Wednesday, October 30, 2019

Cabaran dan tekanan guru tadika

Profesion sebagai guru tadika selalunya dipandang ringan oleh masyarakat. Malah kadangkala ada yang membuat permintaan yang tidak masuk akal. Bayangkan sewaktu mendaftar ibu bapa mahu anak mereka boleh membaca. Pada hal anaknya baru masuk umur lima tahun. Ibu bapa hendaklah cermin diri sebelum membuat permintaan. Fahami akan perkembangan kanak-kanak dari sudut fizikal, bahasa, kognitif, sosio emosi dan estetikanya. Setiap kanak-kanak adalah berbeza dari segi pencapaian dan minatnya. Guru di tadika menjalankan tanggungjawabnya untuk membantu perkembangan diri kanak-kanak sebagai kesediaan sebelum ke pendidikan yang lebih formal. Menghantar anak ke tadika tidak menjamin memenuhi harapan ibu bapa yang menggunung. Diharap ibu bapa dapat memberi kerjasama dalam hal memahami perkembangan kanak-kanak di awal usia.

 

Tuesday, October 1, 2019

Model yang ditiru oleh kanak-kanak

Mengapa kanak-kanak dapat menyebut perkataan yang tidak pernah kita ajar? Faktor persekitaran terutama ibu bapa, guru dan rakan sebaya memainkan peranan perkembangan berbahasa kanak-kanak. Orang dewasa mempunyai pengaruh yang kuat untuk kanak-kanak menjadikan model berbahasa. Oleh itu semasa berkomunikasi perlu dijaga dari segi penggunaan bahasa.