Thursday, August 19, 2010

Muzik dan Nyanyian

Kebanyakan mereka yang terlibat dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak tidak menguasai peralatan muzik. Terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh mereka yang terlibat dengan muzik dan nyanyian di taska dan tadika:
1. Selesa dengan nada suara sendiri untuk kanak-kanak.
2. Perbanyakan koleksi lagu dan nyanyian.
3. Biasakan dengan lagu yang terbaik untuk kanak-kanak.
4. Menyediakan pelbagai jenis muzik dan lagu khususnya lagu etnik.
5. Menyediakan peluang untuk mendengar dengan senyap.

Nada suara orang dewasa tidak sama dengan nada suara kanak-kanak. Profesional kanak-kanak (guru dan pengasuh) hendaklah cuba menyesuaikan nada suara kanak-kanak. Kanak-kanak tidak mempunyai suara soprano (nada tinggi). Cuba berlatih dengan menyanyi bersama dengan kaset/CD lagu penyanyi yang menyanyikan lagu kanak-kanak dan cuba sesuaikan nada suaranya.

Mungkin memperbanyakkan koleksi lagu dan nyanyian dapat membantu untuk mengatasi masalah lagu dan nyanyian. Gunakan lagu dan nyanyian untuk dimainkan semasa menjalani aktiviti menyanyi. Sebelum memainkan lagu, hendaklah membiasakan dengan lagu kanak-kanak yang terbaik dan mendengarnya terlebih dahulu. Koleksi lagu dan nyanyian tidak terhad kepada lagu etnik sendiri. Pelbagaikan lagu-lagu etnik lain dan dialih bahasa supaya dapat dinyanyikan bersama kanak-kanak. Contohnya lagu 'Old McDonald' dialih bahasa kepada 'Pak Mamat.' Kanak-kanak juga elok dilatih dan diberi peluang untuk mendengar dengan senyap ketika mendengar lagu dan muzik dimainkan. Aktiviti ini dapat membantu kemahiran mendengar dan menghayati sesuatu yang didengar.

2 comments:

  1. Dr, bolehkah lagu dan nyanyian ini diirinngi dengan pergerakan seperti menari?

    ReplyDelete
  2. Aktiviti lagu dan nyanyian dengan pergerakan dikenali sebagai pergerakan kreatif. Tidak menjadi kesalahan mengabungkan dengan pergerakan kreatif.

    ReplyDelete