Saturday, December 31, 2011

Memberi Maklumbalas Semasa Berbual Dengan Kanak-Kanak

Kanak-kanak semasa bercakap selalunya terdapat kejanggalan, patah perkataan tersekat-sekat atau kesalahan percakapan. Orang dewasa hendaklah bersedia untuk memberi maklumbalas pembetulan yang berguna kepada kanak-kanak.Menyelitkan pembetulan semasa kanak-kanak bercakap akan diterima ketika itu juga dan membetulkan dengan, "Ya bongkah hendak diletakkan pada rak almari itu."

Pendidik yang berpengalaman mendengar pada kandungan dan idea disebalik perkataan dan model pembetulan kepada fakta supaya berjalan dengan lancar sehingga kanak-kanak merasakan pertuturannya berguna walaupun terdapat kekurangan. Orang dewasa atau pendidik mesti mengetahui cara untuk menyedarkan, peka komen dan memastikan kanak-kanak akan terus mendapatkan orang dewasa atau pendidik sebagai orang yang bersedia melayani dan menerimanya.

Friday, December 30, 2011

Memahami Konsep Semasa Berkomunikasi Dengan Kanak-Kanak

Orang dewasa bersedia untuk bersama berbual dengan sepenuh hati akan menjadikan kanak-kanak terbuka untuk bercakap dan merasa seronok. Apabila suasana atau mod yang dirancang untuk aktiviti penerokaan, orang dewasa perlu aktif untuk bertanya mendapatkan jawapan, membimbing kanak-kanak menerusi penerokaan dan pernyataan.

Orang dewasa yang memberi penekanan kepada sebab akibat untuk sesuatu peristiwa dan bertanya soalan dan memikirkan dengan pendekatan yang bersistematik menjadi model penerokaan. Berfikir secara terbuka semasa berkongsi aktiviti adalah kaedah yang berguna. Mungkin orang dewasa akan bertanya," Saya sedang berfikir,apa akan berlaku jika bongkah ini diletakkan di tempat itu?" Dalam perbualan, kanak-kanak selalunya akan berurusan dengan realiti apa yang akan berlaku disekeliling mereka. Pertuturan orang dewasa hendaklah berlandaskan kepada konsep.

Thursday, December 29, 2011

Menggalakkan Pertuturan Kanak-Kanak

Ibu bapa dan pendidik merasa risau apabila melihat kanak-kanak kurang bercakap dan ingin mengetahui punca masalah tidak mahu bercakap. Sebenarnya kanak-kanak bersedia untuk bercakap apabila suasana bilik yang sesuai diberi perhatian. Antara ciri bilik yang kondusif untuk memberi peluang kanak-kanak bercakap:
  • suasana bilik yang mesra dan relek/santai, dan kanak-kanak mempunyai pilihan.
  • bertutur adalah sukarela bukan paksaan.
  • jika dalam kelas, kumpulan pertuturan kecil.
  • kumpulan hendaklah mendengar dengan penuh perhatian.
  • sebarang percubaan untuk bercakap adalah digalakkan.
  • kesungguhan dan percubaan bercakap hendaklah diberi penghargaan.

Wednesday, December 28, 2011

Pertuturan Yang Memberi Makna

Pertuturan atau percakapan orang dewasa dengan kanak-kanak hendak digunakan mengikut keadaan dan sesuai dengan masanya. Pertuturan yang bersesuaian ini akan meningkatkan dan merasang perbualan kanak-kanak. Pendidik dan penyelidikan mendapati berlainan fungsi dalam pertuturan manusia. Pertuturan itu berfungsi dalam situasi sosial seperti berikut:
  • pertuturan insturmental untuk memuaskan dan keperluan. Contoh "Saya hendak selepas ini."
  • pertuturan pengawalan membantu kanak-kanak mengawal yang lain. Contoh "Jangan jatuhkan gelas nanti pecah dan hancur menjadi kaca kecil."
  • pertuturan interaksi membina dan mengekalkan hubungan dengan yang lain. Contoh "H," huruf saya. Saya Hilwa. (Kanak-kanak menunjukkan huruf H di carta abjad pada kawannya).
  • pertuturan fungsi peribadi untuk menyatakan dan menegaskan secara peribadi. Contoh "Tolak kayu ini ke dalam dan biarkan dia tenggelam." ( Penerangan kanak-kanak semasa bermain air).
  • pertuturan mengkaji membantu kanak-kanak belajar dan menjelaskan. Contoh "Kamu sebagai bayi yang sedang wuah..wuah.. wuah..."
  • pertuturan imaginasi mencipta imej dan alat berpura-pura/olok-olok. Contoh "Tengok, saya terbang."
  • pertuturan pernyataan yang memaklumkan. Contoh "Saya tidak suka pisang."

Tuesday, December 27, 2011

Melayani Perbualan Seharian

Setiap hari orang dewasa-kanak-kanak, atau pendidik-kanak-kanak perbualan boleh menjadi mudah jika orang dewasa memberi tumpuan kepada 'agenda kanak-kanak.' Pendidik yang terbaik boleh membuat kanak-kanak merasa dihargai, berpuas hati dan bernilai. Berikut adalah sikap dan tingkahlaku orang dewasa/pendidik yang perlu disemai semasa berbual dengan kanak-kanak:
  • mengambilberat kanak-kanak sebagai insan
  • tidak mengganggu semasa kanak-kanak berbual dan bertindakbalas dengan orang dewasa
  • bersedia untuk berkongsi pada detik waktu kanak-kanak memerlukan, kadangkala mengiktiraf pencapaian kanak-kanak dengan menggunakan bahasa non-verbal
  • memberi pertimbangan terhadap komen kanak-kanak sebagai sumbangan yang baik
  • menghormati pendapat individu
  • mengenalpasti potensi setiap kanak-kanak
  • memberi penghargaan khas kepada kanak-kanak yang berpontensi sebagai pemimpin dan penemuan yang dilakukan oleh kanak-kanak.

Monday, December 26, 2011

Unsur Puisi

Puisi yang dihasilkan mempunyai unsur (element) tersendiri dan unsur yang digunakan dalam puisi juga hendaklah difahami. Sebuah puisi yang baik mengandungi unsur seperti asonansi, bahasa figuratif, simili, metafora dan personifikasi. Istilah yang digunakan dalam puisi hendaklah difahami untuk menikmati penghasilan puisi yang berkualiti.

asonansi : pengulangan perkataan bunyi vokal yang sama diikuti dengan bunyi konsonan yang berbeza.

bahasa figuratif : bahasa yang diperkaya dengan imej perkataan dan bentuk percakapan.

simili : perbandingan dua benda yang berbeza biasanya menggunakan perkataan 'seperti'.

metafora: bentuk percakapan untuk membanding menggunakan analogi tetapi tidak dinyatakan.

personafikasi : bentuk percakapan metafora untuk membandingkan haiwan, idea dan benda mempunyai kualiti manusia.

Sunday, December 25, 2011

Jenis Puisi Kanak-Kanak

Puisi tradisional Melayu untuk kanak-kanak jenisnya tidak banyak. Puisi lebih berbentuk pantun empat kerat dan dua kerat. Mungkin terdapat puisi kanak-kanak dari pelbagai suku kaum di nusantara yang belum dikumpulkan dan amat dialu-alukan memberi sumbangan untuk dikumpulkan sebagai warisan generasi akan datang.

Di barat puisi kanak-kanak dapat dinyatakan seperti berikut:
  • lirik melodi: puisi yang menyatakan secara diskriptif dan selalunya ada unsur nyanyian.
  • puisi naratif: menyampaikan cerita atau menyatakan peristiwa atau perkara yang berlaku.
  • limerik: puisi yang mempunyai lima baris setiap set dalam corak rima yang khusus dan biasanya berunsur jenaka.
  • puisi rangkap bebas: tidak mempunyai rima.
  • puisi yang bukan-bukan: selalunya mengelikan hati dan jenaka.

Saturday, December 24, 2011

Puisi Dan Kebolehan Membaca Awal

Pakar-pakar pendidikan awal kanak-kanak percaya bahawa keupayaan kanak-kanak membezakan, mencipta rentak perkataan dan deria rentak perkataan mempunyai hubungan rapat kepada keupayaan membaca. Para pendidik bersependapat secara umumnya terdapat bukti yang menyatakan bahawa kesedaran awal terhadap rentak atau irama dan pengetahuan irama puisi membantu kemahiran literasi. Kenyataan ini mempunyai signifikan dengan perkembangan dalam membaca dan mengeja. Sehubungan itu kesedaran terhadap rentak awal dengan kemahiran fonologi di masa akan datang. Pengetahuan puisi berirama adalah jangkaan yang kukuh untuk kemahiran mengenalpasti perkataan apabila kanak-kanak di peringkat awal membaca.

Friday, December 23, 2011

Puisi Sebagai Media Pembelajaran Kanak-Kanak

Puisi memberi peluang kanak-kanak untuk mempelajari perkataan baru, idea, sikap dan pengalaman kehidupan menerusi kacamata penyair. Jika anda masih ingat cara belajar mengingati hari, nombor dan abjad. Tentunya nyanyian klasik kanak-kanak lagu ABC tentunya terlintas difikiran. Banyak orang yang menghafal puisi mudah semasa kanak-kanak dalam bentuk lagu seperti,"Keretaku," "Bang Selebu," dan puisi teka teki.

Puisi mempunyai bentuk dan aturannya. Puisi adalah bentuk metrikal komposisi imaginasi perkataan yang dipilih dan diluahkan untuk mencipta kekuatan yang selalunya perluahan yang indah didengar dan irama yang menyeronokkan kepada kanak-kanak.Kanak-kanak mengemari di taska dan tadika mengemari untuk menghafal puisi yang mempunyai rangkap (verse) yang pendek. Contohnya; Satu dua tiga lekok, Jantan betina kena ketuk.

Thursday, December 22, 2011

Puisi Kanak-Kanak

Puisi kanak-kanak alat yang menyeronokkan kanak-kanak untuk membina kemahiran mendengar. Aktiviti yang melibatkan puisi dapat memberi peluang untuk meningkatkan bahasa dan literasi menghubungkan keseronokkan dengan perkataan. Puisi mempunyai kualiti yang dirangkumkan atau dipadatkan menjadikan setiap perkataan penting. Format pengulangan rentak menjadikan puisi diingati. Pengulangan adalah strategi untuk belajar dengan menyeronokkan. Bahasa berirama menjadi mudah dan kekal diingatan secara tidak langsung menjadi sebahagian linguistik kanak-kanak dan sumber intelektual untuk kehidupannya.


Wednesday, December 21, 2011

Menggalakkan Kanak-Kanak Membaca Buku (...sambungan)

Minat membaca buku secara sendirian boleh dipupuk menerusi aktiviti membaca gambar atau ilustrasi. Berikut beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk menggalakkan kanak-kanak membaca:
  • mengajak kanak-kanak yang boleh membaca sendiri untuk membaca halaman selepas anda membaca (gambar) dua atau tiga halaman.
  • berterusan menggalakkan kanak-kanak yang boleh membaca dan juga yang tidak boleh membaca untuk mengambil bahagian.
  • bertanya kepada kanak-kanak yang terhenti sewaktu membaca, pandu mereka kepada isyarat visual pada halaman buku.
  • bina tindak balas. Selalunya kanak-kanak menjawab soalan menggunakan ayat mudah atau sebahagian ayat sahaja.
  • banyakan tindakan susualan belajar membaca gambar atau ilustrasi. Teruskan membaca ilustrasi sehingga kanak-kanak selesa dengan rutin membaca.

Monday, December 19, 2011

Menggalakkan Kanak-Kanak Membaca Buku

Salah satu cara untuk menggalakkan kanak-kanak memahami idea tentang memupuk tabiat membaca dengan menggunakan teknik fikirkan dengan terang iaitu membaca ilustrasi yang melibatkan beberapa langkah;
  • terangkan kepada kanak-kanak boleh membaca walaupun jika mereka tidak pasti apa yang dinyatakan menerusi cetakan.
  • pilih cerita yang tahapnya yang biasa dan ia boleh dibacakan semula.
  • mula dengan membaca gambar, menjelaskan dalam bahasa yang mudah apa yang dilihat. Gunakan pengetahuan anda terhadap jalan cerita dan isyarat visual dalam ilustrasi untuk menerangkan secara perlahan apa yang berlaku. Baca satu halaman pada masa yang sama, berhenti untuk memberi kanak-kanak menyerapkan komen anda.
  • Jadilah lebih telus dalam pemikiran anda. Terangkan proses pemikiran anda dan kajian anda pada setiap halaman.

Bersambung...

Sunday, December 18, 2011

Membacakan Buku Kepada Kanak-Kanak: 7 Perbincangan Soalan Terbuka

Boleh mengadakan perbincangan soalan terbuka di akhir sesi bercerita. Jadikan sebagai soalan perbincangan spontan dan semulajadi bukan soalan untuk menguji kanak-kanak. Soalan mungkin untuk menjelaskan idea, menggalakkan penggunaan perbendaharaan kata, mengarahkan bahagian cerita yang paling menyeronokkan. Contohnya; "Ada sesiapa yang mempunyai soalan tentang anak itik?"

Aktiviti bercerita hendaklah ditamatkan dengan menyeronokkan dan bersemangat di mana kanak-kanak mempunyai keinginan mendengar cerita lagi pada masa akan datang. Cerita kadangkala berakhir memperlihatkan keseronokan dan menjadi ingatan maka perbincangan untuk menjelaskan cerita adalah tidak bersesuaian. Memadai hentian sebentar dengan senyap menarik nafas adalah lebih sesuai.

Saturday, December 17, 2011

Membacakan Buku Kepada Kanak-Kanak: 6 Melayani Pertanyaan Semasa Bercerita

Semasa membacakan buku cerita kadangkala terganggu oleh pertanyaan kanak-kanak. Jawab dan bincang pertanyaan tersebut dengan ringkas. Jika perlu dan dirasakan gangguan pertanyaan akan mengurangkan minat keseronokan kanak-kanak lain, minta kanak-kanak yang bertanya untuk menunggu sehingga selesai dan akan dilayani setelah habis membacakan buku cerita. Sekiranya masih mahu melayani pertanyaan dan kumpulan kanak-kanak berminat mendengarnya ambil masa untuk berbincang idea tetapi berhati-hati agar tidak terganggu dengan mengambil masa yang panjang terhadap komen sehingga mengganggu cerita yang dibaca.

Kadang-kandang terdapat kanak-kanak yang memasukkan jari ke dalam mulut atau berlaku tertidur semasa waktu membacakan cerita. Beri perhatian semasa membacakan cerita dan anda akan merasakan sama ada anda masih diberi perhatian oleh kanak-kanak atau sebaliknya. Kadangkala anda boleh menarik semula perhatian kanak-kanak untuk menumpukan kepada cerita yang dibacakan dengan menyoal terus seperti,"Sarah, bolehkah kamu nampak ekor tikus?" atau dengan menambahkan gerakan gambar atau pelbagaikan nada suara.

Thursday, December 15, 2011

Membacakan Buku Kepada Kanak-Kanak: 5 Mula Membaca

Cuba melihat perkataan di halaman buku secara sepintas lalu dan menghalakan pandangan kepada mata kanak-kanak sekerap mungkin supaya suara anda terus ke arah kanak-kanak. Di samping itu lihat reaksi gerak tubuh kanak-kanak termasuk ekspresi wajah dan cuba pastikan sama ada kanak-kanak tertumpu dan memahami atau kelihatan keliru. Bercakap dengan jelas dengan nada suara yang sesuai. Gunakan kelajuan percakapan yang sederhana supaya kanak-kanak boleh melihat ilustrasi dan mendengar apa yang anda baca. Tunjukkan kesungguhan dan minat untuk berseronok dengan cerita bersama kanak-kanak. Dramakan dan beri penekanan pada bahagian utama cerita tetapi jangan sampai ketahap kanak-kanak melihat anda dan bukan kepada buku. Tukar nada suara pada watak yang sesuai jika anda merasa selesa melakukannya. Cerita yang baik akan mengawal tumpuan dan selalunya meransang kanak-kanak untuk bertanya dan memberi komen. Hayati dan sampaikan setiap perkataan. Cuba jangan terburu-buru melainkan untuk menambahkan drama pada tempat tertentu.

Wednesday, December 14, 2011

Membacakan Buku Kepada Kanak-Kanak: 4 Cara Memegang Buku

Kedudukan buku semasa membacakan buku cerita; Pegang buku sama ada kedudukannya di sebelah kanan atau di sebelah kiri. Keadaan buku akan dapat dilihat oleh kanak-kanak yang duduk di hadapan anda. Buku hendaklah sentiasa berkedudukan di aras mata kanak-kanak supaya mereka dapat melihat dengan jelas setiap halaman buku. Sekiranya anda memegang buku menggunakan tangan kanan, sekali sekala tangan kiri digunakan untuk menunjukkan perkara yang menarik untuk membantu tumpuan kanak-kanak. Jangan terlalu lama kerana tangan kiri anda akan melindungi halaman dan mengganggu pandangan kanak-kanak.

Tuesday, December 13, 2011

Membacakan Buku Kepada Kanak-Kanak: 3 Bina Kenyataan Pengenalan Yang Memberansangkan

Sebelum membacakan cerita pastikan anda membina kenyataan yang memberansangkan. Anda perlu membaca dan mengetahui kandungan cerita untuk membuat kenyataan yang memberansangkan supaya kanak-kanak berminat mendengar cerita yang akan dibacakan. Kenyataan pengenalan perlu membuatkan untuk mendengar atau menggalakkan mendengar. Contohnya: "Di dalam buku ini seorang budak yang menolong ibunya"; "Monyet sangat lucu dan monyet-monyet dalam buku ini lagi lucu;"Adakah kamu pernah berfikir di mana binatang tidur waktu malam?"; "Pada akhir halaman buku ini ada gambar gergasi yang baik." Seterusnya secara ringkas perkenalkan pengarang dan ilustrator buku.

Monday, December 12, 2011

Membacakan Buku Kepada Kanak-Kanak: 2 Kedudukan Orang Dewasa dan Kanak-Kanak

Menyusun kedudukan antara orang dewasa dan kanak-kanak adalah penting untuk menyelesakan pemikiran. Keadaan hendaklah di aras mata kanak-kanak dan orang dewasa perlu mengadap khayalak semasa bercakap. Keadaan kedudukan suasana bercerita hendaklah menyediakan tempat duduk yang selesa semasa membacakan buku. Ada orang dewasa yang suka menggunakan kerusi kecil untuk kanak-kanak dan guru; manakala ada yang menggunakan ruang hamparan. Hindarkan aktiviti dilaluan trafik dan gangguan bising dengan mencari tempat yang senyap di dalam kelas. Menghalang atau menggurangkan ganguan visual dengan menggunakan pembahagi ruang, langsir atau menyusun perabot.

Kanak-kanak taska/tadika yang membaca dalam kumpulan kecil akan mendapat manfaat yang lebih berbanding dalam kumpulan yang besar. Dicadangkan membuat dua kumpulan sekiranya terlalu ramai kanak-kanak.

Friday, December 9, 2011

Membacakan Buku Kepada Kanak-Kanak: 1 Membuat Persediaan

Membacakan buku kepada kanak-kanak perlu difikirkan usia kanak-kanak yang akan mendengar cerita yang dibacakan. Buku kanak-kanak tatih, taska dan tadika adalah berbeza kandungannya dan ilustrasi yang hendak digambarkan. Minat kanak-kanak juga berbeza mengikut peringkat usia. Jika hendak membacakan buku pastikan perbendaharaan kata hendak dikenalpasti. Perkataan yang tidak difahami dan bukan perkataan yang biasa didengar oleh kanak-kanak hendaklah diberi persamaan perkataan supaya kanak-kanak dapat memahaminya. Baca buku secara sendirian beberapa kali untuk membina penghayatan watak dan jalan cerita sebelum membacakannya kepada kanak-kanak. Berlatih dialog supaya lancar semasa membaca. Anda perlu menganalis, memilih, berlatih dan membuat persediaan.

Thursday, December 8, 2011

Membacakan Buku Kepada Kanak-Kanak

Salah satu aktiviti membacakan buku ialah aktiviti bercerita dalam kumpulan kanak-kanak. Panduan ini mungkin boleh digunakan untuk menjalankan aktiviti bercerita dalam kumpulan.
  1. Fikirkan usia, minat dan minat khusus kumpulan kanak-kanak dan pertimbangkan ciri pemilihan buku.
  2. Susun atur kanak-kanak dan guru yang menyelesakan pemikiran.
  3. Kenyataan pengenalan yang memberansangkan.
  4. Pegang buku sama ada di sebelah kiri atau kanan.
  5. Mula membaca.
  6. Menjawab dan berbincang soalan dengan memuaskan.
  7. Mungkin boleh menyoal dengan soalan terbuka di akhir sesi bercerita.

(...akan dibingcangkan secara terperinci).

Wednesday, December 7, 2011

Buku Abjad Dan Perkataan

Buku abjad dan perkataan iaitu buku yang ada nama objek sama ada di bawah atau di atas objek. Orang dewasa menyediakan jenis buku ini dengan tujuan untuk memberikan maklumat model huruf dan perkataan, gandingan perkataan dan objek. Buku jenis ini berguna kepada kanak-kanak yang berminat ingin tahu tentang bentuk abjad dan perkataan. Orang dewasa boleh menggunakan buku jenis ini untuk bermain huruf dan perkataan.

Kelebihan buku ini kepada kanak-kanak dapat memahami makna dan abad, huruf dan perkataan. Kanak-kanak dapat melihat nama yang dilukis. Buku jenis ini sesuai untuk kanak-kanak taska yang baru diperkenalkan dengan abjad dan perkataan.

Tuesday, December 6, 2011

Buku Bergambar Tanpa Teks

Buku bergambar tanpa teks(perkataan) dikenali juga sebagai buku ilustrasi tanpa teks (perkataan). Buku ilustrasi tanpa teks merupakan salah satu jenis sastera kanak-kanak yang boleh dijadikan aktiviti literasi. Buku jenis ini boleh menggalakkan pertuturan kanak-kanak, kreativiti dan imaginasi. Kebanyak orang dewasa tidak sedar bahawa ilustrasi merupakan asas visual untuk mengembangkan komunikasi kanak-kanak. Menerusi aktiviti menggunakan buku tanpa teks ini memberi peluang kanak-kanak menggunakan perkataan sendiri untuk menyatakan cerita berdasarkan gambar atau ilustrasi. Buku ilustrasi tanpa teks ini juga dapat menggalakkan penerokaan yang bermakna termasuk warna, aksi dan pelbagai visual.

Monday, December 5, 2011

Buku Cerita Yang Digemari Kanak-Kanak

Buku cerita terdiri berbagai jenis cerita iaitu keluarga dan tempat tinggal, cerita binatang, cerita jenaka, cerita pari-pari dan cerita rakyat. Orang dewasa memperkenalkan buku dengan mempunyai matlamat untuk berkongsi peristiwa, melihat kanak-kanak bersemangat dan menumpu perhatian, membuat suara watak, memperkenalkan kebenaran dan pengembaraan, berkongsi sesuatu yang diminati dan membolehkan kanak-kanak mengenalpasti perkara yang kecil.

Kanak-kanak suka kepada buku cerita membolehkan mereka berimaginasi dan fantasi, mengenalpasti watak kemanusiaan, ingin memenuhi impian dan harapan, pengembaraan, ingin tahu, aksi, kesedaran diri, pelbagai visual dan menghayati perkataan.

Sunday, December 4, 2011

Sejauhmana Kita Mendengar Pertanyaan Kanak-Kanak?

Kebiasaan mendengar dengan baik adalah penting dalam mana-mana situasi, baik di rumah mahu pun di sekolah. Orang dewasa terutama guru perlu untuk menilai dirinya tentang kebiasaan mendengar dan keupayaan mendengar setiap hari bekerja bersama kanak-kanak. Jika apa yang diharapkan tidak berbelah bagi dengan kanak-kanak, maka orang dewasa dan juga guru mesti memberi perhatian tanpa berbelah bagi kepada kanak-kanak. Kebanyakan guru dilatih semasa dalam latihan perguruan supaya membongkok atau merendahkan diri pada aras mata kanak-kanak apabila bercakap dengan kanak-kanak, tetapi sejauh mana kita melakukannya semasa kita mendengar dengan kanak-kanak?

Dua faktor yang mungkin mengurangkan keupayaan orang dewasa untuk mendengar dan sebagai model tingkahlaku mendengar:
  1. Mereka mungkin tidak mempunyai pengalaman mendengar dari guru semasa zaman persekolahannya (termasuk pensyarah di kolej) yang mendengar dengan perhatian dan menghargai pertanyaan kanak-kanak.
  2. Guru mungkin sibuk menyampaikan maklumat sehingga mereka tertinggal soalan yang berharga dan komen kanak-kanak kecil. Jenis gaya interaksi mengajar kanak-kanak duduk secara pasif dan menjauhkan untuk menyoal.

Saturday, December 3, 2011

Aktiviti Mendengar Kreatif

Aktiviti mendengar kreatif dijalankan untuk mencipta perasaan atau tindakbalas. Audio visual boleh mencipta perasaan atau emosi. Berbincang selepas aktiviti membaca kuat dan peristiwa literasi lain membolehkan kanak-kanak untuk mencetuskan perasaan dan idea. imaginasi. Kanak-kanak digalakkan mencetuskan perasaan dan idea dalam penghasilan lukisan, drama atau lain bentuk perluahan perasaan.

Mendengar kreatif telah digunakan untuk strategi melahirkan potensi kreatif. Adakah di antara kita yang tidak mempunyai pengalaman lalu apabila mendengar atau mempunyai gambaran mental semasa menghayati lagu atau muzik?

Thursday, December 1, 2011

Aktiviti Mendengar Membeza

Mendengar membezakan boleh meningkatkan perhatian dan memperbaiki keupayaan kanak-kanak membaca. Aktiviti mendengar membolehkan keupayaan kemahiran kanak-kanak untuk membezakan bunyi atau corak bunyi yang sama dan berbeza. Kemahiran ini perlu apabila kanak-kanak menanggap perkataan dalam proses awal membaca. Orang dewasa boleh bermain dengan bahasa dan kanak-kanak cuba menyebut setelah mendengarnya.
Contoh:
Buaya bawa biawak
Tupai tutup topi
Lengan tangan kanan

Wednesday, November 30, 2011

Aktiviti Mendengar Kritikal

Mendengar kritikal memerlukan kanak-kanak mengingat semula apa yang pernah didengar dan menerangkannya, memikirkan dan memberi tindakbalas. Aktiviti ini dapat membina kemahiran timbang rasa. Kanak-kanak berupaya untuk menimbangkan sesuatu yang baru bertentang dengan apa yang telah diketahui dan dirasa dan bersemangat untuk membincangkan perbezaannya. Ada juga kanak-kanak yang suka memberi pendapat dan berkongsi pemikirannya. Terdapat juga kanak-kanak yang mendiamkan diri menyimpan pandangannya. Orang dewasa hendaklah mendorong kanak-kanak ini untuk terlibat sama dengan memberi peluang untuk bercakap apa yang difikirkannya.

Aktiviti yang dicadangkan sesuai dan boleh melibatkan kanak-kanak berfikir secara kritikal;
  • masalah untuk dibincangkan dan penyelesaian diberi dan dinilai.
  • kemungkinan mendatangkan hasil atau meneka secara spontan.
  • kebenaran atau membuat suatu dipercayai dengan menunjukkan menggunakan kriteria.
  • minat dan bukan kegemaran seseorang boleh dibincangkan.
  • memilih secara kumpulan dan diberi pandangan hasil yang diperolehi.
  • kesilapan yang ditemui.
  • menjangka perasaan orang lain.
  • penemuan ketidaktetapan.

Tuesday, November 29, 2011

Aktiviti Mendengar Menghargai

Mendengar menghargai berhubung dengar mendengar yang tidak berat apabila keseronokan atau bersantai menjadi keutamaan. Mendengar rakaman, mendengar pengalaman kehidupan, menggunakan latarbelakang muzik mengiringi lagu kanak-kanak merupakan antara aktiviti yang boleh dilaksanakan. Terdapat aktiviti mendengar menghargai membina mod, menyentuh perasaan dan menambahkan dimensi pengalaman. Aktiviti mendengar menghargai termasuklah;
  • pergerakan muzik
  • membincangkan muzik, rentak dan bunyi
  • bercakap tentang bunyi yang digemari
  • bercakap tentang kegembiraan, kesedihan, atau rasa kecindan tentang bunyi yang dihasilkan.
  • hentak, tepuk atau bergerak ikut muzik atau nada pertuturan

Kanak-kanak sememangnya suka menyanyi. Secara tidak langsung membina perbendaharaan perkataan, memupuk kepekaan deria nada dalaman, membina kesedaran tentang nada suara dan intonasi, memahami konsep bahasa seperti lantang, lembut, cepat dan perlahan. Menyanyi dapat membina kemahiran ayat dan mengingat. Apabila kanak-kanak belajar sebarang lagu, mula-mula mereka akan belajar perkataan, kemudian rentak dan element yang lain. Lagu tradisional mengandungi banyak permainan suara dan pengulangan melodi dan corak nada. Muzik adalah membina bahasa.

Monday, November 28, 2011

Aktiviti Mendengar Bertujuan

Aktiviti mendengar bertujuan adalah untuk melatih dan meningkatkan keupayaan kanak-kanak mengikut arahan, melaksanakan tugasan dan bertindakbalas bersesuaian berdasarkan arahan. Gunakan tiga kaedah untuk kanak-kanak menguasai kemahiran mendengar bertujuan:
  1. Beritahu kanak-kanak apa yang anda akan katakan.
  2. Beritahu kanak-kanak.
  3. Beritahu kanak-kanak apa yang telah anda telah katakan.
Contoh:
  1. "Saya akan beri kamu pensil, dan beritahu kamu di mana kamu boleh ambil."
  2. "Ambil pensil di bilik guru, Cikgu Sarah, dan balik semula ke kelas kita."
  3. "Ambil pensil serah kepada Cikgu Sarah dan balik semula."
Mendengar bertujuan memerlukan penumpuan. Orang dewasa hendaklah menyatakan dengan jelas,"apa yang dikatakan akan datang adalah penting" dengan nada dan suara yang diucapkan menyenangkan serta menarik minat kanak-kanak untuk mendengarnya. Kenyataan seperti," Kamu mungkin ingin tahu bagaimana," atau "Kamu dengar betul-betul untuk mengetahui," atau "Jika anda mahukan giliran, perhati dan dengar," mungkin boleh memberi motivasi kanak-kanak untuk mendengar dengan penuh perhatian.

Sunday, November 27, 2011

Jenis Mendengar

Mendengar berlaku berbagai cara. Ada orang mendengar bukan untuk pengetahuan tetapi mungkin mendengar bunyi sebab ia menyenangkan. Kanak-kanak juga mendengar tetapi tidak memahami. Mereka mungkin terlepas mendengar sesuatu bunyi yang berbeza atau mendengar tanpa membuat penilaian apa yang didengar. Mendengar melibatkan pelbagai kemahiran dan tahap. Guru dan ibu bapa hendaklah perihatin untuk menyediakan peluang pelbagai kemahiran mendengar.

Mendengar menghargai: Kanak-kanak merasa seronok dan terhibur mendengar muzik, sajak dan cerita. Elok memulakan mendengar cara ini kerana ia pasif tetapi personal kepada setiap kanak-kanak.

Mendengar bertujuan: Kanak-kanak mengikut arahan dan memberi tindakbalas.

Mendengar membezakan: Kanak-kanak menajdi semakin peka terhadap perubahan nada dan kelantangan. Bunyi menjadi perbezaan di persekitaraan. Seterusnya kanak-kanak dapat membezakan bunyi pertuturan.

Mendengar kreatif: Imaginasi kanak-kanak dan emosinya diransang oleh pengalaman mendengar. Perluahan pemikiran secara spontan dan bebas menerusi perkataan atau aksi , atau kedua-duanya sekali.

Mendengar kritikal: Kanak-kanak memahami, menilai, membuat keputusan dan mencerna pandangan. Bagi menggalakkan mendengar kritikal, guru atau ibu bapa mungkin boleh bertanya soalan seperti berikut; " Apa yang akan terjadi bila kita bercakap serentak?" ayau " apa yang akan terjadi bila setiap orang mahu bermain dalam pondo-pondok kecil pada masa yang sama?" Kanak-kanak akan berfikir menerusi tindakbalas, membuat keputusan yang logik untuk menyelesaikan masalah dan memberi pandangan.

Monday, November 21, 2011

Menjaga Perasaan Kanak-Kanak Yang Mencelah

Kanak-kanak yang mencelah semasa orang dewasa bercakap atau untuk membincangkan sesuatu perkara hendaklah diberi perhatian. Kanak-kanak ini jujur menyatakan idea yang terlintas dipemikirannya untuk dikongsikan bersama dan tidak sabar menunggu dikhuatiri akan terlupa. Berikut contoh cara memberi perhatian yang mungkin boleh dijadikan panduan supaya kanak-kanak terus mendapat mengalakkan menyumbang idea:
Situasi:
Orang dewasa sedang bercerita tentang seekor monyet memanjat pokok pisang.

Kanak-kanak: "Kucing saya memanjat pokok."

Orang dewasa: "Ali, saya pernah nampak kucing memanjat pokok."
Orang dewasa memberi penghargaan jangka pendek.

Orang dewasa: "Kucing Ali memanjat pokok dan monyet memanjat pokok pisang memakan pisang."
Orang dewasa memberi penghargaan tetapi merujuk pendengar lain kepada
tajuk cerita asal.

Orang dewasa: "Ali awak boleh memberitahu saya tentang kucing anda memanjat pokok sebaik sahaja cerita ini selesai."
Orang dewasa mengasingkan perbincangan kemudian.



Sunday, November 20, 2011

Menangani Mencelah Percakapan

Kanak-kanak selalu mencelah semasa orang dewasa merancang aktiviti. apabila idea timbul, kanak-kanak mahu berkongsi. Kanak-kanak mencelah boleh diandaikan mereka ingin terlibat secara jujur dan berminat, atau bertindakbalas kepelbagaian pemikiran yang tiada hubungan.Orang dewasa sepatutnya memberi perhatian terhadap gangguan mencelah, terima, dan maklumkan untuk meredakan supaya menunggu kerana ada orang lain sedang bercakap dan giliran akan tiba untuk bercakap.

Saturday, November 19, 2011

Melentur Buluh Biar Semasa Rebung

Semua ibu bapa mengimpikan anak-anaknya cemerlang dalam akademik dan melanjutkan pengajian di menara gading. Kecemerlangan akademik merupakan salah satu kejayaan dalam hidup. Banyak perkara lain yang perlu ditempuhi untuk meneruskan kehidupan. Sekiranya tidak berjaya dalam akademik ada cara lain untuk berjaya menempuhi kehidupan. Memberi didikan anak-anak dengan memberi kefahaman potensi dirinya dan membuat pilihan akan keupayaan mengikut tahap kemampuan dan minat adalah lebih baik secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan diri. Mulakan mendidik diperingkat seawal usia sebelum ke persekolahan formal. Kata orang ,"Melentur buluh biar semasa rebung."

Ibu bapa hanya memberi dorongan dan galakkan bukan memaksa dan menentukan kerjaya masa depan. Pendedahan awal tentang kerjaya adalah penting untuk memupuk minat dan memahami keupayaan diri. Kegagalan hendaklah diangap proses pembelajaran bukan sebagai halangan.

Thursday, November 17, 2011

Menyambung dan Penutupan

Pendidik kanak-kanak menggunakan aktiviti kemahiran berbahasa dengan menggunakan teknik menyambung. Teknik menyambung bermaksud orang dewasa menyambung maklumat kanak-kanak dengan maklumat baru, menambah maklumat berkaitan dengan maklumat kanak-kanak atau memberi makna.
Contoh teknik menyambung:
Kanak-kanak: " Air tumpah"
Orang dewasa: "Ya, tangan Sarah terlanggar cawan lalu tumpah."

Ramai juga pendidik kanak-kanak menggunakan teknik interaksi konventional yang dikenali sebagai teknik penutupan untuk aktiviti kemahiran berbahasa. Teknik penutupan bermaksud kanak-kanak meneka secara lisan dan melengkapkan atau mengisi ayat yang diberi oleh guru. Guru bercakap dan berhenti sejenak dan kanak-kanak melengkapkannya.
Contoh teknik penutupan:
Orang dewasa: "Tikus bersembunyi di belakang...."
Kanak-kanak meneka: " pintu." "almari".

Tuesday, November 15, 2011

Pengembangan Bahasa

Salah satu teknik mengajar bahasa yang boleh meningkatkan kemahiran berbahasa kanak-kanak ialah memberi teladan atau contoh tatabahasa mudah atau mengisi perkataan yang tiada dan melengkapkan ayat mudah. Apabila menggunakan pengembangan bahasa, orang dewasa bertindakbalas pada kanak-kanak dengan mengembangkan ayat yang dinyatakan oleh kanak-kanak. Contohnya semasa kanak-kanak berkata, "Sejuk" mungkin boleh diikuti dengan "Hari hujan di luar." Pengembangan bahasa hendaklah berdasarkan tindakbalas dan tertumpu kepada apa yang dialami oleh kanak-kanak. Seterusnya orang dewasa boleh menggalakkan kefahaman terhadap makna perkataan atau mencetuskan minat dengan memberi atau mencadangkan idea untuk mendalami lebih jauh lagi perkara yang dibincangkan.

Monday, November 14, 2011

Percakapan Penerangan

Percakapan penerangan (explainatory talk) perbualan yang cuba penutur untuk membina hubunga anatara objek, peristiwa, konsep atau kesimpulan bertujuan untuk memahamkan pendengarnya. Guru atau orang dewasa biasanya menerangkan apa yang difikirkan dan tindakkannya terhadap kanak-kanak, menyediakan maklumat sebagai tindakbalas kepada komen kanak-kanak atau soalan yang dikemukakan oleh kanak-kanak.

Contoh:
"Bongkah kayu hendaklah disimpan di rak. Kita boleh tahu tempat untuk mencarinya apabila kita perlukan dan tiada ada sesiapa pun yang terjatuh sebag terlanggarnya."

Sunday, November 13, 2011

Orang Dewasa Sebagai Model Pertuturan Kanak-Kanak

Orang dewasa khususnya ibu bapa dan guru bukan sahaja sebagai model pertuturan tetapi termasuk sikap dan tingkahlaku untuk mendengar, menulis dan membaca. Kanak-kanak memerhati dan mendengar akan penggunaan tatabahasa orang dewasa dari segi nada sebutan dan bentuk ayat yang digunakan. Kanak-kanak akan meniru dan menggunakan orang dewasa sebagai contoh. Pertimbangkan cara yang berlainan dan persamaan untuk orang dewasa berinteraksi secara lisan dengan kanak-kanak. Cuba bezakan cara orang dewasa berinteraksi dengan kanak-kanak yang membina pertuturan secara konstruktif.
Contoh A:
Kanak-kanak: "Adik menangis."
Orang dewasa: " Ya, adik menangis."

Contoh B:
Kanak-kanak: "Adik menangis."
Orang dewasa: "Awak dengar adik menangis?"
Kanak-kanak: "Ya, ya."
Orang dewasa: "Mungkin dia lapar dan minta susu."
Kanak-kanak: "Nak botol."
Orang dewasa: "Cuba tengok, saya letakkan botol di mulutnya."
Kanak-kanak: "Adik lapar."
Orang dewasa: "Ya, dia menghisap susu. Susu masuk ke dalam mulutnya. Tengok, susu hampir
habis."

Thursday, November 10, 2011

Perkembangan Kognitif: Bahasa Dan Pemikiran Kanak-Kanak

Ramai pendidik mengakui bahasa dan pemikiran berkaitrapat. Kebanyakan pengkaji percaya kanak-kanak termasuk kanak-kanak taska berupaya belajar perkara yang telah diajar. Alasannya perkembangan kognitif kanak-kanak dan darjah pembelajaran berterusan telah disalah anggap bahawa kanak-kanak belajar dalam aktiviti harian dan bermain. Kajian mengatakan orang dewasa tidak boleh mengandaikan bahawa kanak-kanak hanya menerima sahaja apa keperluan pengetahuan daripada persekitaran, sebaliknya orang dewasa boleh menyediakan "pendidikan mesra" membina kemahiran bahasa dan kefahaman asas angka.

Semasa otak kanak-kanak berkembang, ia menstruktur pengalaman. Pengalaman mengubah pemikiran dan jika ada perubahan akan diubahsuai mengikut cara pengalaman baru yang memberi kesan kepada otak. Kanak-kanak yang kehidupannya berpandangan pasif (menerusi media eletronik) yang sepatutnya sebagai pendengar aktif (meneroka dan pertuturan) akan mempunyai kekurangan dua kebolehan iaitu analisis deria pendengaran (auditoriy) dan logikal serta urutan kemahiran menyatakan sebab musabab (reasoning).

Wednesday, November 9, 2011

Aktiviti Kemahiran Tanggapan Motor

Peranan ibu bapa dan pendidik awal kanak-kanak memberi pendedahan kemahiran tanggapan motor (perceptual-motor skill) secara menyeluruh bukan hanya tertumpu kepada satu komponen sahaja. Pengalaman hendaklah meliputi deria yang memberi pendedahan membezakan. Contohnya:
Membezakan visual:
panjang, pendek
Bahan dan peralatan:
reben, tali, kayu

Membezakan pendengaran:
senyap, bising
Bahan dan peralatan:
tin kosong, tin berisi pasir

Membezakan Permukaan
kasar, halus
Bahan dan peralatan:
kertas pasir, kapas

Membezakan rasa:
manis, masin
Bahan dan peralatan:
gula, garam

Membezakan bau:
Mengenalpasti objek dengan menghidu

Membezakan gerak fizikal:
berlari, berjalan
Bahan dan peralatan:
padang dan alat mainan

Tuesday, November 8, 2011

Kemahiran Tanggapan Motor

Kemahiran tanggapan motor (persceptual-motor skills) atau deria motor didefinisikan sebagai orientasi pengetahuan melalui tindakan. Pada masa di peringkat taska kemahiran perkembangan motor sama pentingnya dengan kemahiran perkembangan bahasa. Kanak-kanak dapat mengingati sesuatu perkara dan berfikir dihubungkan dengan tindakan iaitu aktiviti motor yang melibatkan lima deria. Kebanyakan pendidik awal kanak-kanak percaya bahawa ada hubungkait antara perkembangan mental dengan kemahiran fizikal.

Monday, November 7, 2011

Kemahiran Literasi Visual

Kemahiran literasi visual atau kemahiran mengambarkan merujuk kepada kecekapan sekumpulan gambaran yang dibina menerusi penglihatan dan pada masa yang sama dapat dihubungkan dengan pengalaman deria yang lain. Contohnya seorang kanak-kanak berkata," Sarah tidak datang hari ini." "Kenapa?" guru bertanya. "Dia pakai baju cantik," kanak-kanak lain memberitahu. Sarah keluar pada hari itu memakai pakaian cantik kebetuan dilihat oleh salah seorang rakannya. Kanak-kanak telah membina kemahiran literasi visual cuba menjelaskan tindakan, objek, simbols, semulajadi atau buatan manusia yang boleh dihubungkan dengan persekitarannya.

Kaedah ini membantu kanak-kanak menjelaskan idea menerusi seni grafik, menggunakan pelbagai media dan sistem simbol membolehkan kanak-kanak belajar tentang simbol. contohnya pendekatan Reggio Emilia menggunakan lakaran dan lukisan sebagai konsep literasi visual.

Friday, November 4, 2011

Lakaran Dan Lukisan Kanak-Kanak

Setiap garisan yang dilakar oleh kanak-kanak merupakan maklumat yang ingin disampaikan oleh kanak-kanak. Kanak-kanak taska dan juga tadika keupayaan untuk menghasilkan lukisan masih belum berupaya. Pada peringkat ini lakaran dan lukisan hanya dilihat dari aspek proses bukan penghasilan. Proses yang melibatkan kemahiran motor dan cara kanak-kanak menyampaikan maklumat.


Bunyi Perkataan

Kanak-kanak suka mengulangi bunyi-bunyi haiwan seperti "meow," "booo,". Begitu juga bunyi aksi untuk mainan kenderaan seperti "rooom," "beep". Apabila kanak-kanak bermain anak-anakan akan mengaitkan permainan dramatika dan mengajuk bayi "wa-wa" akan kerap kedengaran. Ketika bermain di luar bergolek dan berlari akan kedengaran bunyi yang dipengaruhi tayangan kartun seperti "zooom" "boom". Kanak-kanak berusia 4 tahun boleh mengenalpasti rima perkataan dan mereka seronok mencipta bunyi dan rima perkataan.

Thursday, November 3, 2011

Kanak-Kanak Taska Berminat Perkataan Yang Berkesan

Tidak semua perkataan oleh kanak-kanak taska dihargai oleh orang dewasa. Memanggil nama, perkataan dan frasa yang bertentangan akan digunakan oleh kanak-kanak taska yang lebih berusia khususnya antara 4 tahun ke 5 tahun untuk menarik perhatian dan reaksi orang dewasa dan kanak-kanak lain. Kanak-kanak membuat penemuan terhadap sesuatu frasa, ayat dan perkataan yang menyebabkan tingkahlaku yang luar biasa kepada orang lain. Mereka secara aktif meneroka dan mempelajari sesuatu yang tidak sesuai dan masa untuk menggunakannya. Kanak-kanak juga mempelajari jenis pertuturan yang memberi kesan atau "nilai impak." Jika sesuatu perkataan itu boleh membuatkan orang dewasa tertawa akan menjadikannya sebagai ganjaran kepada kanak-kanak dan akan menggunakannya berulangkali.

Tuesday, November 1, 2011

Pertuturan Dan TingkahLaku Kanak-Kanak

Terdapat berbagai cara kanak-kanak boleh mengubahsuaikan suara dan bercakap dalam nada atau rentak yang berbeza apabila bercakap dengan orang yang berlainan. Kanak-kanak boleh merengek, berbisik, menukar kadar ketinggian bunyi suara, mengubah jangka masa dan sebutan. Ada kanak-kanak yang membuat penemuan dengan meningkatkan kadar bunyi suara atau mengubah nada boleh memberi kesan kepada tingkahlaku orang lain. Mereka mendapati pertuturan boleh menunjukkan marah atau mengejek dan boleh digunakan secara agresif untuk menyakiti orang lain.

Kanak-kanak taska pula menir pertuturan watak negatif media. Berlagak agresif dilengkapi dengan peniruan pertuturan dan aksi watak di tv, juga boleh menjadi sebahagian jenis permainan. Kanak-kanak ini juga secara sengaja meniru gaya kanak-kanak tatih bercakap untuk mengajuk. Ada pula kanak-kanak yang mendiamkan diri untuk mendapat perhatian orang dewasa.

Monday, October 31, 2011

Perkataan Yang Rasional

Walau pun kanak-kanak taska sudah berusia 4 tahun, perkataan-perkataan perbandingan, membeza dan konsep agak menyukarkan mereka untuk memahaminya. Oleh kerana orang dewasa menekankan tentang buruk dan baik, kanak-kanak mula mempelajari dan cuba memahami secara dalaman membina tentang 'apa itu' dan 'apa yang tidak betul.' Walau pun penggunaan perkataan 'besar' dan 'sedikit' biasa digunakan oleh kanak-kanak taska tetapi mereka menggunakannya berlebihan. Banyak perkataan perbandingan menjadikan kanak-kanak bermasalah menggunakannya. Kadangkala kedengaran "banyak." "banyak lagi" untuk menyatakan kuantiti atau "besar" "besaaar lagi" untuk menyatakan saiz.

Sunday, October 30, 2011

Unsur Jenaka Kanak-Kanak Taska

Selari dengan perkembangan mengikut usia 4 tahun, kanak-kanak taska membina unsur humor atau jenaka dan menjadi sebahagian daripada keriuhan semasa bermain. Selalu berlaku tingkahlaku yang kelihatan kebodohan (silliness). Contohnya kanak-kanak taska menyangka perkara yang dilakukannya itu akan menyeronokkan dengan datang menghampiri guru bernama Sarah dan berkata,"Siapa nama awak, Sarah?" kemudian berlari sambil ketawa.

Kanak-kanak taska mungkin ada yang mengajuk atau meniru dengan mengulangi cara pengasuh atau guru bercakap, menukar suara dan menyanyi beramai-ramai dengan mengubah maksudnya. Guru yang berminat memupuk keupayaan kanak-kanak untuk memahami dan menghargai jenaka dicadangkan cuba merancang aktiviti dan sediakan peralatan yang mencabar keupayaan kanak-kanak untuk menjadikan jenaka.

Saturday, October 29, 2011

Konflik Dan Penyelesaian Kanak-Kanak Taska

Kanak-kanak berusia lingkungan 3-5 tahun walapun seronok bersama rakan sebaya tetapi mereka mudah bertelagah dan mengejek nama. Kadangkala berlaku pertengkaran mulut. Kebiasaannya juga kanak-kanak ini tidak bersetuju terhadap hak memiliki sesuatu objek atau kawasan. Mereka akan menggunakan alasan secara pertuturan untuk memenangi pertelagahan, Kebanyakkan konflik diselesaikan dan mereka meneruskan bermain bersama. Pertuturan membantu kanak-kanak ini untuk menyelesaikan masalah mereka tanpa bantuan orang dewasa.

Friday, October 28, 2011

Kanak-kanak Taska Menunjukkan Keupayaan

Kanak-kanak yang di taska yang berumur 4 tahun didapati suka berbangga dan membuat bising. Mereka akan menggatakan seperti, "Tengok, apa yang saya buat!" cuba menunjukkan keupayaannya dan ingin berkongsi apa yang telah dibuatnya. Orang dewasa hendaklah memberi perhatian dan menghargai hasil usaha yang dilakukannya dengan memberi pujian atau ransangan.

Wednesday, October 26, 2011

Pengaruh Televisyen Dalam Pertuturan Kanak-Kanak

Jangan terkejut jika terdapat pertuturan kenyataan yang ganas pada kanak-kanak taska seperti " Saya tembak kau!" atau "Saya tumbuk kau!" yang kadangkala kedengaran semasa mereka bermain. Perkara ini berlaku kerana kesan menonton televisyen atau drama. Fantasi realiti yang membahagikan dua garisan (antara watak putih/hitam) menjadi keadaan kabur sementara di dalam situasi permainan.

Kanak-kanak tadika yang lebih berusia bercakap mengikut "perwatakan" semasa mengabungkan permainan dramatika. Jika senario bermain pondodk-pondok memegang watak ibu bercakap dengan anak atau watak bayi mereka cuba mengikut pertuturan watak tersebut. Peniruan watak penyanyi atau watak kartun adalah perkara biasa. Mengambil peranan adalah kemahiran penting mematangkan komunikasi seperti dalam main dramatika, main dan improvisasi. Selaini itu memberi kesan memperkembangkan kemahiran berkomunikasi.

Tuesday, October 25, 2011

Bermain Secara Berkumpulan Meningkatkan Kemahiran Bahasa

Kanak-kanak di taska suka bermain secara kumpulan. Main olok-olok menjadi keutamaan. Permainan yang berbentuk membuat sesuatu yang dipercayai merupakan teras aktiviti permainan dalam kumpulan. Contohnya main masak-masak. Kebanyakkan kanak-kanak membesar berkeupayaan untuk;
  1. secara lisan mencadangkan arah baru dan ruang fantasi
  2. terikat dalam rundingan secara lisan
  3. berkompromi
  4. berdebat/berbincang
  5. menjadi ketua kumpulan dengan menggunakan perkataan yang betul.
Kanak-kanak yang popular adalah mereka yang menggunakan pertuturan kreatif dan menjadi teman yang menyeronokan di kalangan kanak-kanak lain.

Monday, October 24, 2011

Pertuturan Sosial Kanak-Kanak Taska

Jika diperhatikan kanak-kanak berusia 4-5 tahun sudah mula menggunakan pertuturan sebagai interaksi sosial dan perbualan boleh didengari dan diterjemahkan lebih luas lagi oleh kanak-kanak lain yang sebaya. Kanak-kanak belajar dan berlatih perbualan yang lebih kompleks termasuk;
  1. mendapatkan perhatian dengan menggunakan hubungan mata, menyentuh atau menggunakan perkataan atau frasa yang mendapat perhatian seperti "Tahu tak?"
  2. terhenti sejenak dan mendengar
  3. memperbetulkan sendiri
  4. menggekalkan tumpuan tanpa berhenti sejenak supaya orang lain tidak masuk campur
  5. mengambil giliran dalam perbualan dengan membina kesbaran dan cuba untuk mendengar sementara dalam pemikirannya 'apa yang dia hendak cakap.'

Sunday, October 23, 2011

Buku Untuk Kanak-Kanak Taska

Kanak-kanak di taska yang usianya meningkat ke 4-5 tahun orang dewasa boleh menjangkakan buku seperti berikut:
  • ayat panjang dengan perkataan yang lebih pada setiap ayat
  • lebih khusus
  • banyak kata kerja
  • meningkatkan pembetulan dalam bentuk kata kerja "akan datang"
  • penggunaan lebih kepada kata kerja sokongan
  • lebih kemahiran kepada kata kerja pasif termasuk " akan buat" dan "telah"
  • perubahan dalam ayat negatif dari "Tidak mahu" kepada "Saya tidak mahu."
  • perubahan dalam bentuk soalan dari "Kereta pergi?" kepada "Ke mana kereta itu pergi?"
  • berubah dari segi kategori mental

Saturday, October 22, 2011

Buku Untuk Kanak-Kanak Awal Taska

Memilih buku untuk kanak-kanak sebenarnya perlu diberi perhatian dari aspek usia kanak-kanak. Di sini saya cuba membahagikan peringkat usia kanak-kanak di taska iaitu kanak-kanak awal taska berusia antara 2 hingga 3 tahun dan kanak-kanak taska berusia 4 hingga 5 tahun (Di Malaysia 5 tahun sudah berada di tadika). Buku-buku bergambar adalah sesuai untuk kanak-kanak awal taska. Pakar-pakar mencadangkan buku untuk kumpulan usia ini perlu mempunyi ciri berikut:
  • tema, objek, haiwan atau orang yang biasa berada dalam lingkungan kehidupannya.
  • kejelasan kandungan dan jalan cerita.
  • jelas, ilustrasi mudah atau gambar foto dengan latar belakang yang tidak menganggu tumpuan.
  • tema yang menumpukan kepada tugas harian dan keperluan asas manusia.

Friday, October 21, 2011

Kejelasan Dalam Pertuturan Kanak-Kanak

Kanak-kanak berusia 3 tahun biasanya pertuturannya tidak jelas. Satu daripada setiap empat perkataan kanak-kanak taska tidak difahami sepenuhnya. Tidak kejelasan ini sebahagiannya disebabkan ketidakupayaan untuk mengawal mulut, lidah, pernafasan dan mendengar sebutan yang berbeza dan perbezaan dalam percakapan. Sebutan konsonan dengan betul akan jelas apabila kanak-kanak ini berusia 7 tahun atau 8 tahun. Kanak-kanak taska hanya boleh menyebut dengan sebutan betul lebih kurang 40 hingga 80 peratus. Ini disebabkan kekurangan untuk menguasai bunyi bahasa.

Thursday, October 20, 2011

Pengulangan Dalam Pertuturan Kanak-Kanak

Pengulangan dalam pertuturan kanak-kanak adalah perkara biasa. Kadangkala berlaku di tempat permainan dan pada suatu ketika pengulangan digunakan untuk tujuan tertentu. Kanak-kanak kecil akan mengulang pada semua perkara yang dikatakan kepadanya. Kanak-kanak taska biasanya akan mengulang perkataan atau sebahagian ayat. Kanak-kanak yang sedang memperkembangkan kemahiran berbahasa cuba mencipta pengulangan yang berirama seperti "pok, pok amai, amai mari tepuk ramai, ramai" membuatkan mereka rasa seronok. Pengulangan perkataan yang berirama membantu kanak-kanak mengingati sesuatu perkara. Contohnya, "Bangun pagi-pagi terus gosok gigi."

Wednesday, October 19, 2011

Memahami Kanak-Kanak Bercakap Sendirian

Kadangkala ibu bapa dan guru di taska atau tadika akan melihat kanak-kanak bercakap sendirian semasa bermain. Perlakuan ini dianggap sebagai proses pemikiran verbal iaitu secara mental bercakap pada diri sendiri. Perlakuan ini akan meningkat apabila kanak-kanak cuba menyelesaikan masalah dan bercakap mengenainya. Pengkaji mendapati beberapa sebab kanak-kanak bercakap sendirian:
  1. bercakap sendiri adalah cara memberi arahan pada diri untuk menentukan tindakan
  2. kanak-kanak memerlukan aktiviti deria motor sebagai pengukuhan disebabkan skema kognitif belum terbina sepenuhnya
  3. lebih berkesan untuk kanak-kanak bercakap tentang ideanya menerusi perkataan daripada berdiam diri atau senyap
Bercakap sendiri boleh membantu kanak-kanak membuat tidakan secara berurutan, mengawal tingkahlaku sendiri, menggunakan mode pemikiran yang fleksible dan matlamat manipulatif yang ingin dicapai oleh kanak-kanak semasa bermain.

Tuesday, October 18, 2011

Memahami Pemikiran Kanak-Kanak Taska

Kanak-kanak taska terbahagi kepada dua iaitu yang berusia antara 2 hingga 3 tahun dan usia 4 tahun. Kanak-kanak yang berusia 3 tahun ke bawah adalah menjadi kebiasaan akan mengatakan kucing kepada semua haiwan yang mempunyai 4 kaki dan binatang yang lebih besar dipanggil lembu. Semua bergantung kepada persekitaran haiwan yang dilihat lebih awal. Jika dia melihat anjing terlebih dahulu makan haiwan yang selepas itu dikategorikan sama kumpulannya. Manakala jika melihat kerbau terlebih dahulu maka haiwan lain yang sama besar dipanggil kerbau juga. Kanak-kanak taska ini menghubungkan semua perkara itu mengikut kesimpulan logikal sebab semua haiwan ini mempunyai rupa bentuk yang sama, saiz yang sama dan disesuaikan dengan perkataan yang sedia diketahui.

Monday, October 17, 2011

Sabar Ketika Mendengar Kanak-Kanak Bercakap

Ibu bapa kadangkala merasa sangat risau apabila anaknya bercakap terhenti-henti atau tergagap-gagap. Menyuruh anak memberi perhatian semasa bercakap dan menaruh harapan yang tinggi untuk membetulkan percakapannya menjadikan rasa tegang dan memburukan keadaan. Semulajadi kelakuan kanak-kanak semasa mula bercakap akan terhenti sebentar, menarik nafas dan mengulangi. Mereka cuba mencari perkataan yang betul akan mengambil masa. Pemikirannya lebih pantas daripada perkataan. Orang dewasa perlu bertenang dan menunggu dengan sabar. Pertuturan adalah proses yang komplek tentang menyampai dan menerima. Mendengar dengan sabar dan bersikap "Saya mendengar" adalah suatu tindakan yang terbaik pada orang dewasa.

Sunday, October 16, 2011

Pertimbangkan Kebenarannya Apabila Kanak-Kanak Menceritakan Sesuatu Perkara

Kanak-kanak berusia 3 tahun hingga 4 tahun sudah mempunyai perbendaharaan kata sebanyak 800 perkataan. Kanak-kanak ini mula menggunakan perkataan "tidak" atau "tidak boleh". Begitu juga kata arah atau kedudukan sesuatu benda seperti "atas" ataupun "dalam". Menjelaskan tentang masa seperti "siang" dan "malam." Apabila berusia 4 tahun hingga 5 tahun kanak-kanak dianggarkan sudah mempunyai lebih 1,500 perkataan. Pada masa ini kanak-kanak sudah boleh bercakap dengan jelas. Membina ayat menggunakan lima dan enam perkataan. Malahan mereka boleh membuat cerita. Pada masa ini orang dewasa hendaklah berhati-hati tentang kesahihan cerita yang direka oleh kanak-kanak ini. Terus galakkan kanak-kanak ini berkomunikasi dan membetulkan cerita jika tidak sesuai. Semasa kanak-kanak berumur 5 tahun hingga 7 tahun telah mengguasai lebih kurang 11,000 perkataan. Kanak-kanak pada usia ini sudah boleh menceritakan semula dan berbincang cerita yang didengar, Mereka mempunyai banyak perkataan dan terus meningkat sehingga boleh mengetahui lebih daripada 50,000 perkataan seperti orang dewasa.

Saturday, October 15, 2011

Jangan Bosan Melayani Pertanyaan Kanak-Kanak

Semasa kanak-kanak tatih berusia antara 10 hingga 14 bulan perkataan pertama biasa disebut ialah kata nama. Kanak-kanak peringkat ini tidak menyebut kata kerja. Antara 12 bulan hingga 18 bulan kanak-kanak tatih ini suka melihat sesuatu (atau orang), menunjuk dan kemudian menyebut satu atau dua perkataan. Kesalahan sebutan merupakan suatu kebiasaan. Dianggarkan kanak-kanak di peringkat ini menyebut dua perkataan seminggu. Perbendaharaan kata kanak-kanak tatih semakin meningkat apabila berusia 18 bulan hingga 24 bulan sebanyak 200 perkataan. Terdapat kanak-kanak tatih pada peringkat usia 18 bulan-24 bulan yang berterusan bertanya "Apa itu?" atau cuma menyebut "Tu?" Kanak-kanak ini mahukan nama objek. Terdapat orang dewasa atau ibu bapa yang merasa bosan untuk menjawab pertanyaan yang sama berkali-kali.

Pada peringkat usia 2 tahun hingga 3 tahun kanak-kanak sudah menguasai lebh kurang
500 perkataan. Ibu bapa dan orang dewasa dinasihatkan jangan bosan kerana kanak-kanak di peringat ini sepanjang masa suka menyoal,"Kenapa?" Layanilah persoalan yang ingin diketahui dengan memberi penerangan mudah untuk memuaskan perasaan ingin tahu kanak-kanak ini.

Friday, October 14, 2011

Ciri Buku Kanak-Kanak Tatih

Tidak semua buku yang terdapat di pasaran sesuai untuk kanak-kanak tatih. Mungkin panduan ini dapat membantu untuk membeli buku yang sesuai untuk kanak-kanak tatih. Buku kanak-kanak tatih hendaklah:
  • terdapat pengulangan dan boleh dijangka/diramal
  • berirama
  • ilustrasi mudah, perkara kebiasaan, mudah dikenalpasti objek berwarna, haiwan, mainan dan sebagainya
  • dipenuhi dengan rasa, sentuhan dan peluang untuk menghidu
  • kukuh dan mudah diselak halamannya
  • set perkataan sedikit pada setiap halaman
  • cerita yang pendek, ringkas serta mudah jalan ceritanya tentang perkara yang biasa, kehidupan harian dan pengalaman persekitaran
  • ilustrasi terancang yang dipadankan pada teks di setiap halaman

Thursday, October 13, 2011

Peranan Keluarga Membina Perkembangan Komunikasi Kanak-Kanak

Sikap keluarga terhadap keupayaan komunikasi bayi akan mempengaruhi kemajuan perkembangan bayi. Sikap ini merupakan asas awal perkongsian yang paling kritikal antara orang dewasa dan kanak-kanak merasakan kasih sayang yang erat. Keluarga yang stress dengan kerjaya, kesibukan seharian dan kurang menekankan kualiti berinteraksi akan menghilangkan perkembangan bahasa kanak-kanak.

Nasihat terbaik untuk keluarga, tidak perlu risaukan tentang pengajaran sebaliknya beri ruang dan sokongan emosi persekitaran di rumah. Persekitaran yang terbaik adalah salah satu perkara yang dapat memberi peluang dan merapatkan hubungan berbanding dengan persekitaran dan alatan yang mahal. Kajian terkini menunjukkan keluarga mula sentiasa bercakap tentang apa yang diminati oleh kanak-kanak dari segi luaran dan dalaman. Keluarga juga perlu mengetahui kanak-kanak yang bercakap lambat atau cepat menunjukkan tidak ada perbezaan keupayaan bercakap apabila kanak-kanak telah berusia 3 tahun,

Wednesday, October 12, 2011

Memilih Buku Kanak-Kanak Tatih

Orang dewasa dan ibu bapa boleh membacakan buku kepada kanak-kanak seawal usia 12 bulan. Kajian mendapati kanak-kanak peringkat ini belajar tentang corak bunyi dalam perkataan dan bagaimana bunyi itu terbentuk. Teknik membaca buku termasuklah membaca sesuatu yang menyeronokkan apabila orang dewasa menggunakan nada suara yang sederhana dan penuh ekspressi, menggunakan geraktubuh atau menunjukkan sesuatu apabila menyebutnya, menggalakkan kanak-kanak memberi perhatian, membiarkan kanak-kanak meyelak halaman buku, membuat suara haiwan atau sesuatu bunyi. Peraturannya aktiviti membaca bersama berhenti melakukan aktiviti sebelum minat kanak-kanak pudar.

Orang dewasa atau ibu bapa mendapati kanak-kanak seronok mengulangi buku yang sama semasa membaca bersama. Ada ibu bapa yang gemar berkongsi membaca buku bergambar. Ibu bapa akan mencari petunjuk (cues) dalam buku seperti objek yang biasa dikenali, peristiwa yang dialami, bunyi, warna dan sebagainya untuk memberi keseronokan kanak-kanak. Contohnya,"Ini macam kucing kita, Si Hitam!" Pendidik awal kanak-kanak menyedari ilustrasi berwarna dapat menarik perhatian kanak-kanak untuk aktiviti menamakan dan menunjukkan pada rupa bentuk dalam buku. Pendidik awal kanak-kanak berusaha untuk menggunakan ilustrasi yang sesuai untuk disesuaikan dengan pengalaman lalu kanak-kanak.

Tuesday, October 11, 2011

Menggalakkan Membaca Kanak-Kanak Tatih

Mengalakkan membaca bermula daripada rumah bukan di sekolah. Seawal usia bayi dan tatih lagi. Kajian menunjukkkan keluarga dan pengasuh yang mempunyai pandangan bahawa membaca adalah sumber keseronokan dan hiburan memberi kesan kepada anak yang mempunyai sikap positif tentang buku dan pengalaman membaca. Orang dewasa hendaklah memberi perhatian dan menjadikan "masa membaca buku kanak-kanak tatih" sebagai masa untuk bersantai dan berseronok bukan dijadikan masa sebagai menyampaikan maklumat yang terdapat di dalam buku. Semakin kerap keluarga bercakap dengan kanak-kanak tatih, melagukan, membaca buku bergambar bersama, menunjuk dan menamakan objek, semakin mengukuhkan daya ingatan minda dan kurang melenyapkannya.

Kanak-kanak tatih menunjukkan minat pada yang mudah, buku berwarna, bergambar dan merasakan keseronokan apabila orang dewasa bersama dan memberi perhatian. Menunjuk dan menamakan boleh menjadikan pemainan yang menyeronokkan. Buku tebal halamannya yang mudah di selak membantu kanak-kanak tatih.

Monday, October 10, 2011

Membacakan Buku Kepada Bayi

Kajian oleh Zambo & Hansen (2007) mencadangkan dari lahir hingga 3 bulan membaca dengan jelas (read-alouds) adalah semata-mata hubungan emosi antara bayi dengan ibu/pengasuh. Memberi perhatian, suara yang menenangkan adalah lebih penting daripada jenis buku atau kandungan cerita. Mendodoi dan cerita nyanyian dan jenis pengulangan, berirama memberi penglaman yang menyeronokkan dan keselesaan kepada bayi serta menyelesakan bayi. Aktiviti ini juga dapat membina masa bersama yang istimewa untuk bayi dan ibu/pengasuh.

Usia antara 6 bulan dan 12 bulan terdapat bayi yang akan duduk dan melihat buku bergambar dengan orang dewasa. Suara pembaca yang menyebabkan kanak-kanak ini memberi perhatian. Kemesraan, keadaan yang selesa dan suara pembaca membuatkan kombinasi yang menyeronokkan kanak-kanak.

Sunday, October 9, 2011

Amalan Yang Bersesuaian Semasa Berkomunikasi Dengan Kanak-Kanak Tatih

Tingkahlaku orang dewasa sangat penting semasa berkomunikasi dengan kanak-kanak tatih untuk memperkembangkan bahasanya. Berdasarkan panduan yang dikenalpasti oleh National Assosiation for the Young Children (NAEYC) dinyatakan bahawa 'orang dewasa perlu kerap bertutur dengan berdepan satu-ke-satu, memandang wajah-ke-wajah, Orang dewasa membenarkan kanak-kanak tatih memulakan berbahasa dan menunggu untuk bertindakbalas biarpun daripada kanak-kanak yang menggunakan bahasa terhad. Orang dewasa boleh menamakan objek, menerangkan peristiwa dan menggalakkan menimbulkan perasaan seronok mempelajari perkataan baru. Orang dewasa juga boleh mempermudahkan bahasa untuk kanak-kanak tatih semasa memulakan perbualan (Contohnya yang tidak sesuai diamalkan; "Masa untuk membasuh tangan sebelum makan." Sebaliknya amalan bersesuaian; "Mari cuci tangan untuk makan").

Saturday, October 8, 2011

Persekitaran Meransang Kanak-Kanak Tatih Berbahasa

Kanak-kanak tatih perlu disediakan secara optimal persekitaran untuk meransang berbahasa. Berikut antara panduan yang mungkin boleh pertimbangkan ibu bapa atau pengasuh di taska;
  • mendedahkan kepada kanak-kanak dengan pertuturan sama ada mudah atau tidak terlalu komplek tetapi sedikit tinggi dari aras yang biasa.
  • sentiasa berada di aras keupayaan kanak-kanak
  • membuang pertuturan yang tidak bersesuaian tetapi terus menggalakkan percubaan
  • peneguhan positif adalah alat yang berkesan berbanding maklumbalas negatif
  • menerima formula kanak-kanak tentang konsep bahasa
  • menyediakan model yang betul
  • sentiasa bertindakbalas positif
  • mengikuti minat kanak-kanak dengan menamakan dan perbincangan mudah.

Friday, October 7, 2011

Bahasa Kanak-Kanak Tatih

Kanak-kanak tatih menggunakan bahasa yang ringkas dengan menggunakan dua perkataan dikenali sebagai bahasa telegram dan prosodi. Bahasa telegrafic sebab menghilangkan banyak perkataan kerana kanak-kanak keupayaannya terhad untuk meluahkan (express) dan mengingati maklumat yang banyak; bahagian paling penting dalam ayat dikekalkan. Prosodi merujuk kepada penggunaan suara kanak-kanak dan perkataan yang ditekankan untuk memberi makna. Contohnya "Bola adik" bermaksud "Bola itu miliknya;" Maksud selalunya bergantung kepada kontek dan nada sebutan.

Thursday, October 6, 2011

Pertuturan Antara Tatih-Orang Dewasa

Apabila berusia setahun kanak-kanak tatih telah memahami banyak perkataan. Mereka mula menunjukkan secara giliran dalam perbualan menerusi tingkahlaku "anda bercakap, saya jawab." Tumpuan bersama bermula semasa umur 10 bulan. Masa ini bayi membina komunikasi dalaman dan bersedia untuk berkongsi perasaan, hasrat, minat. Keadaan ini boleh boleh berlaku hendaklah sama-sama iaitu bayi dan orang dewasa menumpukan kepada perkara yang sama. Komunikasi biasanya mengandungi satu atau lebih seperti melihat, menunjuk, geraktubuh, memberi, membuat bunyi dan menukar ekspresi wajah.

Wednesday, October 5, 2011

Permulaan Ayat Pertama Kanak-Kanak Tatih

Bermula satu perkataan kanak-kanak tatih seusia 18 bulan mula menggunakan dua perkataan sebagai ayat. Dianggarkan kanak-kanak pada usia ini telah mempunyai 50 perkataan sebagai perbendaharaan kata. Pada usia 36 bulan dijangka telah mempunyai 1,000 perkataan. Kanak-kanak ini menggunakan dua patah perkataan sebagai ayat dengan memberi penekanan kepada perkataan yang ingin ditumpukan. Contoh "Nak lagi", "Saya punya".

Tuesday, October 4, 2011

Perkataan Pertama Bayi

Pengulangan pada sukukata seperti ma, pa, dan ba semasa bayi meronyeh/merepek (babbling) berlaku sehingga penghujung usia setahun. Jika mama atau baba atau perkataan yang ditiru itu bunyi yang terdekat ibu bapa dan pengasuh akan memberi perhatian dan seronok. Perkembangan bahasa melalui proses dua hala iaitu reaksi dan maklumbalas kepada pelakuan.

Monday, October 3, 2011

Pembelajaran Bahasa Menerusi Pembinaan Pengalaman

Kanak-kanak membina kecekapan berbahasa menerusi interaksi dengan persekitaran. Dipercayai kanak-kanak membina teori tentang pengalaman dan kemudian menghubungkaitkan sesuatu yang telah berlaku. Selanjutnya menerusi pertambahan pengalaman kehidupannya berlaku ulangkaji dan pertambahan penyelesaian penerangan. Maksudnya kanak-kanak semakin meningkat usianya akan membetulkan penguasaan bahasa dengan mengaitkan sesuatu yang pernah dialaminya. Guru dan ibu bapa dilihat melibatkan diri bersama kanak-kanak untuk mendedahkan pengalaman menerusi kepelbagaian aktiviti yang menarik seperti aktiviti penyelesaian masalah.

Sunday, October 2, 2011

Pembelajaran Bahasa Menerusi Saling Hubungan Persekitaran

Kecekapan berbahasa dibina daripada asas sosial dan keinginan emotional. Kanak-kanak secara semulajadi aktif, ingin tahu dan menerima/menyesuaikan dan terbentuk dari hubungan dengan manusia dan persekitaran. Bahasa dipelajari untuk tujuan perhubungan dengan orang lain. Peranan orang dewasa adalah bersedia, mencipta dan menyediakan persekitaran dan peristiwa untuk kanak-kanak meneroka dan menjelajah tentang pengetahuan bahasa secara semulajadi. Teori ini juga sebagai teori kognitif saling berhubungan diperkenalkan oleh L. S. Vygotsky dan kebanyakan hasil penulisannya dalam buku Thought and Language.

Saturday, October 1, 2011

Pembelajaran Bahasa Secara Lahiriah

Terdapat teori pembelajaran bahasa secara lahiriah atau semulajadi. Teori ini menyatakan bahawa setiap manusia mempunyai keupayaan mental yang dapat menguasai sebarang bahasa yang didedahkan kepadanya sejak lahir lagi. Menurut teori ini alat kemahiran bahasa individu mempunyai pelbagai set peraturan (tata bahasa)sistem bahasa. Semasa kanak-kanak bersama dengan keluarga, tanggapan terbit secara semulajadi dan tanpa disedari alat bahasa digunakan dan kanak-kanak belajar bahasa ibundanya.

Tuesday, September 27, 2011

Pembelajaran Bahasa Menerusi Proses Kematangan

Teori Kematangan (Maturational Theory) yang di perkenalkan oleh Arnold Gesell menyatakan bahawa kanak-kanak adalah hasil daripada baka yang diwarisi dan pengaruh persekitaran sebagai kedua. Kanak-kanak akan bergerak dari satu tahap yang dijangka kepada ke satu peringkat lain dengan kesediaan sebelumnya untuk pembelajaran sebenar. Teori ini digunakan sebagai asas untuk merancang sebagai panduan untuk kanak-kanak termasuklah; (1) mengenalpasti tahap jangkaan perkembangan dan keupayaan berbahasa (2) menyediakan kesesuaian aktiviti untuk membantu kanak-kanak mempertingkatkan ke tahap yang lebih tinggi.

Monday, September 26, 2011

Pembelajaran Bahasa Menerusi Ransangan dan Tindakbalas

Teori ransangan dan tidakbalas atau Teori Behavioris/Persekitaran di perkenalkan oleh B.F. skinner. Ibu bapa dan pengasuh memberi ganjaran, membetulkan, membiarkan atau menghukum komunikasi kanak-kanak. Mereka saling mempengaruhi kedua-dua dari segi kualiti dan kuantiti penggunaan bahasa dan sikap kanak-kanak terhadap komunikasi. Menurut teori ini reaksi orang di persekitaran kanak-kanak adalah penting memberi kesan kepada perkembangan bahasa kanak-kanak. Segala nilai positif, negatif, semulajadi dan pengukuhan merupakan kunci utama dalam pertumbuhan/penyuburan tingkahlaku berbahasa. Cara bunyi sebutan dan kombinasi bunyi bahasa adalah dipelajarai sebahagiannya secara terus meniru/mengajuk dan sebahagiannya pula secara rawak atau kebetulan tanpa corak dan makna.

Sunday, September 25, 2011

Teori Pembelajaran Bahasa Bayi

Ramai cendikiawan, ahli falsafah, ahli bahasa dan pengkaji bahasa cuba mencari titik permulaan yang tepat cara bahasa dipelajari. Mereka yang terlibat dalam pengkajian bidang ini seperti perkembangan manusia, bahasa/linguistik, sosiologi, psikologi, antropologi, bahasa pertuturan patologi dan pengkaji haiwam (zology) telah memberi sumbangan kepada teori terkini. Berikut adalah teori-teori yang utama membicarakan tentang bahasa; teori behavioris/ persekitaran, teori maturational/ normatif, teori predetermined/ innatist, teori kognitif dan interactionist, teori konstruktivit.

...bersambung

Friday, September 23, 2011

Tindakbalas Penjaga Terhadap Bayi

Ibu bapa atau penjaga yang peka dalam memenuhi keperluan bayi akan mendapat bayi yang kurang kekerapan menangis dan mempunyai pelbagai minat berkomunikasi. Tidakbalas penjaga membina keseimbangan antara menunjukkan perihatin dan memenuhi kehendak bayi dengan memberi pilihan yang selamat apabila bayi mula bergerak. Penjaga juga memberikan hubungan gerak tubuh dan melibatkan diri dengan bermain bersama bayi pada waktu tertentu.

Monday, September 19, 2011

Senyuman dan Ketawa Bayi

Senyuman bayi boleh berlaku sebelum berusia 6 bulan. Selalunya dikaitkan dengan wajah penjaga bayi, suara dan ransangan motor. Ketawa berlaku seawal 4 bulan usia bayi dan dipercayai boleh dijangka sebagai perkembangan kognitif yang baik. Pakar perkembangan kanak-kanak menyatakan semakin cepat bayi ketawa, semakin tinggi tahap perkembangan bayi. Pada masa separuh tahun pertama kehidupan, bayi akan tersenyum kepada sosial yang lebih komplek dan hal-hal visual.

Sunday, September 18, 2011

Tangisan Bayi Mengurangkan Stress?

Pendidik kanak-kanak menasihatkan orang dewasa supaya peka dan bertindakbalas seminima mungkin terhadap tangisan bayi. Berdasarkan kajian terdapat aspek positif tentang tangisan bayi termasuk mengurangkan stress, menghilangkan toksid dalam air mata dan mengukuhkan imbangan fizikal dan emosi. Walau bagaimana pun dinasihatkan tidak boleh dibiarkan bayi menangis sendirian sebaliknya orang dewasa hendaklah berterusan mententeramkan dan memenuhi keperluan yang diingini oleh bayi.

Saturday, September 17, 2011

Menangis Cara Bayi Berkomunikasi?

Menangis adalah cara bayi berkomunikasi. Menangis boleh jadi perlahan dan kuat. Tangisan ini sebagai memberi isyarat terhadap kesihatan bayi secara keseluruhan. Menangis merupakan satu cara berkesan untuk bayi menyatakan keperluannya atau ketidak selesaannya. Bayi memulakan awal kehidupannya dengan mengawal kandungan emosi yang terdapat dalam tangisannya. Kebanyakkan ibu bapa percaya mereka dapat mengenal jenis tangisan seperti tidur, ketakutan, lapar dan sebagainya.

Friday, September 16, 2011

Peringkat Tindakbalas Bayi

Bayi yang baru dliahirkan boleh terganggu dengan bunyi bising, menghala kepala ke arah bunyi, boleh tenteram dengan suara yang disukainya iaitu ibu, boleh mengecam pelbagai bunyi pertuturan. Apabila bayi telah berusia 1-2 bulan akan senyum bila orang bercakap dengannnya. Setelah berusia 3-7 bulan mula bertindakbalas dengan nada suara yang berlainan seperti nada suara mesra dan marah).

Thursday, September 15, 2011

Reaksi Bayi Yang Memberi Makna Komunikasi

Orang dewasa hendaklah peka dengan reaksi atau tindakbalas bayi yang memungkinkan memberi makna tertentu cara bayi berkomunikasi. Contohnya memalingkan kepala dengan membuka mulut yang luas berkemungkinan merasa lapar; menguap menunjukkan rasa penat; memandang dengan mata terbuka luas menunjukkan rasa gembira; membunyikan suara mesra menunjukkan rasa gembira; kelihatan muram dengan mata tidak memberi tumpuan menunjukkan rasa perlu berehat; mengerak tangan seperti melambai menunjukkan rasa keinginan; mengerakkan lidah keluar dan ke dalam menunjukkan rasa sedih atau cuba meniru;menghisap ibu jari tanda cuba menenangkan diri.

Wednesday, September 14, 2011

Bila Bayi Mengetahui Namanya?

Bayi berusia 4 bulan hingga 6 bulan memerhati ke arah punca persekitaran bising misalnya bunyi kucing, radio dan loceng. Bayi di peringkat usia ini tertarik dengan suara dari alat mainan, cuba membunyikan suara seperti konsonan (hurun n, m). Cuba membuat suara keinginan dan kelihatan telah memahami "tidak". di samping itu bayi bertindakbalas kepada penutur yang mengubah nada suara.

Bayi yang berusia 7 bulan hingga 12 bulan mula bertindakbalas kepada panggilan namanya. Bolah menyatakan satu atau lebih perkataan boleh difahami tetapi tidak jelas sebutan perkataan. Mengulangi bunyi konsonan dan vokal. Bertindakbalas kepada permintaan mudah dan seronok bermain dengan perkataan (agahan).

Tuesday, September 13, 2011

Perbezaan Pendengaran Bayi Baru Lahir dan Usia 3 Bulan

Bayi yang baru lahir terjaga apabila mendengar bunyi yang kuat, terkejut dan ketakutan, menangis atau bertindakbalas terhadap bunyi. Manakala bayi berusia 3 bulan akan memalingkan kepala untuk mendengar ibu bapa atau orang lain bercakap, bertindakbalas dengan senyum mulut terbuka seolah-olah meniru percakapan orang dewasa. Membunyikan suara 'cooo' atau 'gooo'. Bayi berusia 3 bulan sudah mula mengecam suara yang biasa didengar, bertenang apabila orang dewasa mengunakan suara yang lembut dan mesra. Bayi di peringkat ini akan mengulangi vokal sendiri. di samping itu mendengar dan fokus kepada suara orang dewasa yang biasa dengannya.

Monday, September 12, 2011

Keupayaan Mendengar Bayi

Walau pun keupayaan mendengar belum sepenuhnya terbina semasa baru dilahirkan, bayi yang baru dilahirkan boleh mendengar kesan bunyi yang kuat dan boleh membezakan jenis bunyi. Pendengaran yang tajam berterusan terbina pada bayi. Motor aktiviti pada bayi bertindakbalas kepada ransangan pendengaran atau apabila mendengar suara orang, bayi cuba memalingkan muka ke arah bunyi suara.

Sunday, September 11, 2011

Kesan Bunyi Yang Menenangkan Bayi

Bunyi irama yang berterusan, nada yang lunak dapat menenangkan bayi. Terdapat berbagai produk bunyi yang dicipta secara komersial untuk menenangkan bayi yang digantung pada buaian atau dimasukkan ke dalam mainan seperti haiwan. Kebanyakan bunyi yang dihasilkan jenis statik atau bunyi degupan jantung atau kombinasi kedua-duanya. Terlalu banyak bunyi di persekitaran bayi terutama bunyi yang kuat, lantang, nada bunyi yang tinggi akan memberi kesan disebaliknya. Begitu juga kesan bunyi kuat daripada televisyen atau sumber lain akan mengganggu bayi.

Saturday, September 10, 2011

Tindakbalas Bayi Terhadap Bunyi

Kajian menunjukkan bayi secara semulajadi akan mengalihkan kepalanya untuk melihat sumber bunyi dan boleh mengingati bunyi yang didengar sebelum lahir. Hal ini berlaku semasa ibunya bercakap, menyanyi dan membaca buku sastera klasik (termasuk mengaji kuran) dan puisi kepada bayi dalam kandungannya.

Friday, September 9, 2011

Membaca Buku Sendirian

Terdapat buku bergambar yang dipenuhi pada setiap halamannya dengan gambar yang kecil dilukis dengan terperinci. Anda mungkin merasa letih untuk melihat jenis buku ini tetapi anak anda merasa seronok untuk menatap pada gambar yang kecil berulangkali. Selepas anda membaca buku bersama anak beberapa kali cadangkan kepada anak anda untuk membaca sendiri. Anda juga boleh duduk di sebelahnya dengan membaca sendirian dalam waktu yang sama anda berada di sisi anak anda.

Thursday, September 8, 2011

Pembelajaran Melibatkan Emosi

Pembelajaran kanak-kanak turut melibatkan emosi. Belajar cara merasakan tentang sesuatu adalah penting bagai kanak-kanak. Pengalaman perasaan sememangnya telah dialami sebelum kanak-kanak ini mengenalpasti akan perasaan itu. Belajar merasakan orang lain terutama anda sebagai ibu bapa untuk berkongsi tentang sesuatu perasaan yang tidak selesa dan selesa. Belajar untuk mempercayai atau meyakini adalah perlu untuk membina sikap tentang sesuatu diluar dunianya dan perlu mempelajari mengenainya. Pendek kata semua aspek perkembangan kanak-kanak adalah penting: intelektual, kreatif, sosial, emosi, dan fizikal. Anda sebagai ibu bapa boleh memupuk perkembangan yang seimbang terhadap kanak-kanak.

Wednesday, September 7, 2011

Alat Mainan Pendidikan

Terdapat ibu bapa memikirkan pembelajaran adalah sesuatu yang berlaku di dalam minda sahaja. Mereka berfikiran bahawa " alat mainan pendidikan" boleh membantu pembelajaran yang lebih baik daripada segalanya yang lain. Mereka ini mendapat maklumat yang salah. Pembelajaran untuk kanak-kanak melibatkan keseluruhan anggota badan: mata, telinga, mulut, gigi, tangan, tapak kaki, perut, lengan dan kaki. Semua bahagian anggota badan perlu dinilai dan bersenam.

...bersambung.

Tuesday, September 6, 2011

Interaksi Dengan Bayi

Amalan yang bersesuaian untuk berinteraksi dengan bayi sebaik-baiknya berdepan dengan bayi, wajah ke wajah. Suara hendaklah mesra dan menggunakan bahasa yang mudah dan mata sentiasa menatap wajah bayi.

Amalan yang tidak bersesuaian adalah meninggalkan bayi keseorangan dengan jangka masa yang lama di katil atau buaian. Suara orang dewasa yang kuat, kasar atau menggunakan bahasa bayi semasa berinteraksi.

Monday, September 5, 2011

Elakan Berceramah Semasa Menghadapi Hidangan

Mendidik kanak-kanak bukan menerusi ceramah atau syarahan semasa menghadapi hidangan sama ada makan malam atau sarapan bersama. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak tidak berminat untuk makan bersama dan tidak menyelerakan menghadapi hidangan makanan. Menegur dengan mesra untuk membetulkan cara menghadapi hidangan makanan dan cara untuk makan. Itu sahaja bukan menegur hal-hal lain.

Sunday, September 4, 2011

Menegur Cara Kanak-Kanak Makan

Anda tentu pernah melihat kanak-kanak makan kuih atau biskut dengan mulut yang penuh sambil memegang biskut ke dua-dua belah tangan. Tuan rumah yang menerima tetamu akan serba salah untuk menegur kanak-kanak ini demi menjaga perasaan ibu bapa kanak-kanak tersebut. Pihak ibu bapa sepatutnya menegur dan mendidik anaknya supaya menguyah makanan sedikit-sedikit sehingga habis untuk ditelan ke dalam perut. Latih anak anda mengambil makanan setelah menelannya ke dalam perut. Berhenti makan apabila sudah kenyang dan bukannya makan berterusan sehingga terkeluar makanan dari mulut. Didik anak jangan meletakkan makanan yang tidak habis ke dalam bekas makanan yang belum dimakan. Jaga perasaan tuan rumah dan anda sebagai tetamu bertanggungjawab untuk menegur tingkahlaku anak anda. Mendidik kanak-kanak kecil lebih awal bukan membiarkannya sahaja dengan alasan "Kanak-kanak kecil masih belum tahu tertib makan."

Saturday, September 3, 2011

Mengucapkan "Terima Kasih"

Didik anak anda sentiasa mengucapkan "Terima Kasih" apabila dihidangkan sesuatu makanan. Ini adalah tanda menghargai. Terangkan kepada anak anda sebab kita perlu berterima kasih apabila dihidangkan makanan. Ingat, seseorang akan mengambil masa, tenaga untuk menyediakan dan menghidangkan makanan dan minuman. Kita perlu memberi penghargaan kepadanya.

Saturday, August 27, 2011

Adab Mengunyah Makanan

Didik kanak-kanak belajar mengunyah makanan banyak kali dengan mulut tertutup bukan terbuka. Semasa makan jangan bercakap dikhuatiri makanan tersebur keluar. Orang dewasa semasa menegur kanak-kanak kebetulan sedang menguyah makanan hendaklah menutup mulut anda dengan tangan supaya tidak kelihatan makanan di dalam mulut semasa bercakap menegur kanak-kanak,

Mungkin ada pandangan lain untuk dikongsikan bersama. Pandangan anda amat dialu-alukan.

Friday, August 26, 2011

Mengajar Tertib Meminta Makanan

"Nasi!" adalah sesuatu yang anda tidak suka mendengarnya dari kanak-kanak semasa menghadapi hidangan maakanan. Anda juga tidak suka melihat tangan kanak-kanak cuba mencapai makanan melintasi hidangan lain di penjuru meja. Didik kanak-kanak untuk meminta menghulurkan makanan yang tidak dapat dicapai daripada mencapai sendiri makanan tersebut. Salah satu cara yang elok untuk meminta makanan," Boleh tolong saya dapatkan sedikit lauk."

Bagaimana pandangan pembaca?

Thursday, August 25, 2011

Tertib Adab Tetamu

Apabila anda berkunjung ke rumah seseorang untuk berhari raya tanpa disedari anda menghadapi masalah dengan tingkahlaku anak di meja makan. Jangan anggap tidak penting apabila kanak-kanak terus memakan makanan di atas meja. tingkahlaku anak anda akan menggambarkan sikap anda mendidik anak. Sebagai tetamu anda sekeluarga mendapat layanan dan pihak tetamu seharusnya menjaga kemesraan layanan tuan rumah. Sebelum keluar rumah perlu memberi peringatan kepada anak-anak adab sebagai tetamu. Pesanan yang sama diulang semasa hendak sampai ke rumah yang hendak dikunjungi, kerana untuk memberi peringatan supaya tidak lupa.

Adakah anda menghadapi masalah tingkahlaku anak semasa berkunjung ke rumah saudara mara dan teman-teman?
Mungkin pembaca lain boleh berkongsi pengalaman.

Wednesday, August 24, 2011

Berkongsi Mainan

"Saya punya! saya punya!" jerit kanak-kanak. Manakala yang seorang lagi berteriak," Jangan! jangan! pergi!! pergi!!!," sambil berebut mainan. Kanak-kanak tatih yang berumur antara 2 tahun masih bersikap tidak mahu berkongsi mainan. Ibu bapa tidak boleh membiarkan keadaan ini berterusan. Kanak-kanak di peringkat ini secara semulajadi tingkahlaku sememangnya bersikap mementingkan diri sendiri (selfish). Jika anda mahukan anak anda belajar berkongsi mainan, anda perlu mengajar cara melakukannya - buat berulangkali menggalakkannya untuk berkongsi. Cuba bersabar dengan kerenah anak anda semasa belajar melakukannya - mengulangi jika terlupa - mempelajari semula nilai berkongsi.

Apakah perasaan anda apabila melihat anak tetamu merampas mainan dari tangan anak anda. Bagaimanakah anda sebagai tetamu melihat anak anda sedemikian tingkahlakunya?



Tuesday, August 23, 2011

Memahami Motif Kanak-Kanak Berbohong

Kita hendaklah memberi pertimbangan terhadap matlamat kanak-kanak berbohong. Selalunya terdapat motif dan makna disebalik percakapan kanak-kanak atau memberitahu. Tidak menjadi kesalahan untuk bertanya diri sendiri apa untungnya anak anda bila dia bercakap bohong. Sebagai orang dewasa kita hendaklah menunjukkan secara logik akibat berbohong. Cara yang mudah menggunakan pendekatan bercerita kerana kanak-kanak suka mendengar cerita "Budak Gembala Kambing" yang mempermain-mainkan orang dengan meminta tolong kononnya serigala datang untuk makan kambing-kambingnya. Kanak-kanak belajar menilai cerita dan memahami kesan bercakap bohong, mereka mudah untuk bercakap benar di masa akan datang.

Kita juga perlu melihat kemungkinan makna dan mesej kanak-kanak yang cuba berkomunikasi cara berbohong. Kebiasaannya membohong adalah tanda kanak-kanak memerlukan perhatian yang lebih dan aktiviti yang melebihi jangka waktu yang diberikan. Strategi jangka panjang diperlukan untuk membina kebiasaan untuk kanak-kanak meningkatkan rasa selamat.

Sebagai orang dewasa, sewajarnya kita hendaklah memberi bimbingan dan membetulkan perlakuan negatif kepada positif di samping memberi keyakinan diri kepada kanak-kanak.

Monday, August 22, 2011

Model Tingkahlaku Memupuk Kejujuran Kanak-Kanak

Di antara strategi untuk memupuk kejujuran dan kebenaran kepada kanak-kanak ialah menggunakan model tingkahlaku yang anda inginkan pada diri kanak-kanak. Anda sentiasa mempercayai kanak-kanak, mengawal diri dan menghormati orang dewasa. Berikan dorongan dan ransangan untuk belajar bertanggungjawab dan berkeyakinan pada diri.

Strategi seterusnya adalah bertenang sebelum anda melakukan sesuatu. Anda perlu bertenang dan semakin anda bertenang semakin baik cara anda berkomunikasi. Contohnya tingkahlaku mencuri adalah salah dan tujukan kepada kanak-kanak-kanak berbohong tentang perkara tersebut. anda perlu ingat terdapat kanak-kanak yang berbohong untuk menghindarkan dirinya daripada dimarahi atau mendapat hukuman.

Sunday, August 21, 2011

Adakah Kanak-Kanak Berbohong Merupakan Krisis Moral?

Apabila kanak-kanak bercakap bohong, ingatkan pada diri anda bahawa perkara itu bukan krisis moral. Rasa marah untuk mendapatkan kebenaran daripada kanak-kanak tidak dapat membantu menyelesaikan masalah. Kanak-kanak bercakap bohong sebagai cara untuk mendapatkan apa yang diingini dianggap normal dan sihat pada peringkat umur tersebut. Kita tidak perlu menyiasat cerita yang disampaikan oleh kanak-kanak seperti pegawai detektif. Keadaan ini akan menjadikan kanak-kanak merasakan dirinya tidak dipercayai.

Walau pun kanak-kanak berusia 4 tahun dan 5 tahun telah peka dengan makna kebenaran, anda tidak akan dapat kebenaran jika anda bertanya secara terus terang. Jika anda berjaya memperolehinya kerana anda mendesak atau membuat kanak-kanak itu bercakap. Tetapi apa yang sebenarnya anda perolehi? Anda sebenarnya tidak menggalakkan kanak-kanak untuk mengambil tanggungjawab terhadap perlakuannya sendiri. Sebenarnya tekanan yang anda berikan akan mengakibatkan kanak-kanak bercakap kurang jujur di masa akan datang. Membantu kanak-kanak membina moral dan tanggungjawab terhadap perlakuannya merupakan matlamat jangka panjang.

Saturday, August 20, 2011

Mengapa Kanak-Kanak Tidak Berbohong?

Kanak-kanak berumur 4 tahun sudah mengetahui perbezaan bercakap benar dan berbohong. Pada usia 4 tahun kanak-kanak tidak bercakap bohong. Mereka tahu jika bercakap bohong adalah menjadi kesalahan. Pada umumnya kanak-kanak di peringkat umur 4 tahun dianggap jujur. Apabila kanak-kanak ini tidak bercakap bohong apabila ditanya, dia akan mengatakan: "Saya tidak boleh beritahu "atau "Saya tidak tahu." Walau bagaimana pun kanak-kanak berusia 4 tahun boleh bercakap bohong dengan cekap. Ini disebabkan mereka boleh berfikir dan berupaya untuk mengambilkira kepercayaan orang yang mendengarnya sehingga pendengar boleh percaya terhadap apa yang diperkatakannya.

Friday, August 19, 2011

Adakah Harapan Impian Itu Pembohongan Kanak-Kanak?

Tahap tidak jujur atau membohong di peringkat kedua ialah apabila kanak-kanak memperkatakan harapan yang diimpikan dan imaginasi seolah-olah seperti benar apabila kita mendengarnya. Biasanya kanak-kanak berusia 4 tahun berupaya menceritakan harapan impiannya dan imaginasi. Kadangkala kanak-kanak berusia 3 tahun dan apabila anda mendengarnya boleh tahu dan merasakannya semasa kanak-kanak ini menokok tambah sedikit untuk disesuaikan dengan idea di pemikirannya.

Pembohongan di peringkat 4 tahun ini mungkin berjaya tetapi kanak-kanak berusia 3 tahun gagal berbohong kerana tidak mengikut kesesuaian masa dan keadaan. Kanak-kanak berusia 3 tahun tidak mempertimbangkan pendengarnya yang akan berfikir sama ada kenyataan atau niatnya. Akhirnya kanak-kanak 3 tahun ini cuba berbohong pada masa tempat yang salah. Kanak-kanak 3 tahun tidak memberi pertimbangan kepentingan fakta lain seperti menyembunyikan pembohongan dan melindungi jalan cerita.

Wednesday, August 17, 2011

Tahap Pembohongan Kanak-Kanak?

Terdapat beberapa tahap membohong. Tahap pertama kanak-kanak berbohong untuk meningkatkan sesuatu matlamat atau mendapatkan ganjaran dengan mengatakan sesuatu yang diketahui atau dipercayai yang sebenarnya palsu. Niatnya hanya untuk memberi kesan tingkahlaku pendengar untuk mengelakkan dari hukuman atau mendapatkan ganjaran. Biasanya kanak-kanak dalam lingkungan 4 tahun ke atas berada di tahap ini.