Thursday, August 5, 2010

Ragam Kanak-kanak Tidak Mahu Makan?

Profesional kanak-kanak (pengasuh) di taska selalu berhadapan kanak-kanak berbagai ragam memilih makanan untuk dihidangkan. Ada kanak-kanak yang cerewet tentang makanan dan tidak mahu makan apabila dihidangkan. Berikut adalah panduan yang mungkin dapat membantu menyediakan pemakanan yang berkhasiat yang boleh dimakan oleh kanak-kanak:
1. Menyediakan kepelbagaian: Senarai menu makanan yang panjang seperti sebulan untuk mengelakkan pengulangan memakan makanan yang sama.

2. Musim buah-buahan: Pada musim buah-buahan boleh dihidangkan buah yang segar untuk dimakan. Begitu juga dengan sayuran segar boleh diajar dan pengalaman baru kepada kanak-kanak.

3. Menyediakan makanan mudah: Kebanyakan kanak-kanak memilih makanan yang tidak bercampur. Contohnya mee sahaja dan tidak bercampur dengan makanan lain untuk dihidangkan bersama.

4. Berhati-hati memperkenalkan makanan baru: Kanak-kanak selalunya menolak hidangan makanan yang belum biasa. Oleh itu perkenalkan makanan baru dengan makanan yang biasa dimakan oleh kanak-kanak. Semasa makan hendaklah diterangkan tentang makanan baru.

5. Menghadkan makanan bergula: Cuba elakkan makanan yang mengandungi banyak gula untuk menjaga kesihatan gigi.

Terdapat banyak lagi panduan pemakanan kanak-kanak. Anda boleh memberi cadangan dan pengalaman untuk dikongsikan bersama pembaca.

No comments:

Post a Comment