Thursday, November 3, 2011

Kanak-Kanak Taska Berminat Perkataan Yang Berkesan

Tidak semua perkataan oleh kanak-kanak taska dihargai oleh orang dewasa. Memanggil nama, perkataan dan frasa yang bertentangan akan digunakan oleh kanak-kanak taska yang lebih berusia khususnya antara 4 tahun ke 5 tahun untuk menarik perhatian dan reaksi orang dewasa dan kanak-kanak lain. Kanak-kanak membuat penemuan terhadap sesuatu frasa, ayat dan perkataan yang menyebabkan tingkahlaku yang luar biasa kepada orang lain. Mereka secara aktif meneroka dan mempelajari sesuatu yang tidak sesuai dan masa untuk menggunakannya. Kanak-kanak juga mempelajari jenis pertuturan yang memberi kesan atau "nilai impak." Jika sesuatu perkataan itu boleh membuatkan orang dewasa tertawa akan menjadikannya sebagai ganjaran kepada kanak-kanak dan akan menggunakannya berulangkali.

3 comments:

  1. Prof: adakah kanak2 peringkat taska ini benar2 berusaha menarik perhatian org dewasa @ kanak2 lain dgn menggunakan perkataan yg boleh menarik perhatian @ secara tidak sengaja?

    Kerana bg saya kanak2 seusia ini belum mengerti maksud utk 'menarik perhatian ini.
    Tetapi jika usia kanak2 tersebut dalam 6 thn kemungkinan ianya adalah benar.

    *Betulkan saya jika saya silap...
    T,kasih

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya seawal kanak-kanak sudah mulai menggunakan pertuturan sebagai komunikasi mereka sentiasa meneroka dan mencuba sesuatu yang boleh mendapat perhatian. Kadangkala perkataan yang terkeluar secara tidak sengaja dan orang dewasa tertawa, maka perkataan tersebut diulangi. Mereka tidak memahami maksud perkataan tetapi mencuba dan meneroka perkataan seiring dengan perkembanganya. Orang dewasa hendaklah membimbing dan mendidik sesuatu perkataan yang sesuai dan yang tidak sepatutnya disebut atau diulangi.

    ReplyDelete