Di taska pengasuh (profesional kanak-kanak) hendaklah memastikan bayi dapat melakukan aktiviti yang sesuai dengan kebolehan dan keupayaan bayi. Aktiviti utama untuk bayi adalah menyalin lampin, makan dan tidur yang memerlukan peralatan khusus dan mengikut susunan ruang. Kawasan atau zon untuk penemuan dan meneroka adalah ruang tambahan keselamatan membolehkan bayi meneroka persekitarannya. Bagi bayi yang masih kecil memadai alas lantai (kain tebal seperti selimut) dengan cermin berdekatan, mobil (mainan bergantung) untuk dilihat dan bola yang digantung untuk ditendang.
Apabila bayi semakin boleh bergerak, zon atau kawasan penerokaan hendaklah di luaskan. Ini termasuk sudut untuk merangkak di atas bantal dan ruang lain untuk bermain permainan yang lembut. Perluaskan dan kelengkapan bilik untuk kawasan meneroka sebagai tindakbalas keperluan perkembangan bayi dan minatnya.
Mungkin pembaca ada cadangan untuk dikongsikan bersama. Cadangan dan pandangan anda amat dialu-alukan.
No comments:
Post a Comment