Monday, January 31, 2011

Maklumkan Perkembangan Kanak-Kanak Kepada Ibu Bapa Dan Penjaga

Mengikut Akta dan Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak ibu bapa dan penjaga berhak dimaklumkan perkembangan anak-anaknya. Pihak taska hendaklah memaklumkan perkara berikut:
(a) pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.
(b) tahap penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti harian di taska.
(c) tingkah laku kanak-kanak di taska.
(d) kesihatan dan kebersihan kanak-kanak.
(e) makanan seimbang kanak-kanak.
(f) keselamatan kanak-kanak.

Pihak taska perlu merancang program aktiviti kanak-kanak yang melibatkan ibu bapa dan penjaga di taska.

Sunday, January 30, 2011

Kanak-kanak Yang Sakit Berjangkit Tidak Dibenarkan Ke TASKA

Pihak TASKA bila-bila masa tidak boleh menerima kanak-kanak yang disyaki dijangkiti penyakit berjangkit. Kanak-kanak ini boleh diterima masuk sehingga disahkan mendapat rawatan dan sijil pengesahan kesihatan oleh pegawai perubatan atau pengamal perubatan.

Ibu bapa dinasihatkan menjaga anaknya apabila didapati sakit atau dihidapi penyakit berjangkit. Sebaik-baiknya dapatkan rawatan daripada pegawai perubatan atau pengawal perubatan. Sekiranya anak itu tidak sihat, penyakit berjangkit akan menjangkiti kanak-kanak lain. Ini akan menimbulkan keadaan yang membahayakan kepada kanak-kanak.

Saturday, January 29, 2011

Peranan Dan Tanggungjawab Ibu Bapa dan Penjaga

Pihak ibu bapa dan penjaga kanak-kanak adalah berperanan dan bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada pihak TASKA di rumah, tempat kerja, komuniti dan institusi terhadap perkara berikut:
(a) alahan (allergy) kanak-kanak.
(b) tidak menghantar kanak-kanak ke taska jika dijangkiti penyakit berjangkit.
(c) mengambil tindakan segera untuk rawatan perubatan jika kanak-kanak dimaklumkan oleh pihak taska.
(d) memaklumkan kepada pihak taska jika kanak-kanak mendapat kecederaan sebelum dihantar ke taska.
(e) memerhati dan memahami tahap perkembangan dan mengambil tahu program kanak-kanak di taska.
(f) menyokong untuk mengambil bahagian aktiviti yang dijalankan oleh pihak taska
(g) sentiasa berbincang tentang perkembangan kanak-kanak dengan pihak pengurusan taska.

'Pihak taska' bermaksud pengusaha, pengurus, penyelia, pengasuh atau pengasuh berdaftar sama ada di rumah, tempat kerja, komuniti dan institusi.

Friday, January 28, 2011

Tanggungjawab Pekerja Di TASKA

Pekerja yang bekerja di taska tempat kerja, komuniti dan institusi bertanggungjawab seperti berikut:
(a) menjalankan semua arahan yang diarahkan oleh penyelia.
(b) menjalankan tugas yang diberi dengan betul dan sempurna.
(c) memastikan keselamatan dan kebersihan premis taska.
(d) mempamerkan perlakuan yang baik sama ada dalam berkomunikasi, penampilan diri dan lain-lain di taska.

Thursday, January 27, 2011

Pekerja Di TASKA Tempat Kerja, Komuniti dan Institusi

Pekerja yang diterima bekerja di taska tempat kerja, komuniti dan institusi hendaklah memenuhi syarat berikut:
(a) lapan belas tahun ke atas.
(b) mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.
(c) sihat dan berupaya menjalankan kerja.
(d) mempunyai lesen memandu yang sah jika pekerja berkenaan sebagai pemandu.
(e) mempunyai sijil imunisasi yang dicadangkan oleh Jabatan Kesihatan dikeluarkan oleh pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar, jika pekerja bekerja untuk menguruskan makanan.

Wednesday, January 26, 2011

Pendaftaran Pengasuh TASKA

Pegasuh taska yang telah lulus Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK) yang bekerja di taska tempat kerja, komuniti dan institusi perlu mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Pengasuh perlu mengisi borang permohonan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Permohonan pendaftaran yang ditolak adalah atas perkara berikut:
(a) orang yang tidak berupaya sama ada faktor usia, kesihatan, kelayakan; atau
(b) orang yang terlibat dengan kesalahan moral yang keji, salahlaku seksual, penderaan atau sebarang kesalahan yang tidak bersesuaian untuk penjagaan kanak-kanak.

Pengasuh yang tidak mendaftar adalah tidak dibenarkan menjalankan tugas di taska tempat kerja, komuniti dan institusi melainkan mendapat kebenaran khas daripada Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat atau pegawai yang diberi kuasa.

Tuesday, January 25, 2011

Nisbah Pegasuh TASKA (Bahagian I)

Merujuk kepada Akta dan Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak, nisbah pengasuh berdaftar dan kanak-kanak di taska tempat kerja, komuniti dan institusi adalah seperti berikut:
Lahir - 1 tahun - 3 orang kanak-kanak: 1 orang pengasuh ( 2 orang pengasuh jika kanak-kanak OKU)
1 tahun - 3 tahun - 5 orang kanak-kanak: 1 orang pengasuh (2 orang pengasuh jika kanak-kanak OKU)
3 tahun - 4 tahun - 10 orang kanak-kanak: 1 orang pengasuh (3 orang pengasuh jika kanak-kanak OKU)

Monday, January 24, 2011

Tanggungjawab Pengasuh Kanak-Kanak TASKA Berdaftar (Bahagian II)

Tanggjawab pengasuh kanak-kanak TASKA berdaftar (sambungan Bahagian I) adalah seperti berikut:
(g) menjalankan aktiviti dalam atau luar taska yang dirancang oleh penyelia
(h) memastikan keselamatan kanak-kanak semasa menjalankan aktiviti
(i) mendapatkan suntikan imunisasi yang dicadangkan oleh Jabatan Kesihatan
(j) membuat pemeriksaan perubatan sekurang-kurangnya satu kali setahun
(k) memaklumkan kepada penyelia, ibu bapa atau penjaga kanak-kanak jika berlaku kemalangan, kecederaan atau jika kanak-kanak memerlukan rawatan perubatan
(l) memastikan kanak-kanak mendapat diet yang seimbang mengikut cadangan Jabatan Kesihatan
(m) mempamerkan perlakuan yang dicontohi sama ada bertutur, tingkahlaku, penampilan diri dan sebaginya semasa di taska.

Sunday, January 23, 2011

Tanggungjawab Pengasuh Kanak-Kanak TASKA Berdaftar (Bahagian I)

Pengasuh kanak-kanak berdaftar yang berkerja di tempat kerja, komuniti dan institusi mempunyai tanggungjawab seperti berikut:
(a) menjaga kanak-kanak mengikut tugasan yang diberikan.
(b) memastikan keadah memberi makanan dilakukan mengikut cara yang dicadangkan oleh Jabatan Kesihatan.
(c) melaporkan segera kepada penyelia sekiranya terdapat kanak-kanak yang disyaki telah didera atau teraniaya.
(d) memberitahu kepada penyelia jika terdapat sesuatu tanda awal penyakit pada kanak-kanak.
(e) menyediakan laporan harian aktiviti kanak-kanak kepada penyelia.
(f) menyediakan laporan perkembangan kanak-kanak setiap tiga bulan dan membuat salinan untuk ibu bapa dan penjaga.

...bersambung.

Saturday, January 22, 2011

Tanggungjawab Pengasuh Kanak-Kanak TASKA Di rumah

Pengasuh kanak-kanak taska di rumah antara tanggungjawabnya adalah seperti berikut:
(a) menjaga kanak-kanak mengikut tugas yang diberikan.
(b) memastikan memberi makan kepada kanak-kanak dijalankan mengikut cadangan oleh Jabatan Kesihatan.
(c) memastikan keselamatan kanak-kanak semasa menjalankan aktiviti.
(d) mendapatkan imunisasi yang dicadangkan oleh Jabatan Kesihatan.
(e) menjalani pemerikasaan perubatan sekurang-kurang setahun sekali.
(f) memaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga kanak-kanak jika berlaku kemalangan, kecederaan atau jika memerlukan perubatan.
(g) memenuhi diet nutrisi yang dicadangkan oleh Jabatan Kesihatan.
(h) mempamerkan contoh kelakuan sama ada pertuturan, tingkahlaku dan penampilan diri semasa di TASKA.

Friday, January 21, 2011

Kelayakan Pengasuh TASKA

Pengasuh taska adalah dilantik oleh pengusaha. Pengasuh yang dilantik hendaklah memenuhi perkara berikut:
(a) rakyat Malaysia.
(b) umur lapan belas tahun ke atas.
(c) perlu lulus kursus asas asuhan kanak-kanak
(d) berkeupayaan dan berkebolehan menjaga kanak-kanak
(e) mendaftar sebagai pengasuh untuk bekerja di taska tempat kerja, komuniti dan institusi.
(f) sihat dan berupaya menjalankan tugas sebagai pengasuh.

Thursday, January 20, 2011

Tanggungjawab Khas Penyelia TASKA (Bahagian III)

Sambungan daripada bahaian II iaitu tanggungjawab khas penyelia di taska. Antara tanggungjawab penyelia adalah seperti berikut:
(j) mempamerkan jadual menu dan aktiviti pada tempat yang boleh dilihat di premis taman asuhan kanak-kanak.
(k) memastikan makanan seimbang untuk kanak-kanak disediakan mengikut diet yang dicadangkan oleh Jabatan Kesihatan.
(l) mematuhi arahan yang ditetapkan oleh Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat
(m) mematuhi semua peraturan dan undang-undang yang ada kaitan dengan pihak berkuasa.
(n) memastikan buku lawatan disediakan dan kemaskini.
(o) berhubung dengan ibu bapa dan penjaga kanak-kanak.
(p) berusaha mendapatkan kerjasama dan persefahaman daripada ibu bapa atau penjaga berkaitan dengan masyarakat, keselamatan dan tingkahlaku kanak-kanak.
(q) mempamerkan perlakuan sama ada pertuturan, tingkahlaku dan penampilan diri semasa di taska tempat kerja dan taska komuniti.

Wednesday, January 19, 2011

Tanggungjawab Khas Penyelia TASKA (Bahagian II)

Sambungan (rujuk Bahagian I) tanggungjawab penyelia taska adalah seperti berikut:
(f) melaporkan segera kepada Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pegawai yang diberkuasa terhadap sesuatu perkara yang mengancam kebajikan kanak-kanak.
(g) melaporkan kepada penjaga sesuatu perkara jika disyaki kanak-kanak didera atau teraniaya.
(h) langkah segera diambil untuk memaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga kanak-kanak jika kanak-kanak memerlukan rawatan perubatan.
(i) rujuk kanak-kanak terus kepada pegawai perubatan atau pengamal perubatan yang berdaftar untuk mendapatkan rawatan segera pada kes yang serious atau peristiwa penyakit berjangkit yang mengancam nyawa kanak-kanak.

...bersambung.

Tuesday, January 18, 2011

Tanggungjawab Khas Penyelia TASKA (Bahagian I)

Selain tanggungjawab am, penyelia taska juga mempunyai tanggungjawab khas (special) di taska. di antara tanggungjawabnya ialah:
(a) memastikan kanak-kanak di taska diselia mengikut keperluan undang-undang dan peraturan.
(b) menyelia pengasuh, pekerja dan pengusaha makanan yang menyediakan makanan untuk kanak-kanak di taska.
(c) menyelaras semua operasi dan aktiviti yang dirancang di taska.
(d) menyediakan laporan harian kepada pengurus taska di tempat kerja dan komuniti.
(e) menyediakan laporan harian kepada pengurus taska di institusi.

...bersambung

Monday, January 17, 2011

Tanggungjawab Am Penyelia TASKA

Tanggungjawab am (general) penyelia taska:
(a) bertanggungjawab untuk menyedia, mengemaskini rekod sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan taman asuhan kanak-kanak.
(b) menyediakan jadual aktiviti harian berkaitan dengan perancangan aktiviti untuk kanak-kanak di pusat jagaan kanak-kanak dan menyediakan jadual seperti yang dikemukakan kepada Pengarah JKM untuk mendapatkan kelulusan.
(c) menyediakan jadual menu harian mengikut diet yang dicadangkan sesuai dengan tahap umur dan perkembangan kanak-kanak, dan dikemukakan kepada Pengarah JKM untuk mendapat kelulusan.
(d) mempamerkan tingkahlaku yang diteladani sama ada semasa bertutur, tingkahlaku, penampilan dan lain-lain semasa di pusat jagaan kanak-kanak di tempat kerja dan komuniti.

Sunday, January 16, 2011

Kelayakan Penyelia TASKA

Penyelia taska sama ada di tempat kerja, komuniti dan institusi adalah dilantik oleh pengusaha. Mereka yang dilantik sebagai penyelia hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut:
(a) rakyat Malaysia.
(b) berumur lapan belas tahun ke atas.
(c) lulus kursus asas asuhan kanak-kanak.
(d) sihat dan berupaya menjalankan tugas sebagai penyelia di pusat asuhan kanak-kanak.

Saturday, January 15, 2011

Fungsi dan Tanggungjawab Pengurus TASKA

Di antara fungsi dan tanggungjawab pengurus taska adalah:
(a) bertanggungjawab mentadbir hal ehwal kanak-kanak di taska.
(b) memastikan pengurusan taska mematuhi undang-undang dan peraturan.
(c) bertanggungjawab sebagai pengantara pekerja dan pengusaha di taska.
(d) di taska komuniti, pengurus bertanggungjawab sebagai penghubung antara pengusaha taska komuniti dan pegawai yang dipertanggungjawabkan di bawah akta, agensi teknikal, kanak-kanak dan ibu bapa atau penjaga.
(e) mempamerkan contoh sama ada pertuturan, tingkahlaku, penampilan (appearance) dan lain-lain semasa bertugas di taska tempat kerja dan taska komuniti.

Friday, January 14, 2011

Kelayakan Pengurus TASKA

Pengurus taska di tempat kerja dan komuniti hendaklah mempunyai kelayakan berikut:
(a) rakyat Malaysia
(b) umur lapan belas tahun ke atas
(c) lulus kursus asas asuhan kanak-kanak

Thursday, January 13, 2011

Pendaftaran TASKA

Setiap taska hendaklah mendaftar di Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berdekatan tempat tinggal. Pendaftar hendaklah mengisi borang mengikut kelayakan pemohon seperti berikut:
(a) taska di tempat kerja didaftarkan di bawah nama pengurus atau seseorang yang telah diberi kepercayaan oleh pengusaha taska tersebut.
(b) taska komuniti atau institusi didaftarkan di bawah nama pengusaha atau sesiapa yang telah diberi kepercayaan oleh pengusaha taska komuniti atau institusi tersebut.
(c) taska di rumah didaftarkan oleh pengusaha taska itu sendiri.

Wednesday, January 12, 2011

Tanggungjawab Pengusaha TASKA Di Rumah

Taska yang beroperasi di rumah pengusahanya hendaklah bertanggjungjawab seperti perkara berikut:
(i) melaporkan dengan segera kepada pihak berkuasa jika kanak-kanak disyaki telah didera atau teraniaya.
(ii) memaklumkan dengan segera kepada ibu bapa jika terdapat tanda-tanda penyakit pada kanak-kanak.
(iii) mendapatkan suntikan imunisasi yang dicadangkan oleh pihak Jabatan Kesihatan
(iv) mesti mendapat pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya sekali setahun.

Taska di rumah juga perlu mematuhi undang-undang dan peraturan serta mengikut sebarang perkara yang dikuatkuasakan oleh Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat

Tuesday, January 11, 2011

Tanggungjawab Pengusaha TASKA

Berdasarkan kepada akta, pengusaha taska bertanggungjawab terhadap perkara berikut:
(a) melantik seorang pengurus dan penyelia.
(b) melantik seorang penyelia untuk taska di institusi.
(c) melantik beberapa orang pendidik (pengasuh) mengikut nisbah yang ditetapkan dalam akta.
(d) melantik pekerja yang bersesuaian untuk memastikan kelancaran operasi di taska.
(e) mendapatkan kelulusan pihak berkuasa yang berkaitan sekiranya mengubahsuai yang melibatkan struktur dan rekabentuk asal taska.
(f) memastikan pengurusan taska mematuhi undang-undang dan peratuaran
(g) mematuhi sebarang perkara yang ditetapkan oleh pihak Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Monday, January 10, 2011

Kelayakan Pengusaha TASKA

Mengikut akta dan peraturan taman asuhan kanak-kanak, seseorang yang mengusahakan perkhidmatan taska hendaklah mempunyai kelayakan berikut:
(a) rakyat Malaysia
(b) berumur lapan belas tahun ke atas
(c) lulus kursus asas asuhan kanak-kanak

Pengusaha taska komuniti yang mempunyai rakan kongsi:
(a) sekurang-kurangnya seorang rakan kongsi mesti rakyat Malaysia
(b) semua rakan kongsi mestilah berumur lapan belas tahun ke atas
(c) sekurang-kurangnya seorang rakan kongsi lulus kursus asas asuhan kanak-kanak

Sunday, January 9, 2011

Permohonan Pendaftaran TASKA

Setiap taman asuhan kanak-kanak perlu mendaftar.Pendaftaran adalah dibuat oleh seseorang seperti berikut:
(a) taska di tempat kerja didaftarkan oleh pengurus taska atau seseorang yang diberi tanggungjawab oleh pengusaha taska.
(b) taska komuniti didaftarkan oleh orang yang diberi tanggungjawab oleh pengusaha komuniti atau institusi taska tersebut
(c) taska di rumah didaftarkan oleh pengusaha taska di rumah itu sendiri

Saturday, January 8, 2011

Peraturan Papan Kenyataan TASKA

Peraturan papan kenyataan (signboard) dan pengiklanan mengikut akta hendaklah dipamerkan di taska mengandungi perkara berikut:
(a) nama pusat jagaan kanak-kanak
(b) nombor rujukan pendaftaran pusat jagaan kanak-kanak yang diluluskan
(c) alamat lengkap dan nombor telefon pusat jagaan kanak-kanak

Friday, January 7, 2011

Peraturan Pemilihan Nama TASKA

Nama taman asuhan kanak-kanak hendaklah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dalam akta. Nama taman asuhan itu dapat dikenalpasti berdasarkan penggunaan pada perkataan yang diletakkan di awal nama iaitu dimulakan dengan:
(a) Perkataan "TASKA" untuk tempat kerja dan institusi.
(b) Perkataan "TASKA DI RUMAH" untuk di rumah.
(c) Perkataan "TASKA PENYAYANG" untuk komuniti.

Taska Penyayang juga dikenali sebagai Taska Komuniti. Perlu diingat memberi nama taman asuhan hendaklah sesuai dengan budaya tempatan.