Tuesday, April 19, 2011

Kualiti Program Bayi dan Tatih 1

Bayi memerlukan keperluan khusus yang perlu dipenuhi oleh orang dewasa. Mereka ini dalam lingkungan masa pertumbuhan fizikal dan kognitif yang cepat. Bayi bergantung sepenuhnya kepada jagaan orang dewasa. Mereka memerlukan orang dewasa untuk bertindak balas pada tangisannya secepat mungkin. Mereka perlu disalin lampin dan diberi makan apabila diluahkan keperluannya menerusi tangisan atau pergerakan tubuh. Mereka memerlukan orang dewasa berinteraksi secara individu sepanjang hari.

Kanak-kanak tatih pula mula menunjukkan keperluan untuk berdikari semasa meneroka persekitaran dan mereka juga masih bergantung kepada orang dewasa. Kanak-kanak tatih bahasanya terhad. Oleh itu memerlukan orang dewasa bertindak balas pada tangisannya dan lain-lain isyarat. Kanak-kanak tatih perlukan orang dewasa untuk menyokong perkembangan berdikari dengan menyediakan persekitaran dan interaksi yang bersesuaian.

...bersambung.

No comments:

Post a Comment