Saturday, April 30, 2011

Ke arah Pendidik dan Program Berkualiti

Bidang pendidikan awal kanak-kanak terlalu luas dan komplek. Membuat keputusan untuk menjadi pendidik awal kanak-kanak bukanlah keputusan yang dibuat secara mudah. Kanak-kanak kecil memerlukan orang dewasa yang mesra dan perihatin, tetapi kanak-kanak juga bergantungan kepada pengetahuan pendidik untuk membantu dan mengukuhkan perkembangannya. Pendidik awal kanak-kanak perlu belajar tentang pertumbuhan kanak-kanak dan teori perkembangan, tentang teori dan amalan perkembangan yang bersesuaian, dan tentang kanak-kanak dan keluarga di mana pendidik bekerja. Program yang berkualiti bertujuan untuk memberi perkhidmatan kanak-kanak memerlukan dedikasi, latihan yang secukupnya dan kesanggupan untuk meneruskan belajar tentang kanak-kanak dan cara yang terbaik untuk memenuhi keperluan kanak-kanak.

1 comment:

  1. Bilangan tadika yang meningkat secara mendadak sejak tahun 1970an sehingga kini menyebabkan kerajaan mengambil langkah bagi meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah.pendidikan prasekolah yg berkualiti dapat menyediakan kemahiran asas yg kukuh.ini akan mempengaruhi kehidupan kanak-kanak pada masa akan datang.

    ReplyDelete