Sunday, March 11, 2012

Membetulkan Tingkahlaku Secara Penghasilan Logik

Tanpa disedari kadangkala orang dewasa menggunakan kaedah penghasilan logik untuk memperbetulkan tingkahlaku kanak-kanak. Memberi pengalaman dapat memberi hasil atau kesan secara semulajadi akibat daripada tindakan kanak-kanak itu sendiri, bermakna orang dewasa telah memberi pengalaman pembelajaran yang sebenar. Umpamanya jika kanak-kanak tidak mahu makan pada waktu makan yang ditetapkan bersama rakan, bermakna kanak-kanak itu akan terlepas masa makan dan lapar. Contoh lain, jika kanak-kanak sering memakai kasut pada kaki yang salah (kaki kanan pakai untuk kaki kiri), kanak-kanak itu akan merasa tidak selesa. Penghasilan tingkahlaku apabila kanak-kanak mengawal sendiri perubahan. Penghasilan logik hendaklah disusuli dengan tindakan positif dan menyediakan ransangan semulajadi untuk pelbagai tingkahlaku prososial.

2 comments:

  1. DR..SY nk tanya mcm yg dr bgtau kat snie,,penghasilan logik hendaklah disusuli dengan tindakn positif dan menyediakn ransangan,,leh dr terangkan dengan lebih lanjut,,tindakan positif yg mcm mne dan ransangan yang mcm mne yg perlu kte lakukn untuk memperbetulkan tngkah laku kanak-kanak,

    ReplyDelete
  2. Setiap pengalaman hendaklah disusuli dengan ganjaran positif. Contohnya jika kanak-kanak tidak mahu minum air selepas bermain, dia akan merasa dahaga tidak lama kemudian dan minta minum air. Pengalaman dahaga adalah pengalaman sebenar. Orang dewasa memberi segelas air untuk diminum sambil memberi pujian dorongan,"Bagus kamu hendak minum air selepas bermain. Air dapat memberi tenaga dan baik untuk kesihatan." Kanak-kanak akan ingat akan perbuatannya dan cuba membaikinya pada masa akan datang.

    ReplyDelete