Tuesday, March 6, 2012

Menangani Masalah Tingkahlaku Kanak-Kanak

Masalah tingkahlaku kanak-kanak hendaklah dilihat punca berlaku masalah. Menurut pakar kanak-kanak Rudolf Dreikurs mengatakan bahawa seseorang itu tidak boleh menukar masalah tingkahlaku kanak-kanak secara berkesan tanpa menganalisa dan memahami matlamat dan mengenalpasti matlamat yang boleh meransang kanak-kanak. Tindakan atau reaksi yang sesuai terhadap tingkahlaku kanak-kanak bergantung pada matlamat kanak-kanak. Contohnya, untuk menangani kanak-kanak yang ingin mendapat perhatian yang kebiasaannya merupakan langkah pertama masalah tingkahlaku dengan tidak menghiraukan atau tidak memperdulikan terhadap cuba mendapatkan perhatian. Ini bukan bermakna kita tidak langsung memberi perhatian kepada kanak-kanak. Dalam masa yang sama memberi perhatian kepada tingkahlaku yang positif setiap masa dan seberapa kerap. Sebaliknya tingkahlaku yang tidak bersesuaian untuk mendapat perhatian perlu diabaikan.

2 comments:

  1. Setuju.

    Setiap kanak-kanak adalah berbeza, begitu juga pendekatan dalam menangani masalah tingkahlaku mereka. Satu pendekatan sahaja tidak memadai dan lagi, hukuman tidak menyelesaikan masalah untuk jangkamasa panjang.

    Sekadar pandangan peribadi saya.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih berkongsi pandangan yang positif bersama pembaca.

    ReplyDelete