Kanak-kanak di peringkat usia 3 hingga 4 tahun selalunya dianggap sebagai taska. Di luar negara seperti di USA kanak-kanak yang berusia 3 hingga 5 tahun pula selalunya dianggap 'preschooler.' Di Malaysia usia di bawah 4 tahun tertakluk di bawah Akta 308 Taman Asuhan Kanak-Kanak maka saya mengategorikan kanak-kanak taska berdasarkan akta tersebut. Kanak-kanak taska adalah aktif, berkeinginan tinggi untuk belajar. Mereka ini sentiasa meneroka, memanipulasi dan bereksperimen dengan persekitaran untuk mempelajari tentang sesuatu perkara atau benda. Kanak-kanak ini masih bersandarkan kepada deria tetapi mulai belajar berfikir yang abstrak, menggunakan simbol dan sebab sesuatu itu berlaku. Pembelajaran yang terbaik bagi kanak-kanak ini apabila dapat menggunakan bahan sebenar, timbal balik apa yang berlaku, dan sebab berlaku dan membuat kesimpulan - selalunya dipanggil sebagai 'sebab dan akibat.'
Kanak-kanak taska semakin kurang menumpukan pada kefahaman diri sendiri dan mula memahami pandangan orang lain. Keadaan ini membolehkan mereka'main' dan menjadi semakin boleh bekerjasama. Main juga sebagai cara untuk meningkatkan pengalaman berbahasa, penyelesaian masalah dan bereksperimen. Koordinasi fizikal semakin meningkat dan kekuatannya bertambah membolehkan kanak-kanak taska menguasai peralatan mainan yang baru. membina dengan kreatif dan melakukan aktiviti baru.
No comments:
Post a Comment