Monday, April 28, 2014

Kanak-Kanak dan Pendidikan

Pada masa ini kerjaya dalam pendidikan awal kanak-kanak semakin diberi perhatian. Walau bagaimana pun program latihan kepada pendidik awal kanak-kanak masih di tahap yang belum mencapai ke tahap piawaian pendidikan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Masalah pengajar yang berkelayakan di sesebuah institusi merupakan perkara yang perlu diberi perhatian. Pihak institusi berlumba-lumba menawarkan program berkenaan tetapi tidak dapat menyediakan tenaga pengajar yang benar-benar arif dalam bidang. Apabila pihak MQA iaitu badan penilai akreditasi membuat lawatan, alasan yang biasa dikemukakan kerana kesukaran mendapat tenaga pengajar. Sekiranya tidak bersedia lebih baik jangan menawarkan program tersebut kerana kesannya akan melahirkan guru yang tidak berilmu dan salah didikan. Keadaan ini memberi kesan pengajaran dan pembelajaran kepada kanak-kanak di taska dan tadika.

Thursday, April 10, 2014

Monday, April 7, 2014

Sunday, April 6, 2014

Matlamat Pendekatan Projek

Matlamat pendekatan projek untuk memupuk minda yang hidup pada kanak-kanak. Minda termasuklah pengetahuan dan kemahiran tetapi juga emosi, moral dan kepekaan estetika. Pendidikan yang bersesuaian untuk kanak-kanak perlu ditumpukan kepada skop yang lebih luas terhadap pertumbuhan minda yang seiring dengan pengalaman. Pendekatan ini menggalakkan penyoalan, penyelesaian masalah, meningkatkan kesedaran terhadap fenomena yang signifikan di sekeliling kanak-kanak. Pada usia 4-8 tahun kebanyakkan kanak-kanak teruja bertindakbalas dengan cadangan orang dewasa, mereka berkerjasama dalam kumpulan dan mencuba kemahiran baru dengan penuh semangat. Kerja projek memberikan peluang kesemua untuk kanak-kanak melakukannya.

Saturday, April 5, 2014

Kandungan atau Topik Projek

Kandungan atau topik projek biasanya diberi berdasarkan dunia persekitaran yang difahami oleh kanak-kanak. Contohnya kanak-kanak di sekolah luar bandar memberi tumpuan kepada haiwan dan penanaman pertanian di sekitaran kawasan berdekatan. Kanak-kanak di persekitaran kampung nelayan boleh membincangkan projek tentang bot nelayan, penangkapan ikan dan ikan. Kanak-kanak di bandar boleh membincangkan projek jenis bangunan, pembinaan, perkilangan, bentuk trafik, kenderaan dan pekerja yang terlibat.

Friday, April 4, 2014

Apakah Pendekatan Projek

Istilah pendekatan projek digunakan atas beberapa sebab tertentu. Pertama, ia merupakan pancaran pandangan bahawa projek boleh selaraskan ke dalam pendidikan awal kanak-kanak mengikut pelbagai cara bergantung kepada keutamaan, kesungguhan dan keperluan guru dan sekolah. Pada kes tertentu kerja projek mengambil sejumlah kurikulum. Manakala kes lain, projek mengambil masa dua waktu petang. Sesetengah guru menyepadukan ke dalam sudut pembelajaran.

Kedua kerja projek sebagai pendekatan pengajaran awal kanak-kanak. Pendekatannya memberi penekanan peranan guru dalam memberi galakkan kepada kanak-kanak untuk berinteraksi dengan orang, objek dan persekitaran sebagai cara untuk memberi makna kepada kanak-kanak. Pendekatan ini juga memberi penekanan penglibatan kanak-kanak yang aktif.

Thursday, April 3, 2014

Apakah itu Projek?

Apakah yang dimaksudkan dengan projek? Projek adalah kajian yang dikaji secara mendalam tentang sesuatu topik oleh seorang atau lebih daripada seorang kanak-kanak. Projek mengandungi penerokaan topik atau tema seperti "lawatan ke hospital, "membina rumah," atau "bas sekolah." Projek dilakukan perlu berlanjutan memakan masa sehari atau seminggu. Projek bergantung pada usia kanak-kanak dan keadaan topik. Kanak-kanak di tadika sesuai melakukan tugas projek secara berkumpulan daripada secara individu.

Wednesday, April 2, 2014

Perkembangan deria motor

Piaget memberikan enam peringkat perkembangan deria motor:
Peringkat 1   lahir - 1 bulan          latihan pembalikan: mengulum, mengenggam, melihat,   
                                                      mendengar
Peringkat 2   1 - 4 bulan               Menyesuaikan dera asas dan corak motor (mengulum  
                                                      berbagai gaya)
Peringkat 3   4 - 8 bulan               Membina strategi untuk membuat kelihatan menarik
Peringkat 4   8 - 12 bulan             Tindakan menjadi lebih bermakna: mencari objek 
                                                      secara ringkas
Peringkat 5   12 - 18 bulan            Meneroka dengan aktif menerusi cuba jaya
Peringkat 6   18 - 24 bulan            Berfikir sebelum melakukan, mengabungkan mental

Tuesday, April 1, 2014

Tingkahlaku Bahasa Yang Ditunjukkan Oleh Kanak-Kanak

Secara umumnya keanak-kanak menunjukkan tingkahlaku berbahasa secara berperingkat menikut purata umur:
  • 12 minggu   - memberi senyuman bila bercakap dengan membunyikan suara.
  • 16 minggu   - memalingkan kepala bertindakbalas kepada suara orang.
  • 20 minggu   - membunyikan vokal dan konsonan bila bersuara.
  • 6 bulan        - suara bertukar kepada membunyikan suara seperti bercakap.
  • 8 bulan        - patah perkatan diulang ( ma, ma).
  • 12 bulan      - memahami beberapa perkataan: bercakap sedikit.
  • 18 bulan      - boleh menghasilkan sehingga 50 perkataan.
  • 24 bulan      - mempunyai perbendaharaan kata lebih daripada 50 perkataan; menggunakan 2 perkataan.
  • 30 bulan      - perbendaharaan kata meningkat kepada beberatus perkataan; menggunakan rangkaikata 2 hingga 5 perkataan.
  • 48 bulan      - menguasai kebanyakan aspek asas bahasa.