Tuesday, August 23, 2011

Memahami Motif Kanak-Kanak Berbohong

Kita hendaklah memberi pertimbangan terhadap matlamat kanak-kanak berbohong. Selalunya terdapat motif dan makna disebalik percakapan kanak-kanak atau memberitahu. Tidak menjadi kesalahan untuk bertanya diri sendiri apa untungnya anak anda bila dia bercakap bohong. Sebagai orang dewasa kita hendaklah menunjukkan secara logik akibat berbohong. Cara yang mudah menggunakan pendekatan bercerita kerana kanak-kanak suka mendengar cerita "Budak Gembala Kambing" yang mempermain-mainkan orang dengan meminta tolong kononnya serigala datang untuk makan kambing-kambingnya. Kanak-kanak belajar menilai cerita dan memahami kesan bercakap bohong, mereka mudah untuk bercakap benar di masa akan datang.

Kita juga perlu melihat kemungkinan makna dan mesej kanak-kanak yang cuba berkomunikasi cara berbohong. Kebiasaannya membohong adalah tanda kanak-kanak memerlukan perhatian yang lebih dan aktiviti yang melebihi jangka waktu yang diberikan. Strategi jangka panjang diperlukan untuk membina kebiasaan untuk kanak-kanak meningkatkan rasa selamat.

Sebagai orang dewasa, sewajarnya kita hendaklah memberi bimbingan dan membetulkan perlakuan negatif kepada positif di samping memberi keyakinan diri kepada kanak-kanak.

4 comments:

  1. ya. ketika dapati bercakap tidak benar, rasa sedih , kecewa...........

    ReplyDelete
  2. prof , sy pernah disangkal oleh seorg rakan dlm satu perbincangan tentang menggunakan teknik bercerita untuk menyampaikan mesej kita. contohnya , cerita sang kancil dan buaya. rakan tu kata , nanti ank2 igt kancil tu betul2 cerdik dan buaya tu jahat.

    Apa pendapat prof ttg pendapat rakan saya itu dan apa y perlu saya jawab pada rakan saya itu yang juga cikgu tadika yang npk gaya tak setuju dgn pendekatan cerita spt ini?

    ReplyDelete
  3. Tidak salah menggunakan cerita binatang untuk dijadikan teladan. Kanak-kanak tetap dengan fitrahnya iaitu salah satunya berimaginasi. Menggunakan watak haiwan sememangnya memberi kesan kepada daya imaginasi kanak-kanak.Kita kurang mendapat pendedahan sastera awal kanak-kanak yang merupakan salah satu aspek penting dalam pendidikan. Kanak-kanak lebih tertarik dengan watak haiwan jika dibandingkan watak sebenar. Peringkat penerokaan pada umur ini secara tidak langsung meningkatkan daya kreativiti kanak-kanak.

    Kalau kita membaca riwayat dan kisah nabi ada menyatakan haiwan seperti lebah, semut dan ikan yu.

    ReplyDelete
  4. Sy sangat senang dengan tulisan-tulisan di blog ini. Salam sukses selalu dari Jogja, Indonesia.
    (Erwan)

    ReplyDelete