Monday, December 16, 2019

Sivik dari rumah ke tadika

Pendidikan sivik bermula dari rumah ke tadika. Rumah menjadi asas mendidik anak-anak sejak dari kecil. Ambil yang mudah bukan yang terlalu sukar. Contohnya menjaga kebersihan sekitar rumah. Membuang sampah di tempat yang betul. Tidak meninggalkan barang mainan bersepah-sepah. Mengemas dan meletakkan di tempat yang betul. Mematuhi peraturan di rumah. Apabila kanak-kanak melangkah kaki ke institusi pendidikan awal kanak-kanak mereka tidak merasa janggal untuk meneruskan amalan sivik yang telah dipupuk dari rumah. Jadikan amalan sivik sebagai budaya kehidupan.

Monday, December 9, 2019

Cabaran ibu bapa dan penglibatannya

Ibu bapa tidak sepatutnya melepaskan tangan meletakkan tanggungjawab mendidik anak kepada guru tadika semata-mata. Hubungan kerjasama perlu dijalin dengan pihak guru untuk memastikan asas pendidikan anak dapat dirancang dengan berkesan. Jangan anggap mudah terhadap pendidikan di awal usia. Anak perlukan sokongan ibu bapa. Kehadiran ibu bapa di tadika dapat mendorong minat dan meransang pembelajaran kanak-kanak.

 

Tuesday, December 3, 2019

Mari kita mengemas

Mengemas bilik darjah setelah kanak-kanak menggunakan peralatan agak membosankan guru mahu pun pengasuh. Mengapa berlaku sedemikian? Masalahnya kanak-kanak bukan seperti orang dewasa yang tahu mengemas peralatan selepas menggunakannya. Guru mahu pun pengasuh perlu mendidik kanak-kanak ini dengan cara yang menyeronokkan. Diharap artikal ini dapat membantu guru dan pengasuh kanak-kanak mendidik mengemas.

 

Thursday, November 21, 2019

Salah siapa jika kemalangan berlaku di TASKA?


Ibu bapa jangan mengambil remeh perkara ini tanpa mengambil tahu sama ada taska itu berdaftar atau tidak. Soal keselamatan bayi dan kanak-kanak kecil tidak boleh berkompromi. Taska yang tidak berdaftar tidak terikat dengan peraturan. Jika berlaku sesuatu yang tidak diingini sukar untuk diambil tindakan oleh pihak berkuasa. Perkhidmatannya tidak memenuhi syarat yang ditetapkan. Apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini ada pihak yang lepas tangan dan ada pihak pihak yang menuding jari. Siapakah yang perlu dipersalahkan?


Tuesday, November 12, 2019

Bukan keranaTadika Mahal Tadika Murah

Ibu bapa jangan terpengaruh dengan iklan dan promosi apabila memilih tadika. Fikirkan apa yang hendak disesuaikan dengan asas pendidikan anak anda yang sesuai mengikut kehendak anda dan keupayaan anak anda. Ibu bapa apabila membuat tinjauan tidak salah untuk mengemukakan pertanyaan dan kemusykilan. Setiap program ada falsafah dan pendekatan yang akan menghasilkan pembelajaran anak anda. Hasil pembelajaran itu hendaklah seiring dengan keinginan dan harapan untuk melihat kejayaan di masa depan anak anda. Berikut panduan untuk menetapkan pemilihan tadika yang boleh disesuaikan dengan harapan yang anda ingini.
 

Tuesday, November 5, 2019

Sokongan Ibu Bapa Kejayaan Anak

Peranan ibu bapa sangat penting kepada anak-anak yang masih kecil. Kanak-kanak yang dihantar oleh ibu bapa ke tadika diharap jangan meletakkan seratus peratus beban mendidik kepada guru sahaja. Sikap lepas tangan ini adalah amalan yang tidak sihat. Kerjasama ibu bapa dengan guru sangat penting untuk memastikan kejayaan dalam akademik di masa akan datang.

 

Wednesday, October 30, 2019

Cabaran dan tekanan guru tadika

Profesion sebagai guru tadika selalunya dipandang ringan oleh masyarakat. Malah kadangkala ada yang membuat permintaan yang tidak masuk akal. Bayangkan sewaktu mendaftar ibu bapa mahu anak mereka boleh membaca. Pada hal anaknya baru masuk umur lima tahun. Ibu bapa hendaklah cermin diri sebelum membuat permintaan. Fahami akan perkembangan kanak-kanak dari sudut fizikal, bahasa, kognitif, sosio emosi dan estetikanya. Setiap kanak-kanak adalah berbeza dari segi pencapaian dan minatnya. Guru di tadika menjalankan tanggungjawabnya untuk membantu perkembangan diri kanak-kanak sebagai kesediaan sebelum ke pendidikan yang lebih formal. Menghantar anak ke tadika tidak menjamin memenuhi harapan ibu bapa yang menggunung. Diharap ibu bapa dapat memberi kerjasama dalam hal memahami perkembangan kanak-kanak di awal usia.

 

Tuesday, October 1, 2019

Model yang ditiru oleh kanak-kanak

Mengapa kanak-kanak dapat menyebut perkataan yang tidak pernah kita ajar? Faktor persekitaran terutama ibu bapa, guru dan rakan sebaya memainkan peranan perkembangan berbahasa kanak-kanak. Orang dewasa mempunyai pengaruh yang kuat untuk kanak-kanak menjadikan model berbahasa. Oleh itu semasa berkomunikasi perlu dijaga dari segi penggunaan bahasa.

 

Wednesday, August 21, 2019

Peperiksaan Di Tadika?

Adakah sesuai diadakan peperiksaan di tadika? Aneh tapi benar-benar berlaku. Terdapat sesetengah tadika mengadakan ujian kepada kanak-kanak. Mungkin ibu bapa dan juga guru di tadika terlupa bahawa kanak-kanak di bawah usia 6 tahun masih lagi memerlukan pembinaan perkembangannya. Mungkin juga terlupa bahawa setiap individu itu pencapaian kemahiran dan perkembangan dirinya berbeza dan tidak sama. Diharapkan artikal ini dapat memberi pencerahan terhadap peperiksaan mahu pun ujian yang dijalankan untuk kanak-kanak tadika.

 

Tuesday, August 6, 2019

Gaya Ibu Bapa Mendidik Anak

Gaya mendidik anak akan memberi kesan tingkah laku anak-anak dari segi jangka panjang. Memang benar kata perpatah bagaimana acuan begitulah rupa kuihnya. Sebenarnya kita tidak semestinya mewarisi gaya didikan yang telah diterima sebelum ini. Jika gaya didikan itu tidak bersesuaian kita boleh mengubahnya mengikut gaya didikan yang lebih posisitf. Diharapkan artikal ini dapat membantu ibu bapa dalam hal mendidik anak.



Wednesday, July 31, 2019

Bukan kerana gajaran tingkahlaku berubah

Ramai yang beranggapan apabila kita memberi ganjaran berupa kebendaan akan merubah tingkahlaku kanak-kanak dari tingkah laku negatif kepada tingkah laku positif. Sebenarnya tidak semua ganjaran berupa kebendaan dapat mengubah tingkah laku. Ada beberapa cara tanpa memberi ganjaran kebendaan tingkah laku kanak-kanak boleh berubah. Artikal ini diharapkan dapat membantu cara mengubah tingkah laku negatif kepada tingkah laku positif.

 

Friday, July 19, 2019

Pemuafakatan Ibu bapa dan guru

Penting ada kerjasama antara ibu bapa dan guru dalam mendidik anak-anak sejak awal lagi. Sama ada di taska mahu pun tadik tanggungjawab mendidik perlu diambilberat. Peranan guru menyampaikan ilmu yang tidak dapat disampaikan oleh ibu bapa. Pihak ibu bapa pula perlu memberi sokongan kepada guru dan anaknya untuk melanjutkan aktiviti di taska atau tadik ketika di rumah. Oleh itu ibu bapa perlu ambil tahu perkara yang telah disampaikan oleh guru kepada anaknya.

 

Wednesday, July 10, 2019

Kanak-kanak meniru apa yang kita cakap

Orang dewasa sebagai model untuk kanak-kanak belajar bahasa. Setiap hari kanak-kanak akan mendengar pertuturan orang dewasa sejak lahir lagi. Perkataan yang didengar akan disimpan dan pada suatu masa tertentu bahasa untuk akan digunakannya. Kadangkala kita sendiri tidak sedar bila waktunya kita belajar bahasa tersebut tetapi secara tidak langsung kita boleh memahami apa yang kita dengar. Oleh itu berhati-hati dan jaga bahasa ketika berbual kerana apa yang didengar akan menjadi ikuti kepada kanak-kanak.

 

Friday, July 5, 2019

Ketakutan Kanak-kanak Itu Normal

Kanak-kanak merasa takut adalah normal. Kanak-kanak kecil takut ditinggalkan bersendirian lalu menangis. Kanak-kanak perlu rasa selamat dan perlu berdamping dengan orang yang dikenali dan dipercayai. Mungkin artikal ini dapat membantu pembaca memahami perasaan ketakutan kanak-kanak. Jangan sesekali menganggap ketakutan kanak-kanak itu sesuatu yang negatif.

#Betulkan yang biasa.
#Biasakan yang betul.

 

Wednesday, June 26, 2019

Komunikasi yang difahami kanak-kanak


Kadangkala kita sebagai orang dewasa perlu memahami apa yang kanak-kanak faham. Tidak sewenang-wenangnya menggunakan bahasa yang kanak-kanak tidak faham. Hal ini menyebabkan kanak-kanak tidak dapat memenuhi hasrat yang ingin disampaikan oleh orang dewasa. Gunakan bahasa yang mudah dan dapat digambarkan pada pemikiran kanak-kanak. Bahasa yang boleh digambarkan mudah difahami oleh kanak-kanak

#BETULKAN YANG BIASA,
#BIASAKAN YANG BETUL.


Monday, June 24, 2019

Kanak-kanak dan sains



Sains boleh diperkenalkan di peringkat kanak-kanak tadika dan taska. Pada peringkat ini lebih kepada awal sains dengan tujuan untuk memupuk minat kanak-kanak terhadap pembelajaran sains yang lebih dekat dengan kehidupan seharian. Awal sains yang diperkenalkan kepada kanak-kanak kecil hendaklah perkara yang ingin diketahui oleh kanak-kanak dan memberi jawapan menerusi penerokaan sendiri.


Tuesday, May 28, 2019

Bagaimanakah menilai pencapaian?

Mungkin pada ibu bapa yang mementingkan akademik menganggap peperiksaan akademik itu merupakan ukuran terhadap anak. Maka ibu bapa memberi penekanan kepada guru di tadika terhadap peperiksaan. Adakah wajar anak yang masih kecil diberi tekanan untuk menghadapi peperiksaan? Adakah kanak-kanak di tadika sudah bersedia? Artikal ini cuba memberi pandangan terhadap penilian kanak-kanak yang sewajarnya. Penentuan pencapaian menerusi peperiksaan kepada kanak-kanak tadika lebih memberi kesan negatif.

 

Monday, May 13, 2019

Salah cara mengajar

Pendidik awal kanak-kanak dan ibu bapa hendaklah perihatin dengan fitrah kanak-kanak. Kita jangan memikirkan sesuatu perkara itu mudah tetapi tidak meletakkan diri di tempat kanak-kanak. Usia kanak-kanak yang masih muda jangan dibebankan dengan perkara yang mudah bagi orang dewasa melaksanakan. Diharap artikal ini dapat membantu ibu bapa dan guru merenung kembali untuk mendidik anak mengikut kesesuaian umur dan tahap intelektual kanak-kanak.

 

Thursday, May 2, 2019

Saiz kumpulan penentu kualiti

Ramai yang tidak menyedari bahawa saiz kumpulan adalah sebagai penanda aras kualiti pendidikan sesebuah taska dan juga tadika. Sebenarnya saiz kumpulan juga berkaitrapat dengan keperluan ruang pembelajaran kanak-kanak. Artikal ini diharapkan dapat memberi kefahaman kepada ibu bapa dan semestinya pendidik awal kanak-kanak.
 

Tuesday, April 16, 2019

Mengajar anak membaca

Bagaimanakah cara untuk memupuk minat anak membaca? Banyak faktor yang mempengaruhi minat anak untuk membaca. Tidak semua bahan bacaan itu sesuai untuk disajikan kepada kanak-kanak. Ibu bapa perlu membuat penilaian sendiri buku yang sesuai untuk kanak-kanak mengikut tapa umur. Artikal ini diharapkan dapat menjadi panduan kepada ibu bapa dan pendidik kanak-kanak untuk membantu kanak-kanak membaca.

 

Thursday, April 11, 2019

Tip memilih buku bergambar

Bukan semua buku yang dibelikan untuk anak sesuai untuk dibaca. Pemilihan buku hendaklah disesuaikan dengan peringkat umur. Terutama buku untuk kanak-kanak yang baru belajar membaca. Apabila ibu bapa atau guru tadika ke kedai buku terdapat banyak buku untuk dipilih. Buku bergambar dianggap sesuai untuk bahan bacaan kanak-kanak di taska dan tadika. Bagaimana cara memilihnya? Artikal ini memberikan sedikit panduan untuk dipraktikan.

 

Monday, April 8, 2019

Membentuk perwatakan anak

Ibu bapa memainkan peranan dalam menentukan watak atau keperibadian anaknya. Kanak-kanak memerhati dan menilai setiap geraklaku ibu bapa. Model yang terdekat untuk dicontohi oleh anak adalah ibu bapa. Tingkahlaku dan tutur kata semua diperhatikan dan diserap oleh anak. Artikal ini diharapkan boleh dijadikan panduan kepada ibu bapa dalam mendidik dan membina keperibadian anak.

Tuesday, April 2, 2019

Kanak-kanak semulajadi aktif

Sememangnya kanak-kanak tidak boleh duduk diam. Sentiasa bergerak aktif. Oleh itu ibu bapa perlu memberi ruang kanak-kanak untuk bermain di luar supaya pergerakannya mendapat ruang yang lebih luas. Kanak-kanak yang aktif mindanya sentiasa bekerja. Kanak-kanak akan meneroka tentang dunia di sekelilingnya sambil bermain. Artikal ini akan membincangkan lebih mendalam tentang kanak-kanak bermain di luar rumah.


Tuesday, March 26, 2019

Menangani kanak-kanak meragam

Ibu bapa dan guru tadika atau taska biasa menghadapi kanak-kanak yang meragam. Sebelum ke tadika waktu bangun tidur ibu bapa sudah mula berdepan kanak-kanak meragam. Sampai ke tadika berterusan meragam. Guru pula cuba menyelesaikan masalah kanak-kanak yang meragam ini. Artikal ini cuba menjelaskan ragam kanak-kanak dan cara menanganinya. Diharap sedikit panduan ini dapat membantu ibu bapa dan pendidik awal kanak-kanak.

 

Friday, March 8, 2019

Kanak-kanak suka bertanya?

Mengapakah kanak-kanak suka bertanya? Kanak-kanak bertanya kerana rasa ingin tahu. Peranan orang dewasa hendaklah menjelaskan perasaan ingin tahu kanak-kanak dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh kanak-kanak. Kadangkala pertanyaannya berulangkali menyebabkan orang dewasa berasa bosan dan tidak mahu melayan pertanyaan yang sama. Sebenarnya kanak-kanak ingin mengukuhkan kefahamannya tentang sesuatu perkara. Malah kanak-kanak ingin tahu lebih lanjut. Menerusi pertanyaan kanak-kanak dapat meneroka sesuatu perkaran menerusi penjelasan orang dewasa.



Friday, January 25, 2019

Mengapa Kanak-kanak Lambat Bercakap

Ibu bapa tidak perlu risau dan bimbang jika anaknya lambat bercakap dibandingkan dengan anak orang lain. Kesediaan kanak-kanak bercakap sama juga kesediaan kanak-kanak belajar berjalan. Prosesnya tidak sama di antara seorang kanak-kanak dengan kanak-kanak yang lain. Artikal ringkas ini diharapkan dapat membantu ibu bapa dan pengasuh kanak-kanak taska memahami perbezaan kanak-kanak menguasai kemahiran bertutur mengikut keupayaan dan kesediaan kanak-kanak.
 

Tuesday, January 8, 2019

Perlukah ibu bapa menunggu di tadika?

Setiap kali hari pertama persekolahan, maka ibu bapa sibuk menghantar anak ke tadika. Terdapat ibu bapa yang menunggu anak dari pagi hingga tamat sesi pembelajaran di tadika. Kehadiran ibu bapa kadangkala menimbulkan rasa tidak selesa pada guru dan pihak pengurusan sekolah. Ibu bapa masih tidak berkeyakinan kepada guru yang menjaga anaknya atau masih dimainkan emosi kasihan terhadap anak untuk ditinggalkan biar pun hanya beberapa jam sahaja. Artikal ini diharapkan dapat membantu ibu bapa dan guru untuk mendidik anak berdikari di hari pertama persekolahan di tadika.


Thursday, January 3, 2019

Persediaan Menghadapi Bencana

Kita tidak tahu bencana akan menimpa. Sekiranya situasi kecemasan berlaku dengan tiba-tiba pastinya menimbulkan kekecohan. Biar pun dianggap tidak perlu memikirkannya tetapi persediaan awal untuk menghadapi waktu kecemasan atau bencana alam. Artikal ini diharapkan dapat dijadikan panduan untuk membuat persediaan menghadapi bencana.
 

Wednesday, January 2, 2019

Persediaan ke tadika

Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian kepada kanak-kanak yang akan ke tadika. Kesediaan awal kanak-kanak hendaklah beri pendedahan. Kanak-kanak merasakan ke tadika merupakan satu pengalaman baru. Mungkin kanak-kanak yang sudah biasa sejak kecil dihantar ke pusat jagaan tidak begitu merasa teruja. Bagi kanak-kanak ini ke tadika hanya berubah tempat. Manakala kanak-kanak yang tidak mempunyai pengalaman sosial dengan kanak-kanak lain mengganggap perkara ini merupakan satu pengalaman yang baru. Artikal ini merupakan cadangan yang boleh membantu ibu bapa untuk menyesuaikan diri kanak-kanak yang akan ke tadika dan darjah satu.