Monday, December 16, 2019

Sivik dari rumah ke tadika

Pendidikan sivik bermula dari rumah ke tadika. Rumah menjadi asas mendidik anak-anak sejak dari kecil. Ambil yang mudah bukan yang terlalu sukar. Contohnya menjaga kebersihan sekitar rumah. Membuang sampah di tempat yang betul. Tidak meninggalkan barang mainan bersepah-sepah. Mengemas dan meletakkan di tempat yang betul. Mematuhi peraturan di rumah. Apabila kanak-kanak melangkah kaki ke institusi pendidikan awal kanak-kanak mereka tidak merasa janggal untuk meneruskan amalan sivik yang telah dipupuk dari rumah. Jadikan amalan sivik sebagai budaya kehidupan.

Monday, December 9, 2019

Cabaran ibu bapa dan penglibatannya

Ibu bapa tidak sepatutnya melepaskan tangan meletakkan tanggungjawab mendidik anak kepada guru tadika semata-mata. Hubungan kerjasama perlu dijalin dengan pihak guru untuk memastikan asas pendidikan anak dapat dirancang dengan berkesan. Jangan anggap mudah terhadap pendidikan di awal usia. Anak perlukan sokongan ibu bapa. Kehadiran ibu bapa di tadika dapat mendorong minat dan meransang pembelajaran kanak-kanak.

 

Tuesday, December 3, 2019

Mari kita mengemas

Mengemas bilik darjah setelah kanak-kanak menggunakan peralatan agak membosankan guru mahu pun pengasuh. Mengapa berlaku sedemikian? Masalahnya kanak-kanak bukan seperti orang dewasa yang tahu mengemas peralatan selepas menggunakannya. Guru mahu pun pengasuh perlu mendidik kanak-kanak ini dengan cara yang menyeronokkan. Diharap artikal ini dapat membantu guru dan pengasuh kanak-kanak mendidik mengemas.