Tuesday, August 31, 2010

Bagaimakah Sudut Dramatika Di Taska Anda?

Sudut dramatika kadangkala dipanggil pondok-pondok, rumah-rumah, atau alam rumah tangga. Apa pun nama yang diberi, ia tempat kanak-kanak meneroka aktiviti dan berhubungkait dengan dunia sebenar. Di dalamnya kanak-kanak boleh menyelidik peranan - sebagai ibu, doktor atau pekerja binaan. Kanak-kanak membina bahasa dan kemahiran berkomunikasi, berlatih berunding dan menyelesaikan masalah, membina kemahiran literasi menggunakan menu, senarai semak, mesej, buku masakan atau borang tempahan.

Sudut dramatika biasanya terdapat dapur bersaiz kanak-kanak, peralatan seperti kuali, periuk, peti sejuk, mop, penyapu, sudu dan garpu, pinggan dan mangkok, dan telefon. Peralatan tambahan biasanya pakaian, anak patung, dan cermin. Kotak props disediakan untuk membolehkan kanak-kanak mengembangkan aktiviti kerjaya. Semasa mengumpul bahan untuk kotak props perlu diingat bahan matematik dan literasi, props binaan, tiket dan duit olok-olok, kertas dan pensil.

Mungkin anda mempunyai cadangan lain yang boleh dikongsikan bersama pembaca.

No comments:

Post a Comment