Monday, June 24, 2013

Pengalaman Pembelajaran Bernilai Menerusi Idea Yang Gagal

Kreatif idea dan percubaan atau eksperimen tidak selalunya berjaya. Kanak-kanak digalakkan dan dibenarkan untuk mencuba sesuatu idea yang diutarakan oleh mereka biar pun sudah maklum oleh guru bahawa idea itu tidak boleh dilaksanakan. Guru yang peka akan sentiasa memberi semangat kepada kanak-kanak yang telah mencuba tetapi menemui kegagalan. Guru ini mungkin akan berkata," Maaf perkara itu tidak boleh berlaku dengan betul, tetapi saya berbangga kamu semu telah mencuba bersungguh-sungguh." Atau "Saya dapat lihat kamu semua merasa sungguh sedih. Adakah cara lain yang dapat saya bantu? Bolehkah kamu fikir cara lain supaya kita boleh berjaya?" Kanak-kanak banyak dapat belajar menerusi pengalaman kegagalan sebagaimana mereka belajar menerusi kejayaan. Kadangkala mereka boleh mengubahsuai idea dan menjadikannya berjaya. Paling penting mereka boleh belajar menerusi pengalaman kegagalan. Sekiranya mereka boleh melaluinya dengan perasaan terbuka tidak menjadi masalah apabila berhadapan dengan kegagalan.

No comments:

Post a Comment