Selamat tinggal tahun 2013! Rasanya sudah masuk tahun yang ke-4 menulis dan berkongsi pengetahuan yang tidak setinggi mana untuk tatapan pembaca. Terima kasih diucapkan kepada pembaca yang sudi mengikut penulisan saya di blog ini. Saya cuba mencari ruang masa sewaktu menulis dalam memikul tanggungjawab memimpin institusi kecil yang serba mencabar. Kadangkala terasa sukar untuk meneruskan penulisan. Mungkinkah setakat ini sahaja penulisan santai di ruangan blog? Wajarkah mengundur diri dalam penulisan santai ini? Kepada semua pembaca yang setia mengikuti blog ini saya ucapkan jutaan terima kasih. Mohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan dan ketidak sempurnaan dalam penulisannya. Penulisan di blog ini mungkin terakhir. Saya hanya sekadar berkongsi pengalaman dan apa yang saya tahu. Sebelum saya mengundur diri maaf jua dipinta dengan setulus hati. SELAMAT TINGGAL!!!
As salam Prof...
ReplyDeleteAgak lama saya tidak membaca tulisan Prof dalam blog ini... Apabila saya telah mendaftar menyambung PhD dlm bidang kanak-kanak awal, blog BK ini yg saya mula buka untuk mencari ilham... Sayangnya Ucapan selamat tinggal penulisan dari Dr agak mengecewakan saya...
Saya harap Dr sudi berkongsi ilmu yg bermanfaat ini secara berterusan.. Bg saya ia satu jariah yg terbaik utk pembaca n pengikut blog ini.
Harap Dr sudi menjadi mentor says nanti... Saya ingin berkongsi pengalaman berharga Dr untuk kajian saya nanti. Harap Dr sudi melapangkan masa untuk saya nanti. Tq