Tuesday, July 26, 2011

Latar Tempat Direka Untuk Pergerakan

Latar tempat hendaklah direka untuk pergerakan (setting must be design for movement) khususnya untuk bayi dan kanak-kanak tatih. Ruang yang disediakan hendaklah juga memberi berbagai peluang untuk bayi dan kanak-kanak tatih memanjat, berlari, duduk, merangkak, berdiri dan melompat. Kesemuanya penting di awal 3 tahun kehidupan kanak-kanak di peringkat ini.

Monday, July 25, 2011

Persidangan Pendidikan Awal Kanak-Kanak



Semua mereka yang berminat dan berkecimpung dalam pendidikan awal kanak-kanak dijemput hadir ke Persidangan Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Universiti Tun Abdul Razak. Dilampirkan maklumat untuk tatapan pembaca.




Thursday, July 21, 2011

Tugasan Di Rumah

Tugasan di rumah atau dalam bahasa Inggeris Homework nampaknya telah menular ke tadika dan malahan ke taska. Apa sudah jadi? Nampaknya dunia kanak-kanak hari ini terpaksa mengharungi situasi perspektif orang dewasa yang tidak memahami tentang pendidikan awal kanak-kanak. Keadaan ini berlaku kerana orang dewasa yang tidak memahami dan dangkal tentang pendidikan awal kanak-kanak menerapkan pandangannya ke dalam pendidikan awal kanak-kanak tanpa mengambilkira keupayaan domain dan tahap usia kanak-kanak. Kanak-kanak di peringkat awal lagi telah didera emosinya dengan melakukan perkara yang abstrak dan subjektif. Walhal kanak-kanak di tadika yang masih di peringkat pemikiran konkrit. Terlalu memberi penekanan kepada akademik tanpa memenuhi keperluan domain secara menyeluruh mengikut fitrah kanak-kanak akan membawa kesan negatif dari segi jangka panjang. Mereka yang tidak arif dan dangkal dari segi keilmuan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak perlu merujuk pada yang mereka yang berwibawa dalam bidangnya. Dinasihatkan mereka yang tidak arif perlu mendalami bidang ini supaya tidak merosakkan generasi yang akan mewarisi kita.

Wednesday, July 20, 2011

Tempoh Masa

Mendisiplinkan kanak-kanak dengan mengenakan tempoh masa (time out) tidak sesuai dilaksanakan untuk kanak-kanak taska khususnya kanak-kanak tatih. Bayi dan kanak-kanak tatih belum menggunakan keupayaan kognitif untuk memikirkan apakah yang perlu dilakukan semasa tempoh masa yang dikenakan kepadanya. Tempoh masa hanya sesuai pada kanak-kanak yang lebih berusia kerana mereka memahami dan boleh memikirkan untuk memperbaiki dirinya.

Mengeluarkan kanak-kanak dari suatu keadaan adalah cara yang baik untuk mententeramkan keadaan kanak-kanak dan mengawal dirinya. Dinasihatkan orang dewasa hendaklah berada dekat dengan kanak-kanak tersebut semasa dikenakan tempoh masa untuk memastikan keadaan kanak-kanak dan membantunya untuk mengawal diri.

Tuesday, July 19, 2011

Struktur Persekitaran

Menyediakan pilihan semasa situasi menunggu di taska boleh mengurangkan keperluan disiplin. Contohnya pastikan menyediakan aktiviti senyap untuk kanak-kanak yang baru bangun tidur atau lelap supaya tidak mengganggu kanak-kanak yang lain.

Susun atur bilik untuk membolehkan kanak-kanak berdikari. Letak ruang tingkat peralatan pada aras kanak-kanak supaya boleh mereka memilih sendiri.

Sunday, July 17, 2011

Had Tetap

Menetapkan had adalah memberi had kepada kanak-kanak untuk dipatuhi dan munasabah untuk dilaksanakan. Peraturan yang kerap berubah dan perlaksanaannya yang berubah setiap hari akan menyukarkan kanak-kanak tatih untuk memahaminya. Kanak-kanak tatih akan menjadi keliru. Keadaan ini akan menyebabkan kanak-kanak tatih akan menguji had yang ditetapkan. Kanak-kanak tatih yang diarahkan dengan banyak peraturan akan mengecewakannya dan melakukan tingkahlaku yang tidak sepatutnya.

Saturday, July 16, 2011

Pilihan

Menyediakan pilihan untuk kanak-kanak dapat menghindarkan rebutan kuasa dan memberi kanak-kanak tatih untuk mengawal kehidupannya sendiri. Hal ini penting bahawa pilihan yang ditawarkan adalah pilihan sebenar dan anda bersedia dengan pilihan yang dibuat oleh kanak-kanak tatih. Menyediakan pilihan memilih kasut untuk dipakai terlebih dahulu bukan memberitahu kanak-kanak memakai kasut. Hal ini akan mengurangkan cabaran kuasa.

Friday, July 15, 2011

Mengalih Tumpuan dan Mengarah Semula

Salah satu cara yang berkesan untuk mengarah semula tingkahlaku yang tidak bersesuaian melibatkan mengarah kanak-kanak kepada perkara yang boleh dilakukan bukan kanak-kanak tidak boleh melakukannya. Memberitahu kanak-kanak tatih jangan membuat sesuatu akan mengujudkan cabaran kuasa. Peraturan yang umum untuk diingat pada setiap perlakuan yang anda ingin hapuskan (contohnya "Jangan buat.."),mestilah diberikan semula perlakuan itu (contohnya ("Awak boleh buat..."). Memberitahu kanak-kanak tatih supaya tidak menulis di dinding akan mengujudkan cabaran kuasa. Sebaliknya memberitahu kanak-kanak tatih bahawa tidak boleh menulis di dinding tetapi boleh menulis di atas kertas yang lebar akan membantu mereka merasakan menguasai situasi. Kadangkala, cara mengalih pandangan pada sesuatu keadaan boleh dilakukan dengan menyatakan, " Nampaknya terlalu sukar untuk anda lakunya sekarang. Mari pergi ke sudut sana dan bermain di situ. Rasanya tidak terlalu susah."

Thursday, July 14, 2011

Disiplin dan Bimbingan

Disiplin merupakan salah satu perkara yang sering diambilberat oleh guru dan pengasuh bayi-tatih. Disiplin dan bimbingan berkaitrapat dengan isu persekitaran umpamanya terlalu sedikit untuk dilakukan, terlalu banyak simulasi, peraturan yang tidak menentu atau terlalu banyak peraturan. Persekitaran yang menyediakan bayi dan tatih dengan perkembangan bersesuaian terhadap perkara-perkara untuk dilakukan, peraturan yang asas dan berterusan, orang dewasa yang bersedia dan mesra akan mengurangkan tahap minimal isu tingkahlaku. Walau bagaimana pun masih terdapat disiplin dan bimbingan di setiap taska. Perlu diingat bahawa perkataan disiplin berasal dari bahasa Latin bermaksud untuk mendidik. Semua disiplin perlu mendidik bukan menghukum.

Tuesday, July 5, 2011

Tumpuan Kanak-Kanak

Kanak-kanak memberi tumpuan terhadap sesuatu perkara adalah berbeza dari segi peringkat umurnya. Kanak-kanak di bawah usia 6 tahun tertumpu kepada perkara yang konkrit iaitu luaran, sesuatu yang boleh dilihat, aspek fizikal. Khususnya kanak-kanak berusia 4 tahun ke bawah perlu disediakan peralatan yang boleh disentuh, dilihat oleh deria sentuh lihat dan juga rasa. Oleh sebab itu kadangkala kita dapati kanak-kanak kecil memegang, membelek-belek dan menggigit sesuatu benda untuk meneroka dan mengetahui sesuatu benda. Manakala kanak-kanak yang berumur 7 tahun ke atas mula memahami sesuatu yang abstrak dan mereka lebih memberi tumpuan kepada perkara dalaman, tidak dilihat dan apek psikologikal. Kanak-kanak sudah mula memahami cerita-cerita penjelajahan di luar pengalamannya.

Sunday, July 3, 2011

Pendekatan Pengajaran Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Mereka yang terlibat dengan pengajaran di taska dan tadika perlu memahami cara pendekatan pengajaran. Kanak-kanak di taska perlu dibezakan pendekatan pengajarannya dengan kanak-kanak di tadika. Bayi, tatih dan kanak-kanak taska (3-4 tahun) adalah berbeza dari segi perkembangannya. Guru dan pengasuh di taska perlu memahami setiap tahap usia dan mengetahui pendekatan pengajaran yang sesuai untuk kanak-kanak di setiap perkembangannya. Begitu juga guru dan pembantu guru di tadika perlu memahami pendekatan yang sesui untuk dilaksanakan dalam pengajaran di kelas tadika.

Friday, July 1, 2011

Lukisan Kanak-Kanak

Orang dewasa menganggap lukisan kanak-kanak berbentuk lakaran atau contengan di atas kertas tidak memberi makna apa-apa. Sebenarnya apa bentuk lakaran dan garisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak diakui oleh tokoh pendidik seperti Vygotsky yang menganggap bahawa lukisan kanak-kanak merupakan pertuturan grafik yang unik, cerita grafik tentang sesuatu melebihi daripada perlambangan. Maksudnya belajar menulis bukan bermula belajar menggunakan simbol tanda untuk melambangkan mesej. Mempelajari penulisan menerusi komponen berbentuk lakaran pertuturan kepada cara konvensional rakaman pertuturan yang ditulis dengan perkataan.