Tuesday, August 10, 2010

Apakah Yang Kanak-Kanak Lukis?

Mungkin kita pernah melihat kanak-kanak berumur 4 tahun memegang krayon dan melukis gambar rumah, pokok, orang dan kereta. Kita juga tertanya-tanya bagaimana kanak-kanak ini boleh menterjemahkan imej rumah, pokok, orang atau kereta kepada gambar yang boleh dikenali rupa bentuknya. Sedangkan sebelum ini kanak-kanak itu hanya melakar dan membuat tanda-tanda imej di kertas sahaja.

Beberapa teori dijangka dapat menjelaskan persoalan dan menerangkan perkembangan lukisan kanak-kanak:
1. Teori Psikoanalitik: Teori ini berpandangan bahawa kanak-kanak melukis apa yang dirasa.
2. Teori Persepsi: Teori ini berpendapat bahawa kanak-kanak melukis apa yang dilihat.
3. Teori Kognitif: Teori ini mengatakan bahawa kanak-kanak melukis apa yang diketahui.
4. Teori Perkembangan: Teori ini menerangkan bahawa keupayaan kanak-kanak melukis secara semulajadi dan mengikut peringkat siri sejagat (universal).

Kebanyakkan pendidik di taska dan tadika di negara kita tanpa disedari mengamalkan teori perkembangan. Oleh itu pendidik pendidikan awal kanak-kanak hendaklah peka dengan pendekatan untuk memberi dorongan dan penilaian aktiviti melukis. Apabila pertandingan melukis di taska dan tadika diingatkan hakim pertandingan lukisan kanak-kanak perlu arif dengan pengaruh teori dengan penghasilan kreativiti kanak-kanak.

Mungkin anda melalui pengalaman untuk dikongsikan bersama pembaca.

2 comments:

  1. Prof , di taska dan tadika mmg amat komited dlam pkmbgan menyeluruh kanak2 hatta lukisan n contengan mereka amat bermakna bg kami y menongkah arus pddkn awal kanak2 tp sedihnya kami apabila semua teori2 pkmbgn seolah2 lenyap apabila ank2 ini k alam prskolahan formal.
    mereka bagikn diasak mindanya saja.

    Guru2 menilai kgnitif dan dasing bhgnkan kategori anak2 smp ade anak2 y rasa " rendah diri " dgn guru dan rakan2....

    keadaan ni sudah tentu mencacatkn kanak2 bkembg spt mana y dransang pd pergkt taska n tadika.

    ReplyDelete
  2. Apabila masyarakat menekankan hasil daripada pendidikan tanpa mengambilkira proses maka itulah yang terjadi. Kajian mendapati hasil jangka panjang jika terlalu menekankan akademik akan menghasilkan remaja yang suka melanggar peraturan. Terpulang kepada masyarakat hari ini yang tidak memberi mereka yang arif menentukan hala tuju pendidikan. Kata orang "Jauhari juga yang mengenal manikam."

    ReplyDelete