Perkembangan bermaksud peringkat perkembangan usia kanak-kanak. Mengikut ahli teori psikologi perkembangan, kanak-kanak melukis secara semulajadi mengikut siri sejagat (
universal) dan campurtangan orang dewasa atau diajar terus oleh orang dewasa yang turut mempengaruhi perkembangannya.
Terdapat beberapa pandangan ahli psikologi perkembangan tentang perkembangan lukisan kanak-kanak. Salah satunya mereka berpendapat bahawa perkembangan lukisan kanak-kanak terbahagi kepada
3 peringkat:
1-5 tahun: menguasai corak sejagat
5-7 tahun: menghiasi lukisannya iaitu beralih dari lakaran ke ekpresi unik pada lukisannya
7-12 tahun: penghasilan lukisan lebih tepat dan realistik serta menggambarkan unsur budaya.

Lukisan yang terdapat di atas adalah contoh peringkat perkembangan mengikut tahap umur kanak-kanak. Mungkin ada dikalangan kanak-kanak yang boleh melukis lebih baik daripada lukisan contoh. Keadaan itu bergantung kepada peranan orang dewasa dan persekitaran kanak-kanak itu sendiri.
TERINGAT ZAMAN KANAK-KANAK..
ReplyDeleteSemoga kita dapat memahami luahan kanak-kanak menerusi lakarannya.
ReplyDeletekalau masuk lukisan gajah bagus jugak Dr.
ReplyDeleteKanak-kanak melukis apa yang dia tahu. Agak sukar mendapatkan lukisan gajah.Jika ada apa salahnya dikongsikan bersama pembaca.Terima kasih cadangan yang diberikan.
ReplyDelete