Tuesday, November 15, 2011

Pengembangan Bahasa

Salah satu teknik mengajar bahasa yang boleh meningkatkan kemahiran berbahasa kanak-kanak ialah memberi teladan atau contoh tatabahasa mudah atau mengisi perkataan yang tiada dan melengkapkan ayat mudah. Apabila menggunakan pengembangan bahasa, orang dewasa bertindakbalas pada kanak-kanak dengan mengembangkan ayat yang dinyatakan oleh kanak-kanak. Contohnya semasa kanak-kanak berkata, "Sejuk" mungkin boleh diikuti dengan "Hari hujan di luar." Pengembangan bahasa hendaklah berdasarkan tindakbalas dan tertumpu kepada apa yang dialami oleh kanak-kanak. Seterusnya orang dewasa boleh menggalakkan kefahaman terhadap makna perkataan atau mencetuskan minat dengan memberi atau mencadangkan idea untuk mendalami lebih jauh lagi perkara yang dibincangkan.

1 comment:

  1. Terima kasih Prof atas info yg sgt berguna:

    Bg saya selain itu semasa interaksi ini org dewasa / ibubapa hendaklah memberi perhatian @ tumpuan dgn cara melihat mata kanak2 ketika sedang berinteraksi supaya ianya menjadi lebih efektif.

    ReplyDelete