Monday, September 26, 2011

Pembelajaran Bahasa Menerusi Ransangan dan Tindakbalas

Teori ransangan dan tidakbalas atau Teori Behavioris/Persekitaran di perkenalkan oleh B.F. skinner. Ibu bapa dan pengasuh memberi ganjaran, membetulkan, membiarkan atau menghukum komunikasi kanak-kanak. Mereka saling mempengaruhi kedua-dua dari segi kualiti dan kuantiti penggunaan bahasa dan sikap kanak-kanak terhadap komunikasi. Menurut teori ini reaksi orang di persekitaran kanak-kanak adalah penting memberi kesan kepada perkembangan bahasa kanak-kanak. Segala nilai positif, negatif, semulajadi dan pengukuhan merupakan kunci utama dalam pertumbuhan/penyuburan tingkahlaku berbahasa. Cara bunyi sebutan dan kombinasi bunyi bahasa adalah dipelajarai sebahagiannya secara terus meniru/mengajuk dan sebahagiannya pula secara rawak atau kebetulan tanpa corak dan makna.

1 comment:

  1. Pengalaman mengasuh anak sdra n cucu sdra membuktikan teori ini benar. Malah didikan agama perlu dimulakan sejak baru lahir lagi. Ditunjukkan kad tertera nama Allah dan Muhammad kepada bayi baru lahir membawa hasil yg sangat mengagumkan, anak itu mudah mempelajari al quran, dan khatam berusia 7 tahun serta pantas mempelajari tulisan jawi dan bahasa Arab. Hafal surah al Quran pun mudah dilakukannya jika dari bayi didedahkan dengan bacaan ayat suci.

    ReplyDelete