Tuesday, July 31, 2012

Kemahiran Mendengar

Ibu bapa boleh membantu kemahiran mendengar kanak-kanak dengan cara mengajar kanak-kanak mendengar dan mengenalpasti bunyi seperti bunyi pintu, kicauan burung, bunyi unggas dan haiwan. Ibu bapa hendaklah menjadi pendengar yang baik dengan cara berhenti sejenak sebelum menjawab dan sabar menanti kanak-kanak untuk mencuba memberi jawapannya atau cuba bercakap.

Monday, July 30, 2012

Pembelajaran Menerusi Penerokaan Deria

Pada peringkat bayi aktiviti pembelajaran boleh berlaku dengan menggalakkan bayi meneroka deria. Bayi belajar menerusi sentuhan, rasa, bau, dengar, lihat dan sentuh. Menerusi sentuhan bayi akan mendapat tindak balas sama ada positif atau negatif. Jika tindak balas positif, bayi akan mengulanginya. Contohnya objek yang mengeluarkan suara, bayi akan mengemarinya dan mengulangi. Penjaga kanak-kanak atau orang dewasa hendaklah sentiasa memberi dorongan untuk bayi aktif dan meneroka.

Sunday, July 29, 2012

Pertumbuhan dan Pembelajaran

Pakar pengkaji perkembangan kanak-kanak selalunya diberi tumpuan kepada pertumbuhan (growth). Perkembangan selalunya dirujuk kepada urutan tahap atau peringkat perubahan yang dilalui oleh kanak-kanak menuju ke peringkat dewasa.. Contohnya kepada pertumbuhan kepala kanak-kanak sepenuhnya terdahulu diikuti dengan leher. Manakala pembelajaran (learning) merujuk kepada perubahan tingkahlaku akibat atau kesan pengaruh persekitaran. Perubahan pada kanak-kanak adalah kesan daripada interaksi antara pertumbuhan dan pembelajaran. Contohnya bayi meneroka objek menerusi penglihatan, rasa, sentuhan, bunyi dan bau sebelum belajar objek itu tetap wujud apabila tiada dalam penglihatannya.

Saturday, July 28, 2012

Pengasuhan Dan Pendidikan Kanak-Kanak

Taska umumnya lebih menumpukan kepada pengasuhan kanak-kanak. Manakala tadika lebih kepada mendidik kanak-kanak. Kedua-duanya menggunakan pendekatan bermain sambil belajar. Bezanya di taska kanak-kanak lebih kepada pengasuhan daripada pengasuh yang menjaga kanak-kanak. Aktiviti di taska lebih kepada pengenalan pengembangan lima deria dan fizikal. Manakala di tadika pengenalan sosialisasi dan asas kemahiran kognitif menerusi aktiviti bermain sambil belajar.

Friday, July 27, 2012

Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak

Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK) merupakan kurus pengenalan kepada mereka yang ingin melibatkan diri dalam perkhidmatan asuhan kanak-kanak di bawah usia 4 tahun. Kursus ini dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Pengasuh dan pengusaha perlu mendapat pendedahan asas sebelum menawarkan perkhidmatan asuhan di taska. Kursus ini penting kerana kandungan kursusnya meliputi semua aspek pengasuhan kanak-kanak termasuklah keselamatan, pengurusan, kesihatan, pemakanan dan kaedah menjalankan aktiviti kepada kanak-kanak berusia di bawah 4 tahun. Jabatan Kebajikan Masyarakat sememangnya telah lama melaksanakan program ini dan dari masa ke semasa KAAK sentiasa menambahbaikan kandungan kursusnya untuk disesuaikan dengan keperluan semasa.

Thursday, July 26, 2012

Akta 308 Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984

Undang-undang di Malaysia telah lama mewujudkan Akta 308 Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 yang bertujuan melindungi kanak-kanak di taska iaitu kanak-kanak di bawah usia 4 tahun. Kewujudan akta ini secara sah mengiktiraf profesion pengasuhan kanak-kanak di taska. Peraturan dan perundangannya jelas menyatakan tatacara mentadbir, mengurus, mengasuh kanak-kanak di bawah 4 tahun. Akta ini secara terang melindungi kedua belah pihak pengusaha perkhidmatan dan ibu bapa serta kanak-kanak. Malahan mereka yang terlibat dalam perkhidmatan pengasuhan kanak-kanak dilatih khusus menerusi program Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak. Modul latihan kepada pengusaha dan pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dibuat penambahbaikan dari masa ke semasa. Sewajarnya telah mantap dengan pengalaman pentadbiran program KAAK dan sentiasa menambahbaikan kandungan akta 308 dengan mengikut keadaan dan keperluan semasa. Masyarakat umum selama ini tidak menyedari bahawa ini pihak JKM yang bertanggungjawab menangani masalah dan pendidikan kanak-kanak di bawah 4 tahun. Inisiatif JKM tidak pernah disebarluaskan menerusi media cetak mahupun eletronik. Berdasarkan pandangan saya sebagai ahli akademik yang terlibat dalam bidang ini, program yang dilaksanakan oleh JKM setaraf dengan program yang ada diluar negara seperti 'Headstart' di Amerika Syarikat  dan 'Regio Emmilia' di Italy. Semoga ushasa murni ini berterusan dan berkekalan dengan pengalaman luas dapat memantapkan pengurusan yang sedia ada.

Wednesday, July 25, 2012

Taska, Tadika, dan Prasekolah

Pengunaan istilah untuk mengategorikan tahap perkembangan kanak-kanak mengikut yang telah terlazim di negara kita adalah bayi untuk yang baru lahir, tatih untuk kanak-kanak yang baru belajar berjalan antara satu hingga 2 tahun, taska untuk institusi penjagaan kanak-kanak di bawah 4 tahun mengikut akta 308 dan prasekolah merujuk kanak-kanak di kelas tadika mengikut akta 550. Agak mengelurukan masyarakat umum untuk membezakan kelainan penggunaan istilah prasekolah dan tadika. Prasekolah ditujukan kepada kanak-kanak dan tadika adalah tempat atau premis tempat kanak-kanak belajar (mohon perbetulkan jika salah tafsiran). Sebaliknya akan bertambah keliru jika membaca bahan rujukan (dalam bahasa Inggeris) yang mengunapakai 'infant' untuk lahir hingga 1 tahun, 'toddlers' 1 tahun hingga 3 tahun, 'presechool' yang membawa maksud kanak-kanak berusia antara 3 tahun hingga 5 tahun. Tahap usia seterusnya 'kindergarten' merujuk kanak-kanak berusia antara 5 tahun hingga 6 tahun. Manakala 'primary' untuk kanak-kanak 6 tahun sehingga 8 tahun. Maka sama-sama kita renungkan agar tidak bertambah keliru.

Tuesday, July 24, 2012

Mendefinisikan Peristilahan Kanak-Kanak

Siapakah dia kanak-kanak? Bagaimana untuk mengkategorikannya? Kita biasa dengan istilah bayi untuk yang baru lahir. Tatih merujuk kanak-kanak yang baru berusia 1 tahun dan sedang belajar berjalan. Manakala kanak-kanak prasekolah dirujuk kepada murid yang berada di tadika. Begitu juga dengan kanak-kanak yang ditempatkan di taska dipanggil kanak-kanak taska. Sebenarnya kita masih tercari-cari kesesuaian nama mengikut kategori umur dan tahap keupayaan kanak-kanak agar seragam serta universal.

Sunday, July 22, 2012

Pendengaran Dan Mendengar

Terdapat perbezaan pendengaran dan mendengar. Pendengaran ialah proses yang melibatkan saraf dan otot hingga peringkat matang apabila kanak-kanak mencapai usia 4 hingga 5 tahun. Mendengar pula adalah tingkahlaku pembelajarana yang melibatkan proses mental yang ditumpukan kepada pendengaran, mengambil perhatian, membanding beza, memahami dan mengingati. Mendengar boleh ditambahbaikan menerusi latihan. Mendengar memberi kesan kepada interaksi sosial yang merupakan satu tahap fungsi hubungan sosial. Malah pada keseluruhan fungsi mendengar dianggap keseluruhan kejayaan dalam hidup. Kajian menganggarkan kita mendengar 50 peratus dan memahaminya hanya 25 peratus daripada yang didengar.

Saturday, July 21, 2012

Kesan Kanak-Kanak Tidak Bersosial

Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang tidak bersosial atau tingkahlaku yang tidak mahu bermain dengan rakan semasa di tadika selepas zaman kanak-kanak didapati akan menunjukkan kesan penolakkan rakan sebaya, masalah sosial, kesepian atau menyendiri, tekanan dan perasaan kendiri yang negatif. Oleh itu semasa kanak-kanak masih kecil di peringkat taska dan tadika digalakkan untuk bermain dan bersosial dengan rakan sebaya. Bermain menggalakkan berkomunikasi dengan rakan sebaya dan belajar bersosial.

Friday, July 20, 2012

Memilih Buku Cerita Untuk Aktiviti Bercerita

Salah satu ciri buku cerita bergambar yang sesuai untuk aktiviti bercerita adalah cerita yang dapat melibatkan kanak-kanak selepas mendengar cerita yang dibacakan. Kadangkala cerita yang didengar dapat melibatkan pendengar semasa cerita disampaikan. Secara tidak langsung aktiviti bercerita dapat menggalakkan minat membaca buku kepada kanak-kanak. Biasanya kanak-kanak akan membaca atau menatap buku cerita yang pernah didengar berulangkali.

Thursday, July 19, 2012

Genre Buku Cerita Kanak-Kanak

Genre juga merupakan cara untuk mengkategorikan buku terhadap penumpuan kandangan buku. Genre adalah kategori yang digunakan untuk mengkelasifikasikan kesusasteraan dari segi bentuk,, teknik atau kandungan. Penceritaan atau naratif sama ada dalam bentuk prosa atau puisi. Prosa boleh dikelasifikasikan kepada dua iaitu fiksyen dan bukan fiksyen. Kategori fiksyen termasuk cerita-cerita fantasi atau cerita rekaan. Bukan fiksyen pula kumpulan cerita realistik fiksyen.

Wednesday, July 18, 2012

Format Buku Bergambar

Perlu disedari bahawa format buku bergambar merupakan salah satu menentukan kualiti buku. Orang dewasa yang hendak membeli atau memilih buku hendaklah mengambilkira format buku yang selalu terlepas pandang. Format buku adalah keseluruhan ciri-ciri umum buku yang telah dilengkapkan menjadi sebuah buku. Keputusan menentukan format buku oleh penerbit buku dan ilustrator berdasarkan kepada saiz dan bentuk kulit muka depan dan kandungan halaman bahagian dalam buku, kualiti kertas, warna, typeseting,kandungan setiap halaman buku, dan binding. Buku itu hendaklah dilihat menyenangkan/menyeronokkan  atau boleh jadi juga mengelirukan, mengecewakan kepada pembaca. Buku boleh menggambarkan cubaan pemikiran untuk mencipta nilai kelasik yang kekal diingati sepanjang zaman atau hanya untuk mengorbankan kualiti demi keuntungan jangka pendek.

Tuesday, July 17, 2012

Ilustrasi Membantu Kefahaman Visual Literasi

Ilustrasi sebenarnya dapat membantu perkataan atau teks yang terdapat dalam buku kepada realiti. Pada kanak-kanak ilustrasi dapat membantu visual literasi. Ilustrasi dapat memberi gambaran perkataan yang belum dapat difahami. Selain daripada itu peranan ilustrasi dalam buku bergambar adalah seperti berikut:
  • memberi keseronokan
  • memperkayakan imaginasi
  • membantu ekspresi kreativiti
  • memperkembangkan imaginasi
  • mempersembahkan dan meneroka pelbagai gaya dan bentuk idea berkomunikasi
  • kesedaran fungsi bahasa
  • kesedaran kecekapan metalingguistik.

Monday, July 16, 2012

Buku Bergambar Dan Ilustrasi

Buku bergambar boleh didefinisikan sebagai buku yang bergantung kepada gabungan ilustrasi dan penceritaan (narrative) dengan kedua-duanya saling melengkapi penghasilan cerita. Hal ini diperkukuhkan oleh Justice dan Lankford menerusi kajiannya bahawa 95% tumpuan visual kanak-kanak tertumpu kepada ilustrasi buku semasa aktiviti bercerita. Buku bergambar dipersembahkan dengan pelbagai gaya dan bentuk seni seperti lukisan garisan, corak ukiran kayu, warna air, kolaj, krayon, pastel, cat minyak dan fotografi. Aliran gaya seni lukis juga mempengaruhi semasa penghasilan buku bergambar yang dipersembahkan seperti impressionisttic, expressionistic, surrealistic, abstrak dan sebagainya. Sebenarnya peranan ilustrasi membantu perkataan untuk dijelmakan kepada realiti. Bagi kanak-kanak ilustrasi membantu literasi visual.

Sunday, July 15, 2012

Keadaan Kanak-Kanak Mempelajari Bahasa Ke Dua

Keadaan serba salah sering dihadapi oleh kanak-kanak yang mempelajari bahasa kedua di awal persekolahannya. Mereka mengalami untuk berhadapan memenangi situasi mempelajari bahasa yang baru dan keperluan bersosialisasi untuk diterima oleh penutur bahasa tersebut. Kanak-kanak yang mempelajari bahasa ke dua akan cuba menggunakan pelbagai strategi untuk diterima sebagai ahli sosial dengan menggunakan gerak tubuh untuk memanggil rakan bermain bersama dan untuk diterima dalam kumpulan. Begitu juga apabila membuat permintaan kanak-kanak yang mempelajari bahasa ke dua akan menggunakan mimos, menunjuk dan bahasa isyarat. Sekiranya untuk mendapatkan maklumat, kanak-kanak ini akan memerhati, mendengar dan membuat andaian.

Saturday, July 14, 2012

Kanak-Kanak Mempelajari Bahasa Ke Dua

Pada sewawal usia 3 tahun kanak-kanak berupaya mempelajari bahasa ke dua selain bahasa ibundanya. Walau bagaimanapun kanak-kanak ini agak menghadapi kesukaran kerana berhadapan dengan perbendaharaan kata yang berbeza. Kebanyakan pakar pendidik berpendapat diagarkah jangka masa untuk mengguasai bahasa ke dua dengan mahir mengambil masa 4 hingga 6 tahun dan kadangkala memakan masa 5 hingga 8 tahun. Faktor yang mempengaruhi cepat atau lambat penguasaan bahasa antarannya ialah motivasi, pendedahan, usia, personaliti, berterusan/kekerapan, sikap, gaya belajar, peluang dan sokongan, ciri individu di rumah dan persekitaran keluarga.

Thursday, July 12, 2012

Tingkahlaku Kanak-Kanak Tatih Membaca

Orang dewasa jangan terkejut atau terlalu teruja apabila melihat kanak-kanak tatih bermain sendirian lanjutan aktiviti membaca yang telah dilakukan bersamanya. Kanak-kanak tatih akan bermain sendirian dengan buku yang digemari. Apabila kanak-kanak tatih telah biasa dengan buku tertentu menerusi bacaan berulang mereka mula bermain dengan buku mengikut cara yang dibacakan kepadanya. Kanak-kanak ini tertarik dengan objek yang menjadi kebiasaan padanya yang boleh dihubungkannya. Kanak-kanak tatih akan mengambil buku, membuka nya dan mencuba menyebut sesetengah perkataan dan dengan intonasinya. Pada permulaannya agak janggal tetapi permainan membaca yang diulangi menjadi gambaran ransangan, padanan halaman dan perkaitan cerita.

Wednesday, July 11, 2012

Kanak-Kanak Memahami Aktiviti Membaca Buku

Kanak-kanak tatih memahami apa yang dibacakan semasa aktiviti membacakan buku. Selain daripada memahami gambar dan ilustrasi antara kulit buku, kanak-kanak tatih mendapat idea tentang keseronokan membaca buku. Ketika kanak-kanak menyentuh gambar objek, kanak-kanak memahami tentang idea objek yang digambarkan mewakili objek yang menjadi kebiasaan padanya. Kanak-kanak tatih boleh memahami bahawa buku tidak boleh dipegang seperti alat permainan. Peranan orang dewasa membimbing kanak-kanak semasa aktiviti membacakan cara memegang buku dan membuka halaman buku dengan betul.

Tuesday, July 10, 2012

Memilih Bahan Bacaan Kanak-Kanak 1 hingga 2 tahun

Seawal usia 12 bulan bayi boleh diperkenalkan dengan membaca bersama orang dewasa. Dipercayai bahawa bayi belajar tetang corak bunyi dalam perkataan dan cara bunyi itu terbentuk. Teknik membacakan buku termasuklah sesuatu yang orang dewasa seronok dengan kadar bunyi suara yang sederhana dan memberi penekanan, menggunakan gerak tubuh atau menunjukkan apabila memberitahu, mengalakkan membuat peniruan, membenarkan kanak-kanak membuka halaman buku yang keras, membuat bunyi suara haiwan atau yang boleh menarik perhatian. Peraturan yang baik aktiviti membaca bersama kanak-kanak usia 1 hingga 2 tahun adalah berhenti sebelum kanak-kanak bosan.

Monday, July 9, 2012

Memupuk Membaca Di Peringkat Tatih

Kanak-kanak tatih lebih berminat kepada buku yang mudah, berwarna, bergambar dam seronok dengan hubungan rapat bersama orang dewasa yang memberi perhatian. Oleh itu ibu bapa dan pendidik kanak-kanak di taska perlu memberi perhatian disamping merapatkan hubungan kanak-kanak tatih untuk berminat kepada buku. Aktiviti seperti menunjuk dan menamakan objek yang terdapat di dalam buku boleh memberi keseronokan bermain kepada kanak-kanak tatih. Jenis buku yang keras dan lasak dapat membantu kanak-kanak tatih meyelak halaman buku dan memberi pengalaman membaca yang menyeronokkan.

Sunday, July 8, 2012

Perkara Yang Disebut Oleh Kanak-Kanak Mula Bercakap

Perkataan pertama yang mula diucapkan oleh kanak-kanak tatih berkisar kepada kesan bunyi seperti mum-mum, meow, meow, ta,ta,ta. Makanan pula biasa yang disebut seperti susu, biskut, roti, nasi. Haiwan pula seperti kucing, anjing, ayam, ikan. Anggota tubuh dan pakaian seperti lampin, telinga, mulut, mata, rambut, tangan, kasut. Orang pula biasanya sepeti baba, ayah, kakak, adik, ibu. Mainan seperti bola, buku, kereta. Tindakan seperti duduk, bangun, pergi. Main dan rutin seperti bye bye, ya.

Saturday, July 7, 2012

Pertuturan Kanak-Kanak Tatih

Semasa di peringkat tatih didapati perkataan atau frasa yang dituturkan oleh orang dewasa diingati dan dicakapkan semula dengan kuat. Perkataan seperti "jangan" "nak" atau perkataan yang mempunyai persamaan diikuti dengan tindakan kanak-kanak atau bersama dengan objek di tangan. Pertuturan jenis ini dikenali sebagai pertuturan egosentrik yang secara tidak langsung menghubungkan pemikiran kanak-kanak tatih. Apabila kanak-kanak tatih mula matang, jenis pertuturan ini bertukar kepada pertuturan dalaman sebagai sebahagian proses pemikiran.

Friday, July 6, 2012

Memahami Perkataan Pertama Tatih

Biasanya kanak-kanak atau tatih menggunakan praperkataan (protoword) untuk mencipta perkataan semasa transisi dari prapertuturan kepada pertuturan. Pada peringkat ini kanak-kanak memerlukan kefahaman konsep yang sukar terhadap bunyi yang mempunyai makna. Perkataan yang disebut tidak jelas hanya fakta untuk mendapatkan perkataan bukan membina perkataan yang sedia ada. Contohnya kanak-kanak selalunya menyebut perkataan pertama berhubung dengan kata nama atau nama makanan, haiwan atau mainan termasuklah lan (hilang), da (tiada) rung (burung) su (susu).

Thursday, July 5, 2012

Perkataan Pertama Bayi

Dijangka apabila bayi sudah mencapai usia satu tahun pusat pertuturan di otak telah berkembang untuk membolehkan tatik untuk mengeluarkan perkataan pertama yang dianggap sebagai peningkatan dalam liku kehidupan bayi. Pengulangan suku kata seperti ba, ma da selalu kedengaran di penghujung usia setahun. Jika mama, baba, papa atau peniruan yang terdekat disebut oleh tatih akan mengembirakan ibu bapa dan penjaga kanak-kanak. Bahasa terutamanya dalam bidang perkembangan sebutan prosesnya berlaku dalam dua hala iaitu reaksi adalah penting untuk maklumbalas kepada tindakbalas.

Wednesday, July 4, 2012

Bayi Memahami Komunikasi Orang Dewasa

Bayi yang lebih berusia masih berkomunikasi dengan orang dewasa (penjaga) menerusi berbagai cara tindakan buka pertuturan. Salan satu caranya dengan memegang tangan orang dewasa yang memberi makna "Saya mahu didukung." Tindakan lain termasuk ekspresi wajah, nada suara, ketinggian suara, gerak tubuh dan menunjuk dengan jari dan tumit kaki untuk mendapatkan perhatian orang dewasa (penjaga). Walau bagaimana pun pada peringkat ini bayi dapat memberi tindakbalas perkataan dan perubahan wajah orang dewasa (penjaga) seperti raut wajah, nada suara, ketinggian suara, aksi dan gerak tubuh yang memberi kesan kepada perasaan dan mesej penting kepada bayi. Pada peringkat ini bayi memahami nada pertuturan orang dewasa (penjaga) lebih awal daripada memahami perkataan yang digunakan.

Tuesday, July 3, 2012

Cara Bayi Memahami Komunikasi

Kebanyakan bayi dapat memahami tentang idea makna beberapa perkataan pada usia lebih kurang 6 hingga 9 bulan. Apabila mencapai usia 10 bulan terdapat bayi yang mula bertindak balas kepada isyarat bahasa pertuturan. Dalam lingkungan usia 8 hingga 13 bulan, komunikasi kanak-kanak sama ada vokal atau jenis gerak tubuh menjadi keinginan kanak-kanak untuk berhubung antara tindak balas, tingkahlakunya dan tindak balas ibu bapa atau pengasuh di taska. Mainan seperti mengagah, bertepuk tangan, melambai-lambai merupakan aktiviti awal antara bayi dan ibu bapa. Bahasa kanak-kanak ini diperingkatadalah pasif, lebih kepada menerima sahaja. Percubaan untuk bercakap semakin aktif.  Orang dewasa mula memahami perbendaharaan kata yang kanak-kanak ketahui dari bahasa isyarat tanpa sebutan kepada bahasa sebenar.

Monday, July 2, 2012

Kelebihan Keupayaan Isyarat Bayi

Pakar kanak-kanak percaya apabila bayi mencapai usia 2 tahun, mereka lebih menyatakan perasaan dirinya dan memahami percakapan orang lain. Purata kanak-kanak berusia 2 tahun semasa bayi menggunakan isyarat adalah mempunyai lebih sedikit perbendaharaan kata berbanding dengan rakan sebaya yang tidak menggunakan isyarat. Bayi lebih kurang 8 bulan dilihat terpesona dengan suara orang dewasa. Selalunya bayi sering menoleh untuk melihat pada bibir orang dewasa atau mahu menyentuh mulut orang dewasa.

Sunday, July 1, 2012

Isyarat Adalah Cara Bayi Berkomunikasi

Bayi tidak dapat bercakap sebaliknya menggunakan isyarat untuk menyatakan perasaannya. Isyarat bermaksud kedudukan anggota tubuh, tindakan bunyi, gerak tubuh atau gabungan bunyi dan gerak tubuh oleh bayi untuk berkomunikasi memenuhi keperluan, kehendak atau mesej yang ingin disampaikan. Dipercayai isyarat bayi boleh meransang perkembangan minda terutama yang melibatkan minda bahagian bahasa, ingatan dan perkembangan konsep. Kajian tentang komunikasi gerak tubuh mendapati bayi yang bergerak lebih mempunyai banyak perbendaharaan kata dan bayi perempuan dilihat lebih banyak kemajuan pergerakan anggota tubuh berbanding dengan bayi lelaki.