Tuesday, April 26, 2011

Kanak-Kanak Taska dan Tadika

Kanak-Kanak taska adalah dalam lingkungan bayi dan tatih. Kanak-kanak di bawah usia 4 tahun juga dalam konteks Akta 308 masih didefinisikan dalam kategori kanak-kanak taska. Dalam perbicaraan di sini juga disentuh kanak-kanak taska yang berusia 3 - 4 tahun. Kanak-kanak tadika merujuk Akta 550 adalah kanak-kanak 4 - 6 tahun. Kanak-kanak taska dan tadika ini perkembangannya berbeza daripada bayi dan tatih. Mereka ini umumnya boleh memberi kerjasama berbanding dengan kanak-kanak tatih. Kanak-kanak yang berusia 3 tahun ke atas perkembangannya berterusan untuk berdikari dalam berbeberapa bidang tertentu. Mereka sering untuk cuba memakai dan menanggalkan baju sendiri, makan sendiri. berus gigi sendiri, membasuh tangan dan membantu mengumpulkan permainan. Mereka seronok dapat membantu orang dewasa seperti menyusun kerusi, membersihkan meja dan membuang sampah ke dalam tong. Umumnya mereka ingin membantu orang dewasa. Kanak-kanak dalam kumpulan ini membina pengetahuan daripada penerokaan aktif, membuat percubaan dan bermain.

1 comment:

  1. saya setuju dengan prof. kerana anak saya mempunyai sifat berdikari yang prof senaraikan. anak saya juga tidak suka dipimpin tangan bila berjalan dan suka berlari serta tidak takut dan menghiraukan persekitarannya. dia suka explore dan pernah juga dia hilang di pasaraya kerana saya dan isteri terleka. kadangkala saya terpaksa menggunakan pendekatan menakut-nakutkan dia supaya tidak berani pergi jauh. apa pandangan prof tentang perkara ini. TQ.

    ReplyDelete