Wednesday, August 11, 2010

Kanak-kanak Melukis Apa Yang Diketahui

Lukisan kanak-kanak adalah berbeza dengan lukisan orang dewasa. Kanak-kanak tidak banyak mengetahui dibandingkan orang dewasa. Kanak-kanak melukis berdasarkan lingkungan pengetahuannya. Lukisan kanak-kanak merupakan pancaran pemikiran dan pengetahuan kanak-kanak. Ahli teori kognitif berpendapat bahawa 'kanak-kanak melukis apa yang diketahui bukan apa yang dilihat.

Contohnya kanak-kanak tidak melukis anggota badan yang tidak diketahui atau melukis langit dengan garisan berwarna biru di atas kepala orang sedang berdiri untuk menyatakan pemikirannya tentang langit. Apabila kanak-kanak meningkat kefahaman dan pengetahuannya tentang alam, konsepnya semakin komplek dan meningkat jumlah konsepnya, lukisannya turut berubah dan semakin realistik menyerupai lukisan orang dewasa. Ketepatan, terperinci dan kerjanya semakin komplek berkaitan dengan pengetahuannya.

2 comments:

  1. Anak perempuan saya yang berumur 5 tahun juga melukis sama seperti lukisan di atas :D saya tetap menyimpannya malah saya berasa bangga kerana dia benar2 ingin merealisasikan saya di dalam lukisan tersebut...dia berasa teruja apabila saya memujinya dan melukis hampir setiap hari sehinggalah dia dapat melukis gambar saya dengan lebih baik walaupun masih berbentuk 'orang lidi'...kanak2 juga perlukan motivasi untuk membuat yang lebih baik, sama seperti org dewasa :D

    ReplyDelete
  2. Apabila anda berkomunikasi dengan anak selepas melukis sesuatu rupa bentuk bermakna anda membantu perkembangan kognitifnya. Melukis dalam konteks ini memberi maklumat apa yang dia tahu. Melukis juga menggantikan penulisan untuk menyatakan maklumat. Anda digalakkan berbincang tentang apa yang dilukis dan menceritakan semula menerusi lisan.

    ReplyDelete