanak-kanak tatih.
Monday, October 10, 2011
Membacakan Buku Kepada Bayi
Usia antara 6 bulan dan 12 bulan terdapat bayi yang akan duduk dan melihat buku bergambar dengan orang dewasa. Suara pembaca yang menyebabkan kanak-kanak ini memberi perhatian. Kemesraan, keadaan yang selesa dan suara pembaca membuatkan kombinasi yang menyeronokkan kanak-kanak.
Sunday, October 9, 2011
Amalan Yang Bersesuaian Semasa Berkomunikasi Dengan Kanak-Kanak Tatih
Saturday, October 8, 2011
Persekitaran Meransang Kanak-Kanak Tatih Berbahasa
- mendedahkan kepada kanak-kanak dengan pertuturan sama ada mudah atau tidak terlalu komplek tetapi sedikit tinggi dari aras yang biasa.
- sentiasa berada di aras keupayaan kanak-kanak
- membuang pertuturan yang tidak bersesuaian tetapi terus menggalakkan percubaan
- peneguhan positif adalah alat yang berkesan berbanding maklumbalas negatif
- menerima formula kanak-kanak tentang konsep bahasa
- menyediakan model yang betul
- sentiasa bertindakbalas positif
- mengikuti minat kanak-kanak dengan menamakan dan perbincangan mudah.
Friday, October 7, 2011
Bahasa Kanak-Kanak Tatih
Thursday, October 6, 2011
Pertuturan Antara Tatih-Orang Dewasa
Wednesday, October 5, 2011
Permulaan Ayat Pertama Kanak-Kanak Tatih
Tuesday, October 4, 2011
Perkataan Pertama Bayi
Monday, October 3, 2011
Pembelajaran Bahasa Menerusi Pembinaan Pengalaman
Sunday, October 2, 2011
Pembelajaran Bahasa Menerusi Saling Hubungan Persekitaran
Saturday, October 1, 2011
Pembelajaran Bahasa Secara Lahiriah
Tuesday, September 27, 2011
Pembelajaran Bahasa Menerusi Proses Kematangan
Monday, September 26, 2011
Pembelajaran Bahasa Menerusi Ransangan dan Tindakbalas
Sunday, September 25, 2011
Teori Pembelajaran Bahasa Bayi
...bersambung
Friday, September 23, 2011
Tindakbalas Penjaga Terhadap Bayi
Monday, September 19, 2011
Senyuman dan Ketawa Bayi
Sunday, September 18, 2011
Tangisan Bayi Mengurangkan Stress?
Saturday, September 17, 2011
Menangis Cara Bayi Berkomunikasi?
Friday, September 16, 2011
Peringkat Tindakbalas Bayi
Thursday, September 15, 2011
Reaksi Bayi Yang Memberi Makna Komunikasi
Wednesday, September 14, 2011
Bila Bayi Mengetahui Namanya?
Bayi yang berusia 7 bulan hingga 12 bulan mula bertindakbalas kepada panggilan namanya. Bolah menyatakan satu atau lebih perkataan boleh difahami tetapi tidak jelas sebutan perkataan. Mengulangi bunyi konsonan dan vokal. Bertindakbalas kepada permintaan mudah dan seronok bermain dengan perkataan (agahan).
Tuesday, September 13, 2011
Perbezaan Pendengaran Bayi Baru Lahir dan Usia 3 Bulan
Monday, September 12, 2011
Keupayaan Mendengar Bayi
Sunday, September 11, 2011
Kesan Bunyi Yang Menenangkan Bayi
Saturday, September 10, 2011
Tindakbalas Bayi Terhadap Bunyi
Friday, September 9, 2011
Membaca Buku Sendirian
Thursday, September 8, 2011
Pembelajaran Melibatkan Emosi
Wednesday, September 7, 2011
Alat Mainan Pendidikan
...bersambung.
Tuesday, September 6, 2011
Interaksi Dengan Bayi
Amalan yang tidak bersesuaian adalah meninggalkan bayi keseorangan dengan jangka masa yang lama di katil atau buaian. Suara orang dewasa yang kuat, kasar atau menggunakan bahasa bayi semasa berinteraksi.
Monday, September 5, 2011
Elakan Berceramah Semasa Menghadapi Hidangan
Sunday, September 4, 2011
Menegur Cara Kanak-Kanak Makan
Saturday, September 3, 2011
Mengucapkan "Terima Kasih"
Saturday, August 27, 2011
Adab Mengunyah Makanan
Mungkin ada pandangan lain untuk dikongsikan bersama. Pandangan anda amat dialu-alukan.
Friday, August 26, 2011
Mengajar Tertib Meminta Makanan
Bagaimana pandangan pembaca?
Thursday, August 25, 2011
Tertib Adab Tetamu
Adakah anda menghadapi masalah tingkahlaku anak semasa berkunjung ke rumah saudara mara dan teman-teman?
Mungkin pembaca lain boleh berkongsi pengalaman.
Wednesday, August 24, 2011
Berkongsi Mainan
Apakah perasaan anda apabila melihat anak tetamu merampas mainan dari tangan anak anda. Bagaimanakah anda sebagai tetamu melihat anak anda sedemikian tingkahlakunya?
Tuesday, August 23, 2011
Memahami Motif Kanak-Kanak Berbohong
Kita juga perlu melihat kemungkinan makna dan mesej kanak-kanak yang cuba berkomunikasi cara berbohong. Kebiasaannya membohong adalah tanda kanak-kanak memerlukan perhatian yang lebih dan aktiviti yang melebihi jangka waktu yang diberikan. Strategi jangka panjang diperlukan untuk membina kebiasaan untuk kanak-kanak meningkatkan rasa selamat.
Sebagai orang dewasa, sewajarnya kita hendaklah memberi bimbingan dan membetulkan perlakuan negatif kepada positif di samping memberi keyakinan diri kepada kanak-kanak.
Monday, August 22, 2011
Model Tingkahlaku Memupuk Kejujuran Kanak-Kanak
Strategi seterusnya adalah bertenang sebelum anda melakukan sesuatu. Anda perlu bertenang dan semakin anda bertenang semakin baik cara anda berkomunikasi. Contohnya tingkahlaku mencuri adalah salah dan tujukan kepada kanak-kanak-kanak berbohong tentang perkara tersebut. anda perlu ingat terdapat kanak-kanak yang berbohong untuk menghindarkan dirinya daripada dimarahi atau mendapat hukuman.
Sunday, August 21, 2011
Adakah Kanak-Kanak Berbohong Merupakan Krisis Moral?
Walau pun kanak-kanak berusia 4 tahun dan 5 tahun telah peka dengan makna kebenaran, anda tidak akan dapat kebenaran jika anda bertanya secara terus terang. Jika anda berjaya memperolehinya kerana anda mendesak atau membuat kanak-kanak itu bercakap. Tetapi apa yang sebenarnya anda perolehi? Anda sebenarnya tidak menggalakkan kanak-kanak untuk mengambil tanggungjawab terhadap perlakuannya sendiri. Sebenarnya tekanan yang anda berikan akan mengakibatkan kanak-kanak bercakap kurang jujur di masa akan datang. Membantu kanak-kanak membina moral dan tanggungjawab terhadap perlakuannya merupakan matlamat jangka panjang.
Saturday, August 20, 2011
Mengapa Kanak-Kanak Tidak Berbohong?
Friday, August 19, 2011
Adakah Harapan Impian Itu Pembohongan Kanak-Kanak?
Pembohongan di peringkat 4 tahun ini mungkin berjaya tetapi kanak-kanak berusia 3 tahun gagal berbohong kerana tidak mengikut kesesuaian masa dan keadaan. Kanak-kanak berusia 3 tahun tidak mempertimbangkan pendengarnya yang akan berfikir sama ada kenyataan atau niatnya. Akhirnya kanak-kanak 3 tahun ini cuba berbohong pada masa tempat yang salah. Kanak-kanak 3 tahun tidak memberi pertimbangan kepentingan fakta lain seperti menyembunyikan pembohongan dan melindungi jalan cerita.
Wednesday, August 17, 2011
Tahap Pembohongan Kanak-Kanak?
Terdapat beberapa tahap membohong. Tahap pertama kanak-kanak berbohong untuk meningkatkan sesuatu matlamat atau mendapatkan ganjaran dengan mengatakan sesuatu yang diketahui atau dipercayai yang sebenarnya palsu. Niatnya hanya untuk memberi kesan tingkahlaku pendengar untuk mengelakkan dari hukuman atau mendapatkan ganjaran. Biasanya kanak-kanak dalam lingkungan 4 tahun ke atas berada di tahap ini.