Tuesday, April 5, 2011

Pendekatan Bimbingan Prinsip Konstruktivis 1

Profesional pendidik pendidikan awal kanak-kanak dan pengasuh adalah memahami dan berupaya untuk melihat situasi dari sudut pandangan kanak-kanak. Kanak-kanak sukar untuk berkongsi alatan mainan. Bayi dan tatih berpandangan miliknya adalah sebagai hubungan dirinya. Mengharapkan kanak-kanak ini berkongsi mainan sama seperti menyerahkan sebahagian dirinya. Tanggapan alat permainan sebagai hubungan dirinya dapat menjelaskan mengapa kanak-kanak kecil sering berlawan untuk memiliki alat permainan. Jika diminta untuk berkongsi alat mainan biasanya akan dijawab," Tidak".

1 comment:

  1. Prof, ini suatu pengalaman yang menyeronokkan malah menghiburkan bagi saya. Pelbagai karenah bayi dan tatih di taska, terutamanya jika mereka merupakan anak tunggal atau anak sulung dalam keluarga. Perkataan "tidak", "tak nak","tak boleh", "no way!" sememangnya akan diucapkan.
    Adakalanya bukan kerana bilangan alat mainan yang tidak mencukupi, tetapi entah mengapa yang ada ditangan rakannya itulah yang dia tetap mahukan.
    Biasanya saya akan letakan mereka dikedudukan yang paling hampir antara mereka berdua dengan saya. Cuba memujuk untuk mereka berkongsi, kadangkala berjaya, kadangkala tidak. Biasanya saya akan berjaya dengan syarat saya tidak meninggalkan mereka berdua. Jika tidak, ianya akan berulang lagi.

    ReplyDelete