Thursday, November 17, 2011

Menyambung dan Penutupan

Pendidik kanak-kanak menggunakan aktiviti kemahiran berbahasa dengan menggunakan teknik menyambung. Teknik menyambung bermaksud orang dewasa menyambung maklumat kanak-kanak dengan maklumat baru, menambah maklumat berkaitan dengan maklumat kanak-kanak atau memberi makna.
Contoh teknik menyambung:
Kanak-kanak: " Air tumpah"
Orang dewasa: "Ya, tangan Sarah terlanggar cawan lalu tumpah."

Ramai juga pendidik kanak-kanak menggunakan teknik interaksi konventional yang dikenali sebagai teknik penutupan untuk aktiviti kemahiran berbahasa. Teknik penutupan bermaksud kanak-kanak meneka secara lisan dan melengkapkan atau mengisi ayat yang diberi oleh guru. Guru bercakap dan berhenti sejenak dan kanak-kanak melengkapkannya.
Contoh teknik penutupan:
Orang dewasa: "Tikus bersembunyi di belakang...."
Kanak-kanak meneka: " pintu." "almari".

2 comments:

  1. Saya ingin berkongsi contoh teknik menyambung:

    Kanak-kanak: "kucing"
    Orang dewasa: "Kucing berbunyi... miaw..!!! Allah yang jadikan kucing."

    ReplyDelete
  2. Saya ingin berkongsi contoh teknik penutupa. Prof: Betulkan saya jika saya salah..

    Orang dewasa: "Buang sampah ke dalam...."
    kanak2 meneka: "bakul sampah"

    ReplyDelete