Wednesday, August 4, 2010

Penyediaan Makanan

Keupayaan fizikal kanak-kanak ada hubungkaitnya dengan penyediaan makanan di taska dan tadika. Orang dewasa hendaklah menggalakkan dan membimbing kanak-kanak melakukan sendiri ketika makan. Berikut antara perkara yang ada kaitanya hubungan keupayaan fizikal kanak-kanak dengan penyediaan makanan:
Umur 2 tahun
Kemahiran penyediaan makanan:
berupaya meramas, mengoyak, memegang dan merendam

Umur 3 tahun
Kemahiran penyediaan makanan:
boleh menuang susu dan jus, jika diberi arahan boleh mengambil bahagiannya sendiri di meja makanan yang disajikan
boleh mengadunkan, mencampur dan menggoncang
boleh makan sendiri apabila lapar

Umur 4 tahun
Kemahiran penyediaan makanan:
boleh mengelap, basuh, menyediakan makan di meja, mencampur bahan makanan
boleh mengoyak, memotong, menggulung dan melenyek makanan, memecahkan telur

Umur 5 tahun
Kemahiran penyediaan makanan:
boleh membuat sarapan dan makan tengahari yang mudah
boleh menyukat, memotong, mengisar dan melumatkan

Keupayaan yang dianggarkan boleh dilakukan berdasarkan kemahiran adalah sebagai panduan untuk menyediakan bahan makanan kepada kanak-kanak. Sebagai contoh menyediakan roti dan kaya kepada kanak-kanak berumur 5 tahun. Kanak-kanak ini boleh mencuba untuk meletakkan kaya di atas roti. Semasa menyediakan bahan makanan guru atau profesional kanak-kanak (pengasuh) sebaik-baiknya memikirkan bahan makanan yang boleh disesuaikan dengan keupayaan kemahiran pada setiap peringkat umur.

Mungkin anda ada cadangan dan pengalaman yang boleh dikongsikan bersama dengan pembaca.

No comments:

Post a Comment