Monday, September 30, 2013

Anak Suka Mengamuk

Kanak-kanak tingkahlakunya berbagai ragam. Kerenah tingkahlaku kanak-kanak perlu di atasi sebaik mungkin. Membiarkan sahaja atau menurutkan rentak kanak-kanak tanpa memberi bimbingan yang positif akan meninggalkan kesan negatif kepada diri anak itu sendiri terutama aspek perkembangan kanak-kanak itu sendiri.

Sunday, September 29, 2013

Memupuk Minat Membaca

Terdapat berbagai cara untuk memupuk minat anak membaca. Berikut artikel yang mungkin sesuai untuk dijadikan panduan untuk memupuk minat anak kecil membaca.

Saturday, September 28, 2013

Anak Suka Menconteng

Kanak-kanak suka menconteng dianggap perbuatan negatif. Sebenarnya perbuatan menconteng merupakan proses awal kanak-kanak belajar menulis. Bermula dengan melakar yang seringkali disalah anggap sebagai perbuatan 'menconteng' kerana simbol yang dihasilkan berupa garisan yang tidak memberi makna kepada orang dewasa. Melakar yang menghasilkan seperti contengan garisan merupakan asas kanak-kanak belajar menulis. Kanak-kanak belajar menguasai kemahiran motor kasar untuk diselaraskan dengan kemahiran motor halus.


Friday, September 27, 2013

Kanak-Kanak Suka Meniru Percakapan

Kanak-kanak sememangnya mudah meniru gaya percakapan daripada orang yang berada di sekelilingnya sama ada di dalam keluarga semasa di rumah, rakan sebaya semasa di taska atau tadika, semasa bermain di padang.

Tuesday, September 24, 2013

Peralatan Mainan Kanak-Kanak Berusia 2 Tahun

Dicadangkan peralatan mainan kanak-kanak berusia 2 tahun yang terbaik adalah alat yang dapat membina keprluan perkembangannya. Contohnya peralatan mainan yang membina kemahiran motor kasar merupakan kriteria yang paling sesuai. Permainan luar banyak memberi sumbangan kepada pembinaan kemahiran motor kasar seperti palang selari untuk bergayut, tangga untuk memanjat, permainan yang boleh di tolak, ruang untuk meranggak keluar dan masuk seperti terowong.

Saturday, September 21, 2013

Mengawasi Peniruan Percakapan Kanak-Kanak

Kanak-kanak menguasai bahasa menerusi peniruan percakapan. Ibu bapa perlu mengawasi peniruan percakapan kanak-kanak untuk mengelakkan peniruan percakapan berunsur negatif.

Friday, September 20, 2013

Tidak Suka Ke Taska?

Perkongsian maklumat:


Thursday, September 19, 2013

Tips Mengatasi Masalah Anak

Ramai ibu bapa yang merasa risau apabila anaknya tidak boleh membaca dan menulis dalam usia yang masih muda lingkungan 6 tahun.

Wednesday, September 18, 2013

Penentu Arah Untuk Pantulan [3]

Penentu arah untuk pantulan adalah perasaan sepenuh hati termasuk:
  • menggunakan pendekatan pengajaran dengan bersungguh-sungguh, berdidikasi dan bertenaga.
  • memberi soalan yang bermakna untuk merangka dan merangka semula pemikiran.
  • menerima bahawa terdapat beberapa jawapan mudah dalam pengajaran dan berusaha mendapatkan penyelesaian yang bersesuaian.
  • mengandaikan mengajar sesuatu yang diluar jangkaan dan mencabar.

Tuesday, September 17, 2013

Asas Penentu Arah Untuk Pantulan [2]


Asas penentu arah untuk pantulan (reflection) adalah bertanggungjawab termasuk:
  • menerima tanggungjawab untuk kepercayaan dan akibatnya.
  • mempunyai kepekaan sosial dan menghargai moral dan issu etika.
  • menerima kepercayaan untuk diri dalam waktu yang sama mengekalkan kebaikan umum.
  • mencuba pemikiran baru dan mencari pilihan lain.

Monday, September 16, 2013

Asas Penentu Arah Untuk Pantulan [1]

Bersikap terbuka adalah salah satu asas penentu arah untuk pantulan (reflection):

  • menganalisa kepercayaan dan andaian; bukan hanya pada orang lain tetapi juga pandangan sendiri.
  • mendengar sudut pandangan orang lain dan interaksi dengan cara yang produktif.
  • bertindakbalas kepada hasil yang di luar jangkaan dan tidak disangka dengan cara untuk menambahbaik keadaan pembelajar.
  • meneliti semula pilihan berdasarkan data dan sedia untuk menerima kesalahan jika berlaku kesilapan.

Sunday, September 15, 2013

Penentu Arah Profesional

Penentu arah profesional adalah kesungguhan mengabdikan diri untuk bertindak, bertanggungjawab berterusan dan sentiasa beretika. Pengamal penentu arah sentiasa mempunyai pemikiran terbuka, bertanggungjawab, menumpu sepenuh hati dan sentiasa mencari cara bergerak ke depan berdasarkan sentiasa beringat, mengamalkan asas hubungan.

Saturday, September 14, 2013

Penentu arah pengamal pantulan.

Pengamal pantulan bergantung kepada penentu arah. Maksud penentu arah merujuk kepada mendorong dalam pemikiran dan cara mendekati keadaan. Contohnya jika telah membuat kesilapan dan tidak menyiapkan tugasan cuba berdalih kerana tidak mahu mengaku kesalahan yang telah dilakukan. Walau bagaimana terdapat orang lain yang mengakui kesilapan dan kesalahannya. Setiap tidakan ini adalah penentu arah sama ada berlaku jujur atau sebaliknya.

Friday, September 13, 2013

Amalan Pantulan

Seorang guru yang ingin mengamalkan pengetahuan perlu memberi pertimbangan apa yang mereka buat dan mengapa. Amalan pantulan (reflective practice) mengambil masa untuk memikirkan kembali dan merombak semula perancangan mengajar, strategi, perkataan, tindakan dan melihat menerusi cerminan diri yang beretika apabila membuat keputusan. Kesemuanya hendaklah mempertimbangkan kesan tingkahlaku diri sendiri dan orang lain.

Thursday, September 12, 2013

Kategori Pengetahuan Pedagogi (4)

Kebijaksanaan emosi (emotional intelligence) adalah keupayaan untuk menangani dengan betul, menghargai dan meluahkan emosi; menggunakan perasaan perassan untuk berfikir lebih baik lagi; untuk memahami perasaan dan pengetahuan emosi; memikirkan semula, mengurus dan menggunakan semula perasaan dengan cara menggalakkan perasaan dan perkembangan intelektual. Contohnya seorang ibu datang ke tadika bertanyakan sebab anaknya mendapat penilaian yang rendah dalam pengetahuan nombor sedangkan anaknya boleh membilang hingga 100. Guru menyedari ibu ini takut anaknya gagal. Guru tidak berbalah sebaliknya mengambil langkah pendekatan "kita bersama menangani masalah ini". Guru berkongsi perancangan matematik, mengaturkan kerja sukarela untuk penglibatan ibu bapa di tadika dan menyediakan ibu bapa aktiviti yang praktikal supaya meneruskan latihan di rumah.

Wednesday, September 11, 2013

Kategori Pengetahuan Pedagogi (3)

Pengetahuan peraturan adalah memahami urutan fizikal peristiwa berkaitan dengan sesuatu tugasan. Contohnya seorang guru yang telah belajar tentang membawa kanak-kanak membuat lawatan termasuk mendapatkan borang kebenaran ibu bapa, mempunyai orang dewasa yang cukup membimbing kanak-kanak, keselamatan dalam bas dan sebagainya.

Tuesday, September 10, 2013

Pengetahuan Pengetahuan Pedagogi (2)

Kefahaman konseptual adalah mengaplikasikan terminologi, fakta, prisip dan strategi kepada lebih pengamatan pemerhatian, analisa, perbincangan dan menambahbaik pengajaran di alam realiti. Sebagai contoh seorang guru pelatih mengalami kesukaran semasa aktiviti duduk separa bulatan mencuba berbagai strategi seperti duduk berdekatan dengan kanak-kanak yang menghadapi kesukaran untuk mengawal diri, membuat aktiviti kumpulan lebih interaktif, menjalankan aktiviti kumpulan besar dengan jangka masa yang pendek, menyediakan hamparan atau tikar untuk menjarakkan kedudukan dan menyatakan peraturan.

Monday, September 9, 2013

Kategori Pengetahuan Pedagogi (1)

Pengetahuan Kes adalah menerusi pengalaman terus daripada peristiwa sebenar yang menjadi sebahagian fail kes guru. Menerusi kes pengalaman terus guru membanding kes ini kepada kes baru yang mereka hadapi. Pengetahuan kes selalunya ditangani dalam memberi tindakbalas bermakna kepada dirinya, peristiwa yang memberi kesan mendalam.

Sunday, September 8, 2013

Dimensi Yang Komplek Dalam Pengajaran Kanak-Kanak

Terdapat empat dimensi yang komplek dalam pengajaran iaitu:
  • Mengajar bukan suatu yang rutin dan dijangkakan
  • Mengajar mempunyai pelbagai matlamat yang perlu disampaikan
  • Mengajar melibatkan hubungan pelbagai kumpulan
  • Mengajar memerlukan integrasi pelbagai pengetahuan

Saturday, September 7, 2013

Apakah Perlu Diketahui Oleh Pendidik Awal Kanak-Kanak?

Sebagai pendidik awal kanak-kanak perlu mengetahui pengetahuan berikut:
  • Perkembangan main kanak-kanak - fizikal, sosial, emosi dan kognitif.
  • Perancangan kurikulum/perancangan program.
  • Kesihatan, keselamatan dan nutrisi kanak-kanak.
  • Kerjasama dengan ibu bapa, keluarga dan perkhidmatan sosial kepada keluarga.
  • Pengurusan bilik darjah dan bimbingan kanak-kanak.
  • Penilaian dan pentaksiran.
  • Pendidikan kepelbagaian budaya dan masyarakat.
  • Bekerja dengan rakan sekerja dan bidang profesional lain.
  • Peningkatan diri/kerjaya termasuk peningkatan kecekapan dan cara berkesan menangani stress.

Friday, September 6, 2013

Pengetahuan Pendidik Dan Pedagogi

Kadangkala orang terlepas pandang menganggap mendidik peringkat awal kanak-kanak adalah "mudah" disebabkan kandungan yang hendak diajar tidak secanggih seperti di sekolah rendah dan menengah. Malah ada yang mengandaikan berkerja dengan kanak-kanak adalah "semulajadi" hanya lanjutan rasa keibuan (mesra, menyayangi, perihatin). Sebenarnya kajian mengakui bahawa pendidik yang mengajar di peringkat awal kanak-kanak perlu mengetahui dan berpengetahuan sekiranya ingin menghasilkan kualiti pendidikan kanak-kanak.

Thursday, September 5, 2013

Mendefinisikan Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Program pendidikan awal kanak-kanak adalah perancangan cara memberi sokongan terhadap penjagaan dan pendidikan kanak-kanak antara usia baru lahir hingga lapan tahun. Ini termasuklah memberi perhatian pada semua domain perkembangan - fizikal, kognitif, emosi dan sosial. Faktor lingkungan usia sering menjadi kecelaruan dikalangan mereka yang bukan arif dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dengan menyatakan usia sifar hingga 6 tahun. Sesuatu yang agak janggal kedengarannya kerana usia sifar kanak-kanak belum wujud lagi.

Wednesday, September 4, 2013

Peraturan Dibina Oleh Kanak-Kanak

Biasanya guru di tadika meletakkan peraturan untuk mengawal keadaan di samping mendisiplinkan kanak-kanak mengikut apa yang dirasakan sesuai oleh guru. Walau bagaimana pun kanak-kanak perlu diberi peluang membina peraturan di kelas supaya mereka dapat merasakan memiliki peraturan yang ditetapkan. Biarpun idea asal peraturan itu daripada orang dewasa, kanak-kanak boleh mengembangkannya berasaskan peraturan yang diberikan. Contohnya menyayangi haiwan dengan melakukan praktikal peraturan secara konkrit kanak-kanak boleh mengembangkanya menerusi perbincangan. Guru membawa seekor anak ayam yang baru menetas ke kelas dan membincangkan cara menjaganya dengan peraturan penjagaan anak ayam:
  • mengambil dengan selamat
  • tidak boleh menolak
  • tidak boleh diramas
  • tidak boleh meletakkan sesuatu dalam kotak
  • tidak boleh memukul
  • tidak boleh dilepaskan semasa memegang
  • tidak boleh melempar
  • tidak boleh menarik kepala

Tuesday, September 3, 2013

Pandangan Ekologikal Terhadap Main

Mengikut pandangan ekologikal bahawa manusia dan persekitaran mempengaruhi kanak-kanak bermain dan belajar. Susun atur persekitaran dan peralatan mainan di kelas, persekitaran rumah dan taman permainan saling mempengaruhi pembelajaran kanak-kanak. Tanggapan ekologi juga melihat cara peralatan dan persekitaran yang mempengaruhi minat kanak-kanak belajar. Secara tidak langsung peralatan dan susun atur di kelas dan permainan luar di taska dan tadika turut mempengaruhi minat belajar selain daripada aktiviti main yang mengandungi unsur pembelajaran.

Monday, September 2, 2013

Main Mengikut Tanggapan Behavioris

Kanak-kanak dipercayai belajar menerusi tingkahlaku sosial bukan sahaja menerusi pengalaman terus tetapi juga menerusi pemerhatian. Kanak-kanak akan meniru sesuatu tingkahlaku apa yang dilihat berdasarkan seolah-olah seperti ganjaran. Contohnya apabila melihat rakannya bermain bongkah, apabila dia juga bermain bongkah dengan mendapat perhatian guru. Oleh itu kanak-kanak pertama tadi adalah menjadi pendorong untuk menggalakkannya bermain bongkah dan dalam waktu yang sama kanak-kanak mendapat perhatian positif daripada guru.

Sunday, September 1, 2013

Main Mengikut Perspektif Sosio-Budaya

Pandangan sosio-budaya menyatakan bahawa kanak-kanak mula-mula memperoleh pengetahuan menerusi interaksi sosial dengan ibu bapa, guru, adik beradik dan rakan sebaya. Oleh itu kefahaman mempengaruhi dan terbentuk daripada nilai budaya dan kepercayaan. Semasa kanak-kanak bermain mereka selaraskan dengan nilai budaya secara implisit dalam budaya mereka. Apabila kanak-kanak memerlukan sokongan interaktif dengan rakan sebaya atau orang dewasa, mereka mendapatkan budaya yang bersesuaian cara mengemukakan idea dan menyelesaikan masalah.