Monday, January 23, 2012

Pendedahan Buku Dan Tulisan Kepada Kanak-Kanak

Pengalaman yang biasa dapat menarik minat kanak-kanak terhadap menulis adalah menerusi mendengar dan melihat gambar pada buku yang dibaca berulangkali. Melalui pendedahan berulangkali kanak-kanak mula memahami teks yang berdekatan atau pada halaman yang sama dengan objek yang diterangkan. Kanak-kanak berusia dua dan tiga tahun berfikir gambar di dalam buku menyatakan cerita. Apabila pengalamannya meningkat mereka sedar bahawa pembaca membaca tulisan pada halaman buku. Setelah mengenal perkataan dalam bentuk tulisan, mereka meniru perkataan di atas kertas atau menggunakan huruf-huruf mainan. Aktiviti ini memerlukan dorongan daripada orang dewasa khususnya ibu bapa.

Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang berminat untuk menulis di peringkat awal usia seperti menggunakan lakaran, lukisan dan alatan pensil-kertas adalah terdiri daripada kanak-kanak yang telah diperkenalkan dengan melihat tulisan buku yang diminati.

2 comments:

  1. di usia berapa minat membaca boleh mula dipupuk?

    ReplyDelete
  2. Bermula dari lahir mendengarkan suara orang dewasa berkomunikasi(contoh semasa mendodoikan bayi tidur),apabila berusia 1-2 tahun menyediakan bahan berbentuk buku dan seterusnya orang dewasa menjadi model kepada kanak-kanak.

    ReplyDelete