Thursday, November 30, 2017

Kanak-kanak tidak boleh lakukan seperti orang dewasa

Kanak-kanak melakukan sesuatu perkara menerusi penerokaan dan percubaan untuk mendapatkan kefahaman dan pengalaman baru. Cara kanak-kanak berfikir juga tidak sama seperti orang dewasa. Oleh itu orang dewasa apabila meminta kanak-kanak melakukan sesuatu perkara hendaklah difikirkan peringkat umur dan keupayaan kanak-kanak itu sendiri. Setiap kanak-kanak mempunyai keupayaan yang berbeza walau pun pada peringkat umur yang sama. Sedikit kesabaran dan cuba memahami terhadap fitrah kanak-kanak. Dorongan dan menggalakkan adalah lebih baik untuk membina keyakinan diri yang positif pada diri kanak-kanak.


Tuesday, November 28, 2017

Mengajar menulis kepada kanak-kanak

Menulis memerlukan kemahiran fizikal iaitu motor kasar dan motor halus. Koordinasi pergerakan tangan, jari dan mata berjalan seiring. Kanak-kanak yang masih kecil perlu didedahkan dengan pergerakan motor kasar dan motor halus sebelum belajar menulis. Aktiviti seperti bermain dengan jari melakar di pasir, memasukkan benang ke lubang butang atau manik, melukis dan melakar di kertas. Kemahiran menguasai pergerakan tangan akan membantu kanak-kanak untuk menulis abjad. Ajar kanak-kanak memegang pensil dengan betul semasa hendak mengajar menulis. Galakkan kanak-kanak menulis huruf walau pun pada awalnya sekadar lakaran yang tidak memberi makna kepada orang dewasa. Apa yang penting kanak-kanak dapat memahami konsep menulis.



Wednesday, November 22, 2017

Memupuk minat membaca

Minat membaca hendaklah dipupuk semasa kecil. Kanak-kanak sewajarnya diperkenalkan dengan buku bukan gajet yang melekakan. Ibu bapa membacakan buku sebelum kanak-kanak boleh membaca dengan sendiri. Budaya membaca sepatutnya bermula di dalam keluarga. Membudayakan minat membaca dikalangan ahli keluarga menjadikan ibu bapa sebagai contoh kepada anak-anak. Persekitaran dalam rumah dilengkapkan dengan bahan bacaan yang sesuai dengan ahli keluarga di rumah.

 

Sunday, November 19, 2017

Menigkatkan kualiti pendidikan awal kanak-kanak

Para pendidik yang melibatkan diri dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak sama ada di taska dan tadika akan menghadapi cabaran yang kian menghampiri 2020. Disyaratkan mereka yang ingin menjadi pendidik khususnya di tadika perlu memiliki diploma dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Ramai yang masih belum mengorak langkah untuk memiliki diploma. Sewajarnya langkah menimba ilmu bukan sekadar untuk memenuhi syarat kelulusan sebagai pengajar atau pun pengusaha tadika.

Friday, November 17, 2017

Bahaya gajet kepada kanak-kanak

Kita selalu melihat cara orang dewasa mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan tingkahlaku kanak-kanak dengan memberi alatan gajet. Ketagihan gajet berlaku semasa kanak-kanak masih kecil. Tanpa disedari ibu bapa yang membanggakan anak kecil boleh menguasai telefon eletronik atau gajet yang lengkap serba banyak permainan akan memberi kesan negetif kepada kanak-kanak.



Wednesday, November 15, 2017

Ukulele aktiviti pengajaran guru di taska dan tadika



Ramai pendidik awal kanak-kanak apabila hendak menjalankan aktiviti nyanyian dan muzik akan cuba mengelakkan daripada melakukan aktiviti tersebut. Kalau ada hanya sekadar menyanyi bersama kanak-kanak. Tiada sesuatu yang dapat menarik perhatian kanak-kanak untuk mendorong terlibat secara aktif. Kelemahan kebanyakan guru pendidikan awal kanak-kanak di negara kita tidak dapat menguasai permainan alat muzik yang mudah dimainkan oleh guru itu sendiri. Mungkin muzik ukulele merupakan salah satu alat muzik yang tidak sukar untuk dimainkan oleh guru. Di samping itu alat muzik ukulele mudah dibawa ke sana sini. 

Kurikulum pendidikan bakal guru bukan hanya sekadar memberi ilmu dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Guru perlu dilengkapkan kemahiran yang dapat menarik perhatian. Antara kemahiran memainkan alat muzik amat mendesak. Ramai pengusaha dan mereka yang terlibat memberi maklumbalas terhadap kelemahan dan kesukaran untuk mendapatkan guru yang boleh memainkan alat muzik semasa mereka mengajar.

Sebenarnya guru pendidikan awal kanak-kanak perlu menjadi orang yang serba boleh. Bukan sahaja mengajar dan menguruskan kelas tetapi lebih daripada itu. Kemahiran melukis, menyanyi, berlakon, bercerita dan memainkan alat muzik perlu ada dalam diri mereka. Menguasai kemahiran tersebut tidak memerlukan bakat. Walau bagaimana pun bakat adalah satu kelebihan jika ada. Apa yang penting kemahiran boleh dikuasai menerusi latihan berterusan. Selain daripada itu yang lebih penting minat dan ketekunan untuk mempelajari dan menguasai kemahiran.




Tuesday, November 14, 2017

Kanak-kanak dan bantal busuk

Selalu kita melihat kanak-kanak tidak boleh berpisah dengan bantal busuk, kain selimut dan tuala kecil. Barangan itu dibawa ke sana sini untuk menjadi teman sama ada untuk tidur dan kandangkala ketika bersendirian. Orang dewasa sangat risau perkara seumpama ini berlaku kepada anak-anak mereka. Mungkin artikal ini dapat memberi kefahaman kepada ibu bapa dan orang dewasa terhadap anak yang suka kepada bantal busuk.


Sunday, November 12, 2017

Majalah Kanak-Kanak Dewan Pelajar

Seingat saya semasa zaman sekolah rendah tidak banyak majalah berbentuk akademik dan menghiburkan adalah Majalah Dewan Pelajar terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Majalah tersebut adalah wadah bacaan kanak-kanak di era tahun 1960an. Boleh dikatakan semua kanak-kanak sekolah rendah yang suka membaca majalah tersebut menjadi tatapan mereka. Majalah tersebut boleh dikatakan begitu popular dan Dewan Bahasa dan Pustaka menjadi destinasi utama lawatan rombongan sekolah rendah ke Kuala Lumpur. Bahagian kanak-kanak menjadi tumpuan lawatan di Dewan Bahasa dan Pustaka.

Thursday, November 9, 2017

Kesilapan mengajar anak kecil

Kebanyakan ibu bapa dan juga guru meletakkan harapan yang terlalu tinggi terhadap anak yang masih kecil. Orang dewasa perlu sedar dan cuba memahami keupayaan kanak-kanak mengikut tahap usia dan terdapat pencapaian yang berbeza di antara seorang kanak-kanak dengan kanak-kanak yang lain.


Tuesday, November 7, 2017

Memilih alat mainan

Bagaimanakah anda memilih alat mainan yang sesuai untuk kanak-kanak? Tidak semua alat maian itu sesuai digunakan oleh kanak-kanak. Anda perlu melihat dari beberapa aspek sebelum membeli alat mainan untuk digunakan oleh kanak-kanak.


Thursday, November 2, 2017

Delima tugasan kanak-kanak tadika

Apakah wajar kanak-kanak tadika diberi tugasan seperti kanak-kanak di sekolah formal? Apakah yang membezakan kanak-kanak tadika dengan murid-murid yang belajar di darjah 1? Persoalan ini dikupas menerusi artikal yang perlu dibaca.

 

Wednesday, November 1, 2017

Kanak-kanak suka bermain bersama dan berkawan

Kebanyakan kehidupan kanak-kanak suka bermain dan berkawan. Jika kanak-kanak itu menjauhkan diri dan tidak suka berkawan tentu ada sebab tertentu tingkahlakunya sedemikian. Artikal ini sesuai untuk dibaca hal kanak-kanak bersosial.