Thursday, November 10, 2011

Perkembangan Kognitif: Bahasa Dan Pemikiran Kanak-Kanak

Ramai pendidik mengakui bahasa dan pemikiran berkaitrapat. Kebanyakan pengkaji percaya kanak-kanak termasuk kanak-kanak taska berupaya belajar perkara yang telah diajar. Alasannya perkembangan kognitif kanak-kanak dan darjah pembelajaran berterusan telah disalah anggap bahawa kanak-kanak belajar dalam aktiviti harian dan bermain. Kajian mengatakan orang dewasa tidak boleh mengandaikan bahawa kanak-kanak hanya menerima sahaja apa keperluan pengetahuan daripada persekitaran, sebaliknya orang dewasa boleh menyediakan "pendidikan mesra" membina kemahiran bahasa dan kefahaman asas angka.

Semasa otak kanak-kanak berkembang, ia menstruktur pengalaman. Pengalaman mengubah pemikiran dan jika ada perubahan akan diubahsuai mengikut cara pengalaman baru yang memberi kesan kepada otak. Kanak-kanak yang kehidupannya berpandangan pasif (menerusi media eletronik) yang sepatutnya sebagai pendengar aktif (meneroka dan pertuturan) akan mempunyai kekurangan dua kebolehan iaitu analisis deria pendengaran (auditoriy) dan logikal serta urutan kemahiran menyatakan sebab musabab (reasoning).

1 comment:

  1. Prof.
    Media elektronik, alat pandang & dengar seperti televisyen, memainkan CD & VCD untuk kanak-kanak berusia 4 tahun kebawah. Sekarang ini digunakan secara berleluasa termasuk oleh ibu bapa sendiri. Harap Prof berikan penjelasan mengenai perkara ini.

    ReplyDelete