Perkara yang penting perlu diberi perhatian kepada pendidik ialah kesihatan fizikal yang sihat dan cergas. Tidak kira anda pendidik tahun pertama mengajar atau tiga puluh tahun mengajar kepentingan kesihatan tidak boleh dikompromi. Tanpa stamina pada fizikal, kesihatan yang baik dan dieat yang betul pendidik tidak dapat memberi tumpuan perkhidmatan kepada kanak-kanak sepanjang hari. Kajian oleh Buhler dan Aspy menunjukkan ada hubungan secara langsung antara kecergasan fizikal pendidik dengan kanak-kanak. Kajian Buhler (1975) mendapati pendidik yang fizikalnya cergas lebih mengarah kemesraan di bilik darjah berbanding dengan pendidik yang fizikalnya tidak cergas. Sentiasa sihat bukan sahaja tidak sakit, ia termasuk kesihatan dan kecergasan yang datangnya daripada diet yang betul, rehat yang mencukupi dan kerap bersenam (exercise).
No comments:
Post a Comment