Bunyi irama yang berterusan, nada yang lunak dapat menenangkan bayi. Terdapat berbagai produk bunyi yang dicipta secara komersial untuk menenangkan bayi yang digantung pada buaian atau dimasukkan ke dalam mainan seperti haiwan. Kebanyakan bunyi yang dihasilkan jenis statik atau bunyi degupan jantung atau kombinasi kedua-duanya. Terlalu banyak bunyi di persekitaran bayi terutama bunyi yang kuat, lantang, nada bunyi yang tinggi akan memberi kesan disebaliknya. Begitu juga kesan bunyi kuat daripada televisyen atau sumber lain akan mengganggu bayi.
Setuju.
ReplyDeleteBunyi yang lantang dan didengari secara tiba-tiba mewujudkan kesan seperti "trauma" kepada bayi. Di taska saya, kami menerima seorang bayi yang bagi saya istimewa kerana sewaktu lahir menurut si ibu dia sering diganggu oleh abangnya dan membuat bayi tersebut sering terkejut/tersentak. Kemudian akan diikuti dengan tangisan/jeritan yang amat kuat seperti bayi yang dalam kesakitan.