Wednesday, September 1, 2010

Bagaimanakah Sudut Sains Di Taska Anda?

Sudut sains kadangkala dipanggil sudut penerokaan tempat di mana kanak-kanak meneroka, membuat penemuan, menilai dan membuat keputusan tentang bahan dan peralatan. Kanak-kanak menggunakan dera untuk meneroka sains fizikal dan biologi. Sains adalah pengalaman terus (hand-on) dan bukannya magik.

Kedudukan sudut sain cuba pilihh di tempat yang boleh mendapat cahaya semulajadi. Jika boleh, kedudukannya berdekatan dengan plug eletrik. Ada guru atau profesional kanak-kanak meletakkan kedudukannya berdekatan dengan sudut manipulatif supaya bahan dan peralatan boleh dikongsikan bersama. Kemudahan penyimpanan penting untuk mengilirkan bahan dan peralatan.

Peralatan yang dicadangkan ialah prisma dan warna, kanta, peralatan pengukuran, magnet, kompas, jam dan lain-lain. Meja pasir dan air adalah penting sebagai tambahan di sudut sains. Pengajaran dan aktiviti hendaklah dirancang apabila menggunakan haiwan dan tumbuhan di sudut sains.

5 comments:

  1. Salam,
    Dr dan rakan-rakan.

    Saya tidaklah terlibat dalam pendidikan taska secara langsung.

    Tetapi, beberapa perkara ingin saya kongsikan berdasarkan suasana pembelajaran yang biasa bagi anak-anak 4-6 tahun yang juga memerlukan 'learning corners' atau sudut pembelajaran.

    berikut adalah beberapa cabaran asas:

    1. Ruang yang tidak mencukupi.
    2. Pengaturan masa yang terhad untuk 'menikmati' aktviti di ruang pembelajaran.
    3. Tidak ada kebolehan untuk mengawal pergerakan dan aktiviti murid di ruang pembelajaran.
    4. Tidak ada pemahaman yang jelas dikalangan guru terhadap pentingnya aktiviti ini.

    Pada kebanyakan masa, ruang yang tersedia tidak digunakan sepenuhnya, yang akhirnya akan mengakibatkan ruang ini di'tutup'.

    Minta pandangan Dr.

    Mungkin ada rakan yang terlibat dengan taska dapat berkongsi pengalaman mereka 'menguruskan' ruang-ruang pembelajaran di pusat jagaan masing-masing.

    ReplyDelete
  2. Saya bersetuju dengan pandangan anda. Keempat-empat perkara yang dinyatakan itu saling berkaitan. Paling penting pendidikan dalam bidang tidak ada. Jika ada pun kadangkala dilaksanakan. Semuanya bergantung kepada sikap terhadap kerjaya yang diceburi dan keinginan untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang.

    ReplyDelete
  3. salam prof, adakah sesuai meletak sudut sains diluar kelas? maksud saya, seperti meletak sudut sains di luar kelas tapi masih dalam keadaan bertutup. contohnya, seperti kawasan / taman tapi masih dilengkapi dengan plug, bumbung dan kemudahan-kemudahan lain.. sepeti yang prof cakap, "Sudut sains kadangkala dipanggil sudut penerokaan"... mungkin dengan tempat seperti ini, kanak-kanak akan lebih bebas meneroka sebab berada ditempat yang dikelilingi oleh unsur-unsur sains seperti tanah (lantai), tiang (pokok / ukiran pokok) dan lain-lain,..

    ReplyDelete
  4. Ruang atau kawasan luar bangunan boleh dijalankan aktiviti sains. Tempat bercucuk tanam dapat mengkaji pertumbuhan tanaman, kehidupan haiwan seperti semut, membela arnab di kandang dan sebagainya. Kanak-kanak lebih bebas meneroka persekitaran.Oleh itu tidak menjadi kesalahan jika menjadi luar kelas sebagai aktiviti sains.

    ReplyDelete