Friday, August 31, 2012

Kanak-Kanak Dan Operasi Konkrit

Semasa di peringkat operasi konkrit kanak-kanak mula membina pemikiran logico-matematik. Dalam pemikiran kanak-kanak adalah operasi. Kanak-kanak di peringkat ini berusia antara tujuk atau lapan tahun ke usia sebelas atau dua belas tahun, Kanak-kanak yang masih muda usianya memerlukan objek untuk ditangani dan memanipulasi semasa berfikir sebab itu dinamakan operasi konkrit. Walau bagaimana pun kanak-kanak ini tidak lagi dipengaruhi  isyarat persepsi atau sensori yang diterima daripada persekitaran. Kanak-kanak ini mula memisahkan dari manipulasi objek ke cara untuk mengetahui.

Thursday, August 30, 2012

Pemikiran Separa Logik Dalam Matematik Kanak-Kanak

Apabila usia kanak-kanak antara tujuh atau lapan tahun, pemikiran matematik kanak-kanak adalah dipanggil "separa logik." Oleh kerana mereka tidak dapat menyimpan di minda lebih daripada satu hubungan pada satu masa. Kanak-kanak juga menghadapi masalah membuat perbandingan dan melihat hubungan. Mereka juga masih belum berupaya untuk menggunakan pembalikan menerusi proses yang membolehkan mereka berfikir secara logik.

Wednesday, August 29, 2012

Aras Pengekalan Dalam Matematik

Kanak-kanak perlu memahami konsep pengekalan supaya dapat kemahiran untuk menyelesaikan masalah yang komplek dalam matematik. Terdapat tiga aras pengekalan:
  1. Kanak-kanak menganggap sebagai semulajadi untuk bentuk atau bahan nombor bertukar atau kepelbagaian mengikut susunannya, bentuk atau ke dalam bekas yang boleh dimasukkan.
  2. Semasa aras seterusnya, sebahagian pengekalan kelihatan dan kanak-kanak membina idea bahawa jumlah sesuatu perkara akan kekal sama walau pun jika di susun dengan cara yang berlainan.
  3. Apabila mencapai usia tujuh atau lapan tahun, kanak-kanak berupaya untuk mengekalkan kuantiti, jumlah, menyambungkan kuantiti dan kepelbagaian. Kanak-kanak akan memberitahu," Ia masih sama, awak mengalihkannya." "awak tidak mengambilnya atau menambah, awak cuma meletakkannya rapat-rapat."

Tuesday, August 28, 2012

Kanak-Kanak Di Peringkat Praoperasi

Praoperasi merupakan peringkat pertama operasi konkrit di antara usia dua tahun hingga tujuh atau lapan tahun. Kanak-kanak di peringkat ini membina perkembangan prakonsep. Kanak-kanak boleh manipulasi simbol atau sesuatu yang mewakili fizikal alam. Pada masa ini kanak-kanak belajar pengekalan. Kanak-kanak membina kefahaman bahawa bahan atau objek kekal sama biarpun akan berubah dalam bentuk atau di susun cara berlainan di dalam ruang. Kanak-kanak boleh belajar kemahiran matematik yang mudah atau pengiraan rutin tanpa mengunakan pengekalan. Tanpa kemahiran pengekalan kanak-kanak sukar membina kefahaman matematik dan tidak akan berupaya untuk menyelesaikan masalah komplek dan tugasan.

Monday, August 27, 2012

Kanak-Kanak Dan Kemahiran Pengkelasan

Kemahiran pengkelasan dipercayai bermula di peringkat bayi lagi. Kanak-kanak meletakkan objek kepada kategori dan pegkelasannya. Apabila mereka boleh mengenal pasti bahawa kucing adalah berbeza dengan kambing dan meletakkan kucing kepada kategori kucing bukan kambing bermakna kanak-kanak sudah mengkelaskannya. Kanak-kanak memperolehi keupayaan untuk mengambil objek yang baru dan meletakkannya kepada kategori berdasarkan penemuan yang lalu.

Sunday, August 26, 2012

Bayi Dan Matematik

Peringkat sensori motor adalah antara usia baru lahir hingga dua tahun. Pakar penyelidik seperti Piaget mempercayai bahawa bayi mula memahami matematik apabila membina kefahaman objek kekal dan menyedari kehadiran objek walau pun objek tersebut tiada. Apabila kanak-kanak boleh berfikir tentang sesuatu tidak ada di sekitarannya, mereka boleh menggunakan simbol, peniruan dan menggunakan perkataan untuk mewakili objek di persekitarannya.

Saturday, August 25, 2012

Kanak-Kanak Dan Konsep Nombor

Kanak-kanak telah mengenal konsep nombor di awal usia dengan mempelajari idea nombor semasa belajar menggunakan bahasa, membina kemahiran sosial dan lain-lain konsep di dunia persekitarannya. Pengkaji mendapati kebanyakkan kanak-kanak boleh membilang hingga sepuluh apabila mereka mencapai usia lima tahun dan ada yang membilang lebih daripada sepuluh. Kanak-kanak yang telah mencapai usia lima tahun telah memahami makna perkataan pertama dan bukan sahaja mengenali nombor satu hingga sepuluh tetapi juga boleh menulisnya.

Friday, August 24, 2012

Kanak-Kanak Dan Matematik

Sebenarnya kanak-kanak gemar matematik. Mereka akan bermain sambil membilang. Contohnya, "satu, dua, tiga, lekok..." bermain sembunyi-sembunyi sambil menutup mata sebelum mencari rakan yang bersembunyi..."satu, dua, tiga...saya cari." Mereka juga secara tidak langsung belajar mengkelas dengan membahagikan permainan mengikut kesamaan objek..."ini kau punya, ini saya punya..." Matematik tanpa disedari telah bermula sejak kanak-kanak lagi cuma orang dewasa tidak sedar cara untuk mengukuhkan minat kanak-kanak terhadap matematik.

Thursday, August 23, 2012

Daya Ingatan Bayi

Bayi seawal usia empat bulan gemar melihat objek yang jelas dan ini menunjukkan bayi sudah mempunyai ingatan untuk membiasakannya. Bayi yang meniru mesti mengingati bunyi dan geraklaku orang lain secara kasar atau ringkas. Bayi yang mencari mainan di mana dia telah melihat akan mengingati letaknya kedudukan tempat mainan itu. Bayi berusia dua bulan menyimpan corak visual dan usia lima bulan sudah mengenali corak dalam tempoh empat puluh lapan jam kemudian. Bayi boleh mengingati gambar foto wajah dalam tempoh dua minggu.

Wednesday, August 22, 2012

Hubungan Emosi

Keakraban kanak-kanak salah satunya bergantung kepada keluarga. Peranan orang yang lebih berusia dengan kemesraan kepada yang lebih muda usianya dapat memupuk perkembangan emosi yang positif di kalangan ahli keluarga. Apabila kanak-kanak membesar akan mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran yang melibatkan situasi sosial.

Tuesday, August 21, 2012

Menegur Tingkahlaku Negatif Kanak-Kanak

Ibu bapa perlu memberi perhatian kepada tingkahlaku kanak-kanak. Mungkin semasa kecil tingkahlaku negatif seperti membaling, mumukul dan menjerit kelihatan manis, aa tah lagi semasa pada usia peringkat tatih. Bagamana jika sudah berusia 5 tahun ke atas? Agak menjelekkan. Oleh itu tingkahlalu yang negatif dan buruk itu perlu ditegur dari awal supaya kanak-kanak memahami sesuatu yang dibolehkan dan tidak dibenarkan untuk untuk dilakukan. Secara tidak langsung ibu bapa mendidik kanak-kanak mematuhi peraturan dan menghormati undang-undang di masa hadapan.

Monday, August 20, 2012

Tingkahlaku Kanak-Kanak Dan Orang Dewasa

Kanak-kanak sejak lahir ingin mendapat perhatian. Semasa bayi kanak-kanak berkomunikasi menerusi tangisan untuk mendapat perhatian untuk memenuhi keperluannya sama ada lapar atau ketidak selesaan dirinya. Peringkat tatih selain komunikasi berbahasa yang paling asas, mereka menggunakan pergerakan motor kasar. Orang dewasa akan seronok melihat kanak-kanak tatih melakukan sesuatu perbuatan berulangkali. Orang dewasa akan tertawa melihatnya dan lanak-kanak alan mengulanginya. Sekiranya perbuatam yang positif sesuai digslaklan. Perbuatan yang negatif seperti agresif (memukul,membaling, merosakkan) perlu ditegah bukan mentertawakan. Kanak-kanak perlu dididik sesuatu yang dibolehkan dan perkara yang tidak dibenarkan.

Sunday, August 19, 2012

Selamat Hari Raya

Ucapan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca. Mohon maaf segala kekurangan yang tertera.

Saturday, August 18, 2012

Kanak-Kanak Dan Hari Raya

Kanak-kanak merupakan insan yang paling gembira bila menyambut hari raya. Bila kanak mengetahui makna hari raya? Ibu bapa yang memberi isyarat awal dengan pakaian untuk hari raya. Perkataan hari raya sering diungkapkan kepada kanak-kanak. Persekitaran dengan suasana persediaan hari raya dan semasa berhari raya. Selamat hari raya!

Friday, August 17, 2012

Kanak-kanak Belajar Mengikut Peraturan

Kanak-kanak berusia lima tahun bermain mengikut peraturan. Mereka belajar mengikut giliran berdasarkan persetujuan. Contohnya main peranan sebagai watak musang dan ayam. Watak akan bertukar setelah selesai satu pusingan.

Thursday, August 16, 2012

Kecekapan Berbahasa Menerusi Permainan Drama

Kanak-kanak berusia empat tahun permainan drama melibatkan pengurusan agresif secara menarik. Biasanya melibatkan wira yang menyerang dan menyelamat. Gergasi atau hantu akan menyerang dan kebanyakan kanak-kanak akan lari. Terdapat tempat berlindung apabila diserang dan diselamatkan. Kanak-kanak akan menggunakan bahasa semasa aktiviti permainan drama. Mereka akan menuturkan dialog mengikut watak masing-masing secara spontan.

Wednesday, August 15, 2012

Permainan Dramatika Kanak-Kanak

Kanak-kanak berusia tiga tahun, empat tahun dan lima tahun terdapat beberapa perbezaan ciri-ciri semasa bermain dramatika. Kanak-kanak berusia tiga tahun biasanya tidak mempunyai prakonsep tema atau plot. Kebanyakan permainan mereka menunjukkan ketakutan terhadap sesuatu bayangan yang menakutkan, watak agresif yang diimaginasikan atau kanak-kanak lain melakonkan secara olok-olok. Contohnya pengaruh dinasor,"Saya dinasor...mahu tangkap..!" mengeluarkan suara besar.

Tuesday, August 14, 2012

Pertuturan Model Daripada Orang Dewasa

Dinasihatkan orang dewasa hendaklah menunjukkan model yang baik untuk diteladani oleh kanak-kanak. Pada peringkat usia antara tiga hingga 6 tahun kanak-kanak amat mudah menjadikan orang dewasa sebagai model pertuturan. Mereka melihat dan mendengar apa yang diperkatakan oleh orang dewasa. Kemudian membuat peniruan dari segi sebutan dan gaya gerak tubuh semasa aktiviti bermain olok-olok (pretend play). Misalannya, "Kamu duduk diam-diam ya..." mengarahkan kanak-kanak lain yang bermain di sudut dramatika.

Monday, August 13, 2012

Kanak-Kanak Bermain Mengulangi Frasa Dan Ayat

Kanak-kanak mengulangi frasa dan ayat secara berirama semasa mereka bereksperimen dengan bahasa. Contohnya semasa kanak-kanak bermain sendirian dan bercakap sendiri," Masuk air dalam cawan. Air dalam cawan sini...letak gula dalam air." Semasa bermain sosial, bahasa boleh dikategorikan kepada tiga: irama spontan dan permainan perkataan, main dengan fantasi dan bukan-bukan, dan main dengan perbualan.

Sunday, August 12, 2012

Kanak-Kanak Bermain Bunyi Perkataan Bising

Antara usia dua tahun dan tiga tahun kanak-kanak mula menggunakan perkataan yang berbunyi bising apabila bermain dengan objek atau olok-olok menjadi haiwan seperti "meow, meow, meow," untuk kucing, "pon, pon, pon," untuk kereta. Kanak-kanak juga mula mengubah cara membunyikan suara mengikut watak seperti menggunakan suara yang dalam untuk bapa dan suara meninggi dan halus untuk kanak-kanak kecil. Bermain dengan bunyi selalunya berlaku semasa kanak-kanak bermain sendirian.

Saturday, August 11, 2012

Kanak-Kanak Bermain Dengan Bahasa

Bermain dengan bahasa termasuklah main dengan bunyi dan bising, bermain-main dengan menggunakan sistem linguistik dan permainan sosial dengan bahasa. Main dengan bising bermula menerusi peringkat ceridauan (babbling). Kanak-kanak yang telah berusia juga main dengan bunyi dan sebutan dalam cara berirama, Kanak-kanak berusia dua tahun dua bulan semasa bermain kenderaan mainan:
Jalan, rum, rum, rum,rum...
Jalan, rum,rum, rum, rum...

...bersambung.

Friday, August 10, 2012

Kanak-Kanak Belajar Bersosial Menerusi Main

Kanak-kanak yang sudah berusia bermain dengan objek semakin komplek. Memahami struktur membina bangunan dengan peralatan. Walau pun perubahan berlaku perubahan tetapi objek berterusan untuk mendorong ingin tahu dan kemahuan untuk belajar. Objek menyediakan ruang keseronokan dalam menguasai penggunaannya atau memahami sifat sesuatu benda. Kanak-kanak terus mendapat bantuan dengan menggunakan objek sebagai hubungan sosial dan menyatakan idea dan perasaan.

Thursday, August 9, 2012

Hubungan Rapat Emosi Kanak-Kanak Terhadap Mainan

Hubungan rapat emosi kanak-kanak dengan mainan boleh jadi amat mendalam. Biasanya kita melihat kanak-kanak kecil membawa ke mana-mana mainan jenis lembut yang diperbuat daripada kain seperti haiwan atau kereta mainan. Kanak-kanak juga meluahkan emosi menerusi objek. Anak patung mungkin dijadikan sebagai adik kepada kanak-kanak.

Wednesday, August 8, 2012

Belajar Menyelesaikan Masalah Menerusi Main

Kanak-kanak mendapat manfaat melalui berbagai cara menerusi bermain dengan objek. Mereka menunjukkan imaginasi yang tinggi dan cekap untuk menyelesaikan masalah yang melibatkan penggunaan objek. Main merupakan tumpuan kehidupan sosial kanak-kanak pada objek. Kanak-kanak tatih aktiviti sosialnya berpusat kepada bertukar objek. Kanak-kanak berusia tiga tahun menumpukan masa untuk menentukan milik sesuatu objek," Ini kamu punya, ini saya punya." Sesuatu benda yang diberikan," Satu untuk kamu, satu untuk saya."

Tuesday, August 7, 2012

Cara Kanak-Kanak Berinteraksi Dengan Objek Baru

Kanak-Kanak berusia tiga tahun memasuki tahap pernyataan simbolik. Kanak-kanak memerlukan jenis mainan realistik untuk memulakan alam permainan olok-olok. Setelah kanak-kanak menguasai kemahiran olok-olok dan imaginasi, mereka akan menggunakan item abstrak seperti kotak besar untuk dijadikan kenderaan atau rumah. Apabila kanak-kanak menemui objek baru selalunya kanak-kanak akan melalui empat aktiviti: penerokaan, manipulatif, latihan dan pengulangan.

Monday, August 6, 2012

Cara Interaksi Kanak-Kanak Dengan Objek

Kanak-kanak menggunakan objek untuk berinteraksi. Dikenalpasti kanak-kanak berinteraksi dengan objek berdasarkan:
  • kanak-kanak menggunakan objek mengikut apa yang dikehendakinya. Contoh; kanak-kanak tidak lagi memasukkan semua mainan ke dalam mulut tetapi hanya dengan tujuan untuk memasukkan ke mulut seperti sudu.
  • kanak-kanak mengurus objek supaya benda tersebut menjadi sekumpulan dan digunakan bersama seperti anak patung dan pakaian.
  • kanak-kanak melakukan mengikut urutan seperti memasak makanan, makan yang dimasak dan membasuh pinggan mangkuk..
  • kanak-kanak tidak memerlukan objek sebenar tetapi mereka berpura-pura menggunakan objek seperti memakan makanan dengan menggunakan sudu mainan.

Sunday, August 5, 2012

Interaksi Bayi Dengan Objek

Bayi berinteraksi dengan objek seawal usia enam bulan dengan memegang objek dan memasukkannya ke dalam mulut. Bayi akan mengoyang dan menghentak objek yang dipegangnya. Apabila mencapai usia dua belas bulan bayi selalunya melihat objek, membalikkannya, memegang dan memasukkan ke dalam mulut, mengoyang dan menghentak-hentak. Setelah mencapai usia lima belas bulan, meneliti objek sebelum melakukan aktiviti dengan objek tersebut. Sebaik mencapai usia tiga tahun kanak-kanak melakukannya mengikut tema dengan objek. Contohnya memberi makan anak patung dengan cawan mainan atau bermain kereta mainan.

Saturday, August 4, 2012

Kanak-Kanak Bermain Dengan Objek

Kanak-kanak menggunakan objek sebagai penghubung antara dirinya dengan persekitaran. Mereka melakukannya menerusi berbagai cara dan di antaranya:
  • memberi makna iaitu kanak-kanak meluahkan perasaan, mengambil berat, atau memenuhi minatnya.
  • memberi ruang untuk interaksi sosial dengan orang dewasa atau kanak-kanak lain.
  • objek yang bukan biasa dijadikan sebagai cara untuk meneroka, membiasakan dan memahaminya.

Friday, August 3, 2012

Perkembangan Semulajadi Dalam Mainan Kanak-Kanak

Kajian menunjukkan secara semulajadi kanak-kanak menggunakan empat set cara untuk bermain iaitu pergerakan dan interaksi, objek, bahasa dan peralatan sosial. Setiap permainan itu mengambarkan semangat berasaskan sumber pergerakan. Mainan dengan pergerakan digabungkan dengan main dan peraturan. Umur enam tahun atau tujuh tahun dilihat kanak-kanak melibatkan diri dengan aktiviti seperti melompat tali dengan nyanyian, kejar mengejar dan sebagainya.

Thursday, August 2, 2012

Pembelajaran Menerusi Peniruan

Biasanya kita dapat melihat kanak-kanak berusia 2 tahun bermain objek dengan pelbagai peniruan mengikut apa yang dilihatnya. Peniruan juga bermula semasa kanak-kanak masih bayi lagi. Selepas berusia 2 bulan kanak-kanak membuat peniruan semasa interaksi bermain dengan penjaganya atau ibu bapanya. Bayi juga meniru ekspresi wajah ketika berinteraksi. Apabila mencapai usia 2 hingga 3 bulan peniruan awal ekspresi wajah akan lenyap dan tidak akan muncul lagi sehingga beberapa bulan kemudian.

Wednesday, August 1, 2012

Pembelajaran Menerusi Deria

Kanak-kanak dilihat lebih gemar dan berkemahiran belajar menerusi sentuhan dan merasakan jika dibandingkan menerusi penglihatan. Keadaan ini perlu diambil kesempatan untuk mengajar kanak-kanak menerusi arahan berdasarkan kelebihan yang ada pada sentuhan dan merasa. Bahan dan peralatan hendak melibatkan aktiviti manipulatif untuk membina kemahiran deria terhadap warna, bentuk, saiz, tektur, bunyi dan lain-lain menerusi manupulasi objek konkrit.