Monday, January 30, 2012

Menunjukkan Cara Menulis Kepada Kanak-Kanak

Apabila kanak-kanak meminta orang dewasa atau pendidik di tadika/taska menulis, kedudukannya hendaklah berdiri di belakang kanak-kanak dan lakukan seboleh-bolehnya dari bahagian bahu kanak-kanak. Keadaan ini membolehkan kanak-kanak melihat pembentukan huruf di kedudukan yang betul. Jika orang dewasa/pendidik duduk berhadapan dengan kanak-kanak semasa menulis, tulisan itu akan dilihat terbalik oleh kanak-kanak. Semasa menulis hendaklah menyebut huruf.

Huruf atau nama yang ditulis hendaklah cukup besar untuk kanak-kanak mengenali berlainan bentuk huruf. Saiz huruf lebih kurang 1 inci tinggi (2 cm). Saiz ini agak besar bagi orang dewasa.

3 comments:

  1. Prof, jenis kertas yang bagaimana sesuai digunakan. Adakah kertas bergaris atau kertas A4 tanpa garisan.

    ReplyDelete
  2. Elok diberi pengalaman dengan kertas bergaris. Melakar bebas boleh menggunakan kertas A4 kerana kanak-kanak akan melukis dan melakar.

    ReplyDelete
  3. Prof, antara mengajar kanak-kanak menulis di atas kertas dengan menulis di atas pasir, yang manakah lebih baik?

    ReplyDelete