Tuesday, December 31, 2013

Selamat Tinggal!!!

Selamat tinggal tahun 2013! Rasanya sudah masuk tahun yang ke-4 menulis dan berkongsi pengetahuan yang tidak setinggi mana untuk tatapan pembaca. Terima kasih diucapkan kepada pembaca yang sudi mengikut penulisan saya di blog ini. Saya cuba mencari ruang masa sewaktu menulis dalam memikul tanggungjawab memimpin institusi kecil yang serba mencabar.  Kadangkala terasa sukar untuk meneruskan penulisan. Mungkinkah setakat ini sahaja penulisan santai di ruangan blog? Wajarkah mengundur diri dalam penulisan santai ini? Kepada semua pembaca yang setia mengikuti blog ini saya ucapkan jutaan terima kasih. Mohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan dan ketidak sempurnaan dalam penulisannya. Penulisan di blog ini mungkin terakhir. Saya hanya sekadar berkongsi pengalaman dan apa yang saya tahu. Sebelum saya mengundur diri maaf jua dipinta dengan setulus hati. SELAMAT TINGGAL!!!

Monday, December 30, 2013

Kebapaan Adalah Proses Berterusan (10)

Kebanyakan lelaki yang perihatin berperanan sebagai telah melaksanakan perkongsian perkara yang insensitif. Sebagai seorang bapa, kita hendaklah segera menyedari bahawa kita telah membuat kesilapan berdasarkan daripada reaksi anak-anak. Apabila kita membuat kesilapan, kita hendaklah belajar meminta maaf dan meminta pandangan kepada anak perkara yang perlu dilakukan untuk memastikan sesuatu perkara boleh dilakukan mengikt cara lain. Kita juga perlu memaafkan diri sendiri. Sebagai bapa kita belajar daripada kesilapan. Kebapaan adalah belajar secara berterusan.

Sunday, December 29, 2013

Membuat Kesilapan (9)

Kebanyakan orang lelaki amat sukar menerima kesalahan walhal fakta menunjukkan mereka boleh membuat kesalahan sebagai kebapaan dan kekeluargaan. Bapa merasakan diri yang berkuasa dikomporomi akan merasakan dirinya tidak diperlukan untuk membuat keputusan. Perkara ini sebenarnya tidak betul. Kanak-kanak menghormati bapa yang membuat salah dan membetulkan kesilapannya. Kanak-kanak memberi hormat yang tinggi apabila bapanya jujur dan sensitif kepadannya.

Saturday, December 28, 2013

Belajar Memberi Pujian (8)

Seorang bapa perlu belajar cara memberi pujian kepada anaknya terhadap sesuatu perkara yang telah dlakukan dengan jayanya sebagai tanda penghargaan. Adalah mudah untuk memberi dorongan dan galakkan kepada anak apabila dia telah membuat sesuatu dan memberikan tanda menghargai terhadap usahanya. Ganjaran tidak perlu berupa hadiah atau wang ringgit, memadai dengan memberi kata-kata yang dapat memberi ransangan dan dorongan terhadap hasil usahanya.

Friday, December 27, 2013

Mendahulukan Keperluan Kanak-Kanak [7]

Banyak perkara yang perlu dipelajari untuk menjadi bapa yang efektif apabila meletakkan bapa sebagai ahli keluarga yang penting di dalam rumah. Keperluan ini dilihat apabila seorang bapa mempunyai anak-anak yang masih kecil dan perlu membuat pilihan antara keperluan yang siapakah yang perlu dipenuhi - diri sendiri atau anak. Seorang bapa perlu belajar untuk menghargai keperluan anak menjadi keutamaan daripada keperluan dirinya sendiri.

Thursday, December 26, 2013

Delima Kerjaya Dan Mendidik Anak [6]

Terdapat wanita dan lelaki yang tiada pilihan terutama mereka yang berkerjaya yang tidak begitu tinggi menghadapi tekanan "mesti berada di tempat kerja atau hilang pekerjaan." Ibu bapa seperti ini selalunya cuba mencari masa untuk bersama dengan anak-anak apabila selepas bekerja. Bagi bapa yang melanjutkan masa untuk bekerja 'lebih masa' kadangkala terlalu terhad untuk masa bersama anak-anak di rumah. Keadaan ini menyebabkan kurang masa yang berkualiti untuk bersama membesar besama anak.

Wednesday, December 25, 2013

Peranan Traditional Sebagai Bapa [5]

Secara traditional peranan bapa sebagai penyara ahli keluarga. Bapa berfikir peranannya adalah bekerja keras untuk menyara anak-anak dengan sumber kewangan untuk membeli keperluan kehidupan. Ramai orang lelaki yang dibesarkan dengan bapa memastikan keperluan pekerjaan memuaskan dan selalunya kewangan adalah untuk memenuhi kehendak anak-anak.

Tuesday, December 24, 2013

Kaunselor Membantu Kefahaman Bapa [4]

Jika di sekolah terdapat guru kaunselor mohon bantuan daripadanya untuk menjalankan aktiviti bersama kumpulan 'bapa'. Kumpulan boleh membantu bapa meneroka perasaan mereka tentang kebapaan dengan kaunselor yang berkemahiran. Kauselor boleh mendapat peluang lebih baik mengrekrut bapa untuk mengambil bahagian jika kumpulan itu dilabel sebagai "pendidikan" bukan kumpulan untuk " berkongsi perasaan."

Monday, December 23, 2013

Pendidikan Kebapaan [3]

Guru tidak boleh mengandaikan semua lelaki memahami peranan bapa. Guru boleh membantu dengan membuat bahan pendidikan tentang kebapaan yang mudah dan sesuai. 'Newsletters' boleh menyediakan ruang tentang bapa dan juga ruang untuk ibu. Ruang tersebut ditulis oleh penulis lelaki daripada kalangan guru lelaki, kaunselor atau bapa dan ibu. Edaran perlu diberi kepada ibu bapa kanak-kanak setiap keluaran 'newsletter'.

Sunday, December 22, 2013

Mempelajari Menjadikan 'Bapa' [2]

Bapa sama juga ibu tidak bermula dengan kemahiran yang diperlukan sebagai ibu yang efektif. Kebanyakan bermula dengan melihat model pertama iatu tingkahlaku ibu bapa sendiri. Menggunakan bapa sendiri sebagai model tingkahlaku boleh jadi perkembangan yang sihat atau berpotensi merosakkan keadaan. Oleh itu guru boleh memainkan peranan bahawa ramai bapa yang tidak mempunyai kemahiran positif daripada bapanya sendiri dengan menyediakan maklumat tentang bapa yang positif. Guru tidak boleh mengandaikan bahawa semua lelaki tahu cara seorang bapa sebagaimana yang biasanya mengandaikan bahawa semua wanita tahu cara seorang ibu. Ramai lelaki yang dibesarkan dengan kekurangan model atau tiada langsung model kebapaan dalam keluarganya. 

Bersambung...

Saturday, December 21, 2013

Menggalakkan Penglibatan 'Bapa' Di Taska Dan Tadika [1]

Guru wanita mudah berkongsi pengalaman gender dengan ibu kepada kanak-kanak yang mempunyai persamaan pandangan cara wanita lain membina peranannya sebagai ibu. Agak sukar untuk guru wanita untuk mengaitkan kepada bapa. Guru boleh maksimumkan penglibatan bapa dalam pengalaman di sekolah untuk kanak-kanak kecil menerusi persefahaman cara lelaki mempelajari apakah yang dimaksukan menjadi seorang bapa, sentiasa peka dengan pekerjaan bapa, cuba melibatkan golongan bapa yang tidak hadir dan menggalakkan kemahiran keibubapaan yang positif.

Friday, December 20, 2013

Mengukur Tahap Persekitaran Kesihatan

Berikut antara ciri piawaian tahap persekitaran yang baik:
1. Sentiasa membasuh tangan
2. Kebersihan keseluruhan latar tempat
3. Menutup atau membalut luka
4. Kerap membersihkan peralatan dan mainan
5. Piawaian yang tinggi terhadap kebersihan makanan
6. Mengosongkan dan membersihkan tong sampah
7. Pengudaraan yang baik
8. Kekerapan membersihkan tandas, tempat penyediaan makanan
9. Memakai sarung tangan

Thursday, December 19, 2013

Bagaimanakah Menyediakan Persekitaran Kesihatan Yang Baik?

Piawaian persekitaran kesihatan yang baik dalam semua bidang di latar taska adalah menjauhi segala jangkitan. Jangkitan adalah disebabkan oleh bakteria atau virus akan membiak dengan cepat dalam keadaan tertentu. Kanak-kanak kecil terutama bayi paling mudah mendapat jangkitan sebab sistem imunisasi belum terbina. Oleh itu adalah sukar mereka melawan bakteria dan virus di dalam badan. Persekitaran piawaian kesihatan ynag tinggi amat dititikberatkan di taska untuk menghindar bayi daripada mendapat jangkitan bakteria atau pun virus.

Wednesday, December 18, 2013

Memahami Istilah 'Persekitaran'

Persekitaran  meliputi kesemua bukan sahaja apa yang kita dapat lihat, dengar, sentuh, bau tetapi juga  suasana dan iklim tempat. Ini bermaksud selain memastikan persekitaran fizikal yang selamat dan selesa, kita juga perlu memastikan kanak-kanak dan ibu bapa merasa disambut mesra dan diperlukan jika mereka memasuki persekitaran taska. Persekitaran yang positif di awal tahun merupakan aspek pengalaman kanak-kanak mempelajari dan staf berterusan melihat pelbagai cara untuk memastikan setiap kanak-kanak mendapat faedah berada di persekitaran berkenaan.

Tuesday, December 17, 2013

Ciri-ciri Persekitaran Yang Positif

Persekitaran positif yang sepatutnya diberi perhatian sebagai panduan ibu bapa menghantar anak ke taska;
1. Ibu bapa merasa terlibat dan diterima
2. Suasana ceria dan santai
3. Staf taska yang terlatih
4. Kanak-kanak diberi perhatian istimewa
5. Rutin berpusatkan kanak-kanak
6. Aktiviti yang sesuai dan menarik
7. Aktiviti berpusatkan kanak-kanak
8. Piawaian kebersihan yang tinggi
9. Staf bekerja secara berpasukan

Monday, December 16, 2013

Bagaimanakah Kanak-kanak Belajar Tentang Nilai Dan Sikap?

Kanak-kanak membina sikap peribadi dan nilai dengan memerhati dan mempelajari daripada perlakuan dan reaksi orang di persekitarannya. Contohnya apabila memberikan sesuatu objek baru kepada bayi atau berdepan dengan situasi yang tidak pasti biasanya bayi akan melihat ibu bapanya sebagai panduan. Hal ini dipanggil rujukan sosial. Kanak-kanak belajar nilai dan sikap menerusi sumber seperti keluarga, pengasuh, kawan, dan rakan sebaya. Keluarga merupakan pengaruh yang kuat terhadap pembentukan sikap dan nilai.

Sunday, December 15, 2013

Perkembangan Kanak-Kanak Yang Menyeluruh

Terdapat lima bidang perkembangan kanak-kanak yang saling berkait antara satu dengan lain iaitu perkembangan bahasa, fizikal, kognitif, sosial dan emosi. Contohnya kanak-kanak yang sukar berkomunikasi berkemungkinan sukar untuk bersosialisasi dengan kanak-kanak lain. Sekiranya orang dewasa terlalu menumpukan kepada aspek kognitif (akademik) dikhuatiri kanank-kanak tidak dapat menguasai aspek lain yang diperlukan apabila dewasa kelak. Oleh itu kanak-kanak dididik seimbang dengan memenuhi bidang perkembangan yang sepatutnya.

Saturday, December 14, 2013

Pantun Dan Kanak-Kanak


Friday, December 13, 2013

Kanak-Kanak Rasa Selamat


Thursday, December 12, 2013

Boneka Menyampaikan Mesej Untuk Kanak-Kanak


Wednesday, December 11, 2013

Permainan Boneka Kumpulan ABROS


Tuesday, December 10, 2013

Boneka Sebagai Alat Bantu Mengajar


Monday, December 9, 2013

Melahirkan Modal Insan Berkualiti


Sunday, December 8, 2013

Interaksi Positif Orang Dewasa Dengan Kanak-Kanak


Saturday, December 7, 2013

Memperhebat Pencapaian Kanak-Kanak Prasekolah


Friday, December 6, 2013

Thursday, December 5, 2013

Meniti Pengalaman Aktiviti Melukis Bersama Kanak-Kanak


Wednesday, December 4, 2013

Kanak-Kanak Dan Buku


Tuesday, December 3, 2013

Kanak-Kanak Dan Televisyen


Monday, December 2, 2013

Gajet Tingkat Tahap Agresif Kanak-Kanak


Sunday, December 1, 2013

Lukisan Minda Kanak-Kanak


Friday, November 29, 2013

Bayi Mati Tersedak Susu


Thursday, November 28, 2013

Renungan Untuk Pembaca [2]


Wednesday, November 27, 2013

Renungan Untuk Pembaca [1]




Tuesday, November 26, 2013

Pendekatan Projek Di Reggio Emilia

Projek merupakan tulang belakang pengalaman pembelajaran kanak-kanak dan guru. Pembelajaran projek ini berasaskan kepada kepercayaan yang kuat bahawa belajar menerusi lakuan amat penting dan membincangkannya menerusi kumpulan dan melihat semula idea dan mengalami adalah cara utama untuk mendapatkan pemahaman dan pembelajaran yang lebih baik. Idea projek bermula daripada pengalaman kanak-kanak dan guru untuk membina pengetahuan bersama-sama. Projek boleh diselesaikan dalam beberapa hari sehingga beberapa bulan. Mereka mungkin bermula dengan secara kebetulan sesuatu peristiwa, sesuatu idea atau masalah yang dikemukakan oleh seorang atau ramai kanak-kanak, menerusi pengalaman yang dilalui oleh kanak-kanak.

Monday, November 25, 2013

Kurikulum Reggio Emilia

Kurikulum di Reggio Emilia tidak dirancang terlebih dahulu. Guru menyatakan matlamat dan membuat hipotesis tentang arah aktiviti, projek dan membuat persediaan yang bersesuaian. Selepas membuat pemerhatian perlakuan kanak-kanak, guru akan membanding, berbincang dan menterjemahkan berdasarkan pemerhatiannya dan membuat pilihan yang telah dikongsikan bersama kanak-kanak tentang apa yang dijalankan dan cara untuk mengekalkan kanak-kanak dalam penerokaan dan pembelajaran. Kurikulum ini timbul hasil daripada proses setiap aktiviti atau projek dan fleksibaliti untuk disesuaikan menerusi dialog di kalangan guru dan kanak-kanak.

Sunday, November 24, 2013

Peranan Dokumentasi Di Reggio Emilia

Semua hasil kerja kanak-kanak dan proses pembelajaran di sekolah didokumentasikan dalam pelbagai bentuk dokumentasi seperti perbincangan kanak-kanak yang ditranskripkan, gambar aktiviti kanak-kanak, paparan pemikiran dan pembelajaran menggunakan pelbagai media yang disusun dengan teliti oleh guru seni visual bersama dengan guru-guru lain. Dokumentasi mempunyai fungsi untuk memberi kepekaan kepada ibu bapa terhadap pengalaman anak-anaknya dan mengekalkan penglibatan ibu bapa, memberi peluang guru memahami kanak-kanak dengan lebih baik dan menilai hasil kerja guru untuk meningkatkan perkembangan profesionalisme, mendorong komunikasi dan pertukaran idea dikalangan pendidik, menjadikan kanak-kanak peka terhadap hasil kerjanya dihargai dan membina arkib yang dapat menelusuri sejarah sekolah dan keseronokan belajar oleh semua kanak-kanak dan guru-gurunya.

Saturday, November 23, 2013

Peranan Guru Seni Visual Dan Studio Di Reggio Emilia

Guru yang mendapat latihan dalam bidang seni visual berkerjasama dengan guru-guru lain dan kanak-kanak di taska dan tadika. Guru ini dipanggil atelierista. Bilik bengkel atau studio dipanggil atelier. Studio ini digunakan oleh semua kanak-kanak dan guru juga atelierista. Atelier terdapat berbagai peralatan dan bahan sumber disamping rekod projet pengalaman lalu.

Aktiviti dan projek bukan sahaja berlaku di atelier, sepanjang tahun peranan atelier dan atelierista berkembang dan menjadi sebahagian keseluruhan sekolah. Ruang kecil dipanggil mini atelier diadakan pada setiap kelas, guru dan atelieristi bekerjasama berterusan bertukar kemahiran. Apa yang dilakukan pada bahan dan media bukan dianggap sebagai hasil seni tulin. Pendidik di Reggio Emilia berpandangan kanak-kanak menggunakan pelbagai media bukan bahagian terpisah daripada kurikulum tetapi terkandung, bahagian yang bersepadu dengan keseluruhan kognitif dan simbol ekspresi yang melibatkan proses pembelajaran.

Friday, November 22, 2013

Oragnisasi Saling Membantu Dan Bekerjasama Di Reggio Emilia

Sokongan dan kerjasama yang tinggi yang diberikan dengan berhati-hati yang dibina menerusi struktur organisasi. Perancangan yang terperinci daripada setiap guru, merancang perjumpaan dengan ibu bapa dan keluarga, diet kanak-kanak kesemuanya dibincangkan dengan teliti. Kerjasama yang tinggi dibuat secara teliti di bawah pengetuhan organisasi. Organisasi akan maju dengan adanya keperihatinan yang dilakukan secara bekerja rapat bersama-sama membolehkan guru mendapat pengalaman dan membolehkan guru memberi peluang terbaik untuk kanak-kanak. Pertemuan dengan organisasi tidak lebih 6 jam seminggu dijadualkan untuk mesyuarat dengan guru, persediaan, mesyuarat dengan ibu bapa dan latihan dalaman.

Thursday, November 21, 2013

Saling Membantu Dan Bekerjasama Di Reggio Emilia

Sikap saling membantu dan bekerjasama di semua peringkat sekolah Reggio Emilia merupakan unsur yang menjadikan sesuatu menjadi kenyataan untuk mencapai matlamat yang komplek. Guru berkerja secara bergandingan disetiap kelas bukan sebagai ketua dan pembantu tetapi tanggungjawab yang sama. Guru menganggap dirinya sebagai penyelidik mengumpul maklumat tentang kerjanya dengan kanak-kanak menerusi dokumentasi berterusan. Hubungan yang erat di kalangan rakan sekerja bersama dengan guru-guru lain menerusi kolabrasi perbincangan dengan menginterpretasi hasil kerja guru dan kanak-kanak. Pertukaran kolabrasi ini menyediakan latihan berterusan dan memperkayakan teoritikal. Sistem kerjasama ini disokong oleh pasukan penyelia pedagogikal yang dipanggil pedagogis. Kumpulan pedagogis ini membantu hubungan di kalangan semua guru, ibu bapa, ahli komuniti dan pentadbir kerajaan setempat.

Wednesday, November 20, 2013

Nilai Perhubungan Dan Interaksi Kanak-Kanak Di Reggio Emilia

Guru seboleh-bolehnya menyediakan ruang untuk bersama kanak-kanak sama ada dalam bentuk kumpulan kecil, beramai-ramai atau secara bersendirian apabila mereka memerlukan sedikit masa untuk bersendiri. Guru sentiasa peka bagaimana pun kanak-kanak belajar untuk bertukar kumpulan dikalangan rakan sebaya supaya dapat berinteraksi dalam kumpulan kecil. Kumpulan kecil mengandungi jumlah kanak-kanak sama ada dua, tiga empat atau lima orang kanak-kanak membolehkan mereka menumpukan perhatian, mendengar dan menumpukan antara satu sama lain, membina rasa ingin tahu dan minat, bertanya soalan dan bertindakbalas antara mereka.

Tuesday, November 19, 2013

Peranan Masa Dan Kepentiangan Kesinambungan Di Reggio Emilia

Masa tidak ditentukan oleh jam dan kesinambungan tidak diganggu oleh kalender. Deria kanak-kanak terhadap masanya sendiri dan rentak peribadi adalah dipertimbangkan dalam merancang dan melaksanakan aktiviti dan projek. Kanak-kanak melaksanakan tugasan mengikut rentak dan masanya sendiri menerusi jadul seharian. Kerja diselesaikan mengikut kepuasan kanak-kanak yang tidak terikat dengan masa dan jadual. Guru memahami masa peribadi kanak-kanak dan setiap kanak-kanak mempunyai sifat tertentu sebab kanak-kanak bersama dengan guru yang sama dan kumpulan yang sama untuk kitaran jangka masa 3 tahun (bayi hingga 3 tahun dan 3 tahun hingga 6 tahun). Setiap tahun kumpulan akan berubah persekitaran sebab keperluan perkembangan dan minat mereka berubah tetapi hubungan guru dan rakan sebaya kekal berterusan.

Monday, November 18, 2013

Peranan Guru Selain Sebagai Teman Di Reggio Emilia [2]

Peranan guru dianggap sebagai seorang penyelidik berterusan dan proses pembelajaran, mengambil tempat bersama kanak-kanak dan bersama dengan pasukan bekerjasama. Melakukan penyelidikan, mengimbas kembali dan mendengar kanak-kanak bersama dengan rakan sejawatnya dan bantuan dari penyelaras pedagogi, menyumbang kepada situasi yang berterusan secara individu dan kumpulan profesional.

Sunday, November 17, 2013

Guru Sebagai Teman Di Reggio Emilia [1]

Cara merancang atau melaksanakan tugasan, guru memerhati dan mendengar kanak-kanak dengan cara lebih dekat. Guru menggunakan pemahaman kanak-kanak dan sebagai sumber pengajarannya.Guru bertanya soalan dan menemui idea kanak-kanak, hipotesis dan teori. Kemudian orang dewasa berbincang bersama apa yang telah direkod menerusi notanya atau audio atau rakaman visual dan merancang secara fleksible dan persediaannya. Kemudian guru bersedia untuk memasuki semula berdialog dengan kanak-kanak dan memberi mereka peluang untuk penerokaan dan mengulangi pengalaman. Oleh kerana guru menganggap pembelajaran bukan proses mendatar tetapi lingkaran perkembangan. Guru sendiri menganggap dirinya sebagai teman dalam proses pembelajaran ini yang berkemungkinan berlaku terhenti dan pengulangan tetapi pengalaman terbina dan keseronokan bersama kanak-kanak.

Saturday, November 16, 2013

Peranan Ruang Reggio Emilia: Mesra Sekolah [4]

Ruang dalam pusat dan sekolah Reggio Emilia masih dirasakan peribadi (personal) mengikut cara yang lain: keadaannya penuh dengan hasil kerja kanak-kanak. Setiap sudut di mana sahaja terdapat lukisan, lakaran dan binaan kertas, binaan dawai,kolaj lutsinar, cahaya berbagai warna dan mobil di gantung yang bergerak perlahan di atas kepala. Malahan terdapat di tempat yang tidak dijangka seperti laluan ke bilik air atau tangga. Gambaran hasil kerja guru dapat dilihat menerusi gambar foto kanak-kanak, dialog bersama kanak-kanak di pamerkan untuk membantu pemerhati memahami proses pemikiran dan penerangan kanak-kanak.

Friday, November 15, 2013

Peranan Ruang Reggio Emilia: Mesra Sekolah [3]

Persekitaran tempat pembelajaran Reggio Emilia bukan sahaja cantik tetapi amat peribadi (personal). Sebagai contoh, pada sebuah laluan terdapat siri kotak kecil yang diperbuat daripada kotak putih di lekatkan pada dinding. Setiap kotak terdapat nama kanak-kanak atau guru mencetak dengan menggunakan huruf cap getah (rubber stamp). Kotak digunakan untuk meninggalkan sedikit kejutan atau mesej pada setiap kanak-kanak. Komunikasi dinilai pada setiap peringkat kanak-kanak dan dianggap bukan sebagai perkara kecil atau remeh. Untuk menggalakkan kanak-kanak memberi tumpuan kepada komunikasi persediaan mesej yang mendalam hubungan manusia dan juga membantu kanak-kanak menghargai dan memupuk minat dalam menilai kepentingan membaca dan menulis sebelum mereka secara formal belajar di kurikulum sekolah rendah.

Thursday, November 14, 2013

Peranan Ruang Reggio Emilia: Mesra Sekolah [2]

Sebenarnya pusat dan sekolah Reggio Emilia adalah cantik dan menarik. Walau bagaimana pun bukannya daripada peralatan hiasan yang mahal tetapi daripada mesej keseluruhan sekolah yang menyatakan tentang kanak-kanak dan guru yang digabungkan bersama dalam keseronokan belajar. Kesemuanya dibuat dengan teliti: warna di dinding, rupa bentuk perabut, susunan objek yang mudah di atas almari dan meja. Cahaya dari tingkap dan pintu menyinar menerusi kolaj lutsinar dan anyaman yang dibuat oleh kanak-kanak. Pokok dan tumbuhan yang segar terdapat di sekeliling sekolah dan di mana jua. Di atas almari di pamerkan cengkerang atau apa yang ditemui atau objek yang dihasilkan kanak-kanak mencerminkan corak hasil kerja daripada kanak-kanak dan guru.

Wednesday, November 13, 2013

Peranan Ruang Reggio Emilia: Mesra Sekolah [1]

Ruang penjagaan untuk bayi dan tatih dan sekolah adalah aspek yang diberi penekanan oleh guru dan ibu bapa di Reggio Emilia. Ruang tersebut menyatakan banyak mesej yang disampaikan. Ruang merupakan tempat orang dewasa memikirkan tentang kualiti dan kuasa ruang yang berinformatif. Susun atur ruang fizikal terasa memanggil apabila seseorang memasuki kawasan sekolah meransang untuk mengetahui lebih lanjut, komunikasi dan ingin terus berhubungrapat. Susunan struktur, objek dan aktiviti mengalakkan pilihan, penyelesaian masalah dan penemuan dalam proses pembelajaran.

Tuesday, November 12, 2013

Peranan Ibu Bapa Dalam Program Reggio Emilia

Ibu bapa dianggap sebagai keperluan yang penting dalam komponen program dan kebanyakan mereka mengambil bahagian dalam jawatankuasa penasihat di setiap sekolah. Penglibatan ibu bapa amat diharapkan dan membantu dalam berbagai bentuk: interaksi setiap hari, bekerja di sekolah, berbincang hal isu pendidikan dan psikologi, acara istimewa dan perayaan. Ibu bapa bahagian yang aktif dalam pengalaman pembelajaran kanak-kanak dan dalam masa yang sama membantu untuk memastikan kebajikan semua kanak-kanak di sekolah.

Monday, November 11, 2013

Tiga Subjek Pendidikan Dalam Program Reggio Emilia

Bagi kanak-kanak untuk belajar, kesempurnaan kehidupannya perlu diberi jaminan; seperti kesempurnaan bersama ibu bapa dan guru. Hak kanak-kanak perlu diperakukan selain keperluan kehidupannya. Kanak-kanak berhak mendapat pendidikan dan penjagaan yang berkualiti yang dapat membantu perkembangan potensi dirinya. Menerusi pengiktirafan hak kanak-kanak kepada yang terbaik maka pihak masyarakat menawarkan hak kepada ibu bapa melibatkan diri di sekolah dan guru berhak untuk mengembangkan profesionnya mendapat pengiktirafan.

Sunday, November 10, 2013

Interaksi dan Hubunganrapat Kanak-kanak Dengan Sistem Reggio Emilia

Pendidikan memberi tumpuan pada setiap kanak-kanak, bukan dianggap sebagai berasingan tetapi berhubungkait dengan keluarga, kanak-kanak lain, guru, persekitaran sekolah, komuniti dan lebih luas lagi masyarakat. Setiap sekolah adalah dilihat sebagai sistem pada hubungkait ini yang mana kesemuanya saling berkaitrapat kitarannya, aktif dan saling memberi sokongan.

Saturday, November 9, 2013

Pendekatan Reggio Emilia Memaparkan Imej Kanak-Kanak

Pendidik di Reggio Emilia sentiasa memberi keutamaan untuk menyatakan tentang imej kanak-kanak. Semua kanak-kanak mempunyai kesediaannya yang tersendiri, berpotensi, ingin tahu dan minat untuk berhubung dalam interaksi sosial, mengukuhkan hubungan, membina pembelajaran, berhubung dengan persekitarannya. Guru sentiasa peka secara mendalam setiap pontesi kanak-kanak dan membina setiap hasil kerja kanak-kanak dan pengalaman persekitaran kanak-kanak diberi tindakbalas yang bersesuaian.

Friday, November 8, 2013

Prinsip Asas Pendekatan Reggio Emilia

Kebanyakan idea asas yang membentuk oleh pendidik di Reggio Emilia merujuk kepada hasil kerja daripada pakar pendidik seperti Dewey, Piaget danVygotsky di samping membaca hasil penyelidikan yang berterusan dan terkini perkembangan kanak-kanak dan pendidikan di Amerika. Walau bagaimanapun pendekatannya berasaskan kepada kajian berterusan dan menganalisa amalannya, hipotesis baru dan idea tentang pengajaran dan pembelajaran.

Thursday, November 7, 2013

Matlamat Pendidikan Awal Kanak-Kanak Reggio Emilia

Pendekatan Reggio Emilia diasaskan oleh sekumpulan pendidik yang diketuai Loris Malaguzzi. Pendidik di Reggio Emilia tidak berniat untuk mencadangkan programnya dilihat sebagai model yang akan ditiru oleh negara lain. Sebaliknya mereka sendiri beranggapan hasil kerja mereka sebagai pengalaman pendidikan yang mengandungi imbas kembali (reflection), amalan (practice) dan imbas kembali  dalam program yang berterusan memperbaharui (renewed) dan menyesuaikan semula (readjusted).

Wednesday, November 6, 2013

Perkembangan Emosi Dan Sosial

Emosi merupakan salah satu domain perkembangan kanak-kanak. Perkembangan emosi dan sosial menerusi perkembangan komunikasi, kefahaman, keupayaan untuk menguruskan perasaan diri, pengetahuan tentang orang lain, kemahiran interpersonal, persahabatan, perhubungan, alasan moral dan tingkahlaku.

Tuesday, November 5, 2013

Perkembangan Kognitif

Kognitf merupakan salah satu domian dalam perkembangan kanak-kanak. Perkembangan kognitif adalah luas pelbagai menerusi proses dan keupayaan intelektual termasuk perhatian, ingatan, akademik dan pengetahuan harian, penyelesaian masalah, imaginasi, kreativiti dan ruang keunikan yang dipersembahkan menerusi bahasa.

Monday, November 4, 2013

Perkembangan Fizikal

Perkembangan fizikal merupakan salah satu domain. Perkembangannya boleh dilihat dari segi perubahan saiz tubuh badan, keseimbangan, luaran, fungsi pada sistem anggota badan, perkembangan otak seperti motor persepsi dan keupayaan, dan kesihatan fizikal.

Sunday, November 3, 2013

Domain Perkembangan

Biasanya perkembangan secara umum dibahagikan kepada tiga iaitu fizikal, kognitif, sosial dan emosi. Setiap domain saling mempengaruhi. Contohnya keperluan motor seperti merangkak, mencapai dan berjalan (fizikal) menyumbangkan kanak-kanak memahami persekitarannya (kognitif). Apabila kanak-kanak berfikir dan bertindak lebih cekap dan orang dewasa pula mendorong dengan mainan, bahasa dan ekspresi terhadap kecekapan baru kanak-kanak (sosial dan emosi). Pengayaan pengalaman ini membantu semua aspek perkembangan.

Saturday, November 2, 2013

Akta Pendidikan Awal Kanak-Kanak Perlu Dipatuhi [3]

Akta perlu dipatuhi oleh mana-mana institusi, agensi kerajaan, swasta mahupun individu yang menjalankan program pendidikan awal kanak-kanak.

Friday, November 1, 2013

Akta Menjaga Kepentingan Pendidikan Awal Kanak-Kanak [2]

Akta sebenarnya memberi garis panduan kepada pemberi khidmat dan kebajikan kanak-kanak untuk mendapat pendidikan yang sempurna mengikut tahap perkembangnnya.

Thursday, October 31, 2013

Akta Pendidikan Awal Kanak-Kanak [1]

Program pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia perlu mematuhi akta dan peraturan yang ditetapkan.

Wednesday, October 30, 2013

Perbandingan Antara Ibu Dan Pengasuh Menjaga Anak [3]

Perbandingan kasih sayang dan penjagaan antara ibu dan pengasuh akan lebih ketara kesannya apabila jurang kasih sayang dapat dibezakan oleh anak. Masalah ini akan menimbulkan delima kepada ibu bapa.

Tuesday, October 29, 2013

Menjamin Pengasuhan Berkualiti [2]

Pengasuh yang mendidik anak pastinya tidak dapat memenuhi harapan yang diharapkan oleh ibu bapa. Keadaan ini memberi kesan kepada kanak-kanak itu sendiri sama ada sebagai contoh perlakuan anak dan pertuturan terbawa-bawa dengan mencontohi orang yang kerap berdamping dengannya untuk dijadikan model.

Monday, October 28, 2013

Masalah Pengasuhan Kanak-Kanak [1]

Sejauhmana kepercayaan ibu bapa terhadap pengasuhan anak-anak mereka? Perkara ini sering menjadi perbincangan. Menerusi artikel ini cuba mengupas permasalahan yang menjadi isu kepada ibu bapa. 

Sunday, October 27, 2013

Persekitaran Yang Kondusif

Persekitaran memainkan peranan dalam perkembangan dan pendidikan awal kanak-kanak.

Saturday, October 26, 2013

Perwatakan Anak Kembar [2]

Perwatakan anak kembar yang berbagai ragam kadangkala sukar difahami. Mungkin artikel ini dapat memberi panduan untuk memahaminya.

Friday, October 25, 2013

Perwatakan Anak Kembar [1]

Kanak-kanak mempunyai pelbagai ragam dan perwatakan. Paling istimewa apabila berhadapan dengan kanak-kanak kembar. Bagaimanakah manangani perwtakan anak kembar?

Thursday, October 24, 2013

Usia Yang Sesuai Ke Tadika

Menghantar anak ke tadika hendaklah mengambilkira kesediaan usianya.

Wednesday, October 23, 2013

Menangani Anak Yang Tidur Lambat

Kerenah anak yang tidak mahu tidur pada waktu yang sepatutnya.

Tuesday, October 22, 2013

Masih Tidak Boleh Membaca

Menghantar anak ke tadika yang mahal tetapi masih tidak boleh membaca.

Monday, October 21, 2013

Kerenah Kanak-Kanak Yang Banyak Bertanya

Bagaimana menangani kanak-kanak yang banyak bertanya?


Sunday, October 20, 2013

Mendidik Kanak-Kanak Berkongsi Barang Mainan

Bagaimanakah untuk mendidik anak berkongsi barang mainan?

Saturday, October 19, 2013

Melayani Pertanyaan Anak

Jika anda sering ditanya anak perlu dilayan dengan memberi jawapan yang bersesuaian.

Friday, October 18, 2013

Ransangan Minda Secara Positif

Panduan ini boleh dijadikan panduan pembaca budiman sekirannya bersesuaian.

Thursday, October 17, 2013

Perkembangan Anak Lambat

Mengapa perlu risau terhadap perkembangan anak yang lambat?

Wednesday, October 16, 2013

Mengapa Kanak-Kanak Bercakap Sendirian?

Artikal ini diharapkan dapat memberi kefahaman kepada pembaca budiman.

Tuesday, October 15, 2013

Delima Anak Lelaki Main Permainan Perempuan

Ibu bapa agak risau apabila melihat anak lelakinya bermain permainan perempuan.

Monday, October 14, 2013

Anak Nakal Di Tadika?

Orang dewasa selalu menganggap apabila kanak-kanak melakukan sesuatu perkara diluar kawalan dianggap nakal.


Saturday, October 12, 2013

Perilaku Positif Mendidik Anak

Mendidik anak perlu memahami perkembangannya untuk membentuk keperibadian positif. Anak yang didik secara positif mengikut tahap perkembangan lebih berdikari dalam menghadapi pelbagai situasi persekitarannya.






Tidak Boleh Membaca

Ramai ibu bapa yang merasa risau melihat anaknya di taska atau tadika kerana tidak boleh membaca. Isu ini sering diperkatakan menyebabkan pengusaha tadika tidak lagi mengamalkan pendidikan secara menyeluruh. Artikel ini mungkin dapat direnung pembaca terhadap masalah pembacaan kanak-kanak.

Friday, October 11, 2013

Menggalakkan Anak Ke Taska

Mungkin ada dikalangan ibu bapa yang menghantar anak ke taska tetapi menghadapi masalah kerana anak itu sendiri tidak berminat ke taska. Tentu ada sebabnya dan artikel ringkas ini mungkin sesuai untuk dijadikan panduan.

Monday, October 7, 2013

Peringkat Perhatian Guru

Sekiranya guru baru memulakan tugasnya mereka lebih tertumpu kepada keupayaan personal untuk memenuhi peranan sebagai guru. Biasanya strategi pengajarannya terhad. Sentiasa mencar penyelesaian semerta, mencari jawapan segera dam tidak sabar dengan teori dan sejarah pengajaran. Bergantung kepada pengalaman terdekat dan semasa kecil daripada latihan yang dipelajari.

Monday, September 30, 2013

Anak Suka Mengamuk

Kanak-kanak tingkahlakunya berbagai ragam. Kerenah tingkahlaku kanak-kanak perlu di atasi sebaik mungkin. Membiarkan sahaja atau menurutkan rentak kanak-kanak tanpa memberi bimbingan yang positif akan meninggalkan kesan negatif kepada diri anak itu sendiri terutama aspek perkembangan kanak-kanak itu sendiri.