Thursday, August 12, 2010

Kanak-Kanak Melukis Apa Yang Dirasa

Ahli teori psikoanalitik berpendapat bahawa kanak-kanak melukis apa yang dirasa, bukan apa yang diketahui. Mereka berpandangan bahawa lukisan kanak-kanak mencerminkan emosi, pemikiran bawah sedar dan perasaan. Bahan dan peralatan melukis yang sesuai untuk meluahkan perasaan ialah warna tempra dan tanah liat. Aktiviti melukis menggunakan tangan lebih sesuai dan mudah untuk meluahkan perasaan. Penggunaan krayon kecil, pensil dan berus halus dianggap menghadkan luahan perasaan bawah sedar dan emosi.

Biasanya ahli psaikologi menggunakan lukisan rupa bentuk manusia untuk menilai personaliti dan menganalisa pesakit yang mempunyai masalah psaikologi. Kanak-kanak yang didera atau emosinya tertekan biasanya akan membuat lakaran yang menggambarkan perasaannya dan keadaan persekitarannya. Keriangan kehidupan kanak-kanak juga boleh dilihat menerusi lukisan yang dihasilkan oleh mereka.

2 comments:

  1. Prof Bustam,
    Saya amat setuju dengan pendapat Prof tu. Masa anak2 saya kecil 25 tahun lalu dia orang conteng dinding walaupun buku lukisan dah bagi. Bila dapat cucu pun dia orang datang rumah, conteng dinding bilik pulak. Tak jadi marah sebab dia budak belum umur 7 tahun lagi. Dah nasihat dia orang. Lukisan dia orang tak bersihkan supaya dia tengok sebagai pengajaran betapa tak cantiknya kalau conteng dinding. Sekarang dia orang lukis atas kertas atau buku saja.Betulkah cara ajar cucu yang saya buat?

    ReplyDelete
  2. Tuan,pendekatan yang digunakan itu betul. Kanak-kanak perlu bahan media seperti kertas dan krayon untuk melakar.Kertas atau buku adalah memadai. Mungkin boleh membuat buku skrap daripada kertas kosong. Terima kasih kerana tuan sudi berkongsi pengalaman menjaga cucu.

    ReplyDelete