Monday, August 9, 2010

Bagaimanakah Persekitaran Boleh Menggalakkan Kreativiti?

Kreativiti hendaklah dilihat menerusi proses bukan hasilnya. Persekitaran pembelajaran kanak-kanak dapat menggalakkan proses kreativiti kanak-kanak. Menyediakan peralatan yang boleh menggalakkan kreativiti kanak-kanak seperti peralatan melukis, mainan, dan alatan pembelajaran berbentuk terbuka (open ended). Persekitaran susunan fizikal sahaja tidak memadai tetapi perlu ada sikap keterbukaan, penerimaan dan dorongan daripada guru atau profesional kanak-kanak (pengasuh).

Kreativiti adalah berkaitan dengan keanjalan (flexibility), pemikiran terbuka dan keterbukaan kepada idea baru. Kanak-kanak berfikir ke arah membina kebenaran berasaskan dunia pemikirannya menerusi penyesuaian maklumat dan dapatan yang diperolehi. Apabila telah biasa dan menguasai konsep, kanak-kanak akan merasa bebas menggunakan konsep yang difahami menggunakan berbagai caranya sendiri.

Jika kita belajar hanya menggunakan satu cara, kita terhad dan tegar (rigid) dengan satu pendekatan atau cara sahaja. Keanjalan atau pemikiran kreatif adalah set mental yang boleh didorong dalam suasana persekitaran kelas yang terbuka. Persekitaran kreatif menggalakkan persepsi baru dan tindakbalas kepada alam sekeliling.

6 comments:

  1. salam.....prof..
    saya sedang mengkaji tentang peranan perabot sebagai pendekatan baru dalam persekitaran yang membantu meningkatkan kreativiti kanak-kanak...pada pendapat anda,,sejauh mana rekaan perabot (sebagai elemen dalam persekitaran) dapat membantu proses ini?

    ReplyDelete
  2. Terlalu subjektif kerana perabot merupakan peralatan statik.

    ReplyDelete
  3. bagaimana jika rekabentuk perabot itu modular. sebagai contoh,menggunakan konsep fun & play (cth:memasang perabot seperti LEGO etc?adakah ini dpt membantu meningkatkan daya kreativiti atau kognitif kanak2?

    ReplyDelete
  4. Perlu dibezakan antara definisi perabot dan alat permainan.

    ReplyDelete
  5. salam prof..
    Saya pun ingin menanyakan soalan berkaitan dengan perabot di tadika.
    Saya dapati, di tadika terlalu berwarna-warni.Contohnya alatan di tadika, permainan pembelajaran, hasil kreativiti dan sebagainya.Perlukah perabot seperti meja dan kerusi diwarnakan? Di zaman moden ini, kanak-kanak lebih berilmu dan mahu sesuatu yang lain. Dan biasa kita lihat di rumah, kanak-kanak selalunya suka meniru perbuatan ibu bapa dirumah, cthny: memasak, inginkan apa yang ibubapa miliki antaranya telefon bimbit, laptop dan lain-lain? Apa pendapat prof menyenai isu " colourful in kindergarten"

    ReplyDelete
  6. Perbandingan suasana tadika di negara kita dengan luar negara yang telah maju dalam bidang ini amat ketara. Umpamanya penggunaan warna pada kerusi meja, dinding, peralatan. Kebanyakannya tadikan diluar negara seboleh-bolehnya menggunakan warna semulajadi. Terlalu banyak menggunakan warna akan mengurangkan daya kreativiti. Kebanyakan gurunya mempunyai sarjana dalam pendidikan awal kanak-kanak dan keputusan yang dilakukan berdasarkan kajian ilmiah bukan ikut rasa sendiri. Itulah yang membezakan antara negara kita dengan negara yang maju dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

    ReplyDelete