Thursday, October 20, 2011

Pengulangan Dalam Pertuturan Kanak-Kanak

Pengulangan dalam pertuturan kanak-kanak adalah perkara biasa. Kadangkala berlaku di tempat permainan dan pada suatu ketika pengulangan digunakan untuk tujuan tertentu. Kanak-kanak kecil akan mengulang pada semua perkara yang dikatakan kepadanya. Kanak-kanak taska biasanya akan mengulang perkataan atau sebahagian ayat. Kanak-kanak yang sedang memperkembangkan kemahiran berbahasa cuba mencipta pengulangan yang berirama seperti "pok, pok amai, amai mari tepuk ramai, ramai" membuatkan mereka rasa seronok. Pengulangan perkataan yang berirama membantu kanak-kanak mengingati sesuatu perkara. Contohnya, "Bangun pagi-pagi terus gosok gigi."

1 comment:

  1. Pengulangan seperti; Emier, Emier pergi shopping dengan mama...(waktu itu bermaksud; kanak2 sedang cuba memberitahu dia mahu bercerita tentang dirinya atau mengingatkan aktiviti yang dilakukan bersama ibunya).

    ReplyDelete