Tuesday, January 28, 2020

Ayuh kita dayung sampan

Monday, January 20, 2020

Pembelajaran yang menyeronokkan kanak-kanak

Bagaimana ingin menyeronok kanak-kanak belajar? Salah satu aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan kanak-kanak adalah menyanyi. Menerusi nyanyian kanak-kanak tanpa disedari mempelajari pelbagai aspek domin perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak belajar bahasa tanpa dipaksa dan tidak bimbang menyebut perkataan yang baru dipelajari. Menerusi nyanyian beramai-ramai meningkatkan hubungan sosialisasi dan keyakinan diri untuk meluahkan perasaan. Pergerakan kreatif semasa menyanyi dapat meningkatkan pergerakan anggota tubuh supaya aktif. Sambil menyanyi kanak-kanak berfikir untuk melakukan pergerakan dengan membilang langkah yang tidak secara langsung mengaktifkan pemikiran kognitif.



Monday, January 13, 2020

Jerebu dan alam sekitar

Kanak-kanak perlu memahami tentang jerebu dan kesannya. Berikan contoh yang mudah untuk difahami. Jerebu berpunca daripada kelalaian manusia terhadap alam sekitar. Kebakaran yang tidak disengajakan atau sengaja boleh menyebabkan keadaan jerebu. Udara tidak sihat disebabkan asap kebakaran yang menggandungi habuk. Bukan sahaja udara tidak sihat tetapi kesan kebakaran itu memusnahkan harta benda dan alam sekitar termasuk haiwan di hutan. Hal ini perlu diajar dengan memberi contoh yang mudah supaya kanak-kanak mempunyai kesedaran yang tinggi menghargai alam sekitar.

Wednesday, January 8, 2020

Membaca di gajet atau buku?

Sudah tiba masanya untuk kita sama-sama memikirkan teknologi yang menjadi sebahagian kehidupan. Sejauhmana gajet dapat menggantikan peranan buku dan kesannya kepada kanak-kanak kecil. Banyak kajian tentang penggunaan gajet sebagai alat bantu mengajar dan diakui akan keberkesanannya. Sebaliknya sejauhmana penggunaan gajet itu berkesan kepada kanak-kanak yang masih belum matang akan keperluan gajet dalam pendidikan? Artikal ini cuba menyingkap keberkesanan buku dan kesan gajet.


Thursday, January 2, 2020

Main bukan sia-sia

Di awal tahun kanak-kanak belajar di tadika beri peluang mereka bermain. Rancang main yang mengikut perkembangan kanak-kanak iaitu bahasa, fizikal, kognitif, sosial, dan emosi. Semasa bermain kanak-kanak dapat membina perkembangan asas domain dan secara tidak langsung menyerlahkan kecerdasannya. Pupuk minat belajar menerusi aktiviti main yang memberi fokus kepada aspek perkembangan domain dan kecerdasan.

 

Monday, December 16, 2019

Sivik dari rumah ke tadika

Pendidikan sivik bermula dari rumah ke tadika. Rumah menjadi asas mendidik anak-anak sejak dari kecil. Ambil yang mudah bukan yang terlalu sukar. Contohnya menjaga kebersihan sekitar rumah. Membuang sampah di tempat yang betul. Tidak meninggalkan barang mainan bersepah-sepah. Mengemas dan meletakkan di tempat yang betul. Mematuhi peraturan di rumah. Apabila kanak-kanak melangkah kaki ke institusi pendidikan awal kanak-kanak mereka tidak merasa janggal untuk meneruskan amalan sivik yang telah dipupuk dari rumah. Jadikan amalan sivik sebagai budaya kehidupan.

Monday, December 9, 2019

Cabaran ibu bapa dan penglibatannya

Ibu bapa tidak sepatutnya melepaskan tangan meletakkan tanggungjawab mendidik anak kepada guru tadika semata-mata. Hubungan kerjasama perlu dijalin dengan pihak guru untuk memastikan asas pendidikan anak dapat dirancang dengan berkesan. Jangan anggap mudah terhadap pendidikan di awal usia. Anak perlukan sokongan ibu bapa. Kehadiran ibu bapa di tadika dapat mendorong minat dan meransang pembelajaran kanak-kanak.