Memilih buku untuk kanak-kanak sebenarnya perlu diberi perhatian dari aspek usia kanak-kanak. Di sini saya cuba membahagikan peringkat usia kanak-kanak di taska iaitu kanak-kanak awal taska berusia antara 2 hingga 3 tahun dan kanak-kanak taska berusia 4 hingga 5 tahun (Di Malaysia 5 tahun sudah berada di tadika). Buku-buku bergambar adalah sesuai untuk kanak-kanak awal taska. Pakar-pakar mencadangkan buku untuk kumpulan usia ini perlu mempunyi ciri berikut:
- tema, objek, haiwan atau orang yang biasa berada dalam lingkungan kehidupannya.
- kejelasan kandungan dan jalan cerita.
- jelas, ilustrasi mudah atau gambar foto dengan latar belakang yang tidak menganggu tumpuan.
- tema yang menumpukan kepada tugas harian dan keperluan asas manusia.
Prof, sesuai dengan festival buku kanak-kanak dan pesta buku yang bakal diadakan akhir tahun ini. Saya harap saya berjaya menemui buku yang sesuai untuk anak-anak taska saya dengan adanya panduan yang Prof berikan. Terima kasih.
ReplyDeleteBagi lah tajuk buku, pengarang dan penerbit, ok tak? Nazri
ReplyDelete