Peringkat bayi tidak memerlukan menyebut perkataan. Memadai dengan melagukan atau mendodoikan dengan nada yang lembut. Aktiviti ini boleh dilakukan semasa menidurkan bayi. Walau bagaimana pun masih boleh menyanyikan dengan menyebut perkataan yang berulang-ulang. Aktiviti menyebut perkataan dan perlakuan adalah digalakkan. Contohnya mengagah dengan raut wajah yang ceria dan memberi senyuman kepada bayi dan perkataan yang diulang-ulang dengan nada lembut.
Peringkat tatih tidak memerlukan perkataan yang banyak. Perkataan yang diulang-ulang dan disebut dengan nada yang menyenangkan untuk didengar. Semasa melakukan sesuatu perbuatan seperti berjalan dan memberi arahan hendaklah menyebut perkataan dan beri penekanan menerusi gerak dan perlakuan. Contohnya,"Jalan cepat, cepat cepat," atau "Tidur, lena,lena,lena." Kanak-kanak peringkat tatih sememangnya suka kepada pengulangan perkataan. Mengulangi perkataan akan mengukuhkan sebutan dan ingatan. tidak digalakkan menggunakan perkataan 'pelat' dan menyebut perkataan dengan betul.
Mungkin pembaca mempunyai pandangan dan pengalaman untuk dikongsikan bersama.
macam mana nak sebut kalau pelat lagi....mak dia yang syok sendiri....macam saya yang anak ramai ni....macam-macam lagu dah nyanyi...
ReplyDeleteMaksud sebutan 'pelat'adalah orang dewasa sepatutnya tidak menggunakan bahasa 'pelat'. Digalakkan menyebut bahasa yang betul. Tahniah kerana anda telah menyanyikan banyak lagu kepada anak-anak. Teruskan perkongsian pengalaman anda bersama pembaca.
ReplyDeleteSaya amat bersetuju mengenai kenyatan "Mengulangi perkataan akan mengukuhkan sebutan dan ingatan".Sebagai contoh anak kecil saya suka dan sentiasa melihat Barney & Friends dan secara tidak langsung dia hafal lagu serta melodi "I Love You...You Love me....We are happy family..."dan secara automatik beliau akan peluk abang dan kakak bila sampai lirik "With the great big hug and kisses from me to you..."
ReplyDeleteKaedah lain khasnya untuk menguatkan ingatan tanpa hafalan juga adalah dengan memaparkan abjad huruf atau nombor di tempat yang sentiasa didekati oleh anak. Secara tidak langsung anak mengingati huruf atau nombor tersebut apabila selalu melihatnya.
Terima kasih dan amat dihargai akan perkongsian pengalaman dan pandangan anda.
ReplyDelete