Friday, November 29, 2013

Bayi Mati Tersedak Susu


Thursday, November 28, 2013

Renungan Untuk Pembaca [2]


Wednesday, November 27, 2013

Renungan Untuk Pembaca [1]




Tuesday, November 26, 2013

Pendekatan Projek Di Reggio Emilia

Projek merupakan tulang belakang pengalaman pembelajaran kanak-kanak dan guru. Pembelajaran projek ini berasaskan kepada kepercayaan yang kuat bahawa belajar menerusi lakuan amat penting dan membincangkannya menerusi kumpulan dan melihat semula idea dan mengalami adalah cara utama untuk mendapatkan pemahaman dan pembelajaran yang lebih baik. Idea projek bermula daripada pengalaman kanak-kanak dan guru untuk membina pengetahuan bersama-sama. Projek boleh diselesaikan dalam beberapa hari sehingga beberapa bulan. Mereka mungkin bermula dengan secara kebetulan sesuatu peristiwa, sesuatu idea atau masalah yang dikemukakan oleh seorang atau ramai kanak-kanak, menerusi pengalaman yang dilalui oleh kanak-kanak.

Monday, November 25, 2013

Kurikulum Reggio Emilia

Kurikulum di Reggio Emilia tidak dirancang terlebih dahulu. Guru menyatakan matlamat dan membuat hipotesis tentang arah aktiviti, projek dan membuat persediaan yang bersesuaian. Selepas membuat pemerhatian perlakuan kanak-kanak, guru akan membanding, berbincang dan menterjemahkan berdasarkan pemerhatiannya dan membuat pilihan yang telah dikongsikan bersama kanak-kanak tentang apa yang dijalankan dan cara untuk mengekalkan kanak-kanak dalam penerokaan dan pembelajaran. Kurikulum ini timbul hasil daripada proses setiap aktiviti atau projek dan fleksibaliti untuk disesuaikan menerusi dialog di kalangan guru dan kanak-kanak.

Sunday, November 24, 2013

Peranan Dokumentasi Di Reggio Emilia

Semua hasil kerja kanak-kanak dan proses pembelajaran di sekolah didokumentasikan dalam pelbagai bentuk dokumentasi seperti perbincangan kanak-kanak yang ditranskripkan, gambar aktiviti kanak-kanak, paparan pemikiran dan pembelajaran menggunakan pelbagai media yang disusun dengan teliti oleh guru seni visual bersama dengan guru-guru lain. Dokumentasi mempunyai fungsi untuk memberi kepekaan kepada ibu bapa terhadap pengalaman anak-anaknya dan mengekalkan penglibatan ibu bapa, memberi peluang guru memahami kanak-kanak dengan lebih baik dan menilai hasil kerja guru untuk meningkatkan perkembangan profesionalisme, mendorong komunikasi dan pertukaran idea dikalangan pendidik, menjadikan kanak-kanak peka terhadap hasil kerjanya dihargai dan membina arkib yang dapat menelusuri sejarah sekolah dan keseronokan belajar oleh semua kanak-kanak dan guru-gurunya.

Saturday, November 23, 2013

Peranan Guru Seni Visual Dan Studio Di Reggio Emilia

Guru yang mendapat latihan dalam bidang seni visual berkerjasama dengan guru-guru lain dan kanak-kanak di taska dan tadika. Guru ini dipanggil atelierista. Bilik bengkel atau studio dipanggil atelier. Studio ini digunakan oleh semua kanak-kanak dan guru juga atelierista. Atelier terdapat berbagai peralatan dan bahan sumber disamping rekod projet pengalaman lalu.

Aktiviti dan projek bukan sahaja berlaku di atelier, sepanjang tahun peranan atelier dan atelierista berkembang dan menjadi sebahagian keseluruhan sekolah. Ruang kecil dipanggil mini atelier diadakan pada setiap kelas, guru dan atelieristi bekerjasama berterusan bertukar kemahiran. Apa yang dilakukan pada bahan dan media bukan dianggap sebagai hasil seni tulin. Pendidik di Reggio Emilia berpandangan kanak-kanak menggunakan pelbagai media bukan bahagian terpisah daripada kurikulum tetapi terkandung, bahagian yang bersepadu dengan keseluruhan kognitif dan simbol ekspresi yang melibatkan proses pembelajaran.

Friday, November 22, 2013

Oragnisasi Saling Membantu Dan Bekerjasama Di Reggio Emilia

Sokongan dan kerjasama yang tinggi yang diberikan dengan berhati-hati yang dibina menerusi struktur organisasi. Perancangan yang terperinci daripada setiap guru, merancang perjumpaan dengan ibu bapa dan keluarga, diet kanak-kanak kesemuanya dibincangkan dengan teliti. Kerjasama yang tinggi dibuat secara teliti di bawah pengetuhan organisasi. Organisasi akan maju dengan adanya keperihatinan yang dilakukan secara bekerja rapat bersama-sama membolehkan guru mendapat pengalaman dan membolehkan guru memberi peluang terbaik untuk kanak-kanak. Pertemuan dengan organisasi tidak lebih 6 jam seminggu dijadualkan untuk mesyuarat dengan guru, persediaan, mesyuarat dengan ibu bapa dan latihan dalaman.

Thursday, November 21, 2013

Saling Membantu Dan Bekerjasama Di Reggio Emilia

Sikap saling membantu dan bekerjasama di semua peringkat sekolah Reggio Emilia merupakan unsur yang menjadikan sesuatu menjadi kenyataan untuk mencapai matlamat yang komplek. Guru berkerja secara bergandingan disetiap kelas bukan sebagai ketua dan pembantu tetapi tanggungjawab yang sama. Guru menganggap dirinya sebagai penyelidik mengumpul maklumat tentang kerjanya dengan kanak-kanak menerusi dokumentasi berterusan. Hubungan yang erat di kalangan rakan sekerja bersama dengan guru-guru lain menerusi kolabrasi perbincangan dengan menginterpretasi hasil kerja guru dan kanak-kanak. Pertukaran kolabrasi ini menyediakan latihan berterusan dan memperkayakan teoritikal. Sistem kerjasama ini disokong oleh pasukan penyelia pedagogikal yang dipanggil pedagogis. Kumpulan pedagogis ini membantu hubungan di kalangan semua guru, ibu bapa, ahli komuniti dan pentadbir kerajaan setempat.

Wednesday, November 20, 2013

Nilai Perhubungan Dan Interaksi Kanak-Kanak Di Reggio Emilia

Guru seboleh-bolehnya menyediakan ruang untuk bersama kanak-kanak sama ada dalam bentuk kumpulan kecil, beramai-ramai atau secara bersendirian apabila mereka memerlukan sedikit masa untuk bersendiri. Guru sentiasa peka bagaimana pun kanak-kanak belajar untuk bertukar kumpulan dikalangan rakan sebaya supaya dapat berinteraksi dalam kumpulan kecil. Kumpulan kecil mengandungi jumlah kanak-kanak sama ada dua, tiga empat atau lima orang kanak-kanak membolehkan mereka menumpukan perhatian, mendengar dan menumpukan antara satu sama lain, membina rasa ingin tahu dan minat, bertanya soalan dan bertindakbalas antara mereka.

Tuesday, November 19, 2013

Peranan Masa Dan Kepentiangan Kesinambungan Di Reggio Emilia

Masa tidak ditentukan oleh jam dan kesinambungan tidak diganggu oleh kalender. Deria kanak-kanak terhadap masanya sendiri dan rentak peribadi adalah dipertimbangkan dalam merancang dan melaksanakan aktiviti dan projek. Kanak-kanak melaksanakan tugasan mengikut rentak dan masanya sendiri menerusi jadul seharian. Kerja diselesaikan mengikut kepuasan kanak-kanak yang tidak terikat dengan masa dan jadual. Guru memahami masa peribadi kanak-kanak dan setiap kanak-kanak mempunyai sifat tertentu sebab kanak-kanak bersama dengan guru yang sama dan kumpulan yang sama untuk kitaran jangka masa 3 tahun (bayi hingga 3 tahun dan 3 tahun hingga 6 tahun). Setiap tahun kumpulan akan berubah persekitaran sebab keperluan perkembangan dan minat mereka berubah tetapi hubungan guru dan rakan sebaya kekal berterusan.

Monday, November 18, 2013

Peranan Guru Selain Sebagai Teman Di Reggio Emilia [2]

Peranan guru dianggap sebagai seorang penyelidik berterusan dan proses pembelajaran, mengambil tempat bersama kanak-kanak dan bersama dengan pasukan bekerjasama. Melakukan penyelidikan, mengimbas kembali dan mendengar kanak-kanak bersama dengan rakan sejawatnya dan bantuan dari penyelaras pedagogi, menyumbang kepada situasi yang berterusan secara individu dan kumpulan profesional.

Sunday, November 17, 2013

Guru Sebagai Teman Di Reggio Emilia [1]

Cara merancang atau melaksanakan tugasan, guru memerhati dan mendengar kanak-kanak dengan cara lebih dekat. Guru menggunakan pemahaman kanak-kanak dan sebagai sumber pengajarannya.Guru bertanya soalan dan menemui idea kanak-kanak, hipotesis dan teori. Kemudian orang dewasa berbincang bersama apa yang telah direkod menerusi notanya atau audio atau rakaman visual dan merancang secara fleksible dan persediaannya. Kemudian guru bersedia untuk memasuki semula berdialog dengan kanak-kanak dan memberi mereka peluang untuk penerokaan dan mengulangi pengalaman. Oleh kerana guru menganggap pembelajaran bukan proses mendatar tetapi lingkaran perkembangan. Guru sendiri menganggap dirinya sebagai teman dalam proses pembelajaran ini yang berkemungkinan berlaku terhenti dan pengulangan tetapi pengalaman terbina dan keseronokan bersama kanak-kanak.

Saturday, November 16, 2013

Peranan Ruang Reggio Emilia: Mesra Sekolah [4]

Ruang dalam pusat dan sekolah Reggio Emilia masih dirasakan peribadi (personal) mengikut cara yang lain: keadaannya penuh dengan hasil kerja kanak-kanak. Setiap sudut di mana sahaja terdapat lukisan, lakaran dan binaan kertas, binaan dawai,kolaj lutsinar, cahaya berbagai warna dan mobil di gantung yang bergerak perlahan di atas kepala. Malahan terdapat di tempat yang tidak dijangka seperti laluan ke bilik air atau tangga. Gambaran hasil kerja guru dapat dilihat menerusi gambar foto kanak-kanak, dialog bersama kanak-kanak di pamerkan untuk membantu pemerhati memahami proses pemikiran dan penerangan kanak-kanak.

Friday, November 15, 2013

Peranan Ruang Reggio Emilia: Mesra Sekolah [3]

Persekitaran tempat pembelajaran Reggio Emilia bukan sahaja cantik tetapi amat peribadi (personal). Sebagai contoh, pada sebuah laluan terdapat siri kotak kecil yang diperbuat daripada kotak putih di lekatkan pada dinding. Setiap kotak terdapat nama kanak-kanak atau guru mencetak dengan menggunakan huruf cap getah (rubber stamp). Kotak digunakan untuk meninggalkan sedikit kejutan atau mesej pada setiap kanak-kanak. Komunikasi dinilai pada setiap peringkat kanak-kanak dan dianggap bukan sebagai perkara kecil atau remeh. Untuk menggalakkan kanak-kanak memberi tumpuan kepada komunikasi persediaan mesej yang mendalam hubungan manusia dan juga membantu kanak-kanak menghargai dan memupuk minat dalam menilai kepentingan membaca dan menulis sebelum mereka secara formal belajar di kurikulum sekolah rendah.

Thursday, November 14, 2013

Peranan Ruang Reggio Emilia: Mesra Sekolah [2]

Sebenarnya pusat dan sekolah Reggio Emilia adalah cantik dan menarik. Walau bagaimana pun bukannya daripada peralatan hiasan yang mahal tetapi daripada mesej keseluruhan sekolah yang menyatakan tentang kanak-kanak dan guru yang digabungkan bersama dalam keseronokan belajar. Kesemuanya dibuat dengan teliti: warna di dinding, rupa bentuk perabut, susunan objek yang mudah di atas almari dan meja. Cahaya dari tingkap dan pintu menyinar menerusi kolaj lutsinar dan anyaman yang dibuat oleh kanak-kanak. Pokok dan tumbuhan yang segar terdapat di sekeliling sekolah dan di mana jua. Di atas almari di pamerkan cengkerang atau apa yang ditemui atau objek yang dihasilkan kanak-kanak mencerminkan corak hasil kerja daripada kanak-kanak dan guru.

Wednesday, November 13, 2013

Peranan Ruang Reggio Emilia: Mesra Sekolah [1]

Ruang penjagaan untuk bayi dan tatih dan sekolah adalah aspek yang diberi penekanan oleh guru dan ibu bapa di Reggio Emilia. Ruang tersebut menyatakan banyak mesej yang disampaikan. Ruang merupakan tempat orang dewasa memikirkan tentang kualiti dan kuasa ruang yang berinformatif. Susun atur ruang fizikal terasa memanggil apabila seseorang memasuki kawasan sekolah meransang untuk mengetahui lebih lanjut, komunikasi dan ingin terus berhubungrapat. Susunan struktur, objek dan aktiviti mengalakkan pilihan, penyelesaian masalah dan penemuan dalam proses pembelajaran.

Tuesday, November 12, 2013

Peranan Ibu Bapa Dalam Program Reggio Emilia

Ibu bapa dianggap sebagai keperluan yang penting dalam komponen program dan kebanyakan mereka mengambil bahagian dalam jawatankuasa penasihat di setiap sekolah. Penglibatan ibu bapa amat diharapkan dan membantu dalam berbagai bentuk: interaksi setiap hari, bekerja di sekolah, berbincang hal isu pendidikan dan psikologi, acara istimewa dan perayaan. Ibu bapa bahagian yang aktif dalam pengalaman pembelajaran kanak-kanak dan dalam masa yang sama membantu untuk memastikan kebajikan semua kanak-kanak di sekolah.

Monday, November 11, 2013

Tiga Subjek Pendidikan Dalam Program Reggio Emilia

Bagi kanak-kanak untuk belajar, kesempurnaan kehidupannya perlu diberi jaminan; seperti kesempurnaan bersama ibu bapa dan guru. Hak kanak-kanak perlu diperakukan selain keperluan kehidupannya. Kanak-kanak berhak mendapat pendidikan dan penjagaan yang berkualiti yang dapat membantu perkembangan potensi dirinya. Menerusi pengiktirafan hak kanak-kanak kepada yang terbaik maka pihak masyarakat menawarkan hak kepada ibu bapa melibatkan diri di sekolah dan guru berhak untuk mengembangkan profesionnya mendapat pengiktirafan.

Sunday, November 10, 2013

Interaksi dan Hubunganrapat Kanak-kanak Dengan Sistem Reggio Emilia

Pendidikan memberi tumpuan pada setiap kanak-kanak, bukan dianggap sebagai berasingan tetapi berhubungkait dengan keluarga, kanak-kanak lain, guru, persekitaran sekolah, komuniti dan lebih luas lagi masyarakat. Setiap sekolah adalah dilihat sebagai sistem pada hubungkait ini yang mana kesemuanya saling berkaitrapat kitarannya, aktif dan saling memberi sokongan.

Saturday, November 9, 2013

Pendekatan Reggio Emilia Memaparkan Imej Kanak-Kanak

Pendidik di Reggio Emilia sentiasa memberi keutamaan untuk menyatakan tentang imej kanak-kanak. Semua kanak-kanak mempunyai kesediaannya yang tersendiri, berpotensi, ingin tahu dan minat untuk berhubung dalam interaksi sosial, mengukuhkan hubungan, membina pembelajaran, berhubung dengan persekitarannya. Guru sentiasa peka secara mendalam setiap pontesi kanak-kanak dan membina setiap hasil kerja kanak-kanak dan pengalaman persekitaran kanak-kanak diberi tindakbalas yang bersesuaian.

Friday, November 8, 2013

Prinsip Asas Pendekatan Reggio Emilia

Kebanyakan idea asas yang membentuk oleh pendidik di Reggio Emilia merujuk kepada hasil kerja daripada pakar pendidik seperti Dewey, Piaget danVygotsky di samping membaca hasil penyelidikan yang berterusan dan terkini perkembangan kanak-kanak dan pendidikan di Amerika. Walau bagaimanapun pendekatannya berasaskan kepada kajian berterusan dan menganalisa amalannya, hipotesis baru dan idea tentang pengajaran dan pembelajaran.

Thursday, November 7, 2013

Matlamat Pendidikan Awal Kanak-Kanak Reggio Emilia

Pendekatan Reggio Emilia diasaskan oleh sekumpulan pendidik yang diketuai Loris Malaguzzi. Pendidik di Reggio Emilia tidak berniat untuk mencadangkan programnya dilihat sebagai model yang akan ditiru oleh negara lain. Sebaliknya mereka sendiri beranggapan hasil kerja mereka sebagai pengalaman pendidikan yang mengandungi imbas kembali (reflection), amalan (practice) dan imbas kembali  dalam program yang berterusan memperbaharui (renewed) dan menyesuaikan semula (readjusted).

Wednesday, November 6, 2013

Perkembangan Emosi Dan Sosial

Emosi merupakan salah satu domain perkembangan kanak-kanak. Perkembangan emosi dan sosial menerusi perkembangan komunikasi, kefahaman, keupayaan untuk menguruskan perasaan diri, pengetahuan tentang orang lain, kemahiran interpersonal, persahabatan, perhubungan, alasan moral dan tingkahlaku.

Tuesday, November 5, 2013

Perkembangan Kognitif

Kognitf merupakan salah satu domian dalam perkembangan kanak-kanak. Perkembangan kognitif adalah luas pelbagai menerusi proses dan keupayaan intelektual termasuk perhatian, ingatan, akademik dan pengetahuan harian, penyelesaian masalah, imaginasi, kreativiti dan ruang keunikan yang dipersembahkan menerusi bahasa.

Monday, November 4, 2013

Perkembangan Fizikal

Perkembangan fizikal merupakan salah satu domain. Perkembangannya boleh dilihat dari segi perubahan saiz tubuh badan, keseimbangan, luaran, fungsi pada sistem anggota badan, perkembangan otak seperti motor persepsi dan keupayaan, dan kesihatan fizikal.

Sunday, November 3, 2013

Domain Perkembangan

Biasanya perkembangan secara umum dibahagikan kepada tiga iaitu fizikal, kognitif, sosial dan emosi. Setiap domain saling mempengaruhi. Contohnya keperluan motor seperti merangkak, mencapai dan berjalan (fizikal) menyumbangkan kanak-kanak memahami persekitarannya (kognitif). Apabila kanak-kanak berfikir dan bertindak lebih cekap dan orang dewasa pula mendorong dengan mainan, bahasa dan ekspresi terhadap kecekapan baru kanak-kanak (sosial dan emosi). Pengayaan pengalaman ini membantu semua aspek perkembangan.

Saturday, November 2, 2013

Akta Pendidikan Awal Kanak-Kanak Perlu Dipatuhi [3]

Akta perlu dipatuhi oleh mana-mana institusi, agensi kerajaan, swasta mahupun individu yang menjalankan program pendidikan awal kanak-kanak.

Friday, November 1, 2013

Akta Menjaga Kepentingan Pendidikan Awal Kanak-Kanak [2]

Akta sebenarnya memberi garis panduan kepada pemberi khidmat dan kebajikan kanak-kanak untuk mendapat pendidikan yang sempurna mengikut tahap perkembangnnya.