Thursday, June 12, 2014

Kesilapan Satu Proses Pembelajaran



Menggalakkan kanak-kanak melakukan sendiri merupakan salah satu cara memupuk kanak-kanak berdikari. Sediakan sokongan dan panduan kepada kanak-kanak semasa mereka cuba menyelesaikan masalah. Bagaimana pun beri mereka kebebasan untuk membuat pilihan dan beri pelauang kanak-kanak belajar daripada kesalahan yang telah dilakukan. Orang dewasa tidak perlu merasa bimbang apabila kanak-kanak melakukan kesalahan. Anggaplah kegagalan atau kesilapan yang dilakukan satu proses pembelajaran yang dapat meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak.

Tuesday, May 6, 2014

Boneka dan Kanak-Kanak

Kanak-kanak gemar menonton persembahan boneka sama ada secara pementasan formal mahu pun secara bersahaja sewaktu di taska dan tadika. Kanak-kanak menggunakan boneka sebagai rakan imajinasi. Persembahan boneka tidak perlu menggunakan banyak watak. Watak-watak yang keluar di pentas memadai dua atau tiga watak sahaja. Setiap watak perlu menggerakkan ketika berdialog dan mengikut giliran tujuannya tidak mengelirukan penonton kanak-kanak. 

Monday, April 28, 2014

Kanak-Kanak dan Pendidikan

Pada masa ini kerjaya dalam pendidikan awal kanak-kanak semakin diberi perhatian. Walau bagaimana pun program latihan kepada pendidik awal kanak-kanak masih di tahap yang belum mencapai ke tahap piawaian pendidikan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Masalah pengajar yang berkelayakan di sesebuah institusi merupakan perkara yang perlu diberi perhatian. Pihak institusi berlumba-lumba menawarkan program berkenaan tetapi tidak dapat menyediakan tenaga pengajar yang benar-benar arif dalam bidang. Apabila pihak MQA iaitu badan penilai akreditasi membuat lawatan, alasan yang biasa dikemukakan kerana kesukaran mendapat tenaga pengajar. Sekiranya tidak bersedia lebih baik jangan menawarkan program tersebut kerana kesannya akan melahirkan guru yang tidak berilmu dan salah didikan. Keadaan ini memberi kesan pengajaran dan pembelajaran kepada kanak-kanak di taska dan tadika.

Thursday, April 10, 2014

Monday, April 7, 2014

Sunday, April 6, 2014

Matlamat Pendekatan Projek

Matlamat pendekatan projek untuk memupuk minda yang hidup pada kanak-kanak. Minda termasuklah pengetahuan dan kemahiran tetapi juga emosi, moral dan kepekaan estetika. Pendidikan yang bersesuaian untuk kanak-kanak perlu ditumpukan kepada skop yang lebih luas terhadap pertumbuhan minda yang seiring dengan pengalaman. Pendekatan ini menggalakkan penyoalan, penyelesaian masalah, meningkatkan kesedaran terhadap fenomena yang signifikan di sekeliling kanak-kanak. Pada usia 4-8 tahun kebanyakkan kanak-kanak teruja bertindakbalas dengan cadangan orang dewasa, mereka berkerjasama dalam kumpulan dan mencuba kemahiran baru dengan penuh semangat. Kerja projek memberikan peluang kesemua untuk kanak-kanak melakukannya.

Saturday, April 5, 2014

Kandungan atau Topik Projek

Kandungan atau topik projek biasanya diberi berdasarkan dunia persekitaran yang difahami oleh kanak-kanak. Contohnya kanak-kanak di sekolah luar bandar memberi tumpuan kepada haiwan dan penanaman pertanian di sekitaran kawasan berdekatan. Kanak-kanak di persekitaran kampung nelayan boleh membincangkan projek tentang bot nelayan, penangkapan ikan dan ikan. Kanak-kanak di bandar boleh membincangkan projek jenis bangunan, pembinaan, perkilangan, bentuk trafik, kenderaan dan pekerja yang terlibat.

Friday, April 4, 2014

Apakah Pendekatan Projek

Istilah pendekatan projek digunakan atas beberapa sebab tertentu. Pertama, ia merupakan pancaran pandangan bahawa projek boleh selaraskan ke dalam pendidikan awal kanak-kanak mengikut pelbagai cara bergantung kepada keutamaan, kesungguhan dan keperluan guru dan sekolah. Pada kes tertentu kerja projek mengambil sejumlah kurikulum. Manakala kes lain, projek mengambil masa dua waktu petang. Sesetengah guru menyepadukan ke dalam sudut pembelajaran.

Kedua kerja projek sebagai pendekatan pengajaran awal kanak-kanak. Pendekatannya memberi penekanan peranan guru dalam memberi galakkan kepada kanak-kanak untuk berinteraksi dengan orang, objek dan persekitaran sebagai cara untuk memberi makna kepada kanak-kanak. Pendekatan ini juga memberi penekanan penglibatan kanak-kanak yang aktif.

Thursday, April 3, 2014

Apakah itu Projek?

Apakah yang dimaksudkan dengan projek? Projek adalah kajian yang dikaji secara mendalam tentang sesuatu topik oleh seorang atau lebih daripada seorang kanak-kanak. Projek mengandungi penerokaan topik atau tema seperti "lawatan ke hospital, "membina rumah," atau "bas sekolah." Projek dilakukan perlu berlanjutan memakan masa sehari atau seminggu. Projek bergantung pada usia kanak-kanak dan keadaan topik. Kanak-kanak di tadika sesuai melakukan tugas projek secara berkumpulan daripada secara individu.

Wednesday, April 2, 2014

Perkembangan deria motor

Piaget memberikan enam peringkat perkembangan deria motor:
Peringkat 1   lahir - 1 bulan          latihan pembalikan: mengulum, mengenggam, melihat,   
                                                      mendengar
Peringkat 2   1 - 4 bulan               Menyesuaikan dera asas dan corak motor (mengulum  
                                                      berbagai gaya)
Peringkat 3   4 - 8 bulan               Membina strategi untuk membuat kelihatan menarik
Peringkat 4   8 - 12 bulan             Tindakan menjadi lebih bermakna: mencari objek 
                                                      secara ringkas
Peringkat 5   12 - 18 bulan            Meneroka dengan aktif menerusi cuba jaya
Peringkat 6   18 - 24 bulan            Berfikir sebelum melakukan, mengabungkan mental

Tuesday, April 1, 2014

Tingkahlaku Bahasa Yang Ditunjukkan Oleh Kanak-Kanak

Secara umumnya keanak-kanak menunjukkan tingkahlaku berbahasa secara berperingkat menikut purata umur:
  • 12 minggu   - memberi senyuman bila bercakap dengan membunyikan suara.
  • 16 minggu   - memalingkan kepala bertindakbalas kepada suara orang.
  • 20 minggu   - membunyikan vokal dan konsonan bila bersuara.
  • 6 bulan        - suara bertukar kepada membunyikan suara seperti bercakap.
  • 8 bulan        - patah perkatan diulang ( ma, ma).
  • 12 bulan      - memahami beberapa perkataan: bercakap sedikit.
  • 18 bulan      - boleh menghasilkan sehingga 50 perkataan.
  • 24 bulan      - mempunyai perbendaharaan kata lebih daripada 50 perkataan; menggunakan 2 perkataan.
  • 30 bulan      - perbendaharaan kata meningkat kepada beberatus perkataan; menggunakan rangkaikata 2 hingga 5 perkataan.
  • 48 bulan      - menguasai kebanyakan aspek asas bahasa.

Monday, March 24, 2014

Pendidik Awal Kanak-Kanak Sebagai Pemimpin

Guru sentiasa bertanggungjawab pada kelas dan perancangan program. Peranan ini lebih tertumpu pada kebijaksanaan guru untuk merancang apa yang perlu kanak-kanak pelajari, membimbing dan mengajar supaya kanak-kanak dapat belajar, menilai pembelajaran kanak-kanak dan menyusun persekitaran kelas supaya kanak-kanak belajar.

Sunday, March 23, 2014

Apakah Peranan Pendidik Awal Kanak-Kanak Pada Hari Ini?

Peranan profesional pendidik awal kanak-kanak pada hari ini jauh berbeza daripada apa yang dilihat masa dua tiga tahun yang lalu. Walau pun matlamat profesionalisme dan ciri kualiti profesional tetap kekal namun tanggungjawab, harapan dan peranannya berubah dan akan sentiasa berubah. Profesional pendidik awal kanak-kanak terus menerus mengikuti perkembangan semasa dan persekitarannya sekian hari semakin berat tanggungjawabnya untuk memenuhi harapan ibu bapa dan masyarakat yang inginkan pendidikan selaras dengan perkembangan semasa.

Thursday, March 20, 2014

Musang Tengok Ayam

Sang Tupasang,
     Tupasang bunga leban;
Datang hantu musang,
     Tengok ayam masuk reban.

Sang Tupasang,
     Tupasang bunga dedap;
Datang hantu musang,
     Tengok ayam seekor sedap.

Sang Tupasang,
     Tupasang bunga lada;
Datang hantu musang,
     Tengok ayam seekor tak ada.

Sang Tupasang,
     Tupasang bunga labu;
Datang hantu musang,
     Tengok ayam tiga ribu.

Wednesday, March 19, 2014

Apa Nenek Kendong?

Congek cat dong,
     Cat dong duku dakat;
Apa nenek kendong,
     Kendong butir langsat

Congek congek canggung,
      Canggung duku daka;
Apa nenek kendung,
      Kendong butir nangka.

Congek congek canggung,
     Canggung kayu nangka;
Apa nenek kendung,
     Kendong kain saja.

Tuesday, March 18, 2014

Bilik Darjah Konstruktivisim

Bilik darjah kontsruktivism adalah berpusat kanak-kanak dan pembelajaran berpusat. Kanak-kanak di bilik darjah konstruktivism:
  • fizikal dan mentalnya aktif.
  • digalakkan untuk berinisiatif aktiviti pembelajaran.
  • berpasangan dengan guru dalam pembelajaran.
  • sentiasa berdialog dan berkomunikasi dengan rakan sebaya, guru dan orang dewasa.

Monday, March 17, 2014

Asas Konsep Konstruktivism

Berikut adalah asas konsep konstruktivitism sebagai panduan untuk diaplikasikan semasa bekerja dengan kanak-kanak:
  • kanak-kanak membina pengetahuan berasaskan apa yang telah mereka ketahui (pengetahuan yang menjadi keutamaannya).
  • kanak-kanak merupakan agen yang aktif yang menyelesaikan masalah dan memikirkan sendiri.
  • kanak-kanak mengalami dengan orang, tempat dan benda-benda yang disediakan sebagai kerangka kerja untuk mereka membina pengetahuan.
  • cara yang terbaik kanak-kanak belajar menerusi pengalaman dan aktiviti yang diinisiatifkan oleh mereka sendiri dan diminati.
  • pengajaran dan pembelajaran berpusatkan kanak-kanak.

Sunday, March 16, 2014

Konstruktivism

Konstruktivism adalah teori kognitif perkembangan dan pembelajaran yang menekankan peranan aktif kanak-kanak dalam membina kefahaman dan pembelajaran. Teori ini percaya kanak-kanak aktif untuk mendapatkan pengetahuan menerusi bimbingan untuk mengetahui cara dan apa yang perlu diajar dan menyediakan arah dan susunan persekitaran pembelajaran.

Saturday, March 15, 2014

Peranan Guru Mengikut Model Perkembangan

Model perkembangan peranan guru antara cirinya:
  • memerhati, merekod dan menilai kanak-kanak dan kemajuan kumpulan dan berasaskan arahan maklumat.
  • guru mempunyai kepelbagaian kebijaksanaan untuk memahami kepentingan strategi dorongan untuk menggalakkan aktiviti intelektual dan ekspresi kanak-kanak. Peranan guru juga perlu peka membentuk aktiviti kanak-kanak.

Friday, March 14, 2014

Ciri Model Perkembangan

Banyak model pembelajaran yang digunakan dalam pendidikan awal kanak-kanak. Setiap model berteraskan teori pembelajaran. Antara ciri model program perkembangan adalah seperti berikut:
  • persekitaran fizikal direka secara optimum pembelajaran maujud dan membolehkan kanak-kanak meneroka secara meluas dan pelbagai bahan dan objek.
  • kanak-kanak mempunyai peluang untuk bekerja sendirian, dengan seorang atau dua orang kanak-kanak, dalam kumpulan kecil, dan dalam situasi kumpulan besar. Kanak-kanak mempunyai pilihan dalam memilih pengalaman pembelajaran.
...bersambung.

Thursday, March 13, 2014

Peranan Orang Dewasa Mempertingkatkan Perkembangan Pengetahuan Kanak-Kanak

Orang dewasa boleh memainkan peranan untuk meningkatkan perkembangan pengetahuan kanak-kanak. Antara yang dicadangkan adalah seperti berikut:
  • menyediakan persekitaran pembelajaran
  • boleh dijangkakan oleh kanak-kanak setiap peristiwa yang dilibatkan
  • pembalikan dalam aktiviti iaitu memberi dan menerima semasa berinteraksi sosial
  • memberi ruang untuk kanak-kanak dalam penyelesaian masalah

Wednesday, March 12, 2014

Teori Tingkahlaku

Teori tingkahlaku juga dikenali sebagai teori behavioris. Toeri ini menekankan perubahan yang berasaskan dari persekitaran menerusi pembelajaran. Contohnya, jika kanak-kanak mendengar bahasa, meniru dan diberi ganjaran kerana membunyikan suara, kanak-kanak ini akan belajar bertutur. Teori behavioris menerangkan bagaimana kanak-kanak belajar tanpa had umur atau peringkat. Teori behavioris boleh dilihat manakala ada teori yang berorientasi perkara menerusi minda tidak dapat dilihat.

Tuesday, March 11, 2014

Teori Perkembangan

Teori perkembangana biasanya menerangkan perubahan pada kanak-kanak hasil daripada interaksi antara pertumbuhan dan pembelajaran. Semua kanak-kanak perkembangannya sama. Contohnya, banyi meneroka objek menerusi deria penglihatan, rasa, sentuh, bunyi dan bau untuk mempelajari objek itu kekal sebeum hilang dari penglihatannya.

Monday, March 10, 2014

Pertumbuhan Dan Pembelajaran Kanak-Kanak.

Perumbuhan kanak-kanak merujuk kepada urutan perubahan atau peringkat ke arah pembesaran kanak-kanak pada anggota tubuh badannya.  Contohnya kepala kanak-kanak membesar terlebih dahulu sebelum anggota badanya. Manakala pembelajaran merujuk perubahan tingkahlaku akibat pengaruh persekitaran. Contohnya kanak-kanak di Malaysia belajar bahasa Melayu.

Sunday, March 9, 2014

Kanak-Kanak Berusia Enam Hingga Lapan Tahun

Kanak-kanak di peringkat usia ini di tahap perkembangan integrasi. Mereka mengambilberat keperluannya sendiri. Memerhati peraturan keluarga tentang masa makan, menonton televisyen dan keperluan masa peribadi. Kanak-kanak ini boleh diharapkan untuk melakukan tugasan dan tanggungjawab mudah. Kanak-kanak boleh mengawal dirinya dan persekitarannya. Kanak-kanak peringkat usia ini seronok dengan cabaran dan gembira apabila tugasannya dapat diselesaikan.

Saturday, March 8, 2014

Kanak-Kanak Berusia Lima Tahun

Kanak-kanak berusia lima tahun berkeyakinan dan mudah berkawan. Mereka mengharapkan disukai dan dihargai. Kanak-kanak ini juga bersedia untuk mendapatkan pengalaman baru. Mereka amat berminat untuk belajar dan membantu orang dewasa. Kanak-kanak ini sedia bercakap dan bertanya banyak soalan. Biasanya perkataan "Kenapa" dan mereka menunjukkan kesungguhan apabila untuk menguasai sesuatu kemahiran baru. Kanak-kanak peringkat usia ini mempercayai orang dewasa walau pun mereka suka berdikari. Kanak-kanak ini juga bergantung kepada pengurusan orang dewasa, meminta bantuan dan nasihat apabila perbalahan berlaku.

Friday, March 7, 2014

Kanak-Kanak Berusia Empat Tahun

Kanak-kanak peringkat usia empat tahun berada di taska tidak memerlukan bantuan secara aktif daripada guru untuk membimbingnya bermain. Kanak-kanak ini mengerjakan mainan yang dia perlukan atau kadangkala untuk mendapatkan nasihat. Kanak-kanak pada peringkat usia empat tahun akan menemui orang dewasa untuk meminta bantuan apabila mereka cedera. Kanak-kanak ini juga suka mendapatkan restu sesuatu yang dibuat atau dilukis. Mereka bertindakbalas riang apabila mendapat permintaan daripada orang dewasa atau peringatan.

Thursday, March 6, 2014

Kanak-Kanak Berusia Tiga Tahun

Kanak-kanak berusia tiga tahun ceria dan mesra yang memerlukan untuk berdikari, main dengan pelbagai peralatan mainan, masa untuk bersama kanak-kanak lain, suka bercakap dan mendengar cerita. Kadangkala kanak-kanak berusia tiga tahun suka mengambilberat seperti menepuk mesra orang dewasa dan rakan sebaya.

Wednesday, March 5, 2014

Tatih

Kanak-kanak berusia lapan belas bulan dikenali sebagai tatih (toddler) sudah mula menendang, menolak, memaut dan menghentak tangan dan kaki. Mula menirap dan menjalar menggunakan dada, kadangkala menolak peralatan. Aktiviti motor kasar mendahului motor halus. Setelah berusia dua tahun mula berlatih keupayaan suara, mengulangi perkataan, nama benda, menyesuaikan perkataan dengan tindakan dan tindakan dengan perkataan.

Tuesday, March 4, 2014

Bayi

Bayi berusia sebulan telah berupaya menyesuaikan rutin kehidupan. Apabila berusia tiga bulan sudah boleh menyedari, minat dalam kehidupan, suka untuk bersama orang lain, senyum dan menggunakan suaranya dengan berbagai cara selain menangis. Bergerakan tubuh boleh dikawal. Bayi bangun lebih lama selepas bangun tidur. Bayi berusia enam bulan membesar dengan cepat. Beratnya dua kali ganda dari berat kelahirannya dan membesar lebih kurang lima inci panjangnya.

Monday, March 3, 2014

Bayi Baru Dilahirkan

Bayi yang baru dilahirkan bergantung sepenuhnya kepada orang dewasa di sekelilingnya. Bayi sentiasa berubah suhu kerana diangkat dan dipegang, sedikit bunyi, cahaya terang dan keakraban tubuh manusia. Bayi tidak boleh berbuat apa-apa melainkan bernafas, mengolom jari dan menangis meminta pertolongan. Menangis merupakan bahasa walau pun kadangkala hanya bertujuan untuk keperluan dirinya sendiri.

Friday, February 28, 2014

Sekilas Pandang 30: Penjagaan Terkawal


Kanak-kanak semasa berada di tempat awam sebaik-baiknya jangan dibenarkan bersendirian. Kealpaan ibu bapa menyebabkan berlaku pencolekan kanak-kanak dalam sekelip mata. Kanak-kanak perlu diawasi dan orang dewasa sentiasa berada berdekatan untuk menjamin keselamatan kanak-kanak di tempat awam.

Thursday, February 27, 2014

Sekilas Pandang 29: Etika Makan Di Meja





Kanak-kanak perlu mengikut etika sewaktu makan bersama di atas meja. Ibu bapa tidak boleh membiarkan seorang anak makan duduk di atas meja makan manakala kanak-kanak lain makan duduk di kerusi. Tingkahlaku seperti duduk di atas meja amat tidak sesuai dan tidak beretika sama sekali.

Wednesday, February 26, 2014

Sekilas Pandang 28: Peranan Bapa


Tanggungjawab bapa sama penting sebagaimana ibu dalam membesarkan anak. Bapa boleh membantu menyusukan anak menggunakan botol susu. Keakraban akan lebih terjalin semasa menyusukan bayi. Hubungan keakraban bayi dengan bapa dapat dibentuk semasa kanak-kanak masih kecil khususnya di peringkat bayi.

Tuesday, February 25, 2014

Sekilas Pandang 27: Menyusukan Bayi

Cara menyusukan bayi dengan betul supaya tidak tersedak ketika minum susu. Kedudukan bayi hendaklah selesa dalam keadaan yang sendeng berada di bahu kiri atau kanak orang dewasa. Semasa memberi susu badan atau botol orang dewasa hendaklah berkomunikasi dengan bayi secara senyuman mahuun bertutur.

Monday, February 24, 2014

Sekilas Pandang 26: Mana Ibu?

Jika kanak-kanak ingin bermain sendirian di tempat awam khususnya kanak-kanak di peringkat tatih perlu diawasi. Pastikan kedudukan orang dewasa tidak jauh dari penglihatnnya. Kanak-kanak mudah merasa cemas apabila orang yang rapat tidak dapat dilihat atau berada berdekatannya. Apabila kanak-kanak sudah merasa selamat akan keadaan di persekitarannya dan mula merasa berkeyakinan, dia akan bermain sendirian tanpa orang dewasa berada di sampingnya.

Sekilas Pandang 25: Makanan



Persediaan perjalanan jauh memerlukan persedian yang lengkap untuk keperluan kanak-kanak. Makanan kanak-kanak tidak terdapat di restoran seperti mana orang deawasa. Sebaik-baiknya minuman kanak seperti susu dan bekalan air panas dibawa dalam bekas khas untuk kemudahan apabila diperlukan.

Sunday, February 23, 2014

Sekilas Pandang 24: Pimpin

Pimpin tangan anak ketika ke tempat atau persekitaran yang terdapat orang ramai khususnya berdekatan dengan jalan raya. Kanak-kanak akan terarah dan tidak merasa keliru dengan keadaan suasana baru. Perasaan selamat dengan memegang tangan orang dewasa bila berdepan dengan suasana baru.

Sekilas Pandang 23: Mendukung

Mendukung kanak-kanak boleh meletihkan sekiranya menggunakan sebelah tangan dan sebelah sebelah lagi memegang barang. Keadaan semakin berat dirasakan apabila mendukung kanak-kanak yang sudah besar. Sekiranya perjalanan jauh dicadangkan menggunakan kereta sorong untuk kanak-kanak. Keadaan ini lebih menyelesakan kanak-kanak atau sekirannya kanak-kanak sudah pandai berjalan bimbing atau pimpin tangan kanak-kanak.

Saturday, February 22, 2014

Sekilas Pandang 22: Letih

Jika anak letih semasa keluar membeli belah dinasihatkan berhenti seketika berehat di tempat yang menyediakan minuman dan makanan. Sekirannya kanak-kanak terlena biarkan lena di pangkuan orang dewasa sambil menjamu selera. Sekiranya orang dewasa ingin meneruskan membeli belah dalam keadaan anak keletihan tingkahlaku negetif akan ditunjukkan oleh anak dengan pelbagai ragam.

Friday, February 21, 2014

Sekilas Pandang 21: Cepat!

Ibu bapa digalakkan bercakap dengan anak kecil walau pun ditempat membeli belah dengan menyatakan sesuatu yang diminati. Sebenarnya kanak-kanak mendengar dan menyimpan perkataan di mindanya. Perkataan yang didengar akan terkeluar secara semulajadi apabila dewasa dan memahaminya dengan sendiri.

Thursday, February 20, 2014

Sekilas Pandang 20: Bersabar

Sementara menunggu isteri membeli belah peranan bapa adalah menjaga anak kecil. Kanak-kanak kecil merasa lebih selamat bersama orang yang terdekat iaitu bapa. Kemesraan antara orang yang terdekat dapat merapatkan hubungan dan memberi kesan kepada perkembangan diri kanak-kanak terutama perkembangan emosi dan tingkahlaku. Semasa mendokong bapa hendaklah berkomunikasi dengan anak tentang hal di persekitaran biarpun tidak difahami tetapi didengar dan dilihat.

Wednesday, February 19, 2014

Sekilas Pandang 19: Bosan

Jangan biarkan anak anda merasa bosan tanpa mendapat perhatian. Kelekaan orang dewasa menumpukan perhatian terhadap aktivitinya sendiri sehingga mengabaikan keadaan anak yang meminta perhatian akan memberi kesan negatif pada perkembangan dirinya. Oleh itu beri perhatian anak yang mengharapkan perhatian daripada ibu bapa semasa keluar bersiar-siar mahu pun sewaktu di rumah.

Tuesday, February 18, 2014

Sekilas Pandang 18: Bertanggungjawab

Belajar bertanggungjawab dengan membawa beg milik sendiri yang mengandungi barang keperluan ketika bersedia untuk bersama keluarga berjalan jauh sangat digalakkan. Kanak-kanak tidak perlu meminta kepada ibu bapa ketika memerlukan barang permainannya atau lapar mendapatkan biskut dan air minuman. Pemupukan berdikari sememangnya digalakkan sejak dari kecil tentang tanggunjawab keperluan dan menjaga milik sendiri.

Monday, February 17, 2014

Sekilas Pandang 17: Keselamatan Bayi

Keselamatan dan keselesaan bayi perlu diutamakan sebagaimana yang dilihat dalam gambar. Mungkin bayi lebih selesa berada di dakapan orang dewasa berbanding diletakkan di dalam kereta sorong. Jika merasa letih mendokong bayi yang sedang tidur ada baiknya diletakkan dalam kereta sorong supaya bayi lebih selesa terutama apabila bayi sedang lena tidur.

Sunday, February 16, 2014

Sekilas Pandang 16: Sesuaikah Biarkan Begini?


Wajarkah dengan membiarkan anak-anak bermain di atas meja makan sewaktu orang dewasa sedang menghadapi hidangan? Gambar ini adalah sebagai bukti betapa sikap ibu bapa yang langsung tidak menghiraukan tingkahlaku negatif anaknya. Tingkahlaku negatif seperti tidak menghormati orang dewasa dan bermain di tempat yang tidak sesuai perlu ditegah dan ditegur sebelum berlaku ketelajuran sehingga tidak mendengar kata. Orang dewasa terutama ibu bapa yang sewajarnya memberi bimbingan dan tunjukajar cara yang betul mengikut tempat dan keadaan.


Saturday, February 15, 2014

Sekilas Pandang 15: Tunggu Dahulu

Salah satu cara untuk mengawal anak ialah dengan memegang tangan sewaktu membeli belah untuk menggelakkan anak hilang di pasaraya atau komplek membeli belah. Kanak cepat merasa bosan dan hilang tumpuan jika terlalu banyak ditumpukan hal yang berkaitan orang dewasa ketika di pasaraya. Setidaknya libatkan kanak-kanak dengan berbincang tentang barangan yang akan dipilih. Keadaan ini kanak-kanak merasakan dirinya diberi perhatian.

Friday, February 14, 2014

Sekilas Pandang 14: Sesat?

Jika kanak-kanak sesat di pasaraya atau di komplek membeli belah, apakah langkah yang perlu diambil? Ibu bapa sepatutnya mengingatkan anaknya dengan pesanan yang mudah difahami. Umpamanya berjumpa jurujual di pusat membeli belah untuk meminta pertolongan.

Thursday, February 13, 2014

Sekilas Pandang 13: Awas Merbahaya

Jangan dibiarkan kanak-kanak bersendirian di tepi pagar tempat yang tinggi. Kanak-kanak boleh melakukan sesuatu yang diluar jangkaan kita. Orang dewasa sepatutnya tidak membiarkan kanak-kanak bermain sendirian khususnya di tempat awam yang keadaannya boleh mendatangkan bahaya.

Wednesday, February 12, 2014

Sekilas Pandang 12: Keakraban Keluarga

Kanak-kanak lebih merasa selamat kepada mereka yang rapat dengan persekitarannya terutama keluarga terdekat. Orang dewasa sebagai model kepada kanak-kanak untuk meniru perlakuan khususnya kepada mereka yang terdekat dengan kanak-kanak.

Tuesday, February 11, 2014

Sekilas Pandang 11: Hendak Main

Pengawasan orang dewasa kepada anak-anaknya ketika bermain adalah digalakan. Kanak-kanak perlu diberi perhatian dan teguran semasa bermain supaya tingkahlaku yang tidak diingini dilakukan semasa bermain bersama kawan-kawan. Sikap bertimbangrasa dan mengikut giliran adalah digalakan.

Monday, February 10, 2014

Sekilas Pandang 10: Keselamatan

Cara yang baik adalah seperti yang tertera digambar. Kedudukan kanak-kanak berdekatan dengan orang dewasa ketika menggunakan tangga lungsur.

Sunday, February 9, 2014

Sekilas Pandang 9: Merbahaya

Ibu bapa dan orang dewasa sewajarnya tidak membenarkan kanak-kanak mengunakan kemudahan tangga lungsur bersendirian atau bermain-main.Kemalangan boleh berlaku bila-bila masa jika kanak-kanak terjatuh atau melompat-lompat yang mengakibatan kecederaan.

Saturday, February 8, 2014

Sekilas Pandang 8: Kakak Jaga

Sepatutnya kanak-kanak jangan dibiarkan main bersendirian tanpa pengawasan orang dewasa. Walaupun ditemani oleh kanak-kanak yang lebih berusia darinya keadaan dipasaraya masih belum menjamin keselamatan kanak-kanak itu sendiri. Keadaan sekarang adalah berbeza dengan keadaan semasa dahulu.

Friday, February 7, 2014

Sekilas Pandang 7: Keselamatan Di Kenderaan

Kanak-kanak perlu diawasi semasa di luar kenderaan. Ibu bapa atau orang dewasa perlu melihat kanak-kanak semasa mereka berada berhampiran kenderaan. Perhatikan cara mereka berada di kenderaan seperti kereta atau bas. Kedudukan kanak-kanak dan tingkahlakunya yang tidak membahayakan diri. Kealpaan pengawasan boleh mendatangkan kecederaan atau kemalangan kepada kanak-kanak.


Thursday, February 6, 2014

Sekilas Pandang 6: Tertib Di Meja Makan

Kanak-kanak perlu dilatih ketika duduk di meja makan ketika menghadapi juadah. Mereka perlu duduk dengan betul dan menupukan kepada makanan yang dihidangkan. Tingkahlaku yang tidak sesuai semasa makan perlu ditegur.


Wednesday, February 5, 2014

Sekilas Pandang 5: Jangan Leka

Ibu bapa jangan terlalu leka ketika di pusat membeli belah. Perhatian perlu diberi untuk menggelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Tuesday, February 4, 2014

Sekilas Pandang 4: Sendirian

Kanak-kanak dilatih untuk membiasakan cara membeli belah di pasaraya. Teroli kecil bersaiz kanak-kanak disediakan untuk digunakan kanak-kanak. Kanak-kanak diberi kebebasan memilih barangan yang digemari. Walau baaimanapun ibu bapa perlu memantau cara kanak-kanak menggunakan teroli. Terdapat ibu bapa yang membiarkan sahaja kanak-kanak menyalahgunakan teroli yang disediakan seperti dijadikan alat permainan.

Monday, February 3, 2014

Sekilas Pandang 3: Di mana Anakku?

Kelalaian dan kecuaian ibu bapa sewaktu membeli belah boleh mendatangkan kesan negatif. Bahaya jika kanak-kanak dibiarkan main sendirian tanpa pengawasan. Kemalangan mungkin berlaku dan keselamatan kanak-kanak yang memungkinkan berlaku pencolekan.


Sunday, February 2, 2014

Sekilas Pandang 2: Tidak Sepatutnya

Ibu bapa perlu mengingatkan anak-anak supaya tidak keterlaluan tingkahlakunya di pasaraya. Maklumkan tanggungjawab yang tua kepada adiknya kerana tingkahlaku yang tua akan menjadi ikutan kepada adik. Jika berlaku sesuatu yang tidak diingini bukan menjadi tanggungjawab pihak pasaraya kerana sikap ibu bapa yang leka tidak mengambil peduli tingkahlaku anaknya sendiri.

Saturday, February 1, 2014

Sekilas Pandang 1: Bapa dan Anak


Kebiasaannya kanak-kanak berusia 6 tahun ke bawah sama ada lelaki atau perempuan hubungan keakraban dengan bapa amat rapat sekali. Apabila semakin meningkat usianya kanak-kanak perempuan lebih rapat dengan ibunya. Anak lelaki akan bersama dengan bapanya.

Friday, January 31, 2014

Kemah Kanak-Kanak


Produk kemah untuk kanak-kanak kecil peringkat bayi dan tatih tidak sesuai digunakan menurut U.S. Consumer Product Safety Commission (CPSC). Bayi dan tatih boleh bergolek ke tepi penjuru tilam angin dan terperangkap di tepi bahagian fabrik kemah menyebabkan kesesakan nafas. Kes kematian kanak-kanak di New York kerana terperangkap berlaku kerana menggunakan khemah ini. Pihak berwajib telah mengarahkan menarik balik penjualan produk ini.

Thursday, January 30, 2014

Kereta Sorong Bayi


 
Kereta tolak bayi jenama Baby Jogger City Versa™ menurut U.S. Consumer Product Safety Commission (CPSC) membahayakan kanak-kanak.Kerangka kereta tolak gagal dikunci pada tempatnya dan boleh terhurai semasa digunakan dan mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak apabila jatuh.

.

Wednesday, January 29, 2014

Tempat Duduk Mandi Bayi

Produk jenis yang tertera di gambar tempat duduk bayi mandi menurut U.S. Consumer Product Safety Commission (CPSC) membahayakan kepada kanak-kanak.Tempat duduk ini gagal mematuhi piawaian keselamatan persekutuan U.S. termasuklah keperluan kekukuhannya. Tempat duduk ini boleh terbalik dan mendatangkan bahaya kepada bayi.

Tuesday, January 28, 2014

Kenderaan Kanak-Kanak

Kenderaan mainan untuk kanak-kanak ini menurut U.S. Consumer Product Safety Commission (CPSC) mendapati mainan ini membahayakan kanak-kanak. Kanak-kanak yang duduk terlalu ke depan boleh melepasi pemegang dan jatuh ke tanah. Keadaan ini menyebabkan kecederaan.

Monday, January 27, 2014

Katil Bayi


Jika teringin membeli katil bayi anda perlu melihat keselamatannya. Katil bayi jenama  Eddie Bauer Rocking Wood Bassinets menurut U.S. Consumer Product Safety Commission (CPSC) didapati membahayakan kanak-kanak. Bahagian bawah kunci mekanisma tidak dapat dikunci dengan betul jika tidak ada spring yang mengimbangkannya. Keadaan ini membolehkan tergolek dan bayi akan jatuh. Pihak berwajib di U.S telah mengarahkan menarik balik penjualannya.

Sunday, January 26, 2014

Tempat Duduk Kerusi Klasik

Tempat duduk kayu tinggi bayi jenis ini berjenama Graco Classic Wood menurut U.S. Consumer Product Safety Commission (CPSC) membahayakan. Tempat duduk kerusi yang tinggi boleh longgar atau terlepas dari asas menyebabkan jatuh dan membahayakan kanak-kanak. Banyak laporan kecederaan diterima dan pihak berwajib mengarahkan menarik balik penjualan produk berkenaan. Maklumat ini sesuai dijadikan panduan.

Saturday, January 25, 2014

Buaian Bayi


Buaian bayi jenis ini menurut U.S. Consumer Product Safety Commission (CPSC) boleh mendatangkan bahaya kepada bayi yang menggunakannya. Bahagian terbuka antara dulang dan tempat duduk atau halangan pemegang dan tempat duduk membolehkan badan bayi terlepas menyebabkan terperangkap pada leher. Keadaan ini membahayakan bayi jika tali pinggang tidak digunakan.

Friday, January 24, 2014

Kerusi Tinggi Bistro


Kerusi tinggi jenis Bistro menurut  U.S. Consumer Product Safety Commission (CPSC) membahayakan kanak-kanak. Bahagian yang terbuka antara dulang dan bahagian bawah tempat duduk dan sisi pembuka kerusi tinggi dan antara tempat rehat tangan dan tempat duduk bawah membolehkan badan kanak-kanak lolos menerusinya dan boleh menjadi perangkap pada leher. Semasa kanak-kanak terperangkap akan meronta-ronta membahayakan jika tali pengikat tidak digunakan atau dibuka. Tambahan lagi, terdedah dengan 'spring' antara tempat duduk dan tempat tangan rehat di kedua-dua belah kerusi boleh mencederakan kanak-kanak.

Thursday, January 23, 2014

Goncang Bunyi

Produk jenama Buff Baby”untuk bayi menggoncang mainan menggeluarkan bunyian menurut U.S. Consumer Product Safety Commission (CPSC) adalah membahayakan kanak-kanak. Pada bahagian hujung mainan ini penutupnya boleh terpisah mengeluarkan bahagian kecil menyebabkan bahaya tersedak kepada kanak-kanak kecil. Pihak berwajib U.S mengarahkan menarik balik penjualan produk ini.


Wednesday, January 22, 2014

Ubat Selsema

Produk ubatan jenama Triaminic® Syrups dan Theraflu Warming Relief® Syrups menurut U.S. Consumer Product Safety Commission (CPSC) membahayakan kesihatan kanak-kanak. Penutupnya tidak berfungsi sepenuhnya boleh dibuka oleh kanak-kanak. Produk ini mengandungi bahan racun acetaminophen dan diphenhydramine yang diperlu dipatuhi menerusi Poison Prevention Packaging Act bahawa penutup botol perlu pembungkusan yang tahan perlindungan kanak-kanak. Maksudnya kanak-kanak tidak mudah membuka botol.Pihak berkuasa U.S. mengarahkan penarikan balik penjualan produk tersebut.

Tuesday, January 21, 2014

Mainan Guli Bermagnet

Produk mainan guli bermagnet meja  jenama 'Nanosphere' menurut U.S.Consumer Product Safety Commission (CPSC) membahayakan kanak-kanak. Jika dua atau lebih magnet yang ditelan oleh kanak-kanak magent akan bercantum di dalam perut kanak-kanak. Keadaan ini boleh menimbulkan sekatan dalam tisu badan mengakibatkan sekatan usus dubur, pendarahan dan kematian. Kecederaan dalaman kesan magnet boleh mendatangkan mudarat kesihatan sepanjang hayat. Pihak berwajib U.S. telah melarang dan menarik balik penjualan produk ini. Maklumat sedemikian adalah sesuai dijadikan panduan kepada ibu bapa. 

Monday, January 20, 2014

Kereta sorong Bayi

Jenama produk kereta sorong 'Jeep Liberty'menurut U.S. Consumer Product Safety Commision (CPSC) tidak selamat digunakan. Tiub dalam tayar boleh pecah menyebabkan tayar di rim pecah atau keluar angin menghilangkan kawalan mengakibatkan kecederaan anggota dan kerosakan harta benda. Pihak berkuasa U.S. mengarahkan menarik balik penjualan kereta sorong jenis ini. Maklumat ini juga sesuai untuk dijadikan panduan kepada ibu bapa.


Sunday, January 19, 2014

Scooter Kanak-Kanak

Produk 'Motor Scooters' dengan gambar grafik 'Hello Kitty'menurut U.S. Consumer Product SAfety Commissionan (CPSC) membahayakan kerana scooter ini boleh bergerak secara tiba-tiba semasa menggunakannya menyebabkan penunggang hilang kawalan dan jatuh. Pihak berkuasa U.S. telah mengarahkan melarang penggunaannya dan menarik balik penjualannya. Maklumat ini sesuai dijadikan panduan kepada ibu bapa.

Saturday, January 18, 2014

Mainan Kanak-kanak

Jenama produk 'Beamerzzz™ Stuffed Animals with LED Flashlight' menurut U.S. Consumer Product Safety Commission (CPSC) membahayakan kanak-kanak kerana dawai 'LED Flashlight' boleh terkeluar dari anak patung mengakibatkan kecederaan kepada kanak-kanak. Pihak berkuasa U.S. telah mengarahkan menarik balik penjualannya. Maklumat ini sesuai sebagai panduan ibu bapa yang ingin membeli mainan untuk anaknya.

Friday, January 17, 2014

Asas Rentak

Produk jenama 'Basic Beat BB201' goncang saiz telur sebenar menurut U.S. Consumer Product Safety Commission (CPSC) membahayakan kepada kanak-kanak. Penutup luar pada bahagian atas telur digam. Penutup ini mudah tertanggal dan boleh mengakibatkan sesak nafas atau bahaya tersedak. Pihak berkuasa U.S. telah mengarahkan produk ini ditarik balik penjualannya. Maklumat ini sesuai untuk dijadikan panduan kepada ibu bapa dan pengusaha taska dan tadika yang ingin membeli peralatan mainan kanak-kanak.