Sunday, August 22, 2010

Pedaftaran Taman Asuhan Kanak-Kanak

Pengusaha perkhidmatan kanak-kanak diingatkan untuk mendaftar taska bagi mengelakkan didenda kerana melanggar peraturan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308). Di dalam Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak (Pindaan) 2007 ada menyatakan:

SEKSYEN 6


(1) Tiada seorang pun boleh menjalankan atau mengambil bahagian dalam pengurusan suatu taman asuhan kanak-kanak yang tidak didaftarkan di bawah peruntukan Akta ini.

(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah bersalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebehi dua tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan kedua atau kali kemudian denda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

2 comments:

  1. Salam.

    Ramai yang keliru tentang perkara pendaftaran dan akta yang termaktub.

    Ada perbezaan yang ketara sebenarnya untuk TASKA, TADIKA dan PUSAT PERKEMBANGAN KANAK-KANAK.

    Semoga, semua yang terlibat dalam pendidikan kanak-kanak terutamnya, akan lebih prihatin dan faham akan perbezaan dan apa juga undang-undang yang berkaitan.

    Selamat mengajar dan juga menjadi usahawan kepada semua pengusaha pusat pendidikan kanak-kanak: TASKA, TADIKA atau PUSAT PERKEMBANGAN.

    ReplyDelete
  2. Peraturan dan akta adalah untuk melindungi kepentingan kedua pihak iaitu mereka yang memberi khidmat dan pelanggannya.Peraturan itu juga ada menegaskan tentang perkhidmatan yang berkualiti. Oleh itu keperihatinan pengusaha dan pengguna amat penting dalam memahami garis penduan akta dan peraturan. Semoga terus berjaya dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak selaras dengan landasan yang sedia ada.

    ReplyDelete